Varian terbaru COVID-19 yang dikatakan lebih berbahaya membimbangkan para saintis sehingga mereka tidak dapat memberi jaminan sama ada vaksin yang sedia ada yang mampu digunakan untuk menghalang jangkitan.
Varian yang pertama kali dikesan di Peru sekitar Ogos 2020 dikatakan mempunyai mutasi yang ‘luar biasa’ yang membuatkannya tahan kepada vaksin.
Para penyelidik dari University of Chile di Santiago mengatakan dalam sebuah penelitian yang diterbitkan bahwa varian tersebut memiliki “potensi besar untuk menjadi varian yang perlu diberi perhatian.”
Varian Lambda, juga dikenal sebagai C.37, diyakini pertama kali muncul di Peru pada bulan Ogos tahun lalu, tetapi hanya menjadi ancaman global dalam beberapa minggu terakhir ini apabila Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Jun lalu telah ‘mengisytiharkan’ kemunculan varian ini di beberapa negara secara serentak.
Di Peru, varian Lambda kini menyumbang kepada 82 peratus jangkitan baru. Sementara itu, Chile, Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, dan Mexico, semuanya telah mengesahkan bahawa varian ini telah merebak secara berleluasa.
Ahli virologi WHO, Jairo Mendez-Rico, memberitahu DW bahawa walaupun varian ini menunjukkan kadar jangkitan yang lebih tinggi, tidak ada petunjuk bahawa varian ini lebih agresif.
Mendez-Rico memberitahu bahawa lebih banyak data diperlukan untuk membandingkan varian yang baru ditemui dengan varian lain yang ada seperti gamma (P.1) dan delta (B.1.617.2), yang telah dikategorikan oleh WHO sebagai varian yang perlu diberi perhatian.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, setakat ini tidak ada kes varian Lambda yang direkodkan di Amerika Syarikat.
Memandangkan varian ini telah tersebar dengan cepat di Peru, Ekuador, Chile, dan Argentina, WHO percaya bahawa varian Lambda memiliki potensi besar untuk menjadi varian yang perlu diberi perhatian.
WHO juga mengatakan bahawa kajian lebih lanjut diperlukan untuk “mengesahkan keberkesanan vaksin yang berterusan” ke atas varian Lambda.