32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaPawagam mula dibuka semula dengan SOP ketat dan hanya dibenarkan bagi individu...

Pawagam mula dibuka semula dengan SOP ketat dan hanya dibenarkan bagi individu yang lengkap vaksin

KUALA LUMPUR- Kebenaran untuk beroperasi semula harapan besar kepada pemilik panggung wayang untuk memulihkan perniagaan mereka serta menjana pendapatan selepas mengalami kerugian sejak berlakunya Covid-19.

“Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam,” kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 berharap kelonggaran tersebut dapat memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

“Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama GSC Cinemas, Sharmine Ishak berkata, mereka tidak sabar menerima kehadiran penonton wayang mengikut ketetapan iaitu hanya mereka yang lengkap divaksin boleh berbuat demikian.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan dan teruja diberikan lampu hijau untuk membuka semula panggung wayang kepada penonton yang lengkap divaksin.

“Pembukaan semula itu adalah permulaan yang cukup baik untuk pemulihan semua industri panggung wayang. Kami teruja untuk menerima semula kehadiran penonton,” katanya lagi.

Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pawagam juga telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan antaranya ialah:

• Penonton tidak dibenarkan keluar selepas sesi tayangan menggunakan pintu yang sama semasa memasuki dewan.
• Makanan dan minuman berbungkus wajib dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan semasa keluar dari pawagam.
• Penonton tidak dibenarkan berada atau berkeliaran di luar premis pawagam selepas tayangan.
• Penonton perlu memakai pelitup muka, membersihkan tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitizer’ selepas keluar dari pawagam.
• Penonton perlu menjaga penjarakan fizikal dan tidak bersentuhan dengan penonton yang lain ketika proses keluar.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI