Jika kita ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam misalnya LRT ataupun MRT, pastinya gelagat pengguna lain mencuri tumpuan kita.
Kadang kala, ianya mampu menceriakan hari kita selepas penat seharian bekerja bukan? Apatah lagi jika ia melibatkan kanak-kanak comel. Cair dibuatnya!
Di luar negara, seorang kanak-kanak perempuan yang kerap menaiki kereta api turut berjaya meraih perhatian.
Ini kerana kanak-kanak comel itu sungguh bergaya – lengkap dengan pelitup muka, membuatkan ramai berasa geram seperti mahu memeluknya!
Yang ini pula ketika si comel ini mengenakan busana tradisional. Alahai comel betul!
Sudahlah comel, sopan sahaja si comel ini duduk
Pakai cheongsam pun ada tau..
‘Handbag‘ wajib ada dan juga pelitup muka warna sepadan!
Jika pakai pelitup muka pun kita sudah rasa kanak-kanak itu comel, anda lihatlah pula gelagatnya ber’posing’ tanpa pelitup muka.
Kecil-kecil pun dah pandai bergaya..
Geram betul melihatnya~
Pakai kostum beruang ni lagilah bertambah comel!
Pasti ibu bapanya mahu mengabadikan kenangan menerusi foto-foto anak mereka yang comel ini bukan?