33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaKesihatanKhairy : WHO isytihar wabak polio tamat di Malaysia

Khairy : WHO isytihar wabak polio tamat di Malaysia

Wabak polio di negara ini diisytiharkan tamat berikutan perutusan rasmi Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei dan Singapura.

Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan penilaian oleh pasukan penilai terdiri daripada panel pakar antarabangsa.

Pakar yang terlibat telah melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap tindakan kawalan dan pencegahan wabak polis yang dijalankan di Malaysia.

“Berdasarkan penilaian itu, usaha Malaysia dalam kawalan dan pencegahan wabak telah diiktiraf sebagai berjaya menghentikan penularan wabak polio”, katanya dalam satu kenyataan.

Polio merupakan penyakit berjangkit berpunca daripada virus yang menyerang sistem saraf dan berupaya mengakibatkan kelumpuhan kekal sepanjang hayat.

Bernama

Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut. Sungguhpun Malaysia telah bebas daripada jangkitan polio, Khairy meminta masyarakat untuk kekal waspada.

Ini kerana, masih lagi terdapat beberapa negara di dunia yang belum bebas daripada jangkitan penyakit ini.

“Kita perlu pastikan liputan imunisasi polio sentiasa tinggi bagi mengekalkan imuniti kelompok terhadap jangkitan polio dan seterusnya Malaysia terhindar daripada ancaman wabak polio pada masa akan datang”.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan memastikan survelan ‘Acute Flaccid Paralysis’ (AFP) dan persekitaran berkualiti akan terus dilaksanakan agar sebarang kes polio dapat dikesan.

Setelah lebih 27 tahun negara bebas polio, Malaysia dikejutkan setelah satu kes polio dikesan di Sabah pada penghujung tahun 2019.

Bernama

Susulan pengesahan kes polio itu, usaha pencegahan dan kawalan wabak polio giat dijalankan dan masih diteruskan walaupun negara turut dilanda pandemik COVID-19.

Tambah Khairy, sebanyak dua dos vaksin “bivalent oral polio” jenis 1 dan 3 (bOPV) dan dua dos vaksin “monovalent oral polio” jenis 2 (mOPV2) diberikan secara titisan ke dalam mulut.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga KKM terlibat dalam usaha menamatkan wabak polio khasnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Kesihatan Labuan.

“Mereka adalah wira barisan hadapan yang menjayakan usaha menamatkan wabak polio walaupun pada masa yang sama, turut berjuang mengawal pandemik COVID-19”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI