Setiap masyarakat memiliki budaya dan adat tradisi kepercayaan masing-masing. Di Brazil misalnya, kanak-kanak yang menyambut ulangtahun kelahiran harus memberikan potongan kek yang pertama kepada orang tersayang. Dalam kes ini, biasanya ibu bapa yang akan menerima potongan kek pertama itu.

Dalam video yang tular di Facebook baru-baru ini, memaparkan peristiwa menyentuh hati antara dua beradik. Menerusi video berdurasi 16 saat itu, anda dapat lihat kanak-kanak lelaki berkenaan sedang memotong kek untuk diberikan kepada orang tersayang.

Di sebelahnya pula merupakan adiknya yang masih kecil sedang memerhatikan gelagat abangnya sambil tersenyum sipu. Mereka berdua kelihatan seronok dan teruja apatah lagi ketika abangnya tanpa sengaja telah menjatuhkan potongan kek pertama.

Sebaik sahaja si abang meletakkan kek tersebut di atas pinggan dan memberikannya kepada adik, si adik terus menangis lantas memeluk erat abang tersayang yang mungkin sedang keliru dan tidak tahu apa yang harus dilakukan pada saat itu.
Abangnya kemudiannya meletakkan pinggan berisi kek itu di atas meja sebelum bertindak memeluk adiknya yang sedang menangis. Kedua-duanya berpelukan dengan erat dan membuatkan para penonton turut hampir menangis kerana terharu dengan hubungan kasih sayang yang dipaparkan.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 27k komen dengan 181k perkongsian.
Tonton video di sini.