26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPelajar bangun aplikasi 'Sambal SOS' bolehkan pengguna muat naik lokasi ‘Bendera Putih’...

Pelajar bangun aplikasi ‘Sambal SOS’ bolehkan pengguna muat naik lokasi ‘Bendera Putih’ dan ‘Food Bank’ bagi kemudahan saluran bantuan segera

Berinspirasi daripada inisiatif #BenderaPutih, sekumpulan pelajar telah membina satu aplikasi yang membolehkan golongan yang memerlukan mendapatkan bantuan dengan lebih pantas atau segera.

Kemudahan aplikasi dikenali Sambal SOS, akan membolehkan pengguna memuat naik gambar isi rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka, dan lokasinya akan dikenali pasti dalam peta.

Sebagai ganti, ini akan membolehkan pengguna lain yang berminat untuk membantu menghantar bantuan makanan kepada individu atau keluarga yang memerlukan.


Sambal SOS

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari ‘Food Bank’ berdekatan di dalam peta supaya pengguna itu atau orang ramai yang memerlukan tahu di mana mereka boleh mendapatkan makanan sekiranya tidak mampu membeli keperluan makanan.

Aplikasi berasaskan web ini mulanya dikenali ‘Aplikasi Bendera Putih’ tetapi kemudian diberi nama baru ‘Sambal SOS’ pada 5 Julai.

Pasukan tiga pelajar pengekodan ini berkata mereka mendapat motivasi untuk membangunkan aplikasi yang mewujudkan platform berpusat di mana pengguna dapat menyedia dan memohon bantuan dengan lebih mudah, sekali gus akan membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan.

Sambal SOS

Kumpulan pelajar ini terdiri daripada remaja dikenali Sidharrth, Shaun, dan Cornelius, yang berusia antara 18 dan 21 tahun.

“Pada masa ini, data untuk individu memerlukan bantuan akan dilaporkan melalui talian WhatsApp dan telefon, lebih banyak dalam sumber yang berbeza. Jadi, kami cuba mengusahakan untuk mengumpul data ke satu tempat di mana pengguna boleh merujuk. Aplikasi ini seperti lebih memusatkan ia,” jelas mereka kepada media.

Mereka berkongsi yang aplikasi tersebut dibina dalam masa tiga hari secara terburu-buru. Oleh itu, pasukan ini sedang berusaha memperbaiki sebarang pepijat, sebelum menambah baik lebih banyak ciri dan menerima sukarelawan untuk bersama-sama membangunkan projek ini.

Semasa memuat naik gambar isi rumah yang mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka, pasukan ini meminta pengguna untuk mengambil gambar tersebut tanpa mendedahkan wajah anggota keluarga, plat nombor kenderaan, atau maklumat yang mengganggu privasi mereka.

Pasukan ini berkata mereka akan memeriksa dan menapis semua gambar yang dihantar sebelum menghantar maklumat di peta sumber untuk rujukan awam.

Sambal SOS

“Ini untuk mencegah ‘spam’ dalam peta, melindungi privasi mereka, dan hanya memaparkan individu-individu sebenar yang benar-benar memerlukan bantuan,” kata mereka.

Kini terdapat lebih 20 ‘Food Bank’ di dalam Aplikasi Sambal SOS lengkap dengan nama, alamat, dan laman web.

Ini termasuk The Lost Food Project, Yayasan Food Bank Malaysia, Kechara Soup Kitchen, dan lain-lain.

Mereka berkata pasukan itu akan mengumpulkan lebih banyak lokasi bank makanan untuk di masukkan ke dalam peta aplikasi itu kelak.

Sambal SOS

Ikon siren merah dalam peta di aplikasi itu menunjukkan isi rumah memerlukan bantuan makanan. Jumlah ikon siren dalam peta dijangka bertambah sebaik sahaja aplikasi ini menerima lebih ramai pengguna.

Aplikasi Sambal SOS adalah aplikasi web progresif (PWA) – perisian aplikasi yang disampaikan melalui web yang dibina dengan menggunakan teknologi web biasa termasuk HTML, CSS dan JavaScript.

Namun, aplikasi ini juga boleh digunakan menerusi aplikasi di telefon pintar seperti aplikasi biasa, sama ada pengguna iOS atau Android.

Lawati aplikasi Sambal SOS di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI