Spesies kerang-kerangan di kawasan Perairan Sungai Geting, Tumpat dilaporkan telah dicemari oleh toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.
Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menerusi notis yang turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti memungut, menjual dan memakan kerangan berkenaan.
Menurut pengarahnya, Nazri Ishak, larangan tersebut berkuat kuasa serta merta berikutan hasil keputusan analisis makmal Biosekuriti Perikanan menemui bahan toksin bereknaan.
“Bahan toksin itu ditemui pada spesis kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip sekitar kawasan Perairan Sungai Getting”.
Tambahnya lagi, akibat daripada memakan kerang-kerangan yang tercemar tersebut berupaya mengakibatkan keracunan dan memudaratkan kesihatan.
Mereka yang menunjukkan gejala seperti kebas deria rasa, sakit kepala, demam, ruam, pening, loya dan cirit birit selepas memakan kerangan berkenaan untuk segera mendapatkan rawatan.
Ujar beliau, kejadian sebegini sudah banyak kali berlaku di kawasan berkenaan dan puncanya terdiri daripada pelbagai faktor termasuklah cuaca panas.
Walau bagaimanapun, pihaknya akan melakukan ujian persampelan pada setiap minggu dan akan mengeluarkan notis pemberitahuan jika spesies tersebut sudah selamat untuk dimakan.
“Sebagai langkah kawalan, kita mengarahkan supaya pencari atau pengutip kerang-kerangan ini jangan kutip lagi sehingga dipastikan ia selamat untuk dimakan”.
“Nasihat saya kepada pembeli agar bertanya terlebih dahulu kepada penjual mengenai dari mana kerang-kerangan itu diambil bagi mengelakkan termakan spesies tercemar”, akhirinya.
Pernahkah anda sebagai pencinta alam semula jadi dan suka mendaki bertemu dengan anjing yang bagai menjadi ‘utusan’ mengiringi perjalanan di sepanjang pengembaraan di dalam hutan? Anjing ini bukan sahaja mengenali laluan dan menemani para pendaki malahan turut memastikan keselamatan mereka terjaga.
Khairul Aming, usahawan Sambal Nyet baru-baru ini berkongsi video tersangat comel di TikTok yang menjadi tular dalam masa 1 hari menyaksikan lebih 2.9 juta tontonan warganet.
Baru-baru ini, Khairul Aming bersama beberapa rakannya telah mengembara dan mendaki hutan berdekatan dan tidak pula menyangka akan bertemu dengan seekor anjing comel dengan kepintarannya memberi khidmat yang sangat mengagumkan.
Siapa pula yang menyangka anjing itu sanggup berjalan jauh mengiringi perjalanan mereka dari awal hingga ke akhir, tanpa meninggalkan kumpulan Khairul di belakang yang sejauh 12 kilometer.
Pali memimpin laluan mendaki mereka di dalam hutan dan sungai, tanpa gagal dengan selalu selangkah ke hadapan demi memastikan tiada makhluk berbahaya dalam perjalanan mereka, dan anjing ini kelihatan seperti ‘tour guide’ profesional.
Setelah memastikan tiada bahaya di hadapan, Pali akan berpaling dan berlari kembali ke arah kumpulan itu. Walaupun ketika itu mereka sedang berehat, Pali tidak pergi dan masih berada berdekatan menunggu serta memerhatikan mereka.
Sebagai membalas jasa khidmat ‘tip top’ dan percuma Pali, mereka menyediakan makanan untuk anjing ini di sepanjang perjalanan, termasuk sandwic, nasi lemak dan lain-lain demi memastikan yang dia tidak kelaparan.
Selepas itu, Khairul dan rakan-rakannya memutuskan untuk beriadah sebentar di tepi anak sungai, sementara Pali memerhatikan mereka dengan serius, tetap berada di tempat persinggahan itu tanpa terfikir untuk beredar walaupun selangkah.
Pengembaraan kecil ini disertai oleh Pali. Khairul dan rakan-rakan berasa sangat gembira di sepanjang perjalanan itu, jadi dia mendedikasikan rakaman video ini untuk mengucapkan terima kasih khas yang tidak terhingga kepada Pali di atas sumbangannya.
“Beri makan anjing selama tiga hari, dia akan ingat selama tiga tahun, jika anda merawat seseorang selama tiga tahun, dia akan melupakan anda dalam masa kurang tiga hari.”
“Anjing memang macam itu, kita beri makan, dia akan baik sangat dengan kita. Saya pernah memberi makan anjing di ofis, sehingga pada hari saya berhenti kerja, anjing itu siap jagakan parkir kereta saya.”
“Sebenarnya, anjing ini menemani anda untuk memastikan keselamatan anda.”
Beberapa rakan yang mengenali Pali juga datang bercerita mengenai kebaikan hati Pali:
“Anjing ini memang suka temankan orang! Dulu dia teman dari awal sampai ke akhir, menyelamatkan nyawa kami daripada digigit ular.”
Penduduk sebuah kampung di Perak digemparkan dengan penemuan sebutir bom mortar lama yang tidak meletup berukuran 60mm berhampiran sebuah jambatan.
Pada 10 Oktober, seorang pengguna TikTok @qasehazhar_ berkongsi di laman sosial itu dengan pendedahan kejadian yang memaparkan kehadiran kenderaan polis bersama kapsyen:
“Tidur dan penduduk kampung di arah keluar rumah bersama anak-anak kerana ada orang jumpa bom. Terkejut, takut semua ada, ingat main-main sahaja, rupanya… “
Dalam video tersebut, dapat didengar kiraan masa dilakukan sebelum terdengar bunyi letupan, yang menunjukkan bahawa bom itu akhirnya berjaya dimusnahkan dengan selamat.
Menurut Qaseh yang merakam video ini, kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Tapah, Manjoi, Perak.
Bom itu telah dijumpai oleh jirannya yang sedang membersihkan sungai berdekatan jambatan di Jalan Rebana. Salah seorang jiran terserempak objek yang disyaki adalah bom.
Jiran itu yang pada awalnya berasa tidak pasti telah segera menghubungi bapa saudaranya untuk memeriksa semula, yang mana akhirnya telah merujuk bersama anggota tentera.
Ketua Polis Daerah Ipoh Yahya Hassan telah mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan bom itu pada jam 11.40 pagi.
“Polis menerima panggilan seorang lelaki yang menyatakan beliau telah menemui satu objek menyerupai bom disyaki peluru mortar di kawasan itu,” menurutnya kepada Harian Metro.
Sepasukan polis, bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah dihantar ke kampung berkenaan dan bom berjaya dimusnahkan pada kira-kira jam 2 petang keesokan hari, tanpa sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam yang dilaporkan.
Setelah bom mortar berkenaan disahkan berjaya diletupkan, perkara berkenaan telah segera dimaklumkan kepada ketua kampung. Polis berkata keselamatan penduduk kampung sentiasa menjadi keutamaan.
Menurut Qaseh, pada mulanya penemuan bom itu diingatkan hanya main-main, tetapi rupanya memang terdapat bom mortar lama telah dijumpai di kawasan itu setelah dimaklumkan pihak berkuasa.
Polis mengesahkan bahawa bom lama berkenaan yang dimusnahkan adalah bom UXO jenis Mortar 60mm yang biasa digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Bagi sesetengah orang aktiviti memancing adalah sesuatu yang membuang masa dan membosankan. Mana tidaknya, kita perlu menunggu umpan yang dipasang mengena dan kadangkala ia memakan masa yang agak lama.
Buat mereka yang tidak sabar pasti akan mudah untuk berputus asa tetapi buat mereka yang suka memancing ia adalah aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan. Sama lah seperti seorang lelaki ini apabila dia menjadikan memancing sebagai hobi untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja.
Apa yang menariknya, di tempat memancing dia terjumpa dengan kucing jalanan yang sering melihatnya memancing. Pada mulanya hanya ada seekor dua kucing di situ, jadi selepas dia berjaya menangkap ikan kecil dia akan memberikan ikan tersebut kepada kucing-kucing itu dan dia berasa sangat gembira dengan apa yang dilakukannya.
Lama-kelamaan semakin banyak kucing yang datang kepadanya. Kalau sebelumnya hanya ada seekor dua tetapi tidak lama selepas itu makin banyak kucing yang datang kepadanya setiap kali dia memancing.
Orang-orang pada mulanya memintanya untuk tidak mengendahkan kucing-kucing tersebut, namun dia tidak tidak boleh melakukannya kerana dia sudah terbiasa. Kucing-kucing di situ juga biasa dengannya. Ada di antara mereka yang terpaksa mencuri ikan yang ditangkap oleh pemancing di situ dan tidak mudah untuk mengawal kucing-kucing di situ.
Hal itu menyebabkan netizen ini mula berasa tertekan semula. Dia memancing untuk menghilangkan tekanan tetapi kucing-kucing yang menunggunya membuatkan dia tertekan semula. Kasihan betul!
Kimia yang dihasilkan oleh hormon yang dimaksudkan sebenarnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kasih sayang serta kepercayaan antara manusia dan anjing.
Jelas sekali bahawa renungan anjing berkenaan memberi gambaran bahawa dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada wanita itu untuk merawat dirinya.
Sering kali kes melibatkan kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kenderaan berakhir dengan kematian.
Walaupun insiden itu tidak disengajakan namun faktor kecuaian seharusnya dititikberatkan oleh semua golongan dewasa.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan autisme yang berusia 8 tahun ditemui meninggal dunia selepas ditinggalkan beberapa jam di dalam sebuah van sekolah.
Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan pada 12 Oktober lalu. Menurut pihak polis, laporan diterima pada jam 7:46 malam.
“Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berusia 34 tahun”, kata Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said.
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut bertindak terus pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.
“Pemandu van dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van sejak jam 2:30 petang sehinggalah 5:30 petang di hadapan rumahnya sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri”.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan telah meninggal dunia. Susulan itu, polis kemudian membuat tangkapan ke atas pemandu tersebut.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Perintah tahanan reman ke atas suspek juga dimohon bagi mengenal pasti kejadian yang berlaku.
KUALA LUMPUR- Aplikasi MySejahtera kini ia menawarkan fungsi muat turun dan mencetak sijil vaksinasi digital dengan menggunakan format dokumen mudah alih (PDF) yang boleh digunakan untuk kegunaan rentas negeri atau negara.
Menurut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera para pengguna. Apa yang perlu dilakukan ialah hanya tekan butang ‘download’ PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.
Ia dikongsikan menerusi satu video di laman Tiktok oleh akaun @miakurniawan10, di mana Mia berbuat sedemikian kerana rasa geram dengan perangai suaminya.
Difahamkan bahawa wanita itu sudah meminta agar suaminya mencuci akuarium yang dimaksudkan tetapi si suami hanya tahu berjanji semata.
Lokasi video itu dirakamkan walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Namun jelas kelihatan keadaan jalan raya sewaktu ambulans berkenaan melalui jalan tersebut.
Kesemua kereta yang berada di arah bertentangan beralih ke bahu jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans.
Ini kerana jelas kelihatan keadaan jalan di laluan ambulans tersebut sesak dan penuh dengan kereta yang tidak bergerak.
“Terima kasih kerana beri laluan”, tulis individu yang menggunakan nama akaun @abg_ambulan bagi menzahirkan terima kasih buat pengguna jalan raya pada ketika itu.
Syabas buat pengguna jalan raya di dalam video ini. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua untuk turut melakukan tindakan yang sama jika berdepan situasi ini.
Ia adalah tanggungjawab kita sesama insan dalam menyelamatkan nyawa mana-mana individu yang sedang mengalami detik genting dan kecemasan.
Justeru bertimbang rasalah dan bergerak ketepi jika anda terdengar bunyi siren ambulans mahupun bomba ya?
Orang kata dalam kehidupan kita mesti selalu bersyukur, walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit.
Hargai segala nikmat yang diberi tidak kira kecil mahupun yang besar-besar lagilah kena bersyukur, dan jika perlu kongsikannya dengan orang lain.
Kerana kita maklum ramai orang di luar sana yang tidak mampu hidup dengan baik walaupun pada kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AinulNunanaa yang cukup menyentuh hati.
Ainul memuat naik gambar yang memaparkan cecair di dalam plastik kecil yang digantung di hadapan sebuah kedai runcit. Plastik kecil ini biasa digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.
Kelihatan cecair dalam plastik itu berwarna ungu, hijau, kuning dan hitam di dalamnya, tetapi hairan tidak pula disejuk beku seperti aiskrim Malaysia.
“Kisah ‘aiskrim tak boleh sejuk’ yang buat saya rasa sebak dan beri pengajaran hidup. Semalam terbaca kisah ‘aiskrim’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa ‘aiskrim’ ni tak letak dalam peti sejuk beku?” tulis Ainul.
“Rupanya… ini semua bukan ‘aiskrim’ yang macam kita sangka. Ini adalah penyelamat untuk mereka,” jelasnya.
Jelas Ainul, ini rupanya adalah cecair pencuci pinggan, kicap dan minyak masak yang mana setiap satunya dijual dengan harga mampu milik serendah 20 sen.
“Dynamo, Sunlight, minyak masak, kicap adalah susunan plastik dari kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai 20 sen. Untuk mereka yang tak mampu beli 400 gram hingga 1kg untuk setiap kegunaan. Ya ALLAH, terjentik hati ni. Saya baca tu terus rasa macam Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat!” tulis Ainul.
Tambahnya dalam ciapan itu, kita kalau hendak beli sabun, kicap, sebotol dalam RM4 ke RM7, boleh sahaja terus ambil dan bayar dekat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.
“Nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk syukuri. Ada keluarga yang hanya mampu beli barang dapur dengan harga 20 sen untuk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan,” tulisnya insaf.
“Rezeki kita adalah nikmat yang selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain. Kalau kita nampak RM10 kecil, sangat besar RM10 untuk satu lagi keluarga yang lain.”
“Saya rasa bagus sangat tuan kedai buat opsyen macam ni. Dia sebenarnya sudah membantu orang lain dengan cara yang termampu. Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai yang jual barangan keperluan dalam kuantiti sedikit dengan harga yang kecil.”
“Semoga kisah ini juga jadi pengajaran untuk kita,” tulis Ainul.
Difahamkan, barangan keperluan tersebut dijual dalam plastik aiskrim Malaysia ini oleh pekedai runcit tempatan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.
“Dulu-dulu memang ada dijual sabun, syampu, kopi, susu pekat dan lain-lain lagi dalam sachet kecil. Sekarang tidak ada lagi di Malaysia. Tapi kalau pergi Indonesia, Filipina dan India, benda macam itu masih banyak dijual di kedai-kedai kecil di kawasan luar bandar,” tulis seorang pengguna Twitter.
Di samping kalangan pengguna Twitter yang lain terpanggil meninggalkan komen menyentuh hati:
“Buat masa pandemik ni kedai patut buat mcm ni. Sangat membantu. Insya-ALLAH benda baik mudah disebarkan.”
“Menjentik hati. Di kala kita pandang enteng bil barangan runcit di pasaraya ada yang berkira-kira membeli keperluan. Mungkin ada yang berkira untuk beli beras setengah kilogram di kedai Acheh. Pernah beli atau jumpa yang beli beras setengah kilogram? Sebaiknya dibantu jika boleh.”
“Kepada sesetengah orang, 20 sen itu besar nilainya, namun bagi sesetengah orang tertentu tidak diendahkan pun. Selalulah bersyukur apabila ALLAH memberikan nikmat.”
“Kita yang berduit masih bertengkar pasal telefon mana lebih canggih. Orang lain memikirkan macam mana hendak teruskan kehidupan.”
Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’ yg buat I rasa sebak & beri pengajaran hidup.
Semalam terbaca kisah ‘eskrem’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa eskrem ni tak letak dlm ice box?
Rupanya… ini semua bukan eskrem yg macam kita sangka. Ini adalah penyelamat utk mereka… pic.twitter.com/HJcixwy8rz