KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group iaitu Tan Sri Tony Fernandes memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran anak perempuan ketiga, Aliyah Ena Fernandes.

Menerusi perkongsian di LinkedIn, kelahiran cahaya mata ketiga tatkala pandemik hasil perkongsian hidup bersama Puan Sri Chloe Kim itu membuatkan beliau sangat gembira.
“Jadi inilah sesuatu yang membuatkan anda sedikit tersenyum. COVID-19 membawa banyak kejutan negatif tetapi inilah yang positif”.

Tambah Tony lagi, “Saya menjadi ayah lagi, mempunyai dua anak perempuan yang paling hebat dan sekarang mempunyai anak ketiga. Aliyah Ena selamat datang ke dunia. AirAsia dilahirkan semula sebagai syarikat digital dan gaya hidup manakala saya dilahirkan semula sebagai ayah tua. Namun teruja kerana mempunyai tiga orang anak yang luar biasa. Saya bersyukur”.
Meskipun telah berusia 57 tahun dan menggelarkan dirinya sebagai ‘ayah tua’, Tony tetap bersyukur dan teruja dengan pemberian anugerah cahaya mata tersebut.

Aliyah Ena dilaporkan selamat dilahirkan pada tanggal 14 Ogos 2021 sekitar jam 7.22 pagi seberat 3.16kg. Tony mengahwini Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan majlis perkahwinan mereka telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis.