Kita tidak boleh menidakkan hak haiwan untuk hidup bersama manusia di atas muka bumi ini bukan?
Sungguhpun begitu, sudah terlalu banyak masalah yang timbul melibatkan haiwan ternakan yang berkeliaran di sesebuah kawasan.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook berkongsi kejadian tidak diingini yang berlaku di rumahnya.
Lang Mizan/Facebook
Difahamkan bahawa lelaki itu menemui seekor kerbau yang dipercayai milik penternak berada di dalam kawasan rumahnya yang terletak di Klebang Bistari, Ipoh.
Setelah dia menghampiri keretanya, dia mendapati bahawa terdapat kesan kemek, manakala cermin sisi pada bahagian kiri kereta turut rosak disondol haiwan terbabit.
Lang Mizan/Facebook
Oleh yang demikian, perkongsian di laman Facebook terbabit dibuat bertujuan untuk mencari si pemilik kerbau berkenaan bagi menuntut ganti rugi kerosakan.
“Siapa-siapa yang kenal owner kerbau dekat kawasan perindustrian Klebang Bistari, tolong inform saya. Nak tuntut ganti rugi”.
Perkongsian itu tentunya mendapat pelbagai reaksi pengguna yang lain, di mana rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Lang Mizan/Facebook
Agak wajar juga untuk mangsa membawa masalah ini ke pihak berkuasa agar wujud tindakan seadilnya kepada pemilik haiwan.
Dan diharapkan agar pemilik haiwan terbabit juga dapat muncul dan bertanggungjawab sepenuhnya.