Wabak polio di negara ini diisytiharkan tamat berikutan perutusan rasmi Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei dan Singapura.
Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan penilaian oleh pasukan penilai terdiri daripada panel pakar antarabangsa.
Pakar yang terlibat telah melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap tindakan kawalan dan pencegahan wabak polis yang dijalankan di Malaysia.
“Berdasarkan penilaian itu, usaha Malaysia dalam kawalan dan pencegahan wabak telah diiktiraf sebagai berjaya menghentikan penularan wabak polio”, katanya dalam satu kenyataan.
Polio merupakan penyakit berjangkit berpunca daripada virus yang menyerang sistem saraf dan berupaya mengakibatkan kelumpuhan kekal sepanjang hayat.
Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut. Sungguhpun Malaysia telah bebas daripada jangkitan polio, Khairy meminta masyarakat untuk kekal waspada.
Ini kerana, masih lagi terdapat beberapa negara di dunia yang belum bebas daripada jangkitan penyakit ini.
“Kita perlu pastikan liputan imunisasi polio sentiasa tinggi bagi mengekalkan imuniti kelompok terhadap jangkitan polio dan seterusnya Malaysia terhindar daripada ancaman wabak polio pada masa akan datang”.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan memastikan survelan ‘Acute Flaccid Paralysis’ (AFP) dan persekitaran berkualiti akan terus dilaksanakan agar sebarang kes polio dapat dikesan.
Setelah lebih 27 tahun negara bebas polio, Malaysia dikejutkan setelah satu kes polio dikesan di Sabah pada penghujung tahun 2019.
Susulan pengesahan kes polio itu, usaha pencegahan dan kawalan wabak polio giat dijalankan dan masih diteruskan walaupun negara turut dilanda pandemik COVID-19.
Tambah Khairy, sebanyak dua dos vaksin “bivalent oral polio” jenis 1 dan 3 (bOPV) dan dua dos vaksin “monovalent oral polio” jenis 2 (mOPV2) diberikan secara titisan ke dalam mulut.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga KKM terlibat dalam usaha menamatkan wabak polio khasnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Kesihatan Labuan.
“Mereka adalah wira barisan hadapan yang menjayakan usaha menamatkan wabak polio walaupun pada masa yang sama, turut berjuang mengawal pandemik COVID-19”.
Difahamkan bahawa lelaki itu menemui seekor kerbau yang dipercayai milik penternak berada di dalam kawasan rumahnya yang terletak di Klebang Bistari, Ipoh.
Setelah dia menghampiri keretanya, dia mendapati bahawa terdapat kesan kemek, manakala cermin sisi pada bahagian kiri kereta turut rosak disondol haiwan terbabit.
Oleh yang demikian, perkongsian di laman Facebook terbabit dibuat bertujuan untuk mencari si pemilik kerbau berkenaan bagi menuntut ganti rugi kerosakan.
“Siapa-siapa yang kenal owner kerbau dekat kawasan perindustrian Klebang Bistari, tolong inform saya. Nak tuntut ganti rugi”.
Perkongsian itu tentunya mendapat pelbagai reaksi pengguna yang lain, di mana rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.
KUALA LUMPUR- Kebenaran untuk beroperasi semula harapan besar kepada pemilik panggung wayang untuk memulihkan perniagaan mereka serta menjana pendapatan selepas mengalami kerugian sejak berlakunya Covid-19.
“Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam,” kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 berharap kelonggaran tersebut dapat memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.
“Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.
Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama GSC Cinemas, Sharmine Ishak berkata, mereka tidak sabar menerima kehadiran penonton wayang mengikut ketetapan iaitu hanya mereka yang lengkap divaksin boleh berbuat demikian.
“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan dan teruja diberikan lampu hijau untuk membuka semula panggung wayang kepada penonton yang lengkap divaksin.
“Pembukaan semula itu adalah permulaan yang cukup baik untuk pemulihan semua industri panggung wayang. Kami teruja untuk menerima semula kehadiran penonton,” katanya lagi.
Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pawagam juga telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan antaranya ialah:
• Penonton tidak dibenarkan keluar selepas sesi tayangan menggunakan pintu yang sama semasa memasuki dewan. • Makanan dan minuman berbungkus wajib dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan semasa keluar dari pawagam. • Penonton tidak dibenarkan berada atau berkeliaran di luar premis pawagam selepas tayangan. • Penonton perlu memakai pelitup muka, membersihkan tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitizer’ selepas keluar dari pawagam. • Penonton perlu menjaga penjarakan fizikal dan tidak bersentuhan dengan penonton yang lain ketika proses keluar.
ISTANBUL- Ribuan rakyat Turki berkumpul di daerah Maltepe, Istanbul pada hari Sabtu lalu untuk memprotes ke atas sekatan yang dilakukan berkaitan COVID-19, termasuk arahan terhadap vaksin, dengan mengatakan sekatan tersebut adalah melanggar hak mereka.
Hampir 3,000 orang menghadiri perhimpunan itu di mana ia dibenarkan oleh pejabat gabenor. Perhimpunan tersebut dikatakan bermula pada pukul 2 petang waktu tempatan, lapor agensi berita Turki, Diken.
Penunjuk perasaan menganjurkan tunjuk perasaan tersebut setelah sekatan baru diluluskan oleh pemerintah dan akan berkuat kuasa mulai 13 September ini. Sekatan yang dikenakan termasuklah bukti vaksinasi atau ujian COVID-19 negatif untuk semua pengguna pesawat, bas, dan kereta api antara bandar, serta untuk mereka yang menghadiri acara besar seperti konsert atau persembahan teater.
Menurut video dan foto perhimpunan, ada antara mereka yang memegang papan tanda yang bertuliskan: “Orang-orang Turki tidak akan menjadi alat eksperimen vaksin,” ” Tubuh saya, keputusan saya, “dan” Kementerian kesihatan bukan pejabat pemasaran vaksin. “
Perwakilan dari 14 parti politik turut hadir dalam tunjuk perasaan itu, lapor Diken. Peserta demonstrasi melaungkan slogan seperti “pengunduran diri besar” dan “turun bersama pembunuh.”
“Pandemik ini akan berlaku dengan sekatan yang lebih besar terhadap kebebasan kita dan tidak ada penghujungnya,” kata Erdem Boz, seorang pembangun perisian berusia 40 tahun. “Pelitup muka, vaksin, ujian PCR mungkin menjadi wajib. Kami di sini untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini. “
“Kami menentang semua arahan ini,” kata Aynur Buyruk Bilen, anggota yang disebut Gerakan Penentangan Plandemik.
“Saya fikir bahawa vaksin tersebut adalah tidak lengkap dan ia adalah cecair eksperimen,” tambahnya.
Mulai 13 September, semua pekerja sekolah yang tidak divaksinasi diwajibkan mengikuti ujian PCR dua kali seminggu. Pelitup muka dan jarak sosial perlu diikuti kertika berada berada di khalayak ramai.
Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca mengatakan di Twitter pada hari protes bahawa vaksin adalah “penyelesaian utama” dan mewajibkan peraturan tersebut adalah “keperluan.”
28 Ağustos-3 Eylül arasında vaka yoğunluğu bir önceki haftaya göre EN ÇOK ARTAN 10 İLİMİZ: Kayseri, Elazığ, Karaman, Bolu, Malatya, Kırşehir, Yozgat, Kırıkkale, Tunceli, Bartın! Bu illerden birindeyseniz şimdi daha da dikkatli olmalısınız. Nihai çözüm aşı! Kurallar çok gerekli. pic.twitter.com/WH4muVxrJN
Menurut data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Turki, lebih daripada 51 juta orang di Turki telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah program nasional negara itu. Hampir 40 juta orang telah divaksin sepenuhnya sebagai sebahagian daripada program yang bermula pada bulan Januari.
Kes harian baru di Turki rata-rata sekitar 23000, yang memberi amaran dari Koca awal bulan ini, mengatakan bahawa sekarang wabak itu hanya “untuk mereka yang tidak divaksinasi.”
Terdapat banyak hal-hal misteri yang berlaku di dalam dunia ini yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan. Ada perkara yang berlaku tanpa diketahui sebab dan punca.
Antara perkara misteri yang masih menjadi tanda tanya ramai ialah bagaimana api yang aneh dan pelik boleh muncul secara tiba-tiba di sebuah taman di Sepanyol.
Kejadian misteri tersebut telah dirakam oleh orang awam yang menyaksikan peristiwa tersebut.
Video yang membingungkan itu menunjukkan bagaimana api telah merebak dengan membakar lapisan rumput yang ditutupi dengan biji benih berwarna putih yang datangnya dari pokok poplar (sejenis pokok kapas) yang ada di situ.
Pergerakan api tersebut seolah-olah seperti ombak dan apa yang lebih menghairankan api tersebut tidak membakar pokok atau bangku kayu yang ada di situ.
Anggota bomba dari komuniti autonomi Castilla dan Leon kemudian mengatakan mereka dihantar untuk membuang biji poplar di taman Cidacos, di Calhorra, La Rioja, Sepanyol utara di mana kejadian tersebut berlaku.
Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah semasa berlangsungnya promosi besar-besaran. Kaum wanita terutamanya pasti ramai yang berhabis duit membeli barang keperluan dan kehendak.
Oleh kerana itu, ada para isteri yang cuba merahsiakan aktiviti mereka daripada pengetahuan si suami kerana risau akan dileteri. Namun, tidak semua aktiviti belah-belah atas talian boleh disorokkan kerana ianya akan terbongkar juga seperti yang berlaku kepada seorang netizen di Facebook.
Perkara tersebut terbongkar apabila suaminya melihat barang yang dipesan kerana dia bekerja sebagai penghantar barang. Memandangkan dia bekerja dengan syarikat kurier jadi dia tahu akan barangan yang dibeli isterinya secara atas talian.
Pemuda tersebut walau bagaimanapun sempat menghantar mesej gurauan yang bertanya jika isterinya ada di rumah kerana dia mahu menghantar bungkusan tersebut. Tidak hanya itu, dia juga ada meminta beberapa jenis makanan sebagai upah kerana menghantar bungkusan berkenaan.
Setiap haiwan peliharaan pastinya punya ragam yang tersendiri. Tidak kiralah, anjing, hamster atau kucing dan kali ini seekor kura-kura pula menunjukkan ragam lucunya.
Kisah lucu ini diceritakan oleh seorang netizen dari Thailand di laman sosial TikTok miliknya. Di platform tersebut dia ada memuat naik video lucu yang menunjukkan telatah selamba kura-kuranya yang cuba lari dari rumah.
Apa yang dilakukan oleh kura-kuranya ialah dengan membuka pagar rumahnya. Kura-kura buka pagar rumah? Bunyinya seperti mustahil untuk dilakukan tetapi kura-kura bijak ini ada tekniknya!
Percubaan untuk lari dari rumah itu telah dirakam netizen tersebut menunjukkan kura-kuranya telah membuka pintu pagar sebelum berjalan ke luar dengan pantasnya.
Namun begitu, percubaannya kali ini gagal apabila ada jirannya yang melihatnya berada di jalan. Mereka kemudian mengambil kura-kura tersebut dan dipulangkan semula kepada tuannya.
Sebenarnya itu bukan kali pertama dan terkahir kura-kura tersebut melakukan percubaan untuk “lari dari rumah”. Dua hari kemudian, pemilik kura-kura tersebut sekali lagi memuat naik video baru yang menunjukkan kura-kuranya melakukan perkara yang sama.
Video menunjukkan bahawa kura-kura membuka pintu pagar sekali lagi dan terus berjalan keluar. Nasib masih tidak menyebelahainya apabila ada seorang lelaki yang menjumpainya dan membawanya pulang. Pintu pagar kemudian ditutup supaya kura-kura tidak boleh keluar lagi.
Nampaknya dia memang tidak suka tinggal di situ dan mahu bebas di dunia luar!
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat baru-baru ini membuat semakan semula definisi vaksin dan vaksinasi dalam laman web mereka, dengan mengatakan bahawa definisi baru kini “lebih telus” dan tidak boleh disalah tafsir.
“Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam istilah dari masa ke masa kepada definisi ‘vaksin’ di laman web CDC, ia tidak mempengaruhi definisi keseluruhan,” kata jurucakap CDC kepada The Epoch Times.
“Definisi sebelum ini di Immunization Basic | CDC dapat ditafsirkan dengan maksud bahawa vaksin adalah 100 peratus efektif, yang mana ia tidak pernah berlaku untuk mana-mana vaksin sekali pun, jadi definisi semasa lebih telus, dan juga menjelaskan cara-cara di mana vaksin dapat dikendalikan.”
Bermula tahun 2015 hingga 31 Ogos 2021, vaksin didefinisikan sebagai “produk untuk merangsang sistem imun seseorang bagi tujuan menghasilkan kekebalan terhadap penyakit tertentu, melindungi individu daripada penyakit itu” dan vaksinasi adalah “satu tindakan memperkenalkan vaksin ke dalam tubuh untuk menghasilkan ‘kekebalan’ terhadap penyakit tertentu.”
Versi terdahulu dalam definisi vaksin juga memasukkan “kekebalan” dalam definisinya.
Definisi baru untuk vaksin kini berbunyi, “Persiapan yang digunakan untuk merangsang tindak balas imun tubuh terhadap penyakit,” sementara vaksinasi adalah “satu tindakan memperkenalkan vaksin ke dalam tubuh untuk menghasilkan ‘perlindungan’ daripada penyakit tertentu.”
Walaupun penyokong kepada semakan semula CDC berkata adalah wajar untuk menyemak semula definisi menurut perkembangan sains semasa, penentang pula berkata perubahan itu tidak ada kaitan dengan evolusi sains. Sebaliknya, CDC membuat semakan semula sebagai tindak balas terhadap vaksin COVID-19 yang kini ternyata kurang berkesan terhadap varian Delta.
Gambar oleh JUSTIN TALLIS/AFP/Getty Images.
Wartawan penyiasat yang pernah memenangi Anugerah Emmy juga penyumbang kepada Epoch Times, Sharyl Attkisson berkata definisi baru dibuat untuk “memenuhi kemampuan yang semakin merosot terhadap beberapa ‘vaksin’ hari ini, termasuk vaksin COVID-19,” sambil menambah “setelah vaksin COVID-19 diperkenalkan, dan didapati mereka tidak semestinya ‘mencegah penyakit’ atau ‘memberikan kekebalan’, CDC mengubah definisi vaksin sekali lagi untuk menyatakan yang mereka hanya ‘menghasilkan perlindungan’.”
Ahli Perwakilan Thomas Massie (R-Ky.) membawa pengertian definisi baru CDC ini ke Twitter dan membandingkannya dengan “1984” karya George Orwell, dengan menulis “Mereka begitu sibuk di Kementerian Kebenaran.”
Keberkesanan vaksin untuk mencegah individu daripada mendapatkan rawatan di hospital menurun antara 75 peratus dan 95 peratus, menurut CDC pada 30 Ogos. Agensi kesihatan berkata penurunan terbesar berlaku ke atas kumpulan rentan dan golongan yang berusia lebih 75 tahun. Walau bagaimanapun, vaksin masih efektif untuk melawan penyakit yang teruk.
Beberapa kajian mendapati keberkesanan vaksin COVID-19 semakin menyusut. Kajian berterusan di Amerika Syarikat mendapati keberkesanan vaksin COVID-19 menurun kepada 66 peratus dari 91 peratus setelah varian Delta menjadi dominan di negara itu. Satu kajian berbeza berkata varian yang disebut sebagai penemuan jangkitan itu meningkat kepada 25 peratus dalam kalangan semua jangkitan COVID-19 di Los Angeles County antara 1 Mei dan 25 Julai.
Israel negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di dunia, akan memberikan dos keempat vaksin Pfizer kepada warganya setelah memberikan suntikan penggalak ketiga kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas pada bulan Ogos. Negara dengan populasi lebih 9 juta itu telah memberikan lebih 5 juta vaksin penuh kepada warganya, kini sedang mengalami gelombang keempat. Lebih 2.7 juta warga Israel telah menerima dos ketiga pada 8 September.
Definisi vaksin dan vaksinasi yang diperbaharui oleh CDC adalah sama seperti dalam kamus Merriam-Webster, yang telah mengubah istilah itu pada bulan Februari untuk memasukkan vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik).
Pada bulan Januari, kamus Merriam-Webster masih mendefinisikan vaksin sebagai “penyediaan untuk membunuh mikroorganisma, organisme yang dilemahkan, atau organisme yang hidup sepenuhnya yang dikendalikan untuk menghasilkan atau meningkatkan imuniti terhadap penyakit tertentu.”
Definisi vaksin versi ‘yang lama’ masih boleh didapati menerusi kamus dalam talian lain, termasuk Oxford Languages.
“Penting juga untuk diperhatikan bahawa pengubahsuaian pada definisi ‘vaksin’ tidak mengubah fakta bahawa vaksin dan tindakan vaksinasi telah mencegah berjuta-juta penyakit berjangkit dan menyelamatkan banyak nyawa,” kata jurucakap CDC.
Seorang pelajar berusia 11 tahun, Maryam Muzamir telah memenangi anugerah pada 6th International Invention Innovation Competition (iCAN 2021) di Toronto, Kanada.
Ini berikutan ciptaan makanan ternakan yang diberi nama ‘YAM 2.0’ oleh Maryam yang dihasilkan daripada kulit udang dan juga siput sedut.
Menurut laporan, pelajar SK (P) Methodist Kuantan itu telah pun memenangi pelbagai anugerah diperingkat tempatan atas ciptaannya itu.
Walau bagaimanapun, bapanya berperanan sebagai pendorong agar Maryam membawa ciptaan itu ke peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, Maryam telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk kategori Anugerah Khas Kanada dan juga Anugerah Pencipta Muda Terbaik di iCAN 2021.
Maryam menewaskan lebih 600 peserta dari 70 negara bertanding untuk merebut gelaran itu dan merupakan pemenang termuda untuk pertandingan ini.
Pelajar tahun 5 itu mendapat idea atas ciptaannya apabila dia sering melihat sisa buangan cangkerang siput sedut dan juga kulit udang ketika makan di restoran makanan laut di Kuantan.
Daripada situ, Maryam berhasrat untuk mengatasi masalah sisa buangan itu dan segera mengumpul, membersih dan mengisar cangkerang siput sedut dan kulit udang.
Tambah bapanya, Dr Muzamir Hasan, pemilihan nama ‘YAM’ itu adalah daripada ‘yummy’ (sedap) yang cenderung dikaitkan dengan apa yang disebut kanak-kanak.
“Saya membaca artikel mengenai sisa makanan dan kerang yang mengandung ‘kitin’ – bahan kimia penting untuk pengeluaran makanan haiwan”, kata Maryam.
“Oleh itu, saya berfikir mengapa saya tidak mencuba dan melihat sama ada ianya dapat berfungsi sebagai makanan ternakan alternatif”.
Penciptaannya itu dapat mengatasi masalah sumber makanan ternakan haiwan daripada jagung yang ternyata jauh lebih mahal.
“Berdasarkan pemerhatian kami, kos menghasilkan YAM 2.0 jauh lebih rendah berbanding produk makanan haiwan konvensional”, jelas bapa Maryam.
Malah ia juga dapat diberikan kepada ayam, kambing, ikan dan juga khinzir. “Oleh kerana produk ini menjimatkan kos, ia mampu mengawal kos pengeluaran di rantaian bekalan”.
“Jadi YAM 2.0 adalah penyelesaian yang berpatutuan dan berkualiti tinggi. Kami tidak mahu Maryam berhenti berusaha”, ujar bapanya lagi.
Muzamir turut mendedahkan bahawa langkah selanjutnya mungkin adalah untuk Maryam mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkomersialkan produk berkenaan.