26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 277

Biawak Komodo kini dalam senarai spesies terancam, kemungkinan pupus

0

Biawak Komodo atau ‘komodo naga’, spesies cicak terbesar di dunia kini diklasifikasikan semula sebagai ‘Terancam’ oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN), penurunan yang mengecewakan dari klasifikasi ‘Rentan’ sebelum ini.

IUCN yang mengemas kini laporan senarai spesies haiwan terancam pada 4 September di Marseilles, Perancis dengan menyebut akibat perubahan iklim dan akses komersial ke Pulau Komodo dan Pulau Flores sebagai faktor penyebab pengecilan habitat biawak Komodo.

Gambar Hiasan / Pixabay

Secara spesifik, kelangsungan hidup spesies ini terancam disebabkan oleh kenaikan suhu dan paras air laut, yang terkini berisiko mengecilkan habitat spesies kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dan ia agak membimbangkan dalam tempoh 45 tahun akan datang.

Ini membawanya selangkah lebih dekat kepada kepupusan, walaupun spesies itu perlu melalui dua tahap – ‘Terancam Secara Kritikal’ dan ‘Pupus di Alam Liar’ – sebelum benar-benar dapat mengatakan yang haiwan itu telah pupus dengan sepenuhnya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Pengumuman Senarai Merah IUCN juga merupakan yang pertama untuk biawak Komodo dalam tempoh lebih 20 tahun. Tepat pada masa untuk mempertimbangkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal ‘Ecology And Evolution’, yang memberi indikasi “tindakan pemuliharaan segera diperlukan untuk menangani risiko kepupusan”. Kajian tersebut turut memfokuskan bagaimana kenaikan suhu akan mempengaruhi habitat semula jadi biawak komodo.

“Berita mengenai haiwan pra-sejarah ini bergerak selangkah hampir kepada kepupusan akibat perubahan iklim adalah menakutkan,” kata Andrew Terry, pengarah pemuliharaan di Zoological Society of London.

Gambar Hiasan / Pixabay

Andrew berpendapat pemuliharaan biawak komodo perlu menjadi topik perbincangan dan tindakan utama dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan berlangsung di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.

Spesies biawak Komodo hanya boleh ditemui di Taman Negara Komodo yang tersenarai dalam Warisan Dunia, dan juga di Pulau Flores, Indonesia. Pulau Komodo menjadi habitat kira-kira 2,800 biawak Komodo, yang masih dilindungi dengan baik.

Panggilan tak berjawab, ‘rider’ terpaksa tunggu lama buat lelaki ini luah geram. “Alert lah sikit..”

0

Pembelian barangan mahupun makanan secara dalam talian merupakan satu kelaziman dan mungkin juga keperluan buat sesetengah individu pada masa kini.

Kita hanya ingin memudahkan diri untuk mendapatkan apa yang kita mahu namun pernahkah kita terfikir kadang kala sikap segelintir kita sebenarnya menyusahkan orang lain?

Misalnya tidak menjawab panggilan mahupun mesej daripada penghantar barangan yang bertugas pada waktu penghantaran.

Perkara ini membuatkan seorang pengguna di Twitter, @rudyakhbar_ baru-baru ini menggesa pengguna yang menggunakan khidmat itu untuk lebih peka.

Pengguna itu turut berkongsi kisah seorang penghantar barangan lelaki yang sudah berusia, terpaksa menunggu pembeli.

“Dia kerja dengan satu kurier ni, kena bayar COD. Call tak angkat, banyak kali. Kesian weh, sumpah. Dah nak dekat pukul 7”, tulisnya.

Pada ketika itu, pesanan yang perlu diselesaikan penghantar berkenaan juga masih lagi banyak. “Buang masa sahaja, patutnya pembeli kena bersedia jika membeli barangan secara online”.

Tambah Rudy, kebanyakan kondominium dan apartmen kini ada menyediakan meja dikhaskan untuk penghantaran barangan dan barangan meninggalkan pesanan di situ.

Jadi untuk pembeli yang sudah membuat pembayaran penuh secara dalam talian, penghantar boleh sahaja meninggalkan barangan ataupun makanan mereka.

Namun ia menimbulkan masalah buat mereka yang memilih pembayaran secara COD jika pembeli enggan menjawab panggilan.

Rudy turut menyentuh mengenai sikap lain pengguna di Malaysia.

“Dia beli barang online (COD). Lepas tu, bila rider dah sampai, tunggu dia turun sikit punya lama. Alih-alih cakap, “Ala dik, akak tiada cash, transfer boleh?”.

Sedangkan sudah terdapat pilihan pembayaran sebelum selesai membuat pembelian di platform dalam talian. Pening kepala dibuatnya!

Bertimbang rasalah sedikit sesama manusia. Jangan jadi seperti itu ya?

Wanita kongsi kisah dibesarkan ibu OKU yang cekal, buat ramai yang mengalirkan air mata

0

Pernahkah kita terfikir bahawa tiada satu jiwa pun di dunia ini minta dilahirkan dalam keadaan yang kurang upaya dan tidak sempurna?

Tidak kiralah siapa, kita seharusnya menerima golongan ini seadanya kerana mereka juga komuniti yang hidup bersama kita.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi akan kisah ibunya yang sangat memberi inspirasi dan turut meruntun hati netizen.

“Keluarga saya tidak sempurna tapi cukup luar biasa. Dibesarkan oleh seorang ibu yang kehilangan penglihatan, bagi saya umi merupakan wanita yang cukup sempurna”.

Jelas wanita itu, ibunya mencari rezeki dengan berniaga tisu pada waktu malam di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Tambahnya, kadang kala ada juga wartawan yang mengambil gambarnya sesuka hati dan menggelarkan ibunya sebagai pengemis pada tahun 2000.

“Saya pernah teman umi meniaga tisu ketika cuti PMR. Ramai yang melihat umi dan mereka arahkan umi untuk pergi”.

Menurutnya lagi, ibunya juga tidak pernah memaksa orang lain membeli tisunya. “Apa yang dikatakan hanyalah, “Cik, derma ikhas”.

“Saya berdoa hari demi hari. Bersama umi, saya mendapat keputusan semua A dalam PMR”. Ibunya juga pernah meluahkan bahawa insan normal lazimnya membenci golonan sepertinya.

Dia kemudian berkata kepada ibunya bahawa suatu hari nanti dia akan menjelaskan perkara sebenar agar tiada yang buruk sangka dan sombong dengan golongan istimewa itu.

Sungguhpun begitu, ibunya kini telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah rahim tahap empat yang hanya diketahui 3 bulan sebelum itu.  

Wanita itu turut berkata bahawa dia pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran – tidak cantik, pelik, pendiam dan perahsia oleh orang-orang disekelilingnya.

“Tetapi saya dilahirkan oleh seorang wanita yang berani dan kuat, yang telah melahirkan 3 anak perempuan yang cantik. Itu yang membuatkan saya istimewa”.

Semestinya wanita yang hebat, dibesarkan dan dididik oleh wanita yang hebat juga.

Gempa bumi berukuran 7.1 skala Ritcher gegar Mexico

0

MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Mexico semalam berhampiran pantai Pasifik, menurut Khidmat Seismologi Kebangsaan.

Pusat gegaran 14 kilometer (km) ke tenggara pantai peranginan Acapulco di negeri Guerrero menyebabkan bangunan di ibu negara sejauh beberapa ratus km turut mengalami gegaran.

Pihak utiliti elektrik negara Mexico, Comision Federal de Electricidad dalam satu kenyataan mengatakan, 1.6 juta pengguna telah terjejas akibat gempa tersebut terutama penduduk Mexico City dan mereka yang tinggal di negeri-negeri yang berhampiran seperti Guerrero, Morelos dan Oaxaca.

Pihak Berkuasa Perlindungan Awam di negeri Guerrero mengatakan, gempa itu menyebabkan berlakunya runtuhan batu dan tanah berlaku. Perkhidmatan metro di bandar itu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa perkhidmatan kereta api telah disambung semula setelah tinjauan protokol akibat gempa dilaksanakan.

Presiden Mexico, Andres Manuel juga memberitahu orang ramai mengenai bencana di akaun Twitternya dan mengatakan tidak ada kerosakan yang besar berlaku di Guerrero, pusat gempa, atau di Morelos, Oaxaca, Puebla atau Mexico City.

Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum, menerusi ciapan Twitter-nya pula memberitahu bahawa tiada laporan mengenai kerosakan serius setakat ini di ibu negara.

Bersempadankan lautan Atlantik dan Pasifik, Mexico adalah antara kawasan seismik paling aktif di dunia, terletak di atas lima plet tektonik termasuk tiga plet utama.

Ikan yu paus seberat 5 tan metrik ditemui di Kuala Perlis

0

Jika sebelum ini tular mengenai penemuan ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy di Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis, kali ini ikan yu paus pula ditemui.

Seekor ikan yu paus dengan berat angaran 5 tan metrik telah ditemui di perairan Kuala Perlis pada jarak 6 batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru.

Ikan berkenaan ditemukan oleh salah seorang pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas ketika sedang membuat rondaan pada sekitar jam 2 petang di perairan tersebut.

Manakala pengasas bersama PNW, Syamil Abd. Rahman menjelaskan bahawa ikan yu paus itu adalah spesies yang jarang ditemui.

Tambahnya, ikan jenis itu tidak membawa sebarang bahaya kepada manusia dan sebaliknya hanya mengikut bot di perairan berkenaan.

“Tak sangka pula sahabat saya boleh menemukan ikan tersebut yang jarang-jarang dijumpai di sini. Ikan yu paus itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan”.

Ujarnya lagi, ikan itu juga ditemui khususnya semasa cuaca cerah dan kebiasaannya berada di sekitar 3 hingga 6 batu nautika dari pantai.

Ikan yu paus atau nama saintifiknya, ‘Rhincodon typus’ merupakan sejenis ikan yang bergerak perlahan dan mengamalkan diet pemakanan bertapis.

Ianya juga merupakan spesies ikan besar dan bersaiz gergasi serta beratnya boleh mencapai 15 tan metrik.

Purata umur hidup ikan tersebut juga mencecah sehingga 70 tahun.

Selebriti Korea Selatan, Rain gembira dapat beli ayam goreng untuk ‘supper’ pertamanya dalam tahun ini

0

Budaya makan lewat malam ataupun ‘supper’ sememangnya tidak asing lagi buat masyarakat di Malaysia.

Mana tidaknya, jika sebelum pandemik melanda, kedai makan dan restoran mamak khususnya dibuka selama 24 jam membuatkan kita bebas untuk makan pada bila-bila masa bukan?

Namun nampaknya budaya itu turut diamalkan di luar negara termasuklah di Korea Selatan yang turut melibatkan selebriti terkenal.

Baru-baru ini, bintang terkenal Korea Selatan, Rain ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya.

Menerusi foto itu, kita dapat lihat Rain sedang membawa bungkusan makanan yang dipercayai ayam goreng untuk makan lewat malam.

Jelas Rain, dia baru sahaja selesai bersenam pada malam itu dan secara ‘tidak sedar’, dia kemudian telah memasuki restoran itu dan secara ‘tidak sengaja’ membeli ayam goreng!

Jelas daripada gaya tubuh Rain menggambarkan perasaannya yang gembira apabila mendapat ayam goreng untuk makan lewat malam.

Kakinya juga kelihatan seperti sedang melompat kegirangan..

Sungguhpun begitu, Rain mengatakan bahawa itulah kali pertama dirinya menikmati makan lewat malam pada tahun ini.

Maka tidak hairanlah Rain masih dapat mengekalkan kecergasan tubuhnya. Ototnya juga masih sasa seperti sebelum ini.

Fenomena alam ‘Hari Tanpa Bayang’, Indonesia mengalaminya dua kali setahun yang terbaru sehingga Oktober

0

Biasa apabila kita berada di bawah sinaran matahari, pasti akan ada bayang-bayang. Pembentukan bayang-bayang itu kerana sifat cahaya yang bergerak lurus akan menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar cahaya seperti sinaran matahari dihalang oleh objek yang legap.

Tetapi hari ini negara jiran, Indonesia sedang mengalami fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’.

Gambar Hiasan / Facebook

Fenomena yang berlaku apabila apa-apa sahaja objek legap yang dibiarkan di bawah sinaran matahari tidak membentuk bayang-bayang seperti mana pada hari kebiasaan.

Menurut laporan Tribunnews, Indonesia mengalami fenomena alam ini sejak 6 September dan dijangka berlanjutan sehingga 21 Oktober 2021.

Paparan Skrin / Tribunnews

Fenomena Hari Tanpa Bayang di Indonesia bermula di bandar Sabang, wilayah Sumatera pada jam 12.36 tengah hari, 6 September.

Andi Pangerang, penyelidik Pusat Sains dan Angkasa dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional Indonesia (LAPAN) berkata fenomena ini biasa berlaku di Indonesia sebanyak dua kali setahun. Yang pertama kali berlaku pada tahun ini adalah pada akhir bulan Februari sehingga awal April.

Paparan Skrin / Facebook

Jelasnya, fenomena hari tanpa bayang terjadi kerana Indonesia berada di 6 darjah Utara dan 11 darjah Barat serta dibelah oleh garisan Khatulistiwa. Ketika posisi matahari berada tegak di atas Indonesia, maka tiada bayang-bayang yang terbentuk dari objek tidak berongga semasa matahari terik waktu tengah hari.

“Fenomena ini biasa terjadi dua kali setahun di bandar-bandar atau wilayah yang terletak antara dua garis iaitu di sebelah Utara dan Selatan,” kata Andi.

Paparan Skrin / Facebook

“Kawasan yang terletak di Utara akan mengalami fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ pada solstis Jun, sementara di bahagian Selatan pada solstis Disember,” jelas Andi kepada Tribunnews

“Kenapa tinggalkan saya?” Pemilik tidak pulang dan anjingnya sangka ditinggalkan, berjalan sendiri sejauh 3.2 km dalam pencariannya kerana rindu

0

Ramai orang yang mempunyai haiwan peliharaan kucing atau anjing tahu bagaimana si comel ini memerlukan pemilik mendampingi dan bermain dengannya untuk beberapa waktu, dan jika tidak, mereka akan merasa sangat kesunyian.

Seekor anjing dari Amerika Syarikat bernama Indy berasa dia telah ditinggalkan oleh pemiliknya pada suatu hari. Dan oleh kerana masa menunggunya sudah seharian, jadi dia berjalan sejauh 3.2 kilometer untuk mencari tuan yang amat disayanginya!

Tuan Indy bernama Liza membesarkan anak anjing hitam itu dengan penuh kasih sayang. Semasa dia pergi bekerja, Liza akan memandu dengan membawa Indy keluar bersama.

Suatu hari, Liza telah menghadiri majlis perkahwinan rakannya di satu lokasi yang jauh, jadi dia meminta cuti dan tidak pergi bekerja, dan meninggalkan Indy dalam jagaan bapanya untuk hari itu.

Tanpa pula disangka, Indy menyedari yang Liza tidak membawanya pergi bekerja pada hari itu, membuatnya dalam anggapan di hati yang dia telah ditinggalkan oleh pemilik.

Jadi tanpa menunggu lagi, Indy yang rindu menyelinap keluar dari rumah bapa Liza, dan telah berjalan sejauh 3.2 kilometer, untuk menjenguk di hadapan tempat kerja Liza, mencari dan memanggilnya.

Perjalanan ke tempat kerja itu yang dihafal dalam kepala anjing yang bijak ini.

Rakan sekerja Liza terkejut melihat Indy berada di hadapan pintu pejabat, lalu dia segera menghubungi Liza dan memberinya makanan dan minuman. Majikan Liza kemudian menghantar Indy pulang.

Pengembaraan kecil Indy ini amat mengejutkan dan menyentuh hati Liza. Mujur dan syukur, Indy tidak mengalami apa-apa insiden malang dalam perjalanan ke pejabat sejauh 3.2 kilometer itu.

Cinta sepenuh hati Indy kepada pemiliknya benar-benar menyentuh hati semua.

Selepas ini, Liza kenalah terangkan kepada Indy yang amat memahami dengan penuh bijak itu, jika dia hendak berjalan jauh, dan Indy tidak akan pernah ditinggalkan terbiar buat selamanya!

Alami tekanan hidup, pasangan suami isteri ini nekad bawa bayi rentas 200km menaiki motosikal

0

Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 sudah banyak menjejaskan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di dunia, tidak terkecuali juga di Malaysia.

Ramai yang hilang pekerjaan manakala banyak pengusaha perniagaan rugi dan terpaksa gulung tikar, sekaligus menyebabkan golongan ini hilang punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, kisah sepasang suami isteri bersama bayi mereka yang berusia 6 bulan mencuri tumpuan warga Facebook.

Kisah yang dikongsikan oleh akaun Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu berkisarkan tentang pasangan itu bersama bayi nekad merentas negeri gara-gara tekanan hidup.

Menurut LZS, mereka dikatakan menaiki motosikal dari Perak ke Selangor dan kini tiada tempat tinggal. Mereka juga ada meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

“Anaknya yang berusia 6 bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motosikal”, jelas pihak Skuad Saidina Umar (SSU) LZS.

Terdahulu, mereka sekeluarga pernah tersenarai sebagai penerima zakat di Selangor namun ia terhenti setelah mereka berpindak ke Perak pada tahun 2020.

Di Perak, mereka turut menerima pelbagai bantuan daripada pihak masjid, kampung dan juga Majlis Agama Islam Perak.

Mereka juga difahamkan merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor namun niat itu tidak dapat direalisasikan ekoran masalah keluarga.

LZS memutuskan untuk menempatkan keluarga ini di sebuah hotel bajet buat sementara waktu, bersama dengan bantuan kecemasan berjumlah RM500.

Semoga keluarga ini diberi terus kekuatan untuk menjalani kehidupan mendatang..

Si kenit Oyen hanya mahu duduk atas bahu setelah ‘pecah masuk’ rumah pemuda ini. Manja betul!

0

Kucing sememangnya haiwan comel yang suka bersosial, lebih-lebih lagi dengan manusia yang baik hati.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi beberapa foto dirinya dengan seekor anak kucing bewarna jingga yang comel.

Menurut lelaki itu, anak kucing terbabit ‘memecah masuk’ rumahnya pada malam hari sebelum ianya disedari lelaki itu keesokan harinya.

Tambah lelaki itu, dia juga tidak pernah membela kucing sebelum ini.

“Tiba-tiba muncul si comel ini..”

Malah, si Oyen juga seperti enggan untuk meninggalkan lelaki itu dan rumahnya. Seronok ya di rumah orang?

Si Oyen langsung tidak mahu berganjak dan hanya mahu dirinya tetap berada di atas bahu lelaki terbabit.

Difahamkan bahawa pemuda tersebut juga mengedarkan poster dengan gambar kucing berkenaan bertujuan untuk mencari pemiliknya.

Tak mahu turun ke?

Bahkan si Oyen turut dibawanya ke klinik veterinar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dirinya dalam keadaan yang sihat.

Baik betul pemuda ini bukan? Patutlah si comel Oyen ini ‘jatuh hati’ dan tidak mahu meninggalkannya..