25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya Hidup“Good boi, Pali!” Mendaki sejauh 12km lancar tidak terasa selepas ditemani anjing...

“Good boi, Pali!” Mendaki sejauh 12km lancar tidak terasa selepas ditemani anjing ‘tour guide’ yang beri khidmat ‘tip top’ percuma

Pernahkah anda sebagai pencinta alam semula jadi dan suka mendaki bertemu dengan anjing yang bagai menjadi ‘utusan’ mengiringi perjalanan di sepanjang pengembaraan di dalam hutan? Anjing ini bukan sahaja mengenali laluan dan menemani para pendaki malahan turut memastikan keselamatan mereka terjaga.

Khairul Aming, usahawan Sambal Nyet baru-baru ini berkongsi video tersangat comel di TikTok yang menjadi tular dalam masa 1 hari menyaksikan lebih 2.9 juta tontonan warganet.

Baru-baru ini, Khairul Aming bersama beberapa rakannya telah mengembara dan mendaki hutan berdekatan dan tidak pula menyangka akan bertemu dengan seekor anjing comel dengan kepintarannya memberi khidmat yang sangat mengagumkan.

Twitter

Pada mulanya Khairul menyapa dan memberinya makan biskut ketika dia melihat anjing kecil itu sungguh comel. 

Twitter

Siapa pula yang menyangka anjing itu sanggup berjalan jauh mengiringi perjalanan mereka dari awal hingga ke akhir, tanpa meninggalkan kumpulan Khairul di belakang yang sejauh 12 kilometer.

Twitter

Khairul berkata, oleh kerana mereka tidak pun mengenali anjing itu yang sungguh mesra, jadi dia menamakannya Pali.

Twitter

Pali memimpin laluan mendaki mereka di dalam hutan dan sungai, tanpa gagal dengan selalu selangkah ke hadapan demi memastikan tiada makhluk berbahaya dalam perjalanan mereka, dan anjing ini kelihatan seperti ‘tour guide’ profesional.

Twitter

Setelah memastikan tiada bahaya di hadapan, Pali akan berpaling dan berlari kembali ke arah kumpulan itu. Walaupun ketika itu mereka sedang berehat, Pali tidak pergi dan masih berada berdekatan menunggu serta memerhatikan mereka.

Twitter

Khairul dan rakan-rakannya sangat senang dan berpuas hati dengan khidmat ‘tour guide’ kecil bernama Pali ini.

Twitter

Sebagai membalas jasa khidmat ‘tip top’ dan percuma Pali, mereka menyediakan makanan untuk anjing ini di sepanjang perjalanan, termasuk sandwic, nasi lemak dan lain-lain demi memastikan yang dia tidak kelaparan. 

Twitter

Selepas itu, Khairul dan rakan-rakannya memutuskan untuk beriadah sebentar di tepi anak sungai, sementara Pali memerhatikan mereka dengan serius, tetap berada di tempat persinggahan itu tanpa terfikir untuk beredar walaupun selangkah.

Twitter

Selepas selesai, Pali mengiringi kumpulan itu yang ingin pulang sehingga Khairul dan rakan lain hendak masuk ke dalam kereta pun diikutnya. 

Twitter

Kesemua mereka mengambil gambar kenangan bersama Pali yang bijak sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Twitter

Pengembaraan kecil ini disertai oleh Pali. Khairul dan rakan-rakan berasa sangat gembira di sepanjang perjalanan itu, jadi dia mendedikasikan rakaman video ini untuk mengucapkan terima kasih khas yang tidak terhingga kepada Pali di atas sumbangannya.

Twitter

Ribuan warganet begitu tersentuh dengan persahabatan Khairul dan Pali, dan mereka meninggalkan mesej di TikTok.

“Alaaa comel!”

“Sangat comel! Terima kasih atas kebaikan hati anda.”

“Sekiranya kita melayan anjing dengan baik, mereka juga akan membalasnya dengan layanan yang baik.”

Twitter

Sementara beberapa warganet menukar akaun mereka kepada nama Pali dan berbesar hati menerima ucapan terima kasih Khairul:

“No hal bro woof!” kata Pali.

“Ibu Pali di sini: Terima kasih semua kerana memuji anak saya..”

Twitter

Ditambah komen ini:

“Beri makan anjing selama tiga hari, dia akan ingat selama tiga tahun, jika anda merawat seseorang selama tiga tahun, dia akan melupakan anda dalam masa kurang tiga hari.”

“Anjing memang macam itu, kita beri makan, dia akan baik sangat dengan kita. Saya pernah memberi makan anjing di ofis, sehingga pada hari saya berhenti kerja, anjing itu siap jagakan parkir kereta saya.”

“Sebenarnya, anjing ini menemani anda untuk memastikan keselamatan anda.”

Beberapa rakan yang mengenali Pali juga datang bercerita mengenai kebaikan hati Pali: 

“Anjing ini memang suka temankan orang! Dulu dia teman dari awal sampai ke akhir, menyelamatkan nyawa kami daripada digigit ular.”

Twitter

Pali sangat comel dan bijak, dan sudah semestinya anjing itu adalah kawan baik manusia walau di mana dia berada.

Tambah-tambah lagi jika haiwan ini dilayan dengan baik, pasti dia akan sentiasa ingat untuk membalas budi dan terus berjasa.

Tonton video di bawah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI