28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 24, 2021
Utama Gaya Hidup Walaupun dalam hujan lebat, anjing ini tetap setia tunggu pemiliknya untuk mengambilnya...

Walaupun dalam hujan lebat, anjing ini tetap setia tunggu pemiliknya untuk mengambilnya semula selepas dibuang

Ramai yang memilih untuk memelihara haiwan peliharaan atas pelbagai sebab tetapi ada segelintir antara mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan mereka. Ada yang mengabaikan kesihatan haiwan, ada juga yang cuai tidak memberikan makan dan minum yang mencukupi. Apa yang paling menyedihkan ada yang membuang haiwan mereka di jalanan begitu sahaja.

Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter, @lunaaaa72 telah berkongsi tentang seekor anjing yang sudah beberapa bulan menunggu tuannya di tepi jalan untuk diambil semula.

Di dalam video tersebut menunjukkan anjing berkenaan sedang menunggu pemiliknya dalam hujan lebat bertempat di Lebuhraya Ipoh-Lumut. Walaupun hujan lebat ketika itu anjing tersebut tidak bergerak walau sedikit pun dan terus setia menunggu tuannya.

Anjing ini telah berada di tempat yang sama selama berbulan-bulan, hujan atau panas, menunggu pemiliknya mengambilnya kembali.

Sehingga kini status tersebut telah di ‘retweet’ lebih daripada 8,000 kali dan menerima pelbagai komen orang ramai di Twitter.

Syukurlah, dalam waktu kurang dari 24 jam, wanita bernama Thibhika itu mengatakan seseorang telah bersetuju untuk mengadopsi anjing tersebut.

Dia juga mengalu-alukan orang ramai untuk membantu menyelamatkan anjing itu, dan banyak lagi anjing jalanan lain di sekitar kawasan tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI