31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupWanita kedua tertua di dunia berkongsi rahsia berjaya menangkis virus COVID-19 setelah...

Wanita kedua tertua di dunia berkongsi rahsia berjaya menangkis virus COVID-19 setelah disah positif, jawapannya sentiasa berdoa

Telah dibuktikan, risiko warga emas yang dijangkiti virus COVID-19 berada dalam tahap yang sangat berbahaya. Sekiranya mereka yang berusia lebih seratus tahun dijangkiti penyakit ini, keadaannya menjadi lebih kritikal dan membimbangkan. 

Namun, pada awal tahun ini, dua warga emas wanita yang merupakan kalangan tertua di dunia setelah disahkan dengan jangkitan positif COVID-19, dengan tenang berjaya menangkis virus tersebut. Kisah keajaiban ini telah menarik perhatian media dari seluruh dunia. Soalan yang semua ingin tahu: Bagaimana mereka berjaya melawan virus COVID-19 setelah didapati positif?

Ikuti kisah mereka.

Seorang biarawati berusia 117 tahun yang tidak pernah takut dengan virus

Sister Andre dilahirkan pada 11 Februari, 1904, warga emas tertua di Eropah terselamat dan pulih selepas dijangkiti virus COVID-19 (Gambar oleh GERARD JULIEN/AFP/ Getty Images)

Sister Andre, yang tinggal di rumah jagaan orang tua di Perancis, adalah warga emas tertua di Eropah dan kedua tertua di dunia yang masih hidup pada hari ini. Biarawati ini buta dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Pada bulan Januari 2021, jangkitan besar-besaran berlaku di dalam rumah jagaan itu, dan Sister Andre juga disahkan positif. Selama dalam kuarantin, walaupun rahib itu berasa amat letih dan tidur lebih lama daripada kebiasaan, beliau sentiasa berdoa, dan  tidak pernah menunjukkan gejala penyakit yang serius.

Apa yang menarik ketika Sister Andre yang sudah biasa banyak bercakap, asyik bertanya beberapa kali bila masanya beliau dapat melihat orang dan mengapa mereka tidak dapat melihatnya ketika dalam tempoh kuarantin itu. Tanyanya, mengapa dirinya berasa baik-baik saja, dan mengapa pula semua orang memperkatakan tentang virus COVID-19 setiap hari.

Jurucakap rumah jagaan David Tavella berkata Sister Andre sentiasa memberitahunya yang beliau tidak takut dengan virus atau kematian, tetapi bimbang dirinya yang positif akan menjangkiti orang lain. Sister Andre turut memberitahu berulang kali yang beliau ingin memberikan vaksinnya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Setelah beberapa minggu berada dalam kuarantin, Sister Andre pulih seperti sedia kala dengan baik sekali, penuh keajaiban. Ketika masa di mana 80 orang warga emas telah disahkan positif jangkitan di rumah jagaan, dengan 11 orang daripadanya telah meninggal dunia.

Bercakap mengenai keajaiban kesihatan dan umur panjang biarawati ini, David Tavella berkata, “Sekiranya beliau mempunyai rahsia, ialah beliau yakin bahawa apabila hidupnya ditakdirkan berakhir, beliau akan menemui Pencipta. Kepercayaan yang kuat di dalam hatinya inilah yang membuatnya terus bertahan.”

‘Wanita Besi’ di rumah jagaan di Amerika Syarikat berusia 105 berjaya menangkis COVID-19 melalui doa

Lucia DeClerck adalah penghuni tertua di sebuah rumah jagaan di New Jersey, Amerika Syarikat. Lucia didiagnos positif COVID-19 pada hari ulang tahunnya yang ke-105, tetapi hampir tidak mempunyai gejala. Selepas dua minggu menjalani kuarantin, warga emas ini selamat, dengan 4 kes lain yang disahkan positif di hospital telah meninggal dunia.

Pada awal jangkitan, keluarga DeClerck telah bersiap sedia menghadapi yang terburuk. Anak bongsunya berkata semua orang sangat bimbang, “tetapi tidak menyangka ibu begitu tabah dan cekal, dengan terus menggenggam tasbih bersamanya.” Lucia DeClerck adalah seorang penganut Katolik yang taat. Di rumah jagaan, beliau memegang manik tasbih dan memimpin semua orang untuk berdoa. Sebelum pandemik, Lucia tidak pernah gagal menghadiri perhimpunan mingguan gereja.

Seseorang bertanya bagaimana beliau boleh berusia panjang sehingga 105 tahun, dan Lucia pantas menjawab, “Berdoa, berdoa, berdoa.. Lakukan sesuatu langkah demi langkah, dan jangan makan makanan ringan.”

Bercakap mengenai peribadi DeClerck, anak lelaki sulungnya berkata, “Ibu sentiasa terbuka untuk memperkatakan segala perkara dalam hidupnya. Dia selalu melakukan apa yang dia mahukan tanpa keraguan. Saya rasa ia sangat baik untuk umur panjangnya. Amat membantu.” Sementara menantunya berkata Lucia DeClerck adalah ibu mentua yang penyayang dan sangat lemah lembut.

Setelah kembali dari perjalanan berliku, keluarga DeClerck membantunya mendapatkan nama panggilan baru: “Wanita Besi berusia 105 tahun yang berjaya menangkis pandemik COVID-19 dan Spanish Flu.”

Kajian: “Sikap terhadap kehidupan” mempengaruhi imuniti anda.

Kedua-dua nenek yang lanjut usia ini jelas mempunyai persamaan. Mereka berdua percaya kepada agama dan penuh keyakinan dalam kehidupan. Mungkin ini adalah faktor penting bagi mereka dapat bertahan ketika berdepan dengan bahaya. 

Individu yang mempunyai kepercayaan dan pendirian yang tegas biasanya mempunyai pandangan hidup dengan tujuan yang jelas, serta sering bersikap baik kepada orang lain. Kajian mendapati individu yang mempunyai nilai positif seperti itu sering mempunyai sistem kekebalan atau imuniti tubuh yang agak baik terhadap virus.

Sister Andre, sentiasa berdoa dan pulih sepenuhnya setelah disahkan positif COVID-19 pada Januari 2021. (Gambar oleh NICOLAS TUCAT/AFP /Getty Images)

Individu berasa ‘sempurna’ memiliki imuniti yang lebih tinggi daripada individu ‘hedonik’

Ramai orang menyedari bahawa emosi negatif seperti kemarahan, kesedihan, dan ketakutan amat berbahaya dan mempengaruhi kesihatan. Adakah benar bahawa sepanjang anda mengejar kebahagiaan, itu akan menjadi langkah terbaik buat kesihatan? Tidak semestinya. Para saintis yang melakukan kajian dan penyelidikan mendalam mendapati bentuk ‘kebahagiaan’ yang berlainan juga mempunyai kesan berbeza-beza terhadap sistem imuniti manusia.

Para penyelidik Barat membahagikan mentaliti manusia dalam mengejar kebahagiaan kepada dua jenis yang utama iaitu ‘hedonic’, yang menekankan kesenangan serta keseronokan demi menghindari rasa sakit dan memuaskan keinginan seseorang, dan ‘eudaimonic’, yang memberi penekanan lebih tinggi di alam kehidupan, pengejaran makna kehidupan yang lebih hakiki.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pada tahun 2013 mendapati individu dengan rasa sempurna mempunyai ekspresi sel gen imun yang sangat sihat, kurang keradangan dalam badan, serta keupayaan kepada antiviral dan produktiviti antibodi lebih kuat. Kalangan hedonik adalah sebaliknya. Mereka lebih cenderung mendapat keradangan dan mempunyai keupayaan antiviral dan produktiviti antibodi yang lebih lemah.

Dalam erti kata lain, individu yang berasa sempurna mempunyai kemampuan keseluruhan yang kuat untuk melawan virus dan lebih cenderung menghasilkan antibodi pelindung setelah divaksinasi.

Individu yang ‘menghargai nilai kehidupan’ memiliki sel pembunuh semula jadi yang lebih kuat.

Hasil penyelidikan pakar seperti ahli psikologi Julienne E. Bower dari Universiti California, Los Angeles mendapati semakin ramai wanita yang menghargai hubungan interpersonal, pertumbuhan peribadi, dan mencari makna kehidupan yang sebenar, maka semakin kuat aktiviti sel pembunuh semula jadi di dalam tubuh badan mereka.

Sel pembunuh semula jadi adalah sel kekebalan penting dalam tubuh manusia, yang dapat membunuh sel yang dijangkiti virus dan sel barah. Oleh itu, ketika semakin ramai orang mulai  menghargai nilai kehidupan, maka semakin kuat kemampuannya untuk melawan jangkitan virus dan penyakit.

Pakar berkata bagi seseorang yang menghargai nilai kehidupan, kemampuan sistem saraf autonomik atau sistem neuroendokrin untuk menyesuaikan diri dengan tekanan dapat ditingkatkan, sehingga sistem kekebalan tubuh yang berkaitan juga akan menjadi lebih kuat.

Ini dapat dilihat melalui sikap atau nilai kita kepada kehidupan yang mungkin bukan hanya masalah konsep, tetapi juga akan mempengaruhi gen dan sel, dan mempengaruhi imuniti seseorang.

Health 1+1 / The Epoch Times

Pakar Virologi: Imuniti manusia lebih kuat daripada vaksin, mentaliti itu adalah kuncinya.

Semasa pandemik, ramai orang menaruh harapan kepada vaksin, tetapi mengabaikan untuk menanam nilai untuk mendapat imuniti mereka sendiri. Pakar virologi dan penyakit berjangkit dan ketua saintis syarikat bioteknologi Eropah, Dr Dong Yuhong menekankan bahawa, sebenarnya, sistem imun manusia adalah lebih kritikal daripada vaksin.

Vaksin melawan virus bergantung kepada bahagian sistem imun tubuh badan sendiri, dan vaksin boleh luput, dan antibodi yang dihasilkannya mempunyai had masa, sementara sistem imun tubuh manusia adalah sistem yang fleksibel dan dinamik dengan kemampuan anti-virus yang tidak akan berakhir. Apabila fungsi imun cukup baik, walaupun virus bermutasi, sistem tubuh masih dapat membunuhnya.

“Ketika pandemik COVID-19, ramai orang muda meninggal dunia secara mengejut setelah dijangkiti. Dalam beberapa kes nampaknya mereka bebas dan tidak mendapat penyakit lain, tetapi sebenarnya sistem imun tubuh mereka sendiri sudah mempunyai masalah, tetapi tidak muncul. Dengan jangkitan virus COVID-19, ia hanya menimbulkan bahaya tersembunyi di dalam badan,” jelas Dr. Dong Yuhong.

Oleh itu, menambah baik peningkatan imuniti adalah ‘kunci utama’. Dr. Dong Yuhong berkata selain diet seimbang, tidur yang teratur, serta senaman yang sederhana, menjaga mental dengan sifat ikhlas, bertoleransi dan baik hati dapat membantu kita memperkuat dan menyatukan sistem imun. Ini akan menjadi penghalang mendapat jangkitan penyakit lebih serius.

Dua orang warga emas tertua berjaya mengalahkan jangkitan COVID-19 itu memiliki mental yang baik, mengutamakan kebahagiaan, dan berfikiran terbuka. Orang-orang seperti ini amat jarang untuk jatuh sakit.

Ahli imunologi di Kolej Perubatan Baylor di Amerika Syarikat telah mengkaji sistem imuniti para pengamal Falun Gong yang mempercayai prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’ dan membandingkan neutrofil mereka dengan individu biasa. Hasil penyelidikan mereka telah diterbitkan dalam ‘Replacement Journal of Complementary Medicine’.

Mereka mendapati aktiviti rangkaian gen yang berkaitan dengan imuniti dalam neutrofil para pengamal Falun Gong, termasuk interferon-γ, jauh lebih tinggi daripada yang biasa. Interferon adalah bahan penting bagi tubuh badan manusia untuk melawan virus dan penyakit.

Penemuan penting lain adalah sel-sel imun orang-orang ini mempunyai ‘mekanisme peraturan dua arah’ yang unik. Dalam keadaan normal (tanpa keradangan), neutrofil mereka mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada orang biasa, dan daya ketahanan mereka juga lebih kuat, jadi mereka lebih kondusif untuk melindungi tubuh, tetapi dalam keadaan melalui keradangan, setelah neutrofil melenyapkan patogen, mereka akan melalui apoptosis dengan lebih cepat, lalu membantu menyembuhkan keradangan dengan cepat dan mengelakkan berlakunya ‘cytokine storm’ atau tindak balas imun yang berlebihan.

Mengapa keadaan fikiran atau kepercayaan diri itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap sel-sel imun kita?

Dr Dong Yuhong menjelaskan ini kerana struktur tubuh manusia bukan hanya sekadar struktur molekul, kerana selain molekul, terdapatnya atom dan elektron, juga selain tubuh fizikal, terdapat banyak perkara mikroskopik, seperti tingkat kerohanian. 

“Penyakit bukan hanya disebabkan oleh struktur molekul yang mudah dan biasa, tetapi juga disebabkan oleh banyak faktor. Pemikiran kita tidak semestinya dihadkan oleh ubat-ubatan atau molekul,” kata Dr Dong Yuhong.

Oleh itu penting untuk kita dalam mempertingkatkan pegangan dan kepercayaan kepada diri sendiri demi kehidupan yang lebih sihat.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI