Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk membuka permohonan sijil khas atau pengecualian vaksinasi kepada mana-mana individu yang disahkan mengalami alahan perubatan terhadapnya.
Justeru buat mereka yang tergolong dalam mereka yang tidak dapat menerima apa-apa jenis vaksin yang tersedia, berikut adalah cara untuk memohon sijil khas tersebut.
#1 Bawa slip Penilaian Pra-vaksinasi dan dapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat anda
#2 Kemudian bawa slip tersebut ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat bagi memohon sijil digital pengecualan vaksinasi
#3 Sijil digital anda akan diproses.
Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook
Jika permohonan anda adalah lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan, sijil digital menerusi MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu.
Namun harus diingatkan agar golongan ini dapat mengikuti standard operasi prosedur (SOP) dengan ketat bagi mengelakkan jangkitan.
Ini kerana mereka ternyata lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 memandangkan keadaan tubuh yang tidak dapat menerima sebarang jenis vaksin.