28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPenganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 minta atlet berhenti gigit pingat

Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 minta atlet berhenti gigit pingat

Rutin menggigit pingat setiap kali memenangi acara sukan sudah menjadi suatu kebiasaan mahupun trend dalam kalangan atlet setiap kali ingin bergambar. Majoriti percaya tabiat menggigit pingat ini adalah bagi memastikan bahawa pingat tersebut diperbuat daripada bahan logam asli dan bukannya tiruan.

Bagaimanapun baru-baru ini, pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mengingatkan para atlet untuk tidak menggigit pingat yang dimenangi memandangkan pingat untuk temasya sukan berkenaan diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula!

Menerusi ciapan di laman Twitter pada 26 Julai lalu, jawatankuasa penganjur telah menegaskan bahawa pingat berkenaan tidak boleh digigit.

“Kami secara rasmi ingin mengesahkan bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit. Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun. Jadi, usah menggigitnya… tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya”.

“Kira-kira 78,985 tan peranti atau 6.21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat. Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kg emas, 3,500 kg perak dan 2,200 kg gangsa. Jumlah ini berjaya menghasilkan sebanyak 5,000 pingat”.

Selain pingat, pihak penganjur turut mengambil inisiatif untuk mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan rangka katil daripada bahan kitar semula.

Sementara itu, Forbes melaporkan bahawa kali terakhir temasya Sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen adalah pada tahun 2012 dalam saiz yang kecil. Di Sukan Olimpik Rio 2016 pula, setiap pingat emas dikatakan mengandungi sebanyak 6 gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan pingat tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI