26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKes Covid-19 melonjak naik di Jepun, penganjur sahkan bukan sebab temasya Olimpik

Kes Covid-19 melonjak naik di Jepun, penganjur sahkan bukan sebab temasya Olimpik

TOKYO: Jepun dikatakan hanya akan memasukkan pesakit Covid-19 yang parah dan mereka yang berisiko ke hospital sementara yang lain hanya perlu mengasingkan diri di kediaman masing-masing. Hal ini kerana wujudnya kebimbangan mengenai sistem perubatan di samping berlakunya lonjakan jumlah kes di bandar Tokyo dan kawasan-kawasan lain.

Jepun menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes Covid-19, dan mencatatkan lebih dari 10,000 jangkitan baru setiap hari di seluruh negara. Tokyo pula mencatatkan rekod tertinggi iaitu sejumlah 4058 kes pada hari Sabtu.

Hospital Tokyo juga sudah berada dalam keadaan kritikal, kata Hironori Sagara, pengarah Hospital Universiti Showa, kepada Reuters.

“Ada yang ditolak untukm masuk ke hospital tetapi tetap berulang kali untuk masuk,” katanya dalam wawancara. “Di tengah kegembiraan di Olimpik, keadaan kakitangan perubatan sangat teruk.”

Ketua setiausaha kabinet, Katsunobu Kato, mengatakan bahawa hanya sedikit orang tua yang telah divaksin tetapi kebanyakan mereka juga turut dijangkiti.

Jangkitan pada orang muda juga meningkat dan orang berusia 40-an dan 50-an dengan gejala yang teruk telah meningkat.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga, yang mengumumkan perubahan pada hari Isnin, mengatakan pemerintah akan memastikan orang yang mengasingkan diri di rumah dapat dimasukkan ke hospital jika perlu.

Tetapi ada yang bimbang peralihan itu boleh menyebabkan lebih banyak kematian.

Jepun pada hari Isnin memperluas keadaan daruratnya kepada tiga wilayah di Tokyo dan wilayah barat Osaka. Keadaan darurat yang sebelum ini pernah dilakukan di Tokyo dan Okinawa kini akan berlangsung hingga 31 Ogos.

Sehingga kini hanya kurang daripada 30% populasi diberi vaksin sepenuhnya, termasuk tiga perempat dari mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

Hampir 70% katil hospital untuk pesakit Covid-19 yang sakit parah sudah dipenuhi pada hari Ahad lalu.

Jika jangkitan terus meningkat, hospital harus mengehadkan operasi dan rawatan bukan Covid-19 yang lain.

Menurut garis panduan kementerian kesihatan, pesakit yang sakit parah didefinisikan sebagai pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) atau memerlukan alat bantuan pernafasan.

Akhbar Tokyo Shimbun melaporkan sebanyak 12,000 pesakit mengasingkan diri di rumah dan ia menrupakan peningkatan 12 kali ganda pada bulan lalu dan penganjur Olimpik mengatakan kenaikan kes tiada kaitan dengan sukan tersebut.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan mengatakan bahawa mengadakan Sukan Olimpik menghantar mesej yang membingungkan mengenai perlunya duduk di rumah dan inilah yang menyumbang kepada peningkatan.

Dikatakan lebih daripada 80% orang yang berada di perkampungan Olimpik di Tokyo yang terdiri daripada atlet dan jurulatih telah divaksin, ujian adalah wajib dan pergerakannya juga dikurangkan.

Penganjur Olimpik mengumumkan bahawa terdapat 18 kes baru Covid-19 yang berkaitan dengan perlawanan, menjadikan jumlahnya menjadi 294 sejak 1 Julai lalu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI