25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalAntibodi bertahan melebihi setahun selepas jangkitan COVID-19 - kajian saintis Finland

Antibodi bertahan melebihi setahun selepas jangkitan COVID-19 – kajian saintis Finland

Sistem imun tubuh sebahagian besar individu yang telah dijangkiti virus PKC (COVID-19) akan terus membawa antibodi terhadap virus tersebut dalam masa sekurang-kurangnya 12 bulan, menurut kajian yang dijalankan dan diperakui oleh European Journal of Immunology pada 24 September.

Para saintis dari Finnish Institute for Health and Welfare, Finland menjalankan kajian mengenai kehadiran antibodi ke atas 1,292 subjek lapan bulan selepas mendapat jangkitan. Mereka mendapati bahawa 96 peratus subjek masih membawa ‘neutralizing antibody’ dan 66 peratus masih membawa jenis antibodi dikenali ‘nucleoprotein IgG’.

Para saintis kemudian menyiasat tahap antibodi setahun selepas jangkitan dengan memilih 367 subjek secara rawak dari kohort asal yang belum divaksinasi. 89 peratus subjek masih membawa ‘neutralizing antibody’, dan 36 peratus masih membawa ‘nucleoprotein IgG’.

Gambar oleh John Moore/Getty Images

Tahap antibodi adalah lebih tinggi ke atas subjek yang pernah mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk. Berbanding dengan mereka yang mempunyai gejala ringan, subjek ini mempunyai dua hingga tujuh kali lebih banyak antibodi dalam jangka masa sekurang-kurangnya 13 bulan selepas jangkitan.

“Kajian mengenai individu yang telah pulih daripada jangkitan virus PKC (COVID-19) sangat penting dalam menentukan berapa lama antibodi mampu bertahan setelah dijangkiti dan sama ada antibodi ini akan melindungi daripada mendapat jangkitan semula,” tulis para saintis (pdf).

Meskipun terdapat perlindungan yang berpanjangan terhadap strain virus PKC yang asal, kajian mendapati kecekapan peneutralan terhadap varian Alpha, Beta, dan Delta semakin berkurangan dari masa ke masa. Pengurangan kecekapan “sangat banyak menurun” untuk varian Beta dan “hanya sedikit berkurangan” berbanding varian Alpha. Untuk varian Delta, yang merupakan strain dominan di Amerika Syarikat, kajian mendapati 80 peratus subjek masih mempunyai perlindungan imun selama 12 bulan selepas jangkitan.

Fusion Medical Animation / Unsplash

Satu kajian yang diterbitkan dalam Nature Medicine pada bulan Mei mendapati tahap peneutralan antibodi pada seseorang sangat boleh meramal atau menjangkakan perlindungan imun terhadap jangkitan dan penyakit teruk yang disebabkan oleh virus PKC (COVID-19 atau novel coronavirus). Kajian terdahulu mendapati antibodi bertahan selama 6 hingga 12 bulan selepas jangkitan.

Walaupun kajian mendapati perlindungan yang mantap dan bertahan lama ditemui setelah jangkitan, mandat vaksin di Amerika Syarikat tidak memberikan pengecualian berdasarkan imuniti yang diperolehi. 

Tinjauan Epoch Times mengenai mandat vaksin untuk kolej dan universiti Amerika Syarikat tidak menemui satu institut pengajian pun yang menawarkan pengecualian kepada pelajar yang memperoleh imuniti. Mandat terkini yang dikuatkuasakan di peringkat negeri dan persekutuan juga mengabaikan imuniti yang diperolehi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI