30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaDahulu orang curi barang elektronik sekarang curi ikan dan sayur di pasar...

Dahulu orang curi barang elektronik sekarang curi ikan dan sayur di pasar raya Mydin

Dampak ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19 adalah sangat serius dan membimbangkan. Kalau dahulu kes kecurian mungkin banyak berlaku ke atas barangan elektronik yang mahal tetapi kini mereka mencuri makanan asas seperti ikan dan sayur-sayuran.

Menurut pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kes kecurian telah beralih kepada makanan dan bukannya barang yang lebih mahal seperti barangan elektronik, seperti dulu.

“Kecurian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi.

“Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya semasa menjadi panel dalam sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia pada Selasa lalu.

Menurutnya lagi, jika dahulu orang datang untuk mencuri televisyen atau pembesar suara. Mereka mencuri barang yang berharga untuk dijual semula tetapi kini mereka datang untuk mencuri ikan kembung dan hal tersebut adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Selain itu, Ameer yang turut merupakan itu presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu juga mengatakan bahawa penjualan mi segera di pasar raya besarnya juga melonjak tinggi semasa wabak COVID-19 melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain.

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Mydin malah baru-baru ini telah melancarkan inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dan menerima lebih dari 5,000 permintaan dalam masa 24 jam.

Ameer berkata kerajaan perlu tampil dengan strategi dan naratif baru dalam melawan COVID-19.

Terdahulu pengasas bersama IU, David Gurupatham, menegaskan kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding naratif perintah berkurung yang tidak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan Covid-19.

Katanya, naratif kerajaan kini harus berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor.

Pergerakan bendera putih baru-baru ini terbukti bahawa rakyat sudah menderita secara ekonomi, katanya.

David menambah bahawa kumpulan itu telah memperingatkan kerajaan beberapa bulan yang lalu bahawa jika strategi terkini tetap digunakan, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan akan mengakibatkan penutupan perniagaan secara besar-besaran.

Beliau berkata, gabungan itu bersedia menawarkan pertolongan kepada kerajaan dalam merancang pendekatan yang sesuai untuk memacu ekonomi negara pada masa-masa yang sukar ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI