27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
Utama Blog Laman 300

Keluarkan wang simpanan 10 tahun untuk beli rumah pertama, wanita ini gembira walaupun rumahnya tiada perabot baru

0

Adalah menjadi impian ramai orang untuk memiliki rumah sendiri. Ada yang sanggup bekerja keras, ada juga yang hidup berjimat-cermat. Semuanya sanggup dilakukan semata-mata untuk menabung bagi mendapatkan rumah idaman.

Untuk membeli rumah pertama dalam hidupnya, seorang wanita Cina yang lahir pada tahun 90-an tidak teragak-agak untuk menggunakan wang simpanan yang telah dikumpul selama 10 tahun. Walaupun rumah itu tidak mempunyai hiasan atau perabot mewah dia tetap bahagia dengan rumah tersebut.

Menurut “Sin Chew Daily”, wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Taizhou, Jiangsu itu tidak pernah lulus dari sekolah rendah. Jadi, dia telah bekerja keras untuk mendapatkan wang sejak berusia 14 tahun. Setelah 10 tahun, dia akhirnya telah membayar wang pendahuluan sebagai deposit sebanyak 280,000 yuan (sekitar RM180,000), dan membeli rumah sebesar 120 meter persegi yang dilengkapi dengan tiga buah bilik tidur, dua ruang tamu dan dua buah bilik mandi di kampung halamannya di Xinghua.

Wanita itu memberitahu bahawa dia kini bekerja dalam bidang hiasan, dan dia masih memperoleh sejumlah wang tambahan. Purata pendapatan bulanannya adalah sekitar 7000 yuan (sekitar RM4,500-RM5,150).

Walaupun dia masih belum mempunyai wang yang cukup untuk mengubah suai rumah dan tiada apa-apa dalam rumahnya dia tetap gembira. Apa yang ada di rumahnya hanyalah dua buah meja dan sebuah katil.

Ketika dia mengeluarkan wangnya untuk membeli rumah tersebut ramai yang mempersoalkan tindakannya. Ada yang mengatakan dia tidak perlu bersusah-oayah seperti itu. Memandangkan dia perempuan jadi dia hanya perlu mencari pasangan yang baik dan tidak perlu bekerja keras untuk membeli rumah sebesar itu.

Ibu bapanya juga pada awalnya meragukan tindakannya namun dia tetap dengan keputusannya untuk membeli rumah tersebut.

Dia berkata: “Saya selalu mahu memiliki rumah sejak saya masih kecil. Saya merasa tidak selamat walaupun saya berkahwin. Saya lebih selamat jika tinggal di rumah saya sendiri.”

Dapur

▼ Bilik mandi / Tandas

Bilik tidur

Video kanak-kanak menangis apabila abang beri potongan kek hari jadi buat warganet cair!

0

Setiap masyarakat memiliki budaya dan adat tradisi kepercayaan masing-masing. Di Brazil misalnya, kanak-kanak yang menyambut ulangtahun kelahiran harus memberikan potongan kek yang pertama kepada orang tersayang. Dalam kes ini, biasanya ibu bapa yang akan menerima potongan kek pertama itu.

Dalam video yang tular di Facebook baru-baru ini, memaparkan peristiwa menyentuh hati antara dua beradik. Menerusi video berdurasi 16 saat itu, anda dapat lihat kanak-kanak lelaki berkenaan sedang memotong kek untuk diberikan kepada orang tersayang.

Di sebelahnya pula merupakan adiknya yang masih kecil sedang memerhatikan gelagat abangnya sambil tersenyum sipu. Mereka berdua kelihatan seronok dan teruja apatah lagi ketika abangnya tanpa sengaja telah menjatuhkan potongan kek pertama.

Sebaik sahaja si abang meletakkan kek tersebut di atas pinggan dan memberikannya kepada adik, si adik terus menangis lantas memeluk erat abang tersayang yang mungkin sedang keliru dan tidak tahu apa yang harus dilakukan pada saat itu.

Abangnya kemudiannya meletakkan pinggan berisi kek itu di atas meja sebelum bertindak memeluk adiknya yang sedang menangis. Kedua-duanya berpelukan dengan erat dan membuatkan para penonton turut hampir menangis kerana terharu dengan hubungan kasih sayang yang dipaparkan.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 27k komen dengan 181k perkongsian.

Tonton video di sini.

Setiap pagi burung hantu ini akan bawa pulang ‘hadiah’ sebagai tanda terima kasih kerana pernah diselamatkan

0

Benarlah kata pepatah, Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua’. Pepatah ini amat sesuai dipadankan dengan kisah antara seekor burung hantu dengan manusia yang pernah menyelamatkannya suatu ketika dahulu.

Dalam satu insiden yang berlaku di Afrika Selatan pada tahun 2011, seorang lelaki telah menemukan seekor burung hantu dalam keadaan cedera. Sebagai seorang pencinta haiwan, sudah tentu lelaki ini akan membawa pulang burung yang cedera itu untuk mendapatkan rawatan asas.

Lelaki ini telah menjaga burung hantu itu di rumahnya selama dua bulan dan dalam tempoh itu, perhubungan di antara kedua-duanya menjadi akrab. Malah, burung hantu ini turut berkawan baik dengan haiwan peliharaan lain di rumah berkenaan iaitu kucing dan juga burung.

Setelah kesihatannya beransur pulih, burung hantu ini telah dibebaskan ke habitat asalnya. Namun, meskipun berjauhan, haiwan ini nampaknya langsung tidak melupakan jasa dan budi baik lelaki yang pernah merawatnya itu.

Buktinya, setiap hari selama empat tahun berturut-turut burung ini akan membawa pulang pelbagai jenis ‘buah tangan’ dari alam semulajadi sebagai tanda penghargaan kepada lelaki yang telah menyelamatkannya. Antara ‘hadiah’ yang seringkali dibawa bersama adalah tikus dan juga anak ular!

Adakalanya, burung hantu ini akan tunggu lelaki berkenaan terjaga dari tidur sambil menggigit tikus tersebut. Burung hantu ini juga akan berkongsi hadiah berkenaan dengan rakan-rakannya iaitu si burung dan si kucing. Mungkin yang lain senang hati menerima hadiah pemberian burung hantu itu tetapi walau apa pun, hati burung hantu ini benar-benar baik dan suci.

Pilihan editor:

Berapa bahasa yang anda tahu? Gadis Malaysia ini fasih 7 bahasa

0

Antara kemahiran yang sering dicari-cari ialah kemahiran berbahasa asing. Jika dahulu kita hanya menekankan dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tetapi kini ramai yang sudah mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari bahasa asing yang lain. Ada yang belajar bahasa Mandarin, ada juga yang belajar bahasa Jepun dan buat yang suka akan drama Korea semestinya sudah mula mempelajari bahasa itu.

Gadis di dalam video ini bukan sahaja fasih berbahasa Melayu dan Inggeris tetapi dia juga mahir dalam lima bahasa lain iaitu Mandarin, Itali, Swiss, Perancis dan Jerman.

Gadis bernama Saidah ini dilahirkan dan dibesarkan di Zurich, Switzerland memandangkan keluarganya berpindah ke negara itu atas urusan kerja. Dia juga bersekolah di salah sebuah sekolah awam di Winterthur. Memandangkan ibunya bebangsa Cina jadi dia dihantar ke kelas bahasa Cina ketika di Switzerland.

Memandangkan ayahnya berbangsa Melayu jadi Saidah tidak mempunyai masalah untuk berbahasa Melayu walaupun dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Walaupun kawan-kawannya datang dari pelbagai negara hal tersebut tidak membuatkan dia lupa dengan bahasanya sendiri.

Guna Oyen milik jiran untuk ‘bincang’ dengan anak kucing yang tidak mahu keluar dari enjin kereta

0

Antara tempat yang paling disukai oleh kucing ialah enjin kereta terutama ketika musim sejuk atau hujan. Hal ini kerana di enjin biasanya mereka akan berasa lebih panas. Namun, keadaan begitu memang berbahaya kepada mereka kerana mereka boleh sahaja cedera akibat terlalu panas.

Seorang netizen Jepun mengalami pengalaman yang sama apabila seekor anak kucing ditemui di dalam bahagian enjin keretanya. Mujur dia menyedari kehadiran anak kecil itu sebelum dia memulakan perjalanan. Masalah lain muncul apabila anak kucing itu tidak mahu keluar dari enjin. Dia malah terus bersembunyi kerana terlalu takut.

Jiran-jirannya kemudian ada yang datang membantu. Pelbagai cara yang dilakukan supaya anak kucing itu mahu keluar tetapi si comel itu tetap tidak mahu keluar. Setelah gagal mengeluarkan anak kucing itu, salah seorang daripada jirannya mendapat idea untuk menggunakan khidmat kucing Oyen peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut.

Si Oyen kemudian memanggil anak kucing tersebut. Tidak tahu lah apa yang diberitahu oleh Oyen kepada anak kucing itu tetapi apa yang pasti selepas beberapa kali dipanggil anak kucing mula tertarik untuk menjengah keluar. Ketika itu, orang ramai mula bersedia untuk mengeluarkan anak kucing tersebut dan akhirnya dia berjaya juga dikeluarkan.

Nampaknya Oyen sekali lagi membuktikan dia adalah spesies yang berguna. Mereka mungkin nakal tetapi mereka juga berfungsi dengan baik!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan editor:

BNM : Diberi secara automatik kepada pemohon, berikut 3 saluran permohonan moratorium

0

Bermula 7 Julai, individu mahupun pemilik perusahaan  yang terkesan ekoran pandemik, boleh membuat permohonan moratorium selama 6 bulan.

Ia tertakluk di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, melibatkan semua kumpulan B40, M40, T20 serta PKS dan juga perniagaan mikro.

Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan moratorium ini adalah mudah dan tidak memerlukan dokumen sokongan.

Menurut jurucakap BNM, faedah keuntungan juga hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Sinar Harian

Moratorium ini juga diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para peminjam individu dan perniagaan bernilai RM80 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pihak bank juga diarahkan untuk menawarkan pengurangan ansuran dan pakej lain, serta perlu menawarkan penstrukturan semula pembiayaan, bersesuaian dengan keadaan kewangan peminjam.

Menurut BNM, terdapat 3 saluran permohonan moratorium iaitu :

#1 Borang web

Bank Negara Malaysia/Facebook

#2 E-mel

Bank Negara Malaysia/Facebook

#3 Panggilan telefon

Bank Negara Malaysia/Facebook

BNM juga akan memastikan bahawa semua permohonan yang dibuat akan diluluskan secara automatik.

Difahamkan bahawa anda juga boleh mengunjungi cawangan bank masing-masing untuk mengemukakan permohonan moratorium secara fizikal.

Namun ia tertakluk kepada waktu operasi cawangan bank berkenaan dan juga sekatan pergerakan yang sedang berlangsung ketika ini.

BNM turut memberi jaminan bahawa Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas setelah menerima sebarang bentuk bantuan bayaran balik pinjaman.

Buat mana-mana individu yang berdepan dengan kesulitan untuk menghubungi bank masing-masing, anda boleh maklumkan kepada mereka menerusi pautan ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan editor:

Cara berkesan yang boleh digunakan ibu bapa untuk menyuruh anak kecil makan tanpa perlu dipaksa

0

Waktu makan merupakan antara waktu yang sukar buat para ibu. Mana tidaknya, anak kecil mereka pastinya punya ragam yang pelbagai jika disuruh makan. Ada sahaja alasan dan gelagat mereka untuk mengelak daripada disutruh makan terutama jika terlihat sayur-sayuran. Akhirnya, ibu lah yang terpaksa berkeras untuk memaksa anak kecil mereka untuk makan.

Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk menyuruh anak mereka makan tanpa dipaksa. Mereka seharusnya lebih tenang dan santai serta gunakan kebijaksanaan sebagai ibu untuk mempengaruhi anak kecil supaya mudah untuk makan.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan membiarkan anak mereka makan dengan cara mereka sendiri. Ramai ibu yang suka melihat anak mereka makan dengan sopan dengan menggunakan sudu tetapi hakikatnya anak kecil lebih suka menggunakan tangan mereka. Jadi, biarkan mereka makan menggunakan tangan. Ya, ianya mungkin kotor tetapi itulah yang membuatkan anak kecil menikmati masa makan mereka.

Ibu-ibu perlu memberikan masa untuk anak-anak makan dengan tenang. Jangan tergesa-gesa meminta mereka menghabiskan makanan mereka. Biarkan mereka mengambil masa mereka untuk makan. Dengan cara ini mereka lebih santai dan dapat menikmati makanan mereka.

Mereka mungkin akan membuat kotor pada meja atau pakaian mereka. Biarkan begitu… selepas mereka makan minta dengan baik kepada mereka untuk membersihkan apa yang kotor. Katakan dengan lembut supaya mereka faham tentang kebersihan ketika makan.

Selain itu, para ibu juga boleh melatih anak kecil mereka menggunakan kerusi untuk makan. Mereka mungkin boleh dilatih seawal usia 7 bulan. Jadi, apabila mereka sudah besar mereka akan terbiasa untuk duduk jika hendak makan. Tabiat ini lah yang akan dilakukan mereka seiring dengan penambahan usia mereka.

Tambahan lagi, ibu-ibu juga boleh membiarkan anak-anak mereka mengenal makanan mereka sendiri. Kadangkala mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, jadi mereka akan melihat-lihat makanan apa yang dihidangkan kepada mereka. Biarkan mereka membelek sayur-sayuran atau buah-buahan yang diberikan kerana ketika itu mereka mungkin sedang mempelajari sesuatu.

Tips lain yang boleh diamalkan ialah dengan tidak memberikan makanan ringan kepada anak kecil terlalu kerap. Hal ini bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan mereka malah dengan memberi makanan ringan boleh membuatkan mereka kekenyangan. Jadi, apabila tiba untuk makan mereka akan mengelak utnuk makan kerana sudah kekenyangan.

Selain itu, ahli keluarga lain juga boleh memainkan peranan iaitu dengan makan bersama-sama si kecil. Jika makan beramai-ramai pastinya lebih menyeronokkan terutama buat si kecil. Jika mereka senang maka mereka akan lebih berselera dan mudah untuk disuruh makan. Kebanyakan ibu bapa sangat sibuk bekerja jadi gunakan masa yang ada untuk makan bersama si kecil dan perkara itu sebenarnya sangat mengembirakan mereka.

Tambahan lagi, para ibu perlu memastikan anak kecil mereka makan sayur-sayuran. Ya, ramai anak kecil yang sangat tidak suka dengan sayur-sayuran. Mereka pasti akan mengelak untuk makan sayur di dalam pinggan mereka tetapi itu tidak bermakna ibu-ibu hanya perlu menurut kehendak mereka. Jadi. gunakan idea kreatif supaya anak-anak tertarik dengan sayur-sayuran.

Antara cara yang boleh digunakan ialah dengan membiarkan mereka menonton kartun yang menunjukkan kebaikan makan sayur-sayuran. Contohnya seperti ‘Popye’. Lihatkan kepada mereka bagaimana Popye sangat suka dengan bayam. Hal ini pasti akan mula membuatkan mereka terasa ingin makan sayur yang sama seperti yang ditonton di dalam televisyen.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membelikan buku tentang sayur-sayuran dan bercerita kepada mereka tentang kebaikan sayur-sayuran. Kenalkan mereka pada sayur-sayuran yang menarik. Mungkin mereka akan teruja apabila melihat gambar dalam buku dan mahu mencubanya sendiri ketika waktu makan.

Sebenarnya tidak susah untuk menyuruh anak kecil makan terutama makan makanan berkhasiat. Mereka mungkin punya telatah tersendiri tetapi sebagai ibu bapa kita perlu lebih kreatif untuk menyuruh mereka makan dengan lebih baik.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Saintis sembunyikan fakta sebenar tentang asal-usul COVID-19 seolah-olah virus tersebut disimpan di makmalnya di Wuhan

0

Shi Zhengli, pengarah di Center for Emerging Infectious Diseases of the Wuhan Institute of Virology (WIV) telah melakukan banyak projek penyelidikan dan eksperimen yang menunjukkan bagaimana Koronavirus berhubung.

Penyelidikan yang dilakukan banyak memberikan pelbagai hasil yang telah diterbitkan daripada tahun 2013 hingga 2020. Dari situ beliau mendapati bahawa sumber utama yang menjadi pencetus kepada COVID-19 masih disembunyikan.

Kajian pada awalnya membuktikan bahawa virus itu merebak berpunca daripada kelawar dan mungkin juga musang sehingga ianya kemudian menular kepada manusia.

Kajian beliau untuk mencari sumber asal wabak SARS bermula pada tahun 2004, ketika beliau bergabung dengan pasukan penyelidik antarabangsa untuk mengumpulkan sampel dari kelawar di selatan China.

Penyelidikan awal Shi diterbitkan dalam sebuah artikel tahun 2005, di mana beliau melaporkan bahawa kelawar adalah spesies yang berkait rapat dengan Koronavirus.

Shi dan pasukannya terus mencari sumber wabak tahun 2002 selama bertahun-tahun, dan sampel yang dikumpulkan oleh pasukannya dikirim ke Wuhan untuk tujuan analisis dan melakukan eksperimen lebih lanjut.

Pada 12 Disember 2007, Shi dan pasukannya telah menerbitkan sebuah artikel di dalam Journal of Virology yang menunjukkan bagaimana virus dapat dimanipulasi untuk menjangkiti dan menyerang sel manusia menggunakan pseudovirus yang berbasis HIV. Eksperimen ini merupakan petunjuk pertama bahawa makmal Shi di Wuhan memperoleh teknologi dan kemahiran yang diperlukan untuk memanipulasi virus yang dikumpulkan melalui haiwan.

Pada bulan Jun 2010, Shi menulis sebuah lagi artikel yang menunjukkan bahawa pasukannya telah membuat eksperimen pada tahun 2007 dengan memanipulasi spesimen virus kelawar tambahan dan menguji interaksi mereka ke atas protein spike SARS-CoV manusia.

Pada tahun 2011 dan 2012, mereka kemudian melakukan pemerhatian dan tinjauan selama 12 bulan terhadap kumpulan kelawar di Gua Shitou yang ada di kota Kunming, Yunnan, China.

Semasa Shi dan pasukannya melakukan tinjauan mereka di Gua Shitou, sekumpulan enam pekerja mulai membersihkan kotoran kelawar yang ada di sebuah lombong di Mojiang, Yunnan – kira-kira 200 batu jauhnya dari tempat kumpulan Shi melakukan tinjauan.

Pada April 2012, keenam-enam pekerja tersebut mulai sakit teruk akibat penyakit seperti pneumonia yang akhirnya menyebbakan tiga daripada mereka meninggal dunia dan tidak ada media yang melaporkan mengenai wabak aneh tersebut.

Shi dan pasukannya kemudian mengalihkan fokus dan lokasi mereka dan menghabiskan dua tahun berikutnya mengumpulkan sampel dari kelawar yang terletak di lombong di Mojiang.

Virus yang didakwa dijumpai di salah satu sampel ini kemudiannya dinyatakan sebagai padanan paling dekat dengan virus yang menyebabkan COVID-19.

Penemuan sampel virus tersebut walau bagaimanapun sangat sukar untuk ditemui. Walaupun Mojiang mencatatkan sejumlah besar Koronavirus, hanya satu dari mereka yang menyerupai SARS dan dilaporkan terdapat dalam satu sampel najis yang ditemui. Pasukan Shi kemudian menamakan virus tersebut sebagai RaBtCoV / 4991.

Sampel tersebut hanyalah salah satu dari 16,000 kelawar yang kami ambil sampel. Itu adalah sampel najis, kami memasukkannya ke dalam tabung kemudian ke dalam cecair nitrogen dan membawanya kembali ke makmal.

Dengan kata lain, artikel yang ditulis pada 2013 menunjukkan secara khusus bahawa ada kemungkinan berlakunya jangkitan secara langsung daripada kelawar kepada manusia.

Dalam artikel yang ditulis oleh Shi, bersama dengan Ralph Baric dari University of North Carolina pada tahun 2015, mereka melakukan peninjauan ke atas kehadiran semula virus itu pada kelawar. Dalam artikel tersebut jelas menyebutkan nama lokasi di mana virus tersebut berpunca iaitu di Kunming di mana terletaknya Gua Shitou.

Namun, dalam waktu kurang dari tiga bulan, sebagai tindakan lanjut daripada artikel yang diterbitkan pada November 2015, Shi dan pasukannya mengakui dalam artikel Februari 2016 bahwa mereka “telah melakukan pengawasan terhadap koronavirus pada kelawar di sebuah lombong yang ditinggalkan di Mojiang, Yunnan, China, dari tahun 2012-2013. “


Pangkalan data virus kelelawar yang diterbitkan oleh Akademi Sains China – badan induk WIV – mengesahkan bahawa virus RaBtCoV / 4991 yang ditemui pada 24 Julai 2013, merupakan sebahagian daripada koleksi Koronavirus yang dijelaskan dalam artikel yang diterbitkan pada 2016 di mana sumber virus tersebut adalah di lombong yang terbengkalai.

Pada tahun 2017, Shi dan pasukannya sekali lagi mengalihkan fokus dari lombong Mojiang dan kembali ke Gua Shitou, dengan menyatakan: “Kami telah melakukan pengawasan selama lima tahun (April 2011 hingga Oktober 2015) pada SARSr-CoV pada kelawar dari satu habitat yang berdekatan dengan kota Kunming, Provinsi Yunnan, China ”- wilayah di mana terletaknya Gua Shitou.

Salah seorang penulis bersama Shi pada artikel 2013 dan 2017, Linfa Wang, mengatakan bahawa ketika munculnya penyakit berjangkit orang ramai masih tidak sedar akan bahayanya. Media juga tidak memberikan perhatian ke atas perkara tesebut.

Pada bulan November 2020, lebih banyak fakta ditemukan mengenai asal usul virus tersebut, Shi kemudian membuat tambahan pada artikelnya pada Februari 2020 yang mengakui bahawa punca terdekat COVID-19 adalah berasal dari lombong Mojiang.

Shi akhirnya mengakui bahwa beliau telah menggantikan nama virus dari RaBtCoV / 4991 menjadi RaTG13, seharusnya untuk “mencerminkan spesies kelelawar.” Namun, sebutan sebelumnya dan sebutan baru membawa huruf “RA”, yang berarti Rhinolophus affinis, istilah Latin untuk kelawar ladam.

Selain itu, terdapat juga artikel Shi yang ditulis pada 2020 yang menuduh bahawa wabak itu “bermula dari pasar makanan laut tempatan.” Tuduhan palsu itu kemudian telah dibantah memandangkan ianya bercanggah dengan artikel Febuari yang ditulisnya.

Walaupun belum diketahui dengan tepat mengapa Shi mengaburkan asal-usul RaBtCov / 4911 yang sebenarnya dan mengaburkan penemuannya pada tahun 2013, tidak dapat dinafikan bahawa Shi secara senyap-senyap menyimpan hasil penemuannya yang sangat berkait dengan COVID-19 di makmalnya di wuhan selama sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Dahulu orang curi barang elektronik sekarang curi ikan dan sayur di pasar raya Mydin

0

Dampak ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19 adalah sangat serius dan membimbangkan. Kalau dahulu kes kecurian mungkin banyak berlaku ke atas barangan elektronik yang mahal tetapi kini mereka mencuri makanan asas seperti ikan dan sayur-sayuran.

Menurut pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kes kecurian telah beralih kepada makanan dan bukannya barang yang lebih mahal seperti barangan elektronik, seperti dulu.

“Kecurian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi.

“Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya semasa menjadi panel dalam sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia pada Selasa lalu.

Menurutnya lagi, jika dahulu orang datang untuk mencuri televisyen atau pembesar suara. Mereka mencuri barang yang berharga untuk dijual semula tetapi kini mereka datang untuk mencuri ikan kembung dan hal tersebut adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Selain itu, Ameer yang turut merupakan itu presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu juga mengatakan bahawa penjualan mi segera di pasar raya besarnya juga melonjak tinggi semasa wabak COVID-19 melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain.

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Mydin malah baru-baru ini telah melancarkan inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dan menerima lebih dari 5,000 permintaan dalam masa 24 jam.

Ameer berkata kerajaan perlu tampil dengan strategi dan naratif baru dalam melawan COVID-19.

Terdahulu pengasas bersama IU, David Gurupatham, menegaskan kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding naratif perintah berkurung yang tidak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan Covid-19.

Katanya, naratif kerajaan kini harus berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor.

Pergerakan bendera putih baru-baru ini terbukti bahawa rakyat sudah menderita secara ekonomi, katanya.

David menambah bahawa kumpulan itu telah memperingatkan kerajaan beberapa bulan yang lalu bahawa jika strategi terkini tetap digunakan, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan akan mengakibatkan penutupan perniagaan secara besar-besaran.

Beliau berkata, gabungan itu bersedia menawarkan pertolongan kepada kerajaan dalam merancang pendekatan yang sesuai untuk memacu ekonomi negara pada masa-masa yang sukar ini.

Singapura umum penerima vaksin COVID-19 buatan China tidak diiktiraf sebagai telah divaksinasi

0

Agensi kesihatan Singapura mengumumkan individu yang menerima vaksin COVID-19 buatan China tidak akan dikira sebagai telah divaksin.

“Angka vaksinasi negara hanya mengambil kira individu yang telah divaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan. Buat masa ini, ia hanya termasuk pemberian vaksin Moderna COVID-19 dan Pfizer-BioNTech / Comirnaty,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura pada 6 Julai.

COVID-19 adalah penyakit yang menjadi pandemik dunia yang disebabkan oleh virus PKC (Parti Komunis China), atau dikenali sebagai coronavirus.

Petugas kesihatan Thailand memberi vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dari China di Bangkok pada 7 April, 2021. (Gambar oleh MLADEN ANTONOV/AFP/Getty Images)

Pegawai kesihatan negara itu berkata data keberkesanan yang tidak mencukupi untuk vaksin Sinovac COVID-19, iaitu terhadap strain Delta. Varian ini telah mencetuskan peningkatan kes COVID-19 yang paling banyak berlaku di negara ini.

“Kami tidak benar-benar memiliki asas saintifik atau perubatan, atau memiliki data terkini untuk menentukan betapa berkesannya Sinovac berkaitan perihal jangkitan dan penyakit parah ke atas varian Delta,” kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung kepada media pada 7 Julai.

Singapura mula membenarkan klinik kesihatan swasta untuk mentadbir urus pemberian vaksin CoronaVac keluaran Sinovac bermula pertengahan Jun setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan kelulusan kecemasan untuk penggunaannya mulai 1 Julai. Pada 3 Julai, kira-kira 17,000 individu telah menerima suntikan dos pertama.

Pengarah perkhidmatan perubatan Singapura, Kenneth Mak berkata bukti dari negara lain menunjukkan individu yang telah mengambil CoronaVac masih berisiko tinggi dan boleh dijangkiti.

Dan Singapura juga berkata individu yang menerima vaksin CoronaVac masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menghadiri acara tertentu atau memasuki beberapa tempat, tidak seperti individu yang telah diberi vaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan.

Pihak berkuasa negara itu berkata individu yang menerima suntikan Sinovac di luar negara akan layak mendapat inokulasi penuh dengan vaksin Pfizer atau Moderna di Singapura. Kenneth Mak memberitahu wartawan pada 7 Julai lalu bahawa kerajaan Singapura tidak dapat memberi jaminan keselamatan campuran dua vaksin.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

“Kami tidak menghentikan mereka walaupun terdapat kekurangan data memberangsangkan dalam mempertimbangkan keberkesanan strategi ini untuk menggunakan dua vaksin yang berbeza – kami menggelarnya strategi vaksinasi yang heterologi,” kata Kenneth Mak.

“Jika antara mereka yang layak menerima vaksinasi dari program vaksinasi kebangsaan, kami akan membenarkan mereka untuk mendaftar tetapi kami akan memberitahu mereka mengenai fakta bahawa bukti tidak tersedia berkenaan betapa baik maklum balasnya jika mereka menerima vaksin yang lain selain disyor sebelum ini,” jelas Kenneth Mak.

Pada bulan April, ketua Pusat Kawalan Penyakit China (CDC), Gao Fu, mengakui beberapa produk vaksin buatan China “tidak mempunyai kadar perlindungan yang sangat tinggi” tetapi kemudian membuat kenyataan yang komennya adalah ‘salah faham’. Gao Fu berkata yang beliau memberi komen berkenaan dalam konteks bahawa firma China perlu mengejar teknologi mRNA. Kenyataan itu dibuat ketika laporan mendapati bahawa CoronaVac hanya memiliki kadar keberkesanan sebanyak 50.38 peratus dalam pencegahan virus PKC (COVID-19).

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.