Jika kita sedang melakukan aktiviti di atas permukaan air laut mahupun sungai, pastinya kehadiran haiwan akuatik bersaiz besar menimbulkan rasa cemas bukan?
Namun beberapa individu ini kelihatan teruja dan ceria pula melihat kehadiran mamalia marin herbivor iaitu ‘manatee’.
Keadaan ini akan membuatkan mereka kehilangan rasa takut terhadap bot dan manusia lantas membuka peluang untuk mereka diapa-apakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ramai yang memilih untuk memelihara haiwan peliharaan atas pelbagai sebab tetapi ada segelintir antara mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan mereka. Ada yang mengabaikan kesihatan haiwan, ada juga yang cuai tidak memberikan makan dan minum yang mencukupi. Apa yang paling menyedihkan ada yang membuang haiwan mereka di jalanan begitu sahaja.
Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter, @lunaaaa72 telah berkongsi tentang seekor anjing yang sudah beberapa bulan menunggu tuannya di tepi jalan untuk diambil semula.
Di dalam video tersebut menunjukkan anjing berkenaan sedang menunggu pemiliknya dalam hujan lebat bertempat di Lebuhraya Ipoh-Lumut. Walaupun hujan lebat ketika itu anjing tersebut tidak bergerak walau sedikit pun dan terus setia menunggu tuannya.
Just went to find him/her. Yup. Still there. Trying to approach, bagi makan. Tapi dia takut2 😔 ada lots of stray dog dekat area tu. Tapi semua taknak dekat dengan dia.
NEW DELHI- Sebuah pesawat milik Air India dilaporkan telah tersadai di bawah sebuah jambatan selama beberapa hari.
Pesawat tersebut dikatakan telah dijual dan sedang dalam proses pemindahan ketika pesawat tersebut mengalami kerosakan dan tersadai di bawah sebuah jambatan.
Seorang wartawan telah berkongsi kenyataan Air India yang mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu tidak lagi mempunyai hubungan dengan pesawat itu.
“Ini adalah pesawat Air India yang [dibatalkan pendaftaran] yang telah habis terjual. Ini diangkut semalam oleh pihak [pemilik baru]. Air India tidak mempunyai hubungan apa pun dengan pesawat dalam keadaan apa pun,”
Pegawai lapangan terbang Delhi memberitahu akhbar Times of India bahawa pesawat itu pasti bukan milik pasukan lapangan terbang Delhi dan bahawa pemandu mungkin melakukan kesalahan semasa memindahkan pesawat tersebut.
#WATCH An @airindiain plane ✈️ (not in service) got stuck under foot over bridge. Can anyone confirm the date and location? The competition starts now👇 pic.twitter.com/pukB0VmsW3
Video tersebut telah ditonton ribuan kali di Twitter dan YouTube sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana pesawat tersebut boleh tersekat pada mulanya.
Ketika video itu menjadi tular, beberapa tweet mengatakan pesawat itu sebenarnya telah tersekat di bawah jambatan selama beberapa hari.
Sebelum ini, pada Disember 2019 sebuah lagi pesawat Air India dilaporkan telah dibiarkan terbengkalai di bawah sebuah jambatan terletak di bahagian barat Bengal.
Individu yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor-faktor perubatan seperti alahan kini boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sijil khas tersebut boleh dimohon di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.
Namun pemohon perlulah mengemukakan borang khas iaitu Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu yang disahkan oleh pakar perubatan.
“Pakar perubatan akan menasihatkan pengambilan vaksin jenis lain yang bersesuaian. Sebagai contoh, jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan”.
“Sekiranya individu tersebut disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin COVID-19 atas sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri”.
Ini kerana individu tersebut lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19”, katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada 4 Oktober lepas.
Pakar perubatan yang dimaksudkan pula adalah daripada pakar di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar di hospital ataupun klinik kerajaan.
“Jika permohonan adalah lengkap dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan, sijil digital melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu”, tambahnya lagi.
Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein mendedahkan bahawa hanya 28% (3.6 juta) pencarum memiliki simpanan kurang RM1,000 di dalam akaun satu dan dua.
Ujar beliau, situasi itu amat membimbangkan terutamanya apabila ramai ahli yang mengurangkan bahkan mengosongkan simpanan persaraan akibat desakan hidup berhadapan dengan COVID-19.
“Sebanyak 6.8 juta pencarum pula mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di akaun satu dan 9.8 juta pencarum mempunyai baki yang sama di akaun dua”.
Menurutnya, ini walau bagaimanapun bukanlah satu petanda untuk menarik nafas lega kerana ia masih belum mencukupi sebagai persediaan untuk persaraan kelak.
“Kami menjangkakan pada akhir tahun ini, hanya 6.1 juta atau 48% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam kedua akaun mereka”.
Tambahnya, golongan B40 dan M40 adalah yang paling teruk terjejas dan cenderung untuk hidup dalam kemiskinan di usia tua kelak.
Keadaan itu walau bagaimanapun berbeza buat golongan T20 yang menunjukkan peningkatan terhadap simpanan masing-masing.
“Jumlah simpanan KWSP bagi golongan B40 menurun sebanyak 38% dan M40 sebanyak 18% manakala T20 meningkat sebanyak 4% di mana 77.4% daripada jumlah simpanan adalah mereka yang berusia bawah 55 tahun”.
Beliau berpandangan bahawa faktor kurang pendapatan adalah punca utama pencarum tidak berupaya untuk mengumpul dan membuat simpanan yang banyak.
“Terdapat 85% mereka bergaji bawah RM5,000 dan 52% di bawah RM2,000. Isunya mereka tidak mampu membuat simpanan yang sepatutnya kerana pendapatan rendah”.
Tahun ini juga adalah kali pertama KWSP mencatatkan input negatif apabila RM101 bilion iaitu berjumlah RM45 bilion.
Ia berhubung dengan pengeluaran i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari selama 2 tahun berturut-turut.
“Kami sedaya upaya akan menguruskan isu ini daripada segi kesan terhadap portfolio dan pulangan”, jelasnya.
Ketika zaman pandemik ini, rasanya semua orang berpengalaman dalam membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi dalam talian.
Untuk mengurangkan pergerakan keluar, semua orang akan memilih untuk duduk di rumah dan memesan apa-apa sahaja makanan yang digemari.
Kadang-kadang aplikasi itu ada menawarkan apa-apa diskaun atau potongan harga. Menikmati makanan sambil menjimatkan wang sudah pasti menyeronokkan sekiranya ianya munasabah untuk difikirkan disamping kos yang efektif.
Tetapi pastikan anda melihat kandungannya terlebih dahulu dengan teliti tanpa melulu semasa membuat pesanan makanan, supaya anda tidak berasa terkilan dan kempunan kelak.
Kisahnya, seorang pelanggan dari Singapura memesan McDonald’s melalui aplikasi dalam talian, dan ketika melihat pilihan “RM0.00”, dia menandakannya di situ. Ketika menerima makanannya, dia berasa malu. Hanya terdapat dua roti kosong yang tinggal dalam burger McD!
Seorang netizen yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat posting dalam kumpulan Facebook dengan berkata rakan sekerjanya baru-baru ini menerima pesanan ‘istimewa’.
Seorang pelanggan telah memesan McDonald’s dalam aplikasi. Semasa memilih bahan-bahan, dia telah menanda semua pilihan “RM0.00”, yang juga termasuk ‘Remove’.
Burger yang tanpa sos, daun salad dan daging, apa lagi yang tinggal di dalam burger ini? Agak-agak sahaja ketika pelanggan ini menerima makanannya, hatinya diharap sentiasa berasa sejuk dan aman! Dia membayar harga yang sama, tetapi hanya menerima dua keping roti kosong, jadi bayangkan…
Jadi netizen pun memberi komen:
Oleh itu, jangan cuba-cuba menanda di situ..
Mungkin saya tidak perasan, tetapi saya telah memeriksa kesemuanya!
Beberapa netizen memberi pendapat mungkin pelanggan ini tidak memahami Bahasa Inggeris kot..
Saya tidak dapat membantu anda..
Ada netizen berpendapat mungkin terdapat masalah dengan aplikasi ini.
Rupanya pelanggan ini bukan seorang sahaja yang mengalami salah faham ketika membuat pesanan di aplikasi ini. Ada beberapa orang yang lain pernah melalui pengalaman serupa. Terima burger McD tanpa sos, tanpa daun salad dan tanpa kepingan daging burger adalah seperti ini:
Jadi pastikan semasa membuat pesanan McD itu pada masa akan datang, anda membaca kandungan dan butirannya dengan jelas sebelum menandakannya. Jika tidak, anda fikir mungkin boleh mengambil kesempatan dan berjimat, tetapi sebenarnya diri sendiri yang kerugian.
Platform Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan hampir enam jam yang gagal diakses pengguna laman sosial tersebut.
Kalangan pengguna berdepan kesukaran mengakses ketiga platform laman sosial berkenaan sejak kira-kira jam 12 malam dalam apa yang disifatkan ‘DownDetector’ sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.
Pada kira-kira jam 6.30 pagi, rata-rata pengguna menyatakan telah berjaya mengakses semula ketiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih tersekat-sekat.
To the huge community of people and businesses around the world who depend on us: we're sorry. We’ve been working hard to restore access to our apps and services and are happy to report they are coming back online now. Thank you for bearing with us.
Masalah berkenaan merupakan kali kedua pernah dialami oleh Facebook, WhatsApp dan Instagram selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan, kebencian dan berita palsu serta hanya mementingkan keuntungan.
Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer dalam satu kenyataan di Twitter, “Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami.”
Facebook services coming back online now – may take some time to get to 100%. To every small and large business, family, and individual who depends on us, I'm sorry.
Mike Schroepfer menambah, syarikat memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkan keadaan dengan sepenuhnya.
Pakar sekuriti menyatakan gangguan tersebut mungkin disebabkan oleh masalah teknikal dalaman, namun tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat oleh pekerja sendiri.
Lebih 3.5 bilion penduduk dunia menggunakan Facebook dan aplikasinya untuk berkomunikasi dan menguruskan perniagaan.
Prinsip kesederhanaan dalam menjalani kehidupan merupakan antara elemen penting bagi memastikan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang manusia.
Itulah yang menjadi asas buat kehidupan seorang wanita dari Jepun yang dikenali sebagai Mido ini, di mana gaya hidupnya yang bersahaja ternyata memberikan inspirasi.
Menetap di sebuah pangsapuri membuatkan Mido bebas mengembangkan idea dekorasinya dan dia sempat berpesan agar tidak tergesa-gesa membeli perabot jika tiada wang.
Padanya, cukup sekadar mendapatkan perabot lama di kedai terpakai yang masih dalam keadaan baik.
Ataupun mendapatkan perabot yang telah dibuang, seterusnya memperbaikinya semula agar ia kelihatan seperti baru.
Anda lihatlah hasil dekorasi kediaman Mido di bawah :
Aspek ‘penyembuhan bersama’ antara manusia dan tumbuhan juga agak penting bagi Mido. Ini kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk hidup.
Untuk aktiviti di luar pula, Mido suka mendaki gunung jika dirinya cuti dalam tempoh yang panjang. Padanya, aktiviti ini berkesan untuk menghilangkan kegelisahannya.
Hidup bersendirian kadang kala membuatkan Mido berasa kesunyian. Oleh itu, Mido menekankan tentang perancangan terhadap apa yang ingin dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
Sebuah hotel di Langkawi telah diarahkan untuk ditutup sementara setelah lebih
Lebih 50 orang kakitangan di sebuah hotel yang terletak di Langkawi, Kedah telah dijangkiti COVID-19, lantas menyebabkan hotel tersebut ditutup buat sementara waktu.
Pengarah kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata jangkitan itu dikategorikan sebagai kluster tempat kerja ‘Dah Teluk Nibung’ melibatkan staf hotel terbabit.
“Daripada siasatan kami, jangkitan itu berasal daripada masyarakat dan tersebar ke hotel”, katanya ketika dihubungi.
Ujarnya, sejumlah 249 individu iaitu kakitangan hotel dan keluarga masing-masing sudah menjalani pemeriksaan, yang mana 59 orang daripada jumlah itu didapati positif.
Manakala 192 orang pula diuji negatif, sementara 3 individu lagi masih menunggu keputusan ujian.
Bagi mencegah gelombang jangkitan wabak ini, pihak jabatan kesihatan negeri telah mengenal pasti dan menyaring semua kontak rapat daripada kluster berkenaan.
Menurut Dr Othman lagi, semua kenalan rapat telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan Rumah (HSO) selama 10 hari.
“Setakat ini kami berjaya mengawal dan menghalang penularan virus”, tambahnya.
Perkara yang sama turut berlaku pada sebuah hotel popular di Georgetown, Pulau Pinang apabila operasi hotel itu terpaksa dihentikan setelah terdapat jangkitan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata siasatan awal pihak berkuasa kesihatan mendapati beberapa kakitangan hotel telah dijangkiti virus berkenaan.
“Siasatan kami mendapati jangkitan berlaku dalam kalangan kakitangan hotel dan kami masih mengesan asal usul jangkitan”.
Hotel berkenaan juga sudah diarahkan untuk ditutup sementara oleh pihak berkuasa, manakala staf pula perlu menjalani kuarantin.
Sistem imun tubuh sebahagian besar individu yang telah dijangkiti virus PKC (COVID-19) akan terus membawa antibodi terhadap virus tersebut dalam masa sekurang-kurangnya 12 bulan, menurut kajian yang dijalankan dan diperakui oleh European Journal of Immunologypada 24 September.
Para saintis dari Finnish Institute for Health and Welfare, Finland menjalankan kajian mengenai kehadiran antibodi ke atas 1,292 subjek lapan bulan selepas mendapat jangkitan. Mereka mendapati bahawa 96 peratus subjek masih membawa ‘neutralizing antibody’ dan 66 peratus masih membawa jenis antibodi dikenali ‘nucleoprotein IgG’.
Para saintis kemudian menyiasat tahap antibodi setahun selepas jangkitan dengan memilih 367 subjek secara rawak dari kohort asal yang belum divaksinasi. 89 peratus subjek masih membawa ‘neutralizing antibody’, dan 36 peratus masih membawa ‘nucleoprotein IgG’.
Gambar oleh John Moore/Getty Images
Tahap antibodi adalah lebih tinggi ke atas subjek yang pernah mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk. Berbanding dengan mereka yang mempunyai gejala ringan, subjek ini mempunyai dua hingga tujuh kali lebih banyak antibodi dalam jangka masa sekurang-kurangnya 13 bulan selepas jangkitan.
“Kajian mengenai individu yang telah pulih daripada jangkitan virus PKC (COVID-19) sangat penting dalam menentukan berapa lama antibodi mampu bertahan setelah dijangkiti dan sama ada antibodi ini akan melindungi daripada mendapat jangkitan semula,” tulis para saintis (pdf).
Meskipun terdapat perlindungan yang berpanjangan terhadap strain virus PKC yang asal, kajian mendapati kecekapan peneutralan terhadap varian Alpha, Beta, dan Delta semakin berkurangan dari masa ke masa. Pengurangan kecekapan “sangat banyak menurun” untuk varian Beta dan “hanya sedikit berkurangan” berbanding varian Alpha. Untuk varian Delta, yang merupakan strain dominan di Amerika Syarikat, kajian mendapati 80 peratus subjek masih mempunyai perlindungan imun selama 12 bulan selepas jangkitan.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Nature Medicine pada bulan Mei mendapati tahap peneutralan antibodi pada seseorang sangat boleh meramal atau menjangkakan perlindungan imun terhadap jangkitan dan penyakit teruk yang disebabkan oleh virus PKC (COVID-19 atau novel coronavirus). Kajian terdahulu mendapati antibodi bertahan selama 6 hingga 12 bulan selepas jangkitan.
Walaupun kajian mendapati perlindungan yang mantap dan bertahan lama ditemui setelah jangkitan, mandat vaksin di Amerika Syarikat tidak memberikan pengecualian berdasarkan imuniti yang diperolehi.
Tinjauan Epoch Times mengenai mandat vaksin untuk kolej dan universiti Amerika Syarikat tidak menemui satu institut pengajian pun yang menawarkan pengecualian kepada pelajar yang memperoleh imuniti. Mandat terkini yang dikuatkuasakan di peringkat negeri dan persekutuan juga mengabaikan imuniti yang diperolehi.