26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupCara berkesan yang boleh digunakan ibu bapa untuk menyuruh anak kecil makan...

Cara berkesan yang boleh digunakan ibu bapa untuk menyuruh anak kecil makan tanpa perlu dipaksa

Waktu makan merupakan antara waktu yang sukar buat para ibu. Mana tidaknya, anak kecil mereka pastinya punya ragam yang pelbagai jika disuruh makan. Ada sahaja alasan dan gelagat mereka untuk mengelak daripada disutruh makan terutama jika terlihat sayur-sayuran. Akhirnya, ibu lah yang terpaksa berkeras untuk memaksa anak kecil mereka untuk makan.

Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk menyuruh anak mereka makan tanpa dipaksa. Mereka seharusnya lebih tenang dan santai serta gunakan kebijaksanaan sebagai ibu untuk mempengaruhi anak kecil supaya mudah untuk makan.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan membiarkan anak mereka makan dengan cara mereka sendiri. Ramai ibu yang suka melihat anak mereka makan dengan sopan dengan menggunakan sudu tetapi hakikatnya anak kecil lebih suka menggunakan tangan mereka. Jadi, biarkan mereka makan menggunakan tangan. Ya, ianya mungkin kotor tetapi itulah yang membuatkan anak kecil menikmati masa makan mereka.

Ibu-ibu perlu memberikan masa untuk anak-anak makan dengan tenang. Jangan tergesa-gesa meminta mereka menghabiskan makanan mereka. Biarkan mereka mengambil masa mereka untuk makan. Dengan cara ini mereka lebih santai dan dapat menikmati makanan mereka.

Mereka mungkin akan membuat kotor pada meja atau pakaian mereka. Biarkan begitu… selepas mereka makan minta dengan baik kepada mereka untuk membersihkan apa yang kotor. Katakan dengan lembut supaya mereka faham tentang kebersihan ketika makan.

Selain itu, para ibu juga boleh melatih anak kecil mereka menggunakan kerusi untuk makan. Mereka mungkin boleh dilatih seawal usia 7 bulan. Jadi, apabila mereka sudah besar mereka akan terbiasa untuk duduk jika hendak makan. Tabiat ini lah yang akan dilakukan mereka seiring dengan penambahan usia mereka.

Tambahan lagi, ibu-ibu juga boleh membiarkan anak-anak mereka mengenal makanan mereka sendiri. Kadangkala mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, jadi mereka akan melihat-lihat makanan apa yang dihidangkan kepada mereka. Biarkan mereka membelek sayur-sayuran atau buah-buahan yang diberikan kerana ketika itu mereka mungkin sedang mempelajari sesuatu.

Tips lain yang boleh diamalkan ialah dengan tidak memberikan makanan ringan kepada anak kecil terlalu kerap. Hal ini bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan mereka malah dengan memberi makanan ringan boleh membuatkan mereka kekenyangan. Jadi, apabila tiba untuk makan mereka akan mengelak utnuk makan kerana sudah kekenyangan.

Selain itu, ahli keluarga lain juga boleh memainkan peranan iaitu dengan makan bersama-sama si kecil. Jika makan beramai-ramai pastinya lebih menyeronokkan terutama buat si kecil. Jika mereka senang maka mereka akan lebih berselera dan mudah untuk disuruh makan. Kebanyakan ibu bapa sangat sibuk bekerja jadi gunakan masa yang ada untuk makan bersama si kecil dan perkara itu sebenarnya sangat mengembirakan mereka.

Tambahan lagi, para ibu perlu memastikan anak kecil mereka makan sayur-sayuran. Ya, ramai anak kecil yang sangat tidak suka dengan sayur-sayuran. Mereka pasti akan mengelak untuk makan sayur di dalam pinggan mereka tetapi itu tidak bermakna ibu-ibu hanya perlu menurut kehendak mereka. Jadi. gunakan idea kreatif supaya anak-anak tertarik dengan sayur-sayuran.

Antara cara yang boleh digunakan ialah dengan membiarkan mereka menonton kartun yang menunjukkan kebaikan makan sayur-sayuran. Contohnya seperti ‘Popye’. Lihatkan kepada mereka bagaimana Popye sangat suka dengan bayam. Hal ini pasti akan mula membuatkan mereka terasa ingin makan sayur yang sama seperti yang ditonton di dalam televisyen.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membelikan buku tentang sayur-sayuran dan bercerita kepada mereka tentang kebaikan sayur-sayuran. Kenalkan mereka pada sayur-sayuran yang menarik. Mungkin mereka akan teruja apabila melihat gambar dalam buku dan mahu mencubanya sendiri ketika waktu makan.

Sebenarnya tidak susah untuk menyuruh anak kecil makan terutama makan makanan berkhasiat. Mereka mungkin punya telatah tersendiri tetapi sebagai ibu bapa kita perlu lebih kreatif untuk menyuruh mereka makan dengan lebih baik.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI