31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 267

Ribut hujan batu sebesar telur ayam dan bola golf melanda beberapa wilayah di China

0

Puting beliung dan ribut hujan batu dilaporkan melanda beberapa wilayah di China pada awal pagi Jumaat, 1 Oktober.

Beberapa rakaman video yang tular menunjukkan ribut hujan batu melanda pusat bandar Dalian, Wilayah Liaoning.

Epoch Times/Facebook

Beberapa saksi merakam video kejadian ribut bersama hujan batu berukuran sebesar telur ayam dan bola golf di wilayah ini.

Epoch Times/Facebook

Beberapa pesawat di Lapangan Terbang Dalian dilaporkan mengalami kerosakan, mengakibatkan penerbangan tertunda dan dibatalkan.

Epoch Times/Facebook

Sejumlah besar kenderaan di bandar itu dilihat mengalami kerosakan di bahagian cermin depan dan belakang serta bumbung yang pecah dan remuk, seperti terkena tembakan peluru.

Epoch Times/Facebook

Kerosakan atau kemusnahan pada beberapa buah bangunan juga dilaporkan.

Epoch Times/ Facebook

Seorang pengguna Twitter, Eric Wang yang juga penggemar cuaca ekstrem turut merakam puting beliung melanda sebuah bandar di Wilayah Shandong pada 1 Oktober.

Epoch Times/Facebook

Beliau menulis kemusnahan akibat kejadian selaras dengan kadar EF-1. Skala EF yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2007 mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.

Menurut Eric Wang, puting beliung yang melanda pusat bandar Yantai telah menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan ekoran ribut hujan batu sebesar bola golf telah turun dengan lebatnya.

Tonton video di sini.

Budak ini sanggup tunggu, tolong kucing ketakutan turun tembok buat netizen tersentuh

0

Didikan dan asuhan yang baik terhadap kanak-kanak semestinya melahirkan generasi yang prihatin dan penyayang.

Inilah yang dibuktikan oleh seorang budak lelaki yang menetap di Shandong, China ini menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook.

Pada ketika itu, budak terbabit kelihatan mencuba sedaya upayanya untuk membantu menurunkan seekor kucing yang ketakutan untuk turut daripada tembok yang tinggi.

Melihat kepada keadaan itu, budak terbabit cuba meletakkan kon di tepi tembok itu bagi membolehkan kucing itu masuk dan turun ke dalamnya.

Namun ianya tidak berhasil dan akhirnya, ibu kepada budak terbabit memberikan anaknya sebuah kotak.

Pada ketika itulah kucing berwarna putih tersebut berasa lebih yakin untuk melompat turun ke dalam kotak yang dipegang kanak-kanak itu.

“Budak ini sungguh penyayang. Ibu bapanya pasti membesarkannya dengan baik sekali”, tulis komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna sempat berkata bahawa ia merupakan satu usaha yang murni oleh budak tersebut, walaupun kucing itu secara logiknya boleh sahaja melompat turun sendiri.

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, mereka sekeluarga setakat ini membela 2 ekor kucing terbiar di rumah.

Patutlah si anak penyayang bukan? Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi..

Tonton video di sini.

Kajian AS : Antibodi vaksin berkurang selepas suntikan dos kedua

0

Penyelidikan mendapati bahawa tahap antibodi yang dihasilkan oleh dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech mengalami penurunan hingga 10 kali ganda selepas 7 bulan vaksinasi dos kedua.

Penurunan tahap antibodi berkenaan akan menjejaskan kemampuan tubuh untuk melindungi diri daripada COVID-19 jika individu tersebut dijangkiti.

Dalam kajian BioRxiv yang diterbitkan baru-baru ini, ramai penerima vaksin menunjukkan penurunan antibodi terhadap virus Parti Komunis China (PKC) atau SARS-CoV-2, berserta dengan variannya termasuk Delta, Beta dan Mu.

Bali Pulendran dari Universiti Stanford dan Mehul Suthar dari Emory University mengatakan kepada Reuters bahawa kajian itu menunjukkan vaksinasi vaksin Pfizer-BioNtech mendorong tahap peneutralan antibodi yang tinggi terhadap strain vaksin yang asli.

Namun tahap itu kemudiannya menurun hampir 10 kali ganda dalam tempoh 7 bulan.

Sementara tubuh memiliki mekanisme pertahanan lain untuk mencegah virus, Pulendran dan Suthar menambahkan bahawa antibodi  adalah sangat penting dalam melindungi terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Kajian ini memfokuskan pada 46 peserta sihat yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech. Darah peserta diuji sekali setelah mendapat vaksinasi kedua dan sekali lagi setelah enam bulan.

Para penyelidik juga mencadangkan agar pemberian vaksinasi penggalak ketiga dilaksanakan sebagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan vaksin.

Laporan awal data pada fasa pertama menunjukkan bahawa peserta mempunyai tingkat peneutralan antibodi yang lebih tinggi terhadap varian Delta virus PKC setelah mendapat penggalak (dos ketiga), berbanding mereka yang baru menerima dua dos.

“Dos ketiga meningkatkan penuetralan antibodi dalam kajian makmal kami hingga tahap 100 kali lebih tinggi (setelah dos ketiga) dibandingkan dengan sebelumnya”, kata Mikael Dolsten selaku ketua pegawai saintifik Pfizer.

Vaksin Pfizer dua dos didapati 96% berkesan untuk dua bulan pertama setelah dos kedua, menurut kajian pada 28 Julai dari saintis syarikat berkenaan.

Kertas kajian itu turut menggariskan penurunan keberkesanan menjadi kepada 83.7% selepas 4 hingga 6 bulan. Ringkasnya, vaksin Pfizer-BioNTech adalah yang paling banyak digunakan di Amerika Syarikat.

Lebih daripada 226 juta dos telah diberikan pada 30 September lalu, berbanding 151 juta suntikan daripada Moderna dan 15 juta lagi daripada Johnson & Johnson.

Orang lain tarik wang kertas , tetapi lelaki ini tarik wang syiling dari kek ulang tahun, memang lucu!

0

Kini sudah menjadi ikutan apabila ramai yang menyambut ulang tahun dengan menempah ‘kek tarik’ di mana terdapat wang kertas di dalam kek tersebut. Orang yang diraikan akan dikejutkan dengan wang kertas yang ada di dalam kek yang perlu ditarik keluar.

Namun, lain pula yang berlaku kepada pemuda ini apabila kek tariknya diubah kepada sesuatu yang lebih kreatif.

Apa yang berlaku ialah kawan-kawannya telah menempah kek tarik tetapi dengan menggunakan wang syiling di dalamnya. Boleh anda bayangkan, apa yang terjadi selepas itu?

Dia yang pada mulanya bersemangat meniup lilin dan bersedia untuk menarik wang yang menurutnya adalah wang kertas tetapi rupa-rupanya wang syiling! Dia sendiri pastinya tidak menyangka kawan-kawannya boleh terfikir untuk menggantikan wang kertas dengan wang syiling. Mana tidaknya, rasanya belum pernah ada yang meletakkan wang syiling di dalam kek sebelum ini.

Kenangan lucu ini pasti akan menjadi memori paling manis untuk mereka kenang kelak.

Ganti teh susu dengan air kosong dalam gelas teh, kanak-kanak ini tidak sedar dia terpedaya oleh muslihat ibunya

0

Siapa sahaja yang tidak suka dengan minuman manis? Kalau boleh setiap hari mahu minum minuman manis tambah-tambah lagi sekarang bermacam jenis air yang muncul di pasaran.

Namun begitu, sesedap mana pun air yang ada kita perlu lah mengambilnya secara terkawal dan pastikan keluarga juga tidak mengambil minuman manis secara berlebihan.

Jadi, untuk memastikan anak kecilnya minum air yang sihat seorang ibu telah menggantikan air teh dengan air kosong dengan menggunakan gelas teh. Si anak menyangka air yang diminum dari cawan teh adalah air teh susu membuatkan dia minum dengan berselera sekali.

Si ibu kemudian bertanya kepada anaknya: “Adakah teh susu itu sedap?”, anak itu menjawab: “sedap.”

Ibunya bertanya lagi: “Bau apakah susu itu?” Anak itu berkata dengan tidak bersalah: “Bai Kai (air masak).”

Si ibu mendedahkan bahawa setiap kali orang dewasa minum teh susu, anaknya akan mahu sama merasainya. Jadi, kali ini si ibu mahu “merealisasikan impian” anaknya dan membuatnya sangat gembira sehingga dia minum segelas besar air masak.

Lelaki sanggup pakat dengan penjual pura-pura dia telah menang cabutan bertuah agar tidak dimarahi isteri

0

Sebilangan kaum lelaki memang gemar untuk menghabiskan masa dengan bermain permainan video. Adakalanya, lelaki ini mula berubah dan meninggalkan dunia permainan video setelah berkahwin dan memiliki anak tetapi ada juga sesetengah lelaki yang masih meneruskan hobi mereka sehingga membuatkan pasangan masing-masing mulai ‘naik hantu’.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Twitter

Bukan sahaja si suami tidak menghabiskan masa kepada keluarga, tetapi kos untuk menyediakan kelengkapan komputer, papan kekunci dan lain-lain juga bukannya murah. Jadi, seorang lelaki dari Singapura yang takut dimarahi oleh isterinya kerana membeli tetikus berharga hampir RM550 telah berpakat dengan penjual demi memperdayakan isterinya.

Sumber: Reddit

Dikhabarkan lelaki ini sebenarnya cuba untuk memenangi hadiah eksklusif tetikus tanpa wayar Logitech G Pro X Superlight. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahinya dan lelaki ini akhirnya nekad untuk tetap mendapatkan tetikus itu dengan menggunakan duitnya sendiri.

Tetapi dia sedar bahawa sekiranya isteri tercinta tahu akan perbuatannya, dia mungkin akan dimarahi dengan teruk. Oleh itu, lelaki ini telah mencadangkan kepada penjual untuk menjadikan pesanannya seolah-olah ia adalah hadiah cabutan bertuah!

Sumber: Facebook

“Boleh tak tulis ini adalah hadiah pemenang cabutan bertuah? Isteri saya tahu saya tengah cuba untuk memenangi tetikus ini di Facebook awak jadi dia tentu akan mengamuk jika tahu saya beli”.

“Agak-agak pukul berapa ya barang akan sampai? Saya perlu bersedia untuk lakonan Gred A dan pura-pura terkejut“.

This image has an empty alt attribute; its file name is 031021_wonprize_03-768x1024.jpg
Sumber: Facebook

Penjual juga menurut segala permintaan lelaki ini dan sebaik sahaja barang tersebut tiba, kelihatan kotak bungkusan telah ditampal dengan nota yang bermaksud, “Tahniah kerana kami prihatin. Harap anda tidak akan dimarahi oleh…” yang disertai dengan gambar sejenis kuih Cina (lao po bing) bermaksud kekasih atau isteri.

Lelaki itu turut berkongsi kejadian selepas bungkusan itu dibuka dan ternyata si isteri langsung tidak termakan dengan taktik dan lakonan suaminya.

“Untuk makluman, isteri saya langsung tidak percaya walaupun saya telah berlakon sehabis baik. Syukur kerana tetikus ini tiada wayar kerana jika tidak, pasti isteri saya akan belit leher saya”.

Sumber: Facebook

Penjual turut membalas perkongsian daripada lelaki ini dengan menyatakan bahawa, “Boleh cuba lagi. Saya akan pastikan isteri anda yakin”.

Harap-harap selepas ini si suami tidak lagi terjebak dengan cubaan menipu isteri kerana isteri ada naluri yang kuat!

Tindakan polis gantikan tiang bola keranjang yang dicuri buat kanak-kanak lelaki ini terkedu

0

Siapa sahaja yang tidak suka menerima hadiah? Apatah lagi jika hadiah itu merupakan sesuatu yang kita sangat suka dan inginkan. Baru-baru ini di Facebook, telah tular sebuah video memaparkan kebaikan beberapa anggota polis yang sudi meluangkan sedikit masa mereka untuk memberi hadiah yang paling bermakna buat seorang budak lelaki.

Difahamkan kanak-kanak lelaki bernama Vernard itu sangat gemar untuk bermain bola keranjang. Walau bagaimanapun, tiang bola keranjang milik keluarganya telah hilang kira-kira sebulan yang lalu akibat dicuri.

Jadi, bagi mengubat luka dan kerinduannya terhadap suka tersebut, pegawai polis ini telah membelikan sebuah tiang bola keranjang yang baharu dan ianya jauh lebih baik daripada tiang yang pernah hilang dahulu.

Sepanjang video berdurasi tiga minit ini berjalan, kanak-kanak lelaki itu tidak mengeluarkan kata-kata kerana terlalu terkejut. Namun berdasarkan riak wajahnya, anda pasti tahu bahawa dia sangat gembira dan teruja dengan hadiah tersebut.

Sebaik sahaja tiang didirikan, kanak-kanak lelaki diberikan bola dan dia diminta untuk melakukan balingan yang pertama bagi merasmikan tiang baharu itu. Ternyata, dia sangat hebat kerana balingannya terus masuk ke dalam jaring dan dia menerima tepukan yang gemuruh bukan sahaja daripada ahli keluarga tetapi juga anggota polis yang ada di situ.

Selain dihadiahkan dengan tiang bola keranjang, pegawai polis turut memberikan kejutan lain dengan membelikan sebuah basikal baharu untuknya. Tindakan ini benar-benar meninggalkan kesan yang bermakna kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Terima kasih di atas jasa semua anggota polis yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat serta orang awam!

48 rumah dan 8 kedai terbakar di Karak, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

0

BENTONG – Sebanyak 56 premis melibatkan 48 buah rumah dan 8 kedai musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran besar yang berlaku di Kampung Baru Cina Karak pada malam 1 Oktober lalu.

Pihak bomba sedang berusaha memadamkan api yang marak selama 3 jam. Sumber: Utusan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, pihak bomba telah menerima panggilan yang melaporkan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 9.20 malam. Sejurus menerima laporan, seramai 52 anggota penyelamat bersama 10 jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman dan menyelamat.

Sumber: Utusan

“Bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar pukul 12.10 tengah malam dan kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai menyebabkan kebakaran cepat merebak”.

Pada masa sama, Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohhd. Kahar memaklumkan bahawa beliau bersama beberapa pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong turut hadir ke lokasi kejadian bagi memberikan pertolongan dari segi kawalan keselamatan dan trafik.

Sumber : BH Online

“Pihak saya juga membuat kawalan di kawasan sekitar dari semalam bagi membantu pihak bomba yang menjalankan siasatan mengenalpsti punca kebakaran agar tempat kejadian tidak diceroboh dan diganggu”.

Keadaan di Kampung Baru Karak selepas kebakaran. Sumber : BH Online

Tiada laporan membabitkan kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkenaan masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta jumlah kerugian. Buat sementara waktu, kesemua mangsa kini sedang ditempatkan di sekolah berdekatan pekan Karak.

Klang muncul bandar paling tidak selamat di dunia dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara

0

Malaysia seharusnya menjadi negara selamat bukan sahaja untuk orang luar terutamanya untuk penduduknya sendiri. Namun, di sebalik keindahan dan keharmonian yang dikecapi nampaknya Malaysia merupakan negara yang agak bahaya untuk didiami.

Menurut Numbeo, sebuah pangkalan data global yang bersumberkan pendapat orang ramai mengenai harga pengguna, kadar jenayah, kualiti penjagaan kesihatan dan beberapa statistik lain. Numbeo adalah pangkalan data dalam talian kolaboratif yang membolehkan pengguna berkongsi dan membandingkan maklumat mengenai kos sara hidup antara negara dan bandar.

Menurut laman sesawang ini, salah sebuah banda di negara kita, Klang menduduki tempat sebagai bandar nombor satu di Asia Tenggara dengan kadar jenayah tertinggi dan memiliki tahap keselamatan terendah untuk tahun 2021.

Berdasarkan statistik, Klang menduduki tempat pertama dengan indeks jenayah 68.22 dan tahap keselamatan 31.78. Selain itu, ibu negara, Kuala Lumpur pula berada di kedudukan kedua dengan indeks jenayah 64.88 dan kadar keselamatan 35.12.

Bandar dengan kadar jenayah terendah dan tahap keselamatan tertinggi adalah Chiang Mai, Thailand, dengan indeks jenayah 23.98 dan indeks keselamatan 76.02.

Bagi kadar jenayah dan keselamatan di bandar-bandar di seluruh Asia, Klang menduduki tempat ketiga setelah Kabul, Afghanistan dan Damsyik, Syria.

Di antara 96 ​​bandar yang tersenarai di seluruh Asia, Malaysia disebut enam kali dalam senarai ini. Berikut adalah kadar jenayah dan keselamatan, mengikut bandar di Malaysia:

Ekoran kejadian tanah runtuh, kereta yang diparkir di situ alami kerosakan

0

GEORGE TOWN: Sebuah kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh di Mount Erskine di sini semalam, hari Jumaat, 1 Oktober.

ADUN Pulau Tikus, Chris Lee mengatakan terdapat enam kereta yang diparkir di kawasan itu ketika kejadian berlaku.

“Penduduk diberitahu untuk memindahkan kereta mereka kerana ada retakan di tanah, katanya.

Menurutnya lagi, lima kereta dipindahkan sebelum tanah runtuh. Namun begitu, tiada korban jiwa dilaporkan berlaku ekoran kejadian tersebut.

Tambahnya lagi, dia telah memberitahu ketua jawatankuasa kerja awam Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, bahawa kerosakan itu akan diperbaiki dengan menggunakan peruntukan saliran.