34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaPerbaharui lesen memandu dan cukai jalan sebelum 30 September

Perbaharui lesen memandu dan cukai jalan sebelum 30 September

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya segera memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) serta Lesen Vokasional (GDL/PSV) sebelum tanggal 30 September 2021.

Sumber: Facebook

Menurut JPJ, semua lesen yang telah tamat tempoh harus diperbaharui segera memandangkan tempoh lanjutan pembaharuan bagi LKM dan LMM tidak lagi disambung selepas 30 September 2021. Pihak JPJ turut akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memantau pematuhan arahan ini bermula 1 Oktober 2021.

Sumber: Paultan

“Pemilik kenderaan LKM yang telah tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa, jika ingin memandu sebelum berkesempatan untuk memperbaharuinya”.

“Orang ramai disarankan agar membuat urusniaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG. Sebarang urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dilakukan di kaunter JPJ secara temujanji”.

Sumber: Harian Post

Berikut merupakan langkah untuk memohon temujanji JPJ secara dalam talian:

  1. Pilih pautan temujanji mengikut negeri.
  2. Isi butiran peribadi.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pilih tarikh dan masa temujanji.
  5. Cetak / tangkap layar slip temujanji untuk rujukan di kaunter.

Pada masa yang sama, JPJ turut memaklumkan bahawa operasi urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia akan dibuka semula pada 9 Ogos ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI