26.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 7, 2025
Utama Blog Laman 266

Tak sampai hati apa-apakan ketam kesayangan, biarpun jari disepit. Sifat penyayang budak ini sungguh luhur!

0

Serangan haiwan terhadap manusia kebiasaannya berteraskan kepada ancaman yang mereka rasai. Lazimnya, manusia turut akan bertindak dengan membunuh mereka.

Walau bagaimanapun, seorang budak dari wilayah Shandong, China berusia 10 tahun ini menggunakan pendekatan yang berbeza.

Menurut sumber, jari budak terbabit pada ketika itu disepit oleh seekor ketam. Aduhai sakitnya, menangis budak terbabit!

Sungguhpun begitu, budak itu menguruskan situasi itu dengan tenang dan meminta ibunya untuk menunggu sehingga ketam itu membuka sepitnya.

Asalnya si ibu ingin sahaja menggunting penyepit ketam berkenaan, memandangkan jari anaknya sudah mengalami kecederaan.

Namun niat itu dihalang anaknya yang penyayang. Sempat juga dia menjirus sedikit air dengan harapan agar ketam belaannya itu tenang.

“Saya sanggup bertahan sakit ini daripada mengapa-apakan ketam”, ujar budak lelaki berkenaan.

Selepas beberapa ketika, ketam itu akhirnya membuka penyepitnya. Mujurlah tiada apa yang serius, jari budak tersebut hanya mengalami luka kecil.

Jelas si ibu, anaknya itu sememangnya sukakan hidupan laut seperti ikan, udang dan ketam semenjak kecil lagi.

Oleh sebab itulah mereka membela ketam di rumah – seekor jantan dan seekor lagi betina. Sungguhpun menahan kesakitan, budak itu masih lagi memikirkan haiwan kesayangannya.

Penyayang sungguh! Saksikan video penuh kejadian di sini.

Gelar diri sebagai ‘ayah tua’, Tony Fernandes syukur dianugerahkan cahaya mata ketiga

0

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group iaitu Tan Sri Tony Fernandes memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran anak perempuan ketiga, Aliyah Ena Fernandes.

Sumber: BH Online

Menerusi perkongsian di LinkedIn, kelahiran cahaya mata ketiga tatkala pandemik hasil perkongsian hidup bersama Puan Sri Chloe Kim itu membuatkan beliau sangat gembira.

“Jadi inilah sesuatu yang membuatkan anda sedikit tersenyum. COVID-19 membawa banyak kejutan negatif tetapi inilah yang positif”.

Sumber: LinkedIn

Tambah Tony lagi, “Saya menjadi ayah lagi, mempunyai dua anak perempuan yang paling hebat dan sekarang mempunyai anak ketiga. Aliyah Ena selamat datang ke dunia. AirAsia dilahirkan semula sebagai syarikat digital dan gaya hidup manakala saya dilahirkan semula sebagai ayah tua. Namun teruja kerana mempunyai tiga orang anak yang luar biasa. Saya bersyukur”.

Meskipun telah berusia 57 tahun dan menggelarkan dirinya sebagai ‘ayah tua’, Tony tetap bersyukur dan teruja dengan pemberian anugerah cahaya mata tersebut.

Sumber: Her World

Aliyah Ena dilaporkan selamat dilahirkan pada tanggal 14 Ogos 2021 sekitar jam 7.22 pagi seberat 3.16kg. Tony mengahwini Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan majlis perkahwinan mereka telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis.

Cara mohon Sijil Pengecualian Vaksinasi COVID-19 buat individu tak boleh divaksin atas masalah kesihatan tertentu

0

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk membuka permohonan sijil khas atau pengecualian vaksinasi kepada mana-mana individu yang disahkan mengalami alahan perubatan terhadapnya.

Justeru buat mereka yang tergolong dalam mereka yang tidak dapat menerima apa-apa jenis vaksin yang tersedia, berikut adalah cara untuk memohon sijil khas tersebut.

#1 Bawa slip Penilaian Pra-vaksinasi dan dapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat anda

#2 Kemudian bawa slip tersebut ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat bagi memohon sijil digital pengecualan vaksinasi

#3 Sijil digital anda akan diproses.

Jika permohonan anda adalah lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan, sijil digital menerusi MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu.

Namun harus diingatkan agar golongan ini dapat mengikuti standard operasi prosedur (SOP) dengan ketat bagi mengelakkan jangkitan.

Ini kerana mereka ternyata lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 memandangkan keadaan tubuh yang tidak dapat menerima sebarang jenis vaksin.

“Gaduh lagi nanti tangkap pergi balai,” Dua beradik bertengkar rebut telefon kebetulan ibu nampak polis depan rumah minta tolong disiplin sikit

0

Kalau ada adik-beradik lelaki dalam keluarga, memang tidak lekang topik untuk dijadikan bahan buat bergaduh lalu memeningkan kepala si ibu dan bapa. 

Oleh kerana anak lelaki agak aktif dan lasak, kadangkala mereka agak kasar ketika bermain. Jadi kalau mereka bertengkar atau bergaduh mahupun bergurau, itu sememangnya perkara biasa kerana mereka tidak boleh duduk diam walaupun seminit.

Tular di TikTok apabila seorang ibu dikenali Nurul@noraskin1990 berkongsi video ketika dia mengusik anak lelakinya yang degil tidak mendengar kata, sehingga kanak-kanak ini menjadi takut dan menangis yang pada masa sama belajar dengan kesalahannya.

Paparan Skrin / TikTok

Semuanya bermula apabila dua anak lelaki Nurul bertengkar di depan pintu rumah mereka gara-gara berebutkan telefon. 

Secara kebetulan sebuah kereta polis diparkir di gerai berdekatan luar rumah Nurul. Ibu ini apa lagi dapatlah idea kreatif sambil mengambil kesempatan untuk mengajar dan mendisiplinkan anak-anaknya yang nakal itu.

Paparan Skrin / TikTok

Nurul cuba meleraikan mereka sambil memberitahu abang polis yang sedang duduk di dalam kereta itu tentang pertengkaran dua beradik ini, dan si abang pun dipanggil untuk diberikan lakonan ‘drama’ hebat kepadanya. 

Setelah abang polis turun, nasihat-nasihat pun diberi sambil berkata, “Nanti kamu gaduh lagi, ibu kamu telefon polis naik kereta ni pergi balai hendak?”

Paparan Skrin / TikTok

Si abang ini pun menangis lagi hebat dan terus meminta pak cik polis supaya jangan tangkap dia. Lepas dengar nasihat itu, adik insaf ni mula berjalan masuk ke dalam rumah janji tak buat lagi. 

Nurul tidak boleh tahan ketawa di belakang kamera itu mendengar keletah anaknya menangis teresak-esak takutkan pak cik polis hendak tangkap bawa pergi balai.

Paparan Skrin / TikTok

Kata Nurul selepas peristiwa berdepan semuka dengan pak cik polis, dua beradik ini terus patuh dan mendengar kata ibu buat sementara. Tetapi esoknya mereka bergaduh lagi, bertengkar macam biasa dan terlupa semalam mereka ada mendengar pak cik polis kata mahu tangkap naik kereta polis pergi balai.

Paparan Skrin / TikTok

Anak-anak kecil kalau bergaduh memanglah akan terlalu comel dan menggelikan hati.

Tambah lagi kalau dia takutkan polis serupa macam kita kecil-kecil dahulu dalam proses membesar. Esok macam biasa terus lupa dan alpa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kehadiran ‘manatee’ berenang buat individu berkayak teruja. Langsung tak takut atau cemas!

0

Jika kita sedang melakukan aktiviti di atas permukaan air laut mahupun sungai, pastinya kehadiran haiwan akuatik bersaiz besar menimbulkan rasa cemas bukan?

Namun beberapa individu ini kelihatan teruja dan ceria pula melihat kehadiran mamalia marin herbivor iaitu ‘manatee’.

Kehadiran kumpulan ini berkayak di atas permukaan air langsung tidak mengganggu kawanan manatee ini.

Jika dilihat, manatee kelihatan sama seperti dugong bukan? Namun sebenarnya terdapat sedikit perbezaan.

Habitat dugong juga lazimnya hanya di lautan, sedangkan manatee boleh hidup di kawasan air tawar mahupun masin.

Walaupun bersaiz agak besar, manatee adalah sejenis mamalia yang tenang dan santai. Oleh itu, mereka tidak membawa apa-apa ancaman terhadap manusia.

Malah mereka juga adalah haiwan yang sukakan interaksi dan gembira jika dikelilingi oleh manusia.

Sungguhpun begitu, kita dinasihatkan untuk tidak menyentuhnya kerana mereka berupaya untuk mengubah tingkah laku mereka di habitat asal.

Keadaan ini akan membuatkan mereka kehilangan rasa takut terhadap bot dan manusia lantas membuka peluang untuk mereka diapa-apakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tonton video penuh di sini.

Walaupun dalam hujan lebat, anjing ini tetap setia tunggu pemiliknya untuk mengambilnya semula selepas dibuang

0

Ramai yang memilih untuk memelihara haiwan peliharaan atas pelbagai sebab tetapi ada segelintir antara mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan mereka. Ada yang mengabaikan kesihatan haiwan, ada juga yang cuai tidak memberikan makan dan minum yang mencukupi. Apa yang paling menyedihkan ada yang membuang haiwan mereka di jalanan begitu sahaja.

Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter, @lunaaaa72 telah berkongsi tentang seekor anjing yang sudah beberapa bulan menunggu tuannya di tepi jalan untuk diambil semula.

Di dalam video tersebut menunjukkan anjing berkenaan sedang menunggu pemiliknya dalam hujan lebat bertempat di Lebuhraya Ipoh-Lumut. Walaupun hujan lebat ketika itu anjing tersebut tidak bergerak walau sedikit pun dan terus setia menunggu tuannya.

Anjing ini telah berada di tempat yang sama selama berbulan-bulan, hujan atau panas, menunggu pemiliknya mengambilnya kembali.

Sehingga kini status tersebut telah di ‘retweet’ lebih daripada 8,000 kali dan menerima pelbagai komen orang ramai di Twitter.

Syukurlah, dalam waktu kurang dari 24 jam, wanita bernama Thibhika itu mengatakan seseorang telah bersetuju untuk mengadopsi anjing tersebut.

Dia juga mengalu-alukan orang ramai untuk membantu menyelamatkan anjing itu, dan banyak lagi anjing jalanan lain di sekitar kawasan tersebut.

Video pesawat Air India yang tersadai di bawah jambatan mula tular di media sosial

0

NEW DELHI- Sebuah pesawat milik Air India dilaporkan telah tersadai di bawah sebuah jambatan selama beberapa hari.

Pesawat tersebut dikatakan telah dijual dan sedang dalam proses pemindahan ketika pesawat tersebut mengalami kerosakan dan tersadai di bawah sebuah jambatan.

Seorang wartawan telah berkongsi kenyataan Air India yang mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu tidak lagi mempunyai hubungan dengan pesawat itu.

“Ini adalah pesawat Air India yang [dibatalkan pendaftaran] yang telah habis terjual. Ini diangkut semalam oleh pihak [pemilik baru]. Air India tidak mempunyai hubungan apa pun dengan pesawat dalam keadaan apa pun,”

Pegawai lapangan terbang Delhi memberitahu akhbar Times of India bahawa pesawat itu pasti bukan milik pasukan lapangan terbang Delhi dan bahawa pemandu mungkin melakukan kesalahan semasa memindahkan pesawat tersebut.

Video tersebut telah ditonton ribuan kali di Twitter dan YouTube sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana pesawat tersebut boleh tersekat pada mulanya.

Ketika video itu menjadi tular, beberapa tweet mengatakan pesawat itu sebenarnya telah tersekat di bawah jambatan selama beberapa hari.

Sebelum ini, pada Disember 2019 sebuah lagi pesawat Air India dilaporkan telah dibiarkan terbengkalai di bawah sebuah jambatan terletak di bahagian barat Bengal.

KJ : Individu tak boleh divaksin atas sebab perubatan boleh mohon sijil pengecualian vaksinasi

0

Individu yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor-faktor perubatan seperti alahan kini boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sijil khas tersebut boleh dimohon di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.

Namun pemohon perlulah mengemukakan borang khas iaitu Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu yang disahkan oleh pakar perubatan.

“Pakar perubatan akan menasihatkan pengambilan vaksin jenis lain yang bersesuaian. Sebagai contoh, jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan”.

“Sekiranya individu tersebut disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin COVID-19 atas sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri”.

Ini kerana individu tersebut lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19”, katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada 4 Oktober lepas.

Pakar perubatan yang dimaksudkan pula adalah daripada pakar di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar di hospital ataupun klinik kerajaan.

“Jika permohonan adalah lengkap dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan, sijil digital melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu”, tambahnya lagi.

KWSP : Separuh daripada pencarum miliki kurang RM10,000

0

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein mendedahkan bahawa hanya 28% (3.6 juta) pencarum memiliki simpanan kurang RM1,000 di dalam akaun satu dan dua.

Ujar beliau, situasi itu amat membimbangkan terutamanya apabila ramai ahli yang mengurangkan bahkan mengosongkan simpanan persaraan akibat desakan hidup berhadapan dengan COVID-19.

 “Sebanyak 6.8 juta pencarum pula mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di akaun satu dan 9.8 juta pencarum mempunyai baki yang sama di akaun dua”.

Menurutnya, ini walau bagaimanapun bukanlah satu petanda untuk menarik nafas lega kerana ia masih belum mencukupi sebagai persediaan untuk persaraan kelak.

“Kami menjangkakan pada akhir tahun ini, hanya 6.1 juta atau 48% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam kedua akaun mereka”.

Tambahnya, golongan B40 dan M40 adalah yang paling teruk terjejas dan cenderung untuk hidup dalam kemiskinan di usia tua kelak.

Keadaan itu walau bagaimanapun berbeza buat golongan T20 yang menunjukkan peningkatan terhadap simpanan masing-masing.

“Jumlah simpanan KWSP bagi golongan B40 menurun sebanyak 38% dan M40 sebanyak 18% manakala T20 meningkat sebanyak 4% di mana 77.4% daripada jumlah simpanan adalah mereka yang berusia bawah 55 tahun”.

Beliau berpandangan bahawa faktor kurang pendapatan adalah punca utama pencarum tidak berupaya untuk mengumpul dan membuat simpanan yang banyak.

“Terdapat 85% mereka bergaji bawah RM5,000 dan 52% di bawah RM2,000. Isunya mereka tidak mampu membuat simpanan yang sepatutnya kerana pendapatan rendah”.

Tahun ini juga adalah kali pertama KWSP mencatatkan input negatif apabila RM101 bilion iaitu berjumlah RM45 bilion.

Ia berhubung dengan pengeluaran i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari selama 2 tahun berturut-turut.

“Kami sedaya upaya akan menguruskan isu ini daripada segi kesan terhadap portfolio dan pulangan”, jelasnya.

Pesan ‘takeaway’ terlihat ‘RM0.00’ jadi tandakan semua, terkejut campur malu hanya tinggal 2 roti kosong dalam burger McD

0

Ketika zaman pandemik ini, rasanya semua orang berpengalaman dalam membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi dalam talian. 

Untuk mengurangkan pergerakan keluar, semua orang akan memilih untuk duduk di rumah dan memesan apa-apa sahaja makanan yang digemari.

Kadang-kadang aplikasi itu ada menawarkan apa-apa diskaun atau potongan harga. Menikmati makanan sambil menjimatkan wang sudah pasti menyeronokkan sekiranya ianya munasabah untuk difikirkan disamping kos yang efektif.

Tetapi pastikan anda melihat kandungannya terlebih dahulu dengan teliti tanpa melulu semasa membuat pesanan makanan, supaya anda tidak berasa terkilan dan kempunan kelak.

Facebook

Kisahnya, seorang pelanggan dari Singapura memesan McDonald’s melalui aplikasi dalam talian, dan ketika melihat pilihan “RM0.00”, dia menandakannya di situ. Ketika menerima makanannya, dia berasa malu. Hanya terdapat dua roti kosong yang tinggal dalam burger McD!

Seorang netizen yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat posting dalam kumpulan Facebook dengan berkata rakan sekerjanya baru-baru ini menerima pesanan ‘istimewa’. 

Seorang pelanggan telah memesan McDonald’s dalam aplikasi. Semasa memilih bahan-bahan, dia telah menanda semua pilihan “RM0.00”, yang juga termasuk ‘Remove’.

Facebook

Setelah membuat pesanan dan bayaran, pesanan pelanggan adalah seperti berikut:

Set Burger McSpicy + M Fries (kentang goreng) 1 hidangan:

Minum: Teh susu

Set Burger McSpicy (tandakan):

  • Tanpa sos McChicken
  • Tanpa daun salad
  • Tanpa kepingan daging McSpicy
Facebook

Set Burger Ikan Filet O Fish + M Fries (kentang goreng) 1 hidangan:

Minum: Teh lemon ais

Set Burger Ikan Filet O Fish (tandakan):

  • Tanpa sos tartar
  • Tanpa keju
  • Tanpa filet ikan. 
Facebook

Burger yang tanpa sos, daun salad dan daging, apa lagi yang tinggal di dalam burger ini?  Agak-agak sahaja ketika pelanggan ini menerima makanannya, hatinya diharap sentiasa berasa sejuk dan aman! Dia membayar harga yang sama, tetapi hanya menerima dua keping roti kosong, jadi bayangkan…

Jadi netizen pun memberi komen:

Oleh itu, jangan cuba-cuba menanda di situ..

Mungkin saya tidak perasan, tetapi saya telah memeriksa kesemuanya!

Beberapa netizen memberi pendapat mungkin pelanggan ini tidak memahami Bahasa Inggeris kot..

Saya tidak dapat membantu anda..

Ada netizen berpendapat mungkin terdapat masalah dengan aplikasi ini.

Rupanya pelanggan ini bukan seorang sahaja yang mengalami salah faham ketika membuat pesanan di aplikasi ini. Ada beberapa orang yang lain pernah melalui pengalaman serupa. Terima burger McD tanpa sos, tanpa daun salad dan tanpa kepingan daging burger adalah seperti ini:

Facebook

Jadi pastikan semasa membuat pesanan McD itu pada masa akan datang, anda membaca kandungan dan butirannya dengan jelas sebelum menandakannya. Jika tidak, anda fikir mungkin boleh mengambil kesempatan dan berjimat, tetapi sebenarnya diri sendiri yang kerugian.