Kimia yang dihasilkan oleh hormon yang dimaksudkan sebenarnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kasih sayang serta kepercayaan antara manusia dan anjing.
Jelas sekali bahawa renungan anjing berkenaan memberi gambaran bahawa dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada wanita itu untuk merawat dirinya.
Sering kali kes melibatkan kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kenderaan berakhir dengan kematian.
Walaupun insiden itu tidak disengajakan namun faktor kecuaian seharusnya dititikberatkan oleh semua golongan dewasa.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan autisme yang berusia 8 tahun ditemui meninggal dunia selepas ditinggalkan beberapa jam di dalam sebuah van sekolah.
Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan pada 12 Oktober lalu. Menurut pihak polis, laporan diterima pada jam 7:46 malam.
“Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berusia 34 tahun”, kata Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said.
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut bertindak terus pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.
“Pemandu van dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van sejak jam 2:30 petang sehinggalah 5:30 petang di hadapan rumahnya sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri”.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan telah meninggal dunia. Susulan itu, polis kemudian membuat tangkapan ke atas pemandu tersebut.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Perintah tahanan reman ke atas suspek juga dimohon bagi mengenal pasti kejadian yang berlaku.
KUALA LUMPUR- Aplikasi MySejahtera kini ia menawarkan fungsi muat turun dan mencetak sijil vaksinasi digital dengan menggunakan format dokumen mudah alih (PDF) yang boleh digunakan untuk kegunaan rentas negeri atau negara.
Menurut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera para pengguna. Apa yang perlu dilakukan ialah hanya tekan butang ‘download’ PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.
Ia dikongsikan menerusi satu video di laman Tiktok oleh akaun @miakurniawan10, di mana Mia berbuat sedemikian kerana rasa geram dengan perangai suaminya.
Difahamkan bahawa wanita itu sudah meminta agar suaminya mencuci akuarium yang dimaksudkan tetapi si suami hanya tahu berjanji semata.
Lokasi video itu dirakamkan walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Namun jelas kelihatan keadaan jalan raya sewaktu ambulans berkenaan melalui jalan tersebut.
Kesemua kereta yang berada di arah bertentangan beralih ke bahu jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans.
Ini kerana jelas kelihatan keadaan jalan di laluan ambulans tersebut sesak dan penuh dengan kereta yang tidak bergerak.
“Terima kasih kerana beri laluan”, tulis individu yang menggunakan nama akaun @abg_ambulan bagi menzahirkan terima kasih buat pengguna jalan raya pada ketika itu.
Syabas buat pengguna jalan raya di dalam video ini. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua untuk turut melakukan tindakan yang sama jika berdepan situasi ini.
Ia adalah tanggungjawab kita sesama insan dalam menyelamatkan nyawa mana-mana individu yang sedang mengalami detik genting dan kecemasan.
Justeru bertimbang rasalah dan bergerak ketepi jika anda terdengar bunyi siren ambulans mahupun bomba ya?
Orang kata dalam kehidupan kita mesti selalu bersyukur, walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit.
Hargai segala nikmat yang diberi tidak kira kecil mahupun yang besar-besar lagilah kena bersyukur, dan jika perlu kongsikannya dengan orang lain.
Kerana kita maklum ramai orang di luar sana yang tidak mampu hidup dengan baik walaupun pada kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AinulNunanaa yang cukup menyentuh hati.
Ainul memuat naik gambar yang memaparkan cecair di dalam plastik kecil yang digantung di hadapan sebuah kedai runcit. Plastik kecil ini biasa digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.
Kelihatan cecair dalam plastik itu berwarna ungu, hijau, kuning dan hitam di dalamnya, tetapi hairan tidak pula disejuk beku seperti aiskrim Malaysia.
“Kisah ‘aiskrim tak boleh sejuk’ yang buat saya rasa sebak dan beri pengajaran hidup. Semalam terbaca kisah ‘aiskrim’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa ‘aiskrim’ ni tak letak dalam peti sejuk beku?” tulis Ainul.
“Rupanya… ini semua bukan ‘aiskrim’ yang macam kita sangka. Ini adalah penyelamat untuk mereka,” jelasnya.
Jelas Ainul, ini rupanya adalah cecair pencuci pinggan, kicap dan minyak masak yang mana setiap satunya dijual dengan harga mampu milik serendah 20 sen.
“Dynamo, Sunlight, minyak masak, kicap adalah susunan plastik dari kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai 20 sen. Untuk mereka yang tak mampu beli 400 gram hingga 1kg untuk setiap kegunaan. Ya ALLAH, terjentik hati ni. Saya baca tu terus rasa macam Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat!” tulis Ainul.
Tambahnya dalam ciapan itu, kita kalau hendak beli sabun, kicap, sebotol dalam RM4 ke RM7, boleh sahaja terus ambil dan bayar dekat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.
“Nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk syukuri. Ada keluarga yang hanya mampu beli barang dapur dengan harga 20 sen untuk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan,” tulisnya insaf.
“Rezeki kita adalah nikmat yang selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain. Kalau kita nampak RM10 kecil, sangat besar RM10 untuk satu lagi keluarga yang lain.”
“Saya rasa bagus sangat tuan kedai buat opsyen macam ni. Dia sebenarnya sudah membantu orang lain dengan cara yang termampu. Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai yang jual barangan keperluan dalam kuantiti sedikit dengan harga yang kecil.”
“Semoga kisah ini juga jadi pengajaran untuk kita,” tulis Ainul.
Difahamkan, barangan keperluan tersebut dijual dalam plastik aiskrim Malaysia ini oleh pekedai runcit tempatan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.
“Dulu-dulu memang ada dijual sabun, syampu, kopi, susu pekat dan lain-lain lagi dalam sachet kecil. Sekarang tidak ada lagi di Malaysia. Tapi kalau pergi Indonesia, Filipina dan India, benda macam itu masih banyak dijual di kedai-kedai kecil di kawasan luar bandar,” tulis seorang pengguna Twitter.
Di samping kalangan pengguna Twitter yang lain terpanggil meninggalkan komen menyentuh hati:
“Buat masa pandemik ni kedai patut buat mcm ni. Sangat membantu. Insya-ALLAH benda baik mudah disebarkan.”
“Menjentik hati. Di kala kita pandang enteng bil barangan runcit di pasaraya ada yang berkira-kira membeli keperluan. Mungkin ada yang berkira untuk beli beras setengah kilogram di kedai Acheh. Pernah beli atau jumpa yang beli beras setengah kilogram? Sebaiknya dibantu jika boleh.”
“Kepada sesetengah orang, 20 sen itu besar nilainya, namun bagi sesetengah orang tertentu tidak diendahkan pun. Selalulah bersyukur apabila ALLAH memberikan nikmat.”
“Kita yang berduit masih bertengkar pasal telefon mana lebih canggih. Orang lain memikirkan macam mana hendak teruskan kehidupan.”
Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’ yg buat I rasa sebak & beri pengajaran hidup.
Semalam terbaca kisah ‘eskrem’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa eskrem ni tak letak dlm ice box?
Rupanya… ini semua bukan eskrem yg macam kita sangka. Ini adalah penyelamat utk mereka… pic.twitter.com/HJcixwy8rz
Urusan jual beli secara dalam talian merupakan satu urusniaga yang sangat memudahkan pada masa kini.
Apa sahaja yang dicari, pastinya ada di platform beli belah dalam talian bukan? Sehinggakan ada juga individu yang menawarkan ‘tamparan’ untuk dijual secara dalam talian!
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Suziani Abd Ghani. “Siapa yang mencari tamparan, di Shopee ada jual tamparan untuk dilepaskan”.
Tambahnya lagi harga tamparan itu juga agak berpatutan dan melihat kepada profil jualan tamparan itu, sebanyak 158 tamparan sudah terjual.
Pelanggan hanya perlu membuat pembelian kemudian tinggalkan mesej nombor telefon penerima tamparan tersebut (Ia akan dihantar menerusi aplikasi Whatsapp).
Kemudian penjual akan menghantar foto tamparan tangannya. Inilah contoh apabila ‘tamparan’ secara dalam talian itu diberikan kepada penerima.
Sering kali kita menonton drama tentang bayi yang tertukar semasa di hospital bukan? Bulan lalu, perkara yang sama menimpa seorang wanita di Arab Saudi.
Sewaktu kecil, wanita itu difahamkan tertukar dengan bayi yang lain dan dibesarkan oleh keluarga yang miskin selama lebih 3 dekad.
Sumber melaporkan bahawa wanita berusia 35 tahun itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya.
Berhubung dengan kesilapan itu, dia kemudian menerima pampasan sekurang-kurangnya 2 juta Riyal (RM2.2 juta).
Semasa dilahirkan, wanita berkenaan telah dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah. Namun seorang jururawat yang selesai memandikannya kemudian menyerahkannya kepada ibu yang salah.
Laporan mengatakan bahawa wanita itu ada merasa bahawa dirinya berbeza daripada keluarganya, terutamanya dalam aspek kehidupan semenjak kecil hinggalah dewasa.
Menurutnya, terdapat perbezaan di antara mereka. Misalnya daripada segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup.
Atas sebab itulah dirinya terpanggil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) setelah dia melahirkan bayi selepas berkahwin dengan saudara daripada keluarga bukan kandungnya.
Setelah mengetahui dirinya mempunyai ikatan dengan bapa, dia kemudian melakukan pencarian rekod di hospital. Hasilnya menunjukkan identity sebenar saudara kandungnya.
Namun demikian, ibu kandung wanita itu sudah meninggal dunia sebelum sempat mengetahui akan kebenaran sebenar anak yang dikandungnya itu.
Justeru mahkamah memutuskan bahawa agak mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang ditanggung oleh kedua ibu bapa wanita tersebut.
Seorang lagi wanita yang terlibat dengan insiden pertukaran itu turut menerima pampasan bernilai 1.7 juta Riyal (RM1.8 juta) oleh mahkamah.
Pekerjaan dalam bidang kurier itu bukan kerja yang mudah. Kebanyakan pekerja penghantaran bekerja keras tidak mengira masa sehingga kadang-kadang ada yang tidak perasan kasut pun boleh menjadi lusuh dan rosak. Sampai hendak menukar yang baru pun kadang-kadang tidak sempat.
Nasib salah seorang pekerja penghantaran yang rajin dan mesra ini amat baik setelah bertemu dengan pelanggannya yang baik hati, tambah pula dengan sikapnya yang menyentuh hati dan membuat hari semua orang bertambah baik.
Seorang wanita @erinerahim berkongsi video menyentuh hati di platform TikTok mencuri tumpuan warganet menjadi sangat tersentuh!
Rupanya video itu merakam suaminya jadi simpati selepas ternampak kasut adik pekerja penghantaran yang sudah rosak, jadi dia spontan mengambil sepasang kasut Nike dari koleksi miliknya sendiri untuk ditukar tanpa berkata sepatah pun. Terkejut dan terharu adik tu…
Kisahnya pada 3 Oktober yang lalu, ketika seorang pekerja penghantaran bungkusan J&T tiba ke rumah Erine untuk menghantar bungkusan. Suami Erine, Mohd Faithal, mengambil barang itu di luar rumah, sementara Erine menunggu di dalam kereta.
Kemudian, Erine melihat suaminya sudah lama juga berborak dengan adik penghantar itu dan tidak selesai-selesai, jadi dia mengambil telefon dan merakam video mereka berdua.
Tidak disangka pula pada detik berikutnya, Faithal masuk ke dalam rumah sebentar dan dia keluar membawa sepasang kasut Nike miliknya selepas secara tidak sengaja melihat kasut adik penghantar itu kelihatan sangat lusuh dan sudah terkoyak. Rupanya dia kasihan dan mahu menghulurkan kasut trendy Nike Kevin Durant dari koleksinya kepada adik ini.
Walaupun ia bukan kasut baru, tetapi adik penghantar itu kelihatan tersenyum sangat gembira, bersyukur dan berterima kasih kepada Faithal kerana bersikap prihatin untuk memberinya kasut yang boleh digunakan ketika bekerja.
Secara kebetulan, saiz kasut Faithal sama dengan saiz kasut adik J&T itu. Faithal berkata kepadanya, “Kamu boleh pakai kasut ini untuk bekerja.”
Sambil tidak boleh elak menunjuk rasa tersentuh dan terharu, adik itu turut memuji kasut pemberian Faithal sangat cantik, boleh dibuat kasut berjalan makan angin.
Erine sangat berterima kasih kepada pekerja penghantaran itu kerana sentiasa menjaga bungkusannya dengan baik dan mendoakan supaya urusan pekerjaannya dipermudahkan. Dia menulis, “Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik-baik.”
Jadi sekiranya berkemampuan, anda juga boleh membantu orang lain dengan kemurahan hati sendiri, dapat membuat orang lain bahagia sekali gus turut membuat hati anda berasa gembira dan bahagia. Membandingkan hati anda yang baik dengan hati orang lain yang turut baik, nescaya dunia akan menjadi lebih baik.
Rejim China memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk bersiap siaga menghadapi wabak COVID-19 yang berkemungkinan berskala besar, menurut dokumen dalaman yang bocor diperolehi oleh The Epoch Times.
Satu dokumen, berjudul “Notis Pemberitahuan Pengukuhan Lebih Lanjut Pencegahan Epidemik” telah dikeluarkan oleh Majlis Negara rejim itu, dan dilanjutkan oleh pemimpin Wilayah Fujian kepada pihak berkuasa tempatan pada 30 September. Yang antara lain termasuk “Notis Pemberitahuan Pencegahan Epidemik Hari Kebangsaan” yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri pada 1 Oktober dan diedarkan oleh pegawai Wilayah Fujian kepada pihak berkuasa tempatan.
Kedua-dua dokumen tersebut bertanda “sangat penting”.
Pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19 di Shijiazhuang, utara Hebei selepas wilayah itu mengisytiharkan “darurat negeri” pada 16 Januari 2021. (Gambar STR/CNS/AFP /Getty Images)
Kedua-dua notis pemberitahuan tersebut meminta persiapan yang lebih baik untuk tindak balas darurat terhadap epidemik berkenaan, dengan Parti Komunis China (PKC) mengemukakan garis panduan dengan sekurang-kurangnya dua standard kepada pihak berkuasa tempatan.
Salah satunya ialah membina lokasi pengasingan berpusat, dengan pihak berkuasa tempatan dikehendaki pada akhir Oktober ini untuk menyediakan kemudahan tidak kurang dari 20 bilik untuk nisbah 10,000 orang. Skala setiap lokasi pengasingan mestilah melebihi 100 bilik.
Menurut data awam, populasi Wilayah Fujian pada tahun 2020 adalah 41.54 juta. Pada 19 September, wilayah ini telah membina 35,691 bilik kuarantin di 296 lokasi pusat.
Berdasarkan standard yang ditetapkan dalam notis pemberitahuan tersebut, Wilayah Fujian perlu membina sekurang-kurangnya 83,000 bilik kuarantin pada akhir bulan Oktober, iaitu yang menempatkan kira-kira 47,000 bilik dalam waktu kurang sebulan.
Menurut seorang pakar, syarat-syarat untuk menyediakan lokasi kuarantin COVID-19 mendedahkan keadaan sebenar pandemik itu di China.
Sean Lin, bekas penyelidik virologi di Institut Penyelidikan Tentera Amerika Syarikat, memberitahu The Epoch Times, “Ini mencerminkan kebimbangan PKC mengenai peningkatan epidemik. Ia pasti menyembunyikan wabak sebenar yang berlaku di tanah besar China, jika tidak, mengapa secara tiba-tiba mereka mengeluarkan notis kesiapsiagaan kecemasan kebangsaan.”
“Notis Pemberitahuan Pengukuhan Lebih Lanjut Pencegahan Epidemik” memerlukan pembentukan sistem kawalan dalam lima tahap.
Notis tersebut menyatakan, “Anggota pasukan perbandaran dan jalanan PKC, kakitangan jaringan masyarakat, petugas perubatan peringkat akar umbi, polis, dan sukarelawan perlu bersama-sama melaksanakan pencegahan epidemik dalam masyarakat,” seperti “melaksanakan pencegahan dan kawalan masyarakat secara ketat,” atau menutup kawasan kediaman komuniti.
Lin berkata sistem kawalan sebenarnya adalah untuk memperketatkan pengurusan sosial di kawasan setempat, dan “tujuan PKC adalah untuk memperketatkan kawalan.”
“Sekiranya tiada ujian asid nukleik, semua langkah pencegahan epidemik PKC adalah sama seperti kempen politik. Contohnya, anda boleh dikuarantin pada bila-bila masa dan dimasukkan ke dalam pusat kuarantin. Dan pusat kuarantin juga mungkin boleh menjadi tempat penganiayaan politik,” kata Lin.
“Tidak kira siapa anda, selagi PKC mengatakan yang anda positif dalam ujian asid nukleik, ia akan mencabut semua hak anda. Pusat kuarantin PKC sebenarnya merupakan salah satu bentuk alternatif kepada kem tahanan,” katanya.