Serangan haiwan terhadap manusia kebiasaannya berteraskan kepada ancaman yang mereka rasai. Lazimnya, manusia turut akan bertindak dengan membunuh mereka.
Walau bagaimanapun, seorang budak dari wilayah Shandong, China berusia 10 tahun ini menggunakan pendekatan yang berbeza.
Menurut sumber, jari budak terbabit pada ketika itu disepit oleh seekor ketam. Aduhai sakitnya, menangis budak terbabit!
Sungguhpun begitu, budak itu menguruskan situasi itu dengan tenang dan meminta ibunya untuk menunggu sehingga ketam itu membuka sepitnya.
Asalnya si ibu ingin sahaja menggunting penyepit ketam berkenaan, memandangkan jari anaknya sudah mengalami kecederaan.
Namun niat itu dihalang anaknya yang penyayang. Sempat juga dia menjirus sedikit air dengan harapan agar ketam belaannya itu tenang.
“Saya sanggup bertahan sakit ini daripada mengapa-apakan ketam”, ujar budak lelaki berkenaan.
Selepas beberapa ketika, ketam itu akhirnya membuka penyepitnya. Mujurlah tiada apa yang serius, jari budak tersebut hanya mengalami luka kecil.
Jelas si ibu, anaknya itu sememangnya sukakan hidupan laut seperti ikan, udang dan ketam semenjak kecil lagi.
Oleh sebab itulah mereka membela ketam di rumah – seekor jantan dan seekor lagi betina. Sungguhpun menahan kesakitan, budak itu masih lagi memikirkan haiwan kesayangannya.
Penyayang sungguh! Saksikan video penuh kejadian di sini.