27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 293

Setia menatap gambar pemiliknya setiap hari, Oyen seolah-olah mahu ucap selamat malam kepada tuannya yang telah meninggal dunia

0

Haiwan peliharaan biasanya setia terutama kepada pemilik mereka. Ada haiwan sanggup menunggu tuan mereka pulang dari kerja, ada yang setia menemani tuan mereka menyelesaikan kerja dan apa yang paling sedih ada tetap setia menanti walaupun tuan mereka telah pergi buat selama-lamanya.

Antara haiwan yang paling setia ialah kucing oren yang kematian pemiliknya ini. Kejadian tersebut diceritakan oleh seorang netizen, Rong Servic dari Thailand di Facebook.

Rong menceritakan mengenai kucing oren kesayangannya yang begitu sedih atas pemergian tuannya. Rupa-rupanya bukan hanya dia yang merasai kehilangan isterinya tetapi kucing peliharaan mereka juga merasakan hal yang sama.

Biasanya sebelum tidur setiap malam wanita tersebut akan menemani si Oyen kesayangannya untuk tidur sehingga Oyen akhirnya tertidur di dalam pelukan tuannya. Kebiasaan inilah yang membuatkan kucing itu sangat merasai kehilangan tuannya.

Kini, hampir setiap malam, kucing oren tersebut akan berjalan-jalan di ruangan yang menempatkan foto mendiang pemiliknya. Kucing itu seolah-olah mahu mengucapkan selamat malam kepada pemiliknya yang sudah tiada lagi di sisinya.

“Kucing saya suka melihat foto ibunya, dia menghabiskan beberapa jam sehari di depan foto itu,” tulis Rong di Facebook.

Varian Delta kini dikesan di bandar Nanjing

0

NANJING- Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengumumkan bahawa varian Delta dikesan di Nanjing, Provinsi Jiangsu, China.

Pada 28 Julai, sebanyak 47 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah penularan tempatan menjadi 153 kes. Sebilangan besar individu yang dijangkiti telah menerima vaksin buatan China.

Menurut pihak berkuasa tempatan sebilangan besar kes adalah berkaitan dengan Lapangan Terbang Lukou di kota itu. Sembilan kes pertama dijumpai ketika kakitangan lapangan terbang menjalani ujian asid nukleik pada 20 Julai. Lebih ramai pekerja lapangan terbang dan kenalan rapat mereka kemudian diuji positif semasa ujian secara besar-besaran dilakukan ke atas 9 juta orang  penduduk Nanjing.

Data rasmi menunjukkan sebahagian besar kakitangan lapangan terbang telah menerima vaksin China pada bulan Mei. Eastern Airport, syarikat induk Lapangan Terbang Lukou, mengatakan pada 12 Mei bahawa lebih 90 peratus kakitangannya telah menerima vaksin. Lapangan Terbang Nanjing juga melaporkan kadar vaksinasi melebihi 90 peratus pada masa itu.

Shao Yiming, seorang penyelidik di Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengatakan kepada media China pada 7 Jun bahawa vaksin buatan China adalah untuk “pencegahan perkembangan gejala,” dan bukannya “mencegah jangkitan.”

Rakyat tempatan diminta untuk tinggal di rumah dan telah dinasihatkan hanya  keluar jika perlu. Orang yang menghantar makanan atau bungkusan dilarang masuk ke bangunan kediaman. Panggung wayang, gimnasium, kolam renang dan tempat awam yang lain juga ditutup. Jumlah mereka  yang  dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan pasar raya juga dihadkan.

Pihak berkuasa kesihatan di lima wilayah telah mengumumkan kes tersebut. Sebilangan besar kes di wilayah lain seperti Guangdong, Sichuan, Liaoning, dan Anhui adalah bergejala kecil.

Awal bulan Julai, bandar Ruili di wilayah Guangxi yang berjiran dengan terpaksa ditutup setelah varian Delta dikesan. Sebilangan besar penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin buatan China, dan sekurang-kurangnya separuh daripada populasi di Ruili menerima satu dos vaksin CanSino.

Barisan hampir 2 kilometer di luar PPV KLCC apabila warga asing bersesak mendapatkan janji temu vaksinasi

0

Gambar dan video tular yang beredar di media sosial pada 28 Julai menunjukkan kesesakan dan barisan orang ramai yang tidak mematuhi SOP di luar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), ekoran ribuan warga asing tiba serentak bersama warga tempatan yang sah memenuhi janji temu di MySejahtera untuk menerima vaksinasi di lokasi yang sama.

Ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan warga tempatan mengenai tahap keselamatan di PPV yang boleh menularkan jangkitan COVID-19 lebih parah di Malaysia juga kebarangkalian wujud kluster baharu di PPV berikutan tiadanya pematuhan jarak fizikal dan mereka langsung tidak peka untuk mengikuti SOP yang ditetapkan.

Twitter

Malaysia mencatatkan kes positif tertinggi sebanyak 17,405 kes pada 28 Julai, dan 17,170 kes pada 29 Julai dan sikap ketidakpatuhan seperti inilah antara puncanya.

Paparan Skrin / Facebook

PDRM kemudian mengeluarkan kenyataan dengan menasihati majikan supaya tidak menghantar pekerja mereka, terutamanya warga asing dengan aturan masa yang terlalu awal untuk mendapatkan vaksinasi dan perlu mengikut waktu temu janji yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan di PPV.

Twitter

Ketua Polis Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kepada BERNAMA, ramai pekerja asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC dan beliau memohon kepada para majikan agar tidak menghantar pekerja mereka terlalu awal ke PPV tersebut.

Twitter

Jurugambar The Sun, Adib Rawi yang berada di lokasi ketika itu telah berjaya merakamkan beberapa gambar di PPV berkenaan menerusi laman Twitternya. Menurutnya, barisan panjang hampir 2 kilometer terbentuk di luar bangunan untuk memasuki pintu masuk KLCC.

Diharapkan tidak wujud kluster PPV selepas insiden ini, seperti mana yang berlaku di PPV IDCC Shah Alam.

Ramai yang boleh memandu tetapi tidak ramai yang miliki kemahiran untuk melakukan apa yang dilakukan mereka ini

0

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat memandu dengan baik juga adalah sebuah kemahiran. Ramai orang boleh memandu namun tidak ramai yang mempunyai kemahiran memandu yang mengagumkan.

Antara mereka yang yang sangat mahir memandu adalah dua orang pemuda yang ada di dalam video ini. Perhatikan pada sebuah treler yang sedang bergerak secara mengundur dan terdapat sebuah cawan yang berisi air yang sangat rapat dengannya.

Apa yang menariknya ketika treler tersebut berundur tidak sedikit pun terkena pada cawan itu. Treler itu bahkan berhenti betul-betul ketika uncang teh yang tergantung padanya masuk ke dalam cawan tersebut. Pemandu treler kemudian melakukan sesuatu yang melucukan iaitu dengan menambah susu ke dalam cawan sebelum menikmati teh tersebut.

Seterusnya ialah apabila seorang lelaki membawa naik bajaknya ke atas sebuah trak tanpa menggunakan alat bantuan lain. Biasanya orang akan menggunakan tanjakan (ramp) untuk menaikkan bajak ke atas trak tetapi kali ini semua kerja-kerja memindahkan bajak nampaknya berjaya dilakukan hanya dengan menggunakan kemahiran memandu dan mengawal kenderaan yang sangat tinggi.

Selepas melihat video ini pasti ramai yang akan bersetuju jika dikatakan bahawa mereka mempunyai kemahiran memandu yang cukup luar biasa!

Tonton video di sini.

Menang emas di Olimpik, Hidilyn Diaz dihadiahi penerbangan percuma seumur hidup serta beberapa hadiah mewah termasuk kondominium

0

Bukan mudah untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia Olimpik apatah lagi untuk mendapatkan sebarang pingat. Mereka yang meraih apa sahaja pingat seharusnya diraikan dan diberikan penghargaan tertinggi, tidak kira gangsa, perak mahupun emas.

Meraih pingat emas untuk negaranya kali ini di Tokyo membawa rezeki buat Hidilyn Diaz apabila beliau menerima pelbagai hadiah dan penghargaan daripada pelbagai pihak.

Portal berita Filipina, Rappler, melaporkan bahawa Air Asia Filipina telah menghadiahkan penerbangan percuma sepanjang hayat kepada Diaz sebagai penghargaan diatas pencapaiannya di Tokyo.

”Kami mahu warga ASEAN percaya mereka mampu merealisasikan apa sahaja. Walaupun kita berdepan dengan cabaran dan keperitan ketika kita berusaha untuk pulih, kecekalan Diaz mengingatkan kita walau betapa berat beban yang dipikul, tetapi dengan kekuatan dalaman, ketabahan dan hati yang cekal akan memberikan kita kejayaan,” kata CEO Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Menerusi penerbangan percuma berkenaan Diaz berpeluang mengunjungi lebih 140 destinasi yang dihubungkan Air Asia antaranya Asia, Australia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Selepas memperolehi pingat perak pada Olimpik Rio 2016, kali ini Diaz mencipta rekod apabila muncul rakyat Filipina pertama memenangi pingat Emas Olimpik. Beliau meraih kejayaan berkenaan melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Beliau berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg pada acara ‘clean and jerk’. Catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya sudah mencukupi untuk meraih pingat emas, sekali gus mencatat rekod baharu Olimpik.

Diaz juga dikatakan menerima habuan berjumlah 35.5 juta Peso (RM 2.98 juta) yang diberikan oleh ahli perniagaan tempatan, kerajaan Filipina dan kerajaan tempatan Zamboanga.

Selain itu, beliau turut menerima sebuah kondominium bernilai 14 juta Peso ( RM 1.18 juta) daripada pemaju, Megaworld Corporation, satu lot tanah dan rumah daripada Century Properties Group serta beberapa hadiah mewah yang lain.

Kisah Diaz sebelum ini mendapat perhatian media tempatan apabila dilaporkan telah menumpang sebuah bangsal milik seorang penduduk kampung di Melaka untuk berlatih bagi mempersiapkan diri menuju Olimpik Tokyo 2020.

Beliau dilaporkan terkandas di Malaysia sejak Februari 2020 akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kehadirannya di Malaysia ketika itu bertujuan untuk menjalani latihan bersama jurulatihnya, Gao Kaiwen dari China yang berpendapat adalah lebih baik beliau berlatih di Malaysia bagi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi emas dalam Olimpik.

Lelaki ditahan polis kerana memandu kereta secara mengundur

0

SANDAKAN- Pada pagi Ahad lalu tular video seorang lelaki memandu kenderaannya secara mengundur di atas jalan raya.

Menurut ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek, 44 tahun berjaya ditahan di bandar ini bersama kenderaan pacuan empat roda Land Cruiser.

“Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan, kemudiannya bertindak pantas menyiasat kesahihan video tersebut.

“Hasil siasatan, kejadian tersebut memang benar berlaku di persimpangan lampu isyarat Bandar Kim Fung jam kira-kira jam 10 pagi, Ahad.

“Susulan itu, polis juga telah berjaya mengesan kenderaan serta pemandu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear.

“Ia menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu secara mengundur.

“Bagaimanapun, tindakan sedemikian membahayakan dirinya dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Kes disiasat dibawah Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Tonton video di sini.

Mahu anak berkawan, ibu kucing ini gonggong anak untuk diperkenalkan kepada ‘kawan’ barunya

0

Walaupun sering kelihatan tidak mempedulikan manusia, namun kucing sebenarnya adalah haiwan sosial yang berupaya menjalinkan hubungan dengan manusia.

Malah kucing juga seperti mahu mengajar anak-anaknya untuk turut bersosial dengan manusia, seperti ibu kucing ini.

Summer adalah kucing berusia 2 tahun, dipercayai dari Texas, Amerika Syarikat yang melahirkan 5 ekor anak pada bulan Jun yang lalu.

Pada suatu hari, Summer tiba-tiba menggonggong seekor anaknya menghampiri bayi tuannya, Blossom.

Pada ketika itu, Blossom sedang meniarap di atas tilam di lantai. Maka senanglah Summer mahu menunjukkan anaknya bukan?

“Lihat, saya mahu menunjukkan anak saya kepadanya (bayi). Anak saya comel!”. Anda lihatlah video penuhnya di bawah :

Kelihatan anak Summer seperti tidak berminat dan bertindak mengelakkan diri dan kemudiannya berlalu pergi.

Telatah Summer bersama anaknya itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Instagram :

pearlsragdolls/Instagram

Mungkin Summer hanya mahu memperkenalkan anaknya kepada anak tuannya.

Siapa tahu pada masa akan datang, mereka berdua akan berkawan bukan?

Tonton video di sini.

China : Ribut pasir setinggi 100 meter ‘menelan’ bandar Dunhuang

0

Lokasi tarikan pelancong di barat laut China, Dunhuang yang terletak berdekatan Gunung Gobi, wilayah Gansu seperti ‘ditelan’ ribut pasir pada 25 Julai lalu.

Difahamkan bahawa ribut pasir berkenaan berketinggian sehingga 100 meter, hampir menyamai pemandangan adegan filem berlatarbelakangkan kejadian bencana alam.

CNN

Sehubungan dengan kejadian itu, Dunhuang ‘hilang’ dan tidak kelihatan buat seketika berikutan ditutup debu pasir ketika ribut melanda.

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Zhang, ribut pasir berkenaan secara tiba-tiba muncul dan menutupi bandar tersebut lebih kurang 5 hingga 6 minit.

South China Morning Post

“Saya tidak dapat lihat matahari. Mulanya, ia ‘diselimuti’ debu kuning ribut pasir lalu berubah menjadi merah dan akhirnya hitam”.

Tambah Zhang, bandar Dunhuang sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang kejadian ribut pasir sejak beberapa tahun yang lepas.

Menurut laporan, ribut pasir sering kali terjadi di rantau itu pada setiap kali musim bunga namun jarang sekali berlaku ketika musim panas.

Dunhuang dikenali sebagai destinasi pelancongan, di mana Gua Mogao – gua berukiran Buddha kuno sering menjadi tumpuan.

South China Morning Post

Laluan utama di seluruh bandar yang dikenali sebagai Jalan Sutera (Silk Road) itu walau bagaimanapun telah ditutup oleh pihak berkuasa.

Pihak polis meminta pengguna jalan raya untuk mengelakkan sebarang perjalanan berikutan jarak penglihatan merosot – kurang daripada 20 kaki.

Pengguna gerun, pintu tren LRT terbuka semasa bergerak

0

Pengguna media sosial pada 27 Julai dikejutkan dengan video tular menunjukkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bergerak dengan keadaan kesemua pintunya terbuka.

Dalam satu kenyataan, pengendali LRT berkenaan iaitu Rapid KL berkata insiden itu berlaku sekitar jam 3 petang melibatkan laluan Kelana Jaya – dari stesen Ara Damansara menuju Lembah Subang.

@perksofbeingsxf/Twitter

Prasarana Malaysia Berhad menerusi Rapid KL dalam pada itu memohon maaf kepada pengguna susulan insiden itu dan pihaknya mengambil serius mengenainya.

“Insiden melibatkan LRT aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin”.

“Pusat kawalan operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada 2 minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera”, jelas kenyataan itu.

Semasa insiden itu berlaku, difahamkan hanya terdapat 7 orang penumpang yang berada di dalam tren. Kesemuanya berjaya dikeluarkan dengan selamat selepas itu.

Rapid KL juga difahamkan akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini sebegini pada masa akan datang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ingin buat kucing gembira? Anda boleh lakukan 10 perkara kecil ini dan mereka mungkin kata ‘saya sangat bahagia’

0

Melihat kucing peliharaan menjalani kehidupan yang bahagia, mungkin itu yang diharapkan oleh setiap pemilik. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemilik untuk membuat kucingnya berasa bahagia? 

10 perkara kecil ini mungkin boleh membantu kucing anda berasa gembira dan meningkatkan kebahagiaannya.

lifenewsjr

1. Bermain dengannya setiap hari

Walaupun perwatakan kucing biasanya kelihatan sangat dingin, mereka sebenarnya rindukan belaian pemilik. Sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk bermain dengannya setiap hari, kucing akan berasa sangat gembira dan memupuk perasaannya yang disayangi oleh orang lain. Ini adalah suatu tindakan yang akan menyemarakkan kebahagiaan kucing itu.

lifenewsjr

2. Sediakan tempat berehat yang selesa untuknya

Kucing tidur dua pertiga sehari, jadi tempat berehat yang selesa sangat penting buat mereka. Ini dapat memastikan kualiti tidur si bulus, supaya tubuh badannya dapat berehat sepenuhnya, juga otaknya akan bangkit segar dan bertenaga. Mampu berehat dengan baik setiap hari pasti dapat membuat kucing berasa amat bahagia.

lifenewsjr

3. Wujudkan persekitaran yang tenang dan mendamaikan

Kucing sukakan suasana yang tenang dan senyap, dan persekitaran yang terlalu bising akan membuat mereka berasa cemas, mudah marah dan gelisah. Oleh itu, jika anda dapat mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang tenang dan selesa untuk kucing peliharaan, maka dia akan sangat menghargai anda, sekali gus akan membuatnya berasa sangat bahagia.

lifenewsjr

4. Dekati dan biarkan kucing menjilat anda

Kucing suka meluahkan rasa kasih sayangnya kepada orang lain dengan cara menjilat. Sekiranya kucing ingin menjilat anda, ambil inisiatif untuk mendekatinya dengan membiarkan dia menjilat. Cara itu akan membuat kucing merasakan yang anda menyukainya, dan indeks kebahagiaannya juga akan sangat tinggi, kerana dia berasa sangat berpuas hati.

lifenewsjr

5. Membelai mesra kucing

Sentuhan mesra dapat mengeratkan hubungan anda bersama kucing dengan lebih lagi. Kebanyakan kucing merasakan yang sentuhan lembut pemilik adalah jenis kasih sayang yang diperlukan buat diri mereka. Sentuhan dan belaian kepada kucing yang kerap juga akan menggembirakan si bulus serta membuatnya sentiasa berasa teruja untuk mendekati anda.

lifenewsjr

6. Berikannya mainan

Kucing sangat suka bermain. Jika kucing diberikan barang permainannya sendiri, cara itu akan membuat kucing berasa sangat gembira dan kebahagiaannya akan meningkat.

lifenewsjr

7. Sediakan kucing dengan pelbagai ruang

Kucing sangat menyukai persekitaran yang kompleks. Mereka suka mendaki tinggi dan rendah, menggali gua dan ruang kecil. Oleh itu, jika anda menyediakan kucing dengan pelbagai ruang untuk tempat tinggal, seperti mengatur lebih banyak perabot tinggi dan rendah, atau menyediakan kucing dengan bingkai pendaki, kucing menjadi sangat gembira dan bahagia.

lifenewsjr

8. Sediakan bekas membuang air besar yang bersih untuk kucing

Kucing suka tempat yang bersih. Sekiranya bekas membuang air besarnya tidak bersih, mereka lebih suka bertahan daripada mengeluarkannya. Jadi, sentiasa siapkan bekas membuang air besar dan kotak sampah yang bersih untuk kucing anda, yang akan membuatnya berasa sangat selesa dan kebahagiaan hidupnya akan bertambah baik.

lifenewsjr

9. Beri makanan ringan

Kebanyakan kucing bersikap tamak. Dan mereka biasanya sukakan makanan ringan. Tidak kira betapa dingin kelakuan kucing anda, dia akan bertindak seperti bayi yang begitu comel. Oleh itu, sesekali berilah ganjaran kepada kucing anda dengan makanan ringan yang dia gemari. Kucing akan berasa sangat puas hati dan akan lebih sayang kepada tuannya, dan paling penting dia yang gembira.

lifenewsjr

10. Beri makan secara teratur

Perkara yang paling ditakuti oleh kucing adalah berasa lapar. Jika makanan tidak mencukupi, kucing akan menjadi sangat cemas, terganggu, dan ketakutan. Jadi, sekiranya pemilik dapat memberi makan kepada kucing menurut masanya yang teratur dan kerap setiap hari, kucing tidak akan merasa cemas dan dia akan merasa sangat gembira.

Prestasi kebahagiaan kucing

#1. Ubah posisi tidur 

Sekiranya kucing hidup bahagia, dia mempunyai kepercayaan khusus terhadap persekitaran dan orang di kelilingnya, iaitu dia tidur dengan tenang, mengubah postur tidurnya dengan sesuka hati, malahan mendedahkan perutnya yang paling menonjol. Dia boleh tertidur dengan lena dan selesa di mana sahaja di dalam rumah.

lifenewsjr

#2. Sentiasa gembira

Seekor kucing yang hidup bahagia mempunyai mood gembira dan senyuman manis di wajahnya, ini semua kerana dia berasa amat puas hati dengan kehidupannya sekarang.

lifenewsjr

#3. Bersifat manja dan kurang marah

Kucing yang hidup bahagia kerana dia sering dibelai, disayangi dan membesar dengan baik. Oleh kerana mereka diperlakukan dengan baik, penderitaannya juga kurang atau tiada langsung, jadi si bulus sangat lemah lembut, ramah dan manja dengan manusia, juga mereka berasa sukar untuk marah.

lifenewsjr

Kehidupan kucing itu singkat. Diharapkan semua kucing dapat dilayan dengan baik supaya hidup mereka menjadi tenang dan bahagia. Pemilik yang memilih untuk membesarkan kucing peliharaan diharap dapat bertanggungjawab terhadap kucing mereka buat seumur hidup dan tidak akan berputus asa.

lifenewsjr

Kucing itu biasanya nampak dingin dengan tingkah laku mereka, tetapi hati di dalam yang tidak ditunjukkan sebenarnya sungguh lembut. Jika manusia memahami jiwa mereka, itu yang akan membuat haiwan peliharaan ini berasa gembira dan bahagia seumur hidup.