33.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
Utama Blog Laman 257

Oyen jalanan sopan ‘barter barang’ untuk makanan, kekal balas budi tuan lepas jadi haiwan peliharaan dengan ‘ambil barang’ jiran sebagai hadiah

0

Ada orang berkata, kucing itu memang terkenal sebagai spesies yang tahu ‘membalas budi’. Apabila seekor kucing merasakan sedang menerima nikmat daripada manusia, hatinya akan dipenuhi rasa kesyukuran.

Walaupun kebanyakan kucing itu sedia maklum berpoket kosong, mereka tidak pernah lupa untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada manusia dalam pelbagai cara, dengan tetap bijaksana mencari jalan sebagai luahan rasa kasih dan membalas budi.

Jadi, itu menjadi sebab apabila anda akan melihat ada kucing yang membawa pelbagai objek pelik untuk dipersembahkan di hadapan anda.

Adalah disyorkan agar anda tidak tergesa-gesa untuk menolaknya, kerana ini mungkin hadiah yang dipilih dengan teliti oleh kucing itu untuk anda.

Di Portland, Amerika Syarikat, seorang pemilik kucing bernama Ghendel menjadi popular di platform media sosial selepas dia mengambil kucing jalanan yang berperwatakan sangat menarik.

Ghendel suka dengan rutinnya untuk memberi makan kepada kucing jalanan. Setiap hari dengan kebiasaannya itu, asalkan bertemu dengan mana-mana kucing jalanan yang terbiar, Ghendel akan mengeluarkan makanan untuk menghiburkan hati mereka dan dirinya sendiri.

Seekor kucing oyen jalanan bernama Snorri adalah salah seekor kucing terbiar yang paling kerap diberi makan oleh Ghendel.

Dalam kalangan kucing terbiar itu, Snorri adalah kucing yang istimewa, kerana perwatakannya sangat unik dan berbeza berbanding kucing lain.

Kerana Snorri itu adalah seekor kucing jalanan yang tahu bersyukur. Sejak dia dijaga makan minumnya oleh Ghendel, Snorri akan sentiasa memikirkan cara untuk membalas budi kepada manusia berhati pemurah ini.

Hanya Snorri sahaja kucing yang sopan serta baik budi pekertinya. Setiap kali dia datang ke rumah Ghendel untuk makan, dia tidak pernah datang dengan tangan kosong. Kucing itu sama ada akan membawa sarung tangan atau stokin, atau selipar yang sudah lusuh yang dia temui entah dari mana…

Ada sahaja benda pelik untuk diberikan kepada Ghendel, seperti dalam sistem barter, tukar ‘barang’ lain untuk makanan.

Melihat kucing ini bijak berkomunikasi bersama kesopanannya, Ghendel rasa terkedu. Dia ingin memberitahu kucing ini supaya janganlah terlalu sopan, tetapi malangnya Ghendel tidak memahami bahasa kucing.

Ghendel tahu dalam hatinya, macam mana Snorri boleh mendapatkan begitu banyak produk tempatan untuk ditukarkan dengan makanan, sudah pastilah dia ini selalu melakukan pelbagai aktiviti licik.

Tetapi wanita ini juga sedar tabiat kucing itu yang suka memberi hadiah kepadanya tidak dapat dihentikan secara automatik sama sekali.

Lama-kelamaan, Ghendel secara beransur-ansur sudah menjadi terbiasa untuk menerima pelbagai hadiah daripada Snorri hampir setiap hari.

Kemudian, kucing nakal yang comel itu dibawa berpindah ke rumah Ghendel, dan tidak lagi menganggapnya sebagai kucing jalanan terbiar.

“Saya kini mengakui pemberian hadiah harian Snorri benar-benar langkah yang cemerlang! Kucing itu mungkin berkata, “Makanan di mulut sangat lembut, dan tangan manusia juga sangat lembut,” kata Ghendel.

Perwatakan Snorri yang sopan telah mendorong Ghendel untuk tidak lagi menolak permintaan kucing itu untuk hidup berumah dengan baik, dan dia akhirnya mengadopsi kucing itu sebagai haiwan peliharaannya.

Ghendel pada asalnya menyangka oleh kerana kini dia telah mengambil kucing itu sebagai haiwan peliharaannya, maka Snorri tidak akan keluar untuk mencuri barang lagi.

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku, Snorri masih meneruskan tabiat buruknya, bahkan menjadi bertambah buruk dan teruk, dengan semakin banyak barang-barang yang dia bawa pulang dan dipersembahkan di hadapan rumah setiap hari.

Tidak hairanlah, sebaik sahaja Ghendel mengadopsi kucing itu, jiran-jiran sekeliling bertandang ke rumahnya untuk bertanyakan barangan milik mereka yang hilang.

Ghendel hanya boleh memberi jaminan kepada semua jirannya yang dia akan mengawasi kucing miliknya itu, dan akan memulangkan semua barang yang ‘diambil’ oleh Snorri dengan secepat mungkin.

Demi tujuan ini, Ghendel sanggup membuka akaun di media sosial yang khas memaparkan barang hilang dan ditemui akibat dicuri oleh Snorri. Ghendel memuat naik gambar semua barang yang dicuri oleh Snorri dan akan memulangkannya dengan secepat mungkin kepada jiran yang membuat tuntutan barang hilang pada hampir setiap hari.

Si oyen Snorri memang sangat sopan dan baik budi pekerti kerana suka membalas budi orang lain, tetapi pada masa sama tabiat buruknya yang suka mencuri barang jiran memang semua orang tidak boleh tahan!

Wanita jumpa berlian RM11.3 juta semasa kemas rumah di United Kingdom

0

Seorang wanita yang menyangkakan batu hiasan biasa tergamam apabila mengetahui nilai sebenar batuan berlian itu adalah RM11.3 juta!

Nilai itu diketahuinya setelah ujian dilakukan ke atas batuan itu dan hasilnya mendedahkan bahawa ianya adalah berlian 34 karat.

Menurut sumber, wanita berusia 70-an tersebut sebelum itu mengemas rumahnya di Northumberland dan menjumpai batuan perhiasan beserta barangan terpakai lain yang dibelinya semasa jualan but kereta.

 “Wanita tersebut datang dengan satu beg berisi barang kemas untuk dinilai, sementara dia ada urusan lain di pekan”, ujar Mark Lane selaku pelelong Featonby’s Auctioneers.

Mark berkata, berlian itu berada di dalam sebuah kotak bersama beberapa barangan kemas bernilai rendah yang lain.

“Saya nampak batu yang agak besar, lebih besar daripada syiling. Saya fikir ia adalah berlian sintetik (cubic zirconia). Saya biarkan 2-3 hari sebelum menggunkana mesin penguji berlian padanya”.

“Kami kemudian menghantarnya kepada rakan kongsi kami di London sebelum ia disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium bahawa ia adalah 34 karat”.

Menurut Mark, pemilik berlian yang enggan mendedahkan identitinya itu sudah lupa di mana dan bila berlian itu dibelinya.

“Dia kerap membeli barangan di jualan but kereta dan dia langsung tidak terfikir bahawa batuan itu adalah berlian asli”.

Malah wanita itu juga hampir membuang sahaja batuan itu sebelum jirannya mencadangkan agar ianya dibawa untuk dinilai.

Berlian itu kini disimpan di Hatton Garden di London sehingga ia dilelong pada 30 November akan datang.

Tunggang motosikal secara berbahaya, pelajar tingkatan 5 dan empat yang lain ditahan

0

Gara-gara mengunggang motosikal secara melulu dan berbahaya, lima remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan polis di ibu negara.

Kejadian difahamkan berlaku di Kilometer 14 hingga 20 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson pada 31 Oktober lalu, jelas Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed.

Kesemuanya berusia 17 hingga 20 tahun ditahan antara jam 1 hingga 2:35 petang oleh Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Mereka ditahan ekoran menunggang dengan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta meluruskan kedua-dua kaki ala ‘Superman’ semasa di atas jalan raya.

Sebelum tangkapan dilakukan, seorang suspek dari Bangi, Selangor berusia 19 tahun bergerak dari Seremban ke Port Dickson manakala 4 penunggang lain bergerak dari Port Dickson ke Seremban.

Ujar beliau lagi, salah seorang daripada mereka merupakan pelajar tingkatan 5 daripada sebuah sekolah yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Manakala 3 suspek lain adalah pekerja kilang manakala seorang lagi adalah merupakan mekanik. “Semua tangkapan dan motosikal dibawa ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut”.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

Mereka boleh dikenakan hukuman penjara kurang 5 tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu lebih 5 tahun jika didapati bersalah.

Remaja meninggal selepas terima dos kedua vaksin, JKN Perak tunggu laporan forensik

0

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini pada 23 Oktober lepas.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kesemua sampel tisu dalam badan remaja berusia 15 tahun itu telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang 24 Oktober mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).

Remaja berkenaan pada mulanya hanya dilaporkan mengalami sakit di tempat suntikan selain turut dimaklumkan tidak mempunyai sebarang alahan terhadap vaksin atau ubat selain diketahui tidak menghidapi sebarang penyakit kronik.

“Remaja itu juga tidak memaklumkan mengalami sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama sebelumnya.

“Sekitar 9.30 pagi pada 24 Oktober iaitu sehari selepas menerima suntikan dos kedua, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan sesak nafas lalu tidak sedarkan diri di rumahnya.

Katanya remaja itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi.

Petugas kesihatan Amerika Syarikat bersuara mengapa mereka lebih rela kehilangan pekerjaan berbanding mendapatkan vaksinasi COVID-19

0

Di sebalik pada ketika vaksin COVID-19 telah dipromosikan sebagai selamat dan berkesan oleh media, ramai petugas penjagaan kesihatan Amerika Syarikat enggan mengambilnya, dan mereka secara terbuka bersuara menyatakan kebimbangan akan ditapis oleh syarikat gergasi teknologi atau disekat daripada menggunakan platform mereka.

Sesetengah jururawat dan doktor menolak mandat (wajib) vaksin walaupun keengganan mereka akan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan.

The Epoch Times menghubungi beberapa profesional penjagaan kesihatan ini untuk mengetahui alasan mereka mengapa.

Gambar hiasan oleh Win McNamee/Getty Images

‘Mustahil untuk memberi persetujuan makluman penuh’

Emily Nixon merupakan seorang jururawat berdaftar yang telah bekerja dalam industri kesihatan selama 18 tahun. Apabila majikannya, MaineHealth, mengumumkan untuk mewajibkan vaksinasi, beliau dengan segera menubuhkan kumpulan dikenali sebagai ‘The Coalition for Healthcare Workers Against Medical Mandates’ dan memfailkan tuntutan di mahkamah.

“Beribu-ribu petugas kesihatan telah dan akan kehilangan pekerjaan mereka. Infrastruktur penjagaan kesihatan Maine yang sudah sedia ada lemah tidak akan menahan kehilangan kakitangan yang dahsyat ini. Nyawa akan hilang. Penjagaan kesihatan sudah dihadkan. Kami telah mengalami sekatan media di negeri ini,” kata Nixon.

“Bercakap menurut sudut pandangan saya, seorang profesional penjagaan kesihatan yang bijak, sihat dan berkemampuan untuk menjaga dirinya sendiri dengan sangat baik, adalah satu penghinaan untuk mengharapkan saya akan menerima suntikan daripada bahan yang tidak diketahui dan keberkesanan yang meragukan, dan menyediakan contoh kepada orang hebat yang saya berkhidmat, bahawa mereka juga perlu menyerahkan kuasa mereka kepada syarikat farmaseutikal—penjenayah yang disabitkan kesalahan—dalam usaha untuk memberikan bantuan balutan kepada luka realiti yang telah terbuka luas.”

“Adalah tidak wajar untuk mewajibkan suntikan tanpa pengecualian, terutamanya apabila suntikan itu adalah produk perubatan serba baharu yang masih menjalani tahun pertama kajian. Penemuan dengan kes tidak dilaporkan dengan betul. Kami tahu vaksin ini ‘bocor.’ Keselamatan dan keberkesanan vaksin ini belum terbukti. Terdapat alternatif rawatan lain yang selamat. Adalah mustahil untuk memberikan persetujuan makluman penuh tanpa data jangka panjang dan tidak berat sebelah. Mengancam pekerjaan kami adalah paksaan secara terang-terangan. Hak kami yang diberikan Tuhan untuk integriti dan autonomi peribadi telah dilucutkan dengan mandat ini dan kami tidak akan mempertahankannya,” kata Nixon.

‘Kesan sampingan adalah nyata’

Jaclyn Zubiate, yang bekerja untuk Southern Maine Health Care, menyukai pekerjaannya sebagai pengamal kejururawatan.

“Saya tidak mengambil vaksin itu, walaupun saya akan ditamatkan perkhidmatan… Kini dengan data yang kita ada, kita tahu bahawa kadar yang terselamat agak tinggi. Sepanjang 18 bulan yang lalu, saya hanya menghantar seorang pesakit ke wad kecemasan yang mengalami masalah pernafasan. COVID-19 tidak mempunyai ciri yang membezakan antara virus lain seperti penyakit lain yang kami sediakan vaksinnya. Mengapa saya memerlukan vaksin untuk sesuatu dengan kadar kelangsungan hidup 99 peratus yang tidak mempunyai ciri yang boleh dibezakan?” kata Zubiate.

“Petugas penjagaan kesihatan tidak mengambilnya kerana mereka tahu kesan sampingannya adalah nyata. Dalam penjagaan kecemasan, saya telah melihat ‘myocarditis’, ‘cellulitis’, [dan] simptom neurologi yang luar biasa, antara pelbagai kesan sampingan yang lain. Saya telah melihat orang yang sangat sakit selepas divaksin, dan kemudian diuji positif. Kadar positif untuk dijangkiti COVID-19 ke atas mereka yang telah divaksin adalah sangat tinggi menurut kajian baru-baru ini dan dengan apa yang disaksikan di klinik saya. Vaksin yang sepatutnya berfungsi, sebaliknya ia tidak berfungsi. Ia perlu diuji selama bertahun-tahun ke atas sesuatu selain manusia sebelum kita menyebutnya sebagai ‘selamat dan berkesan.’ Terdapat lebih 15,000 kematian akibat vaksin yang tidak diperkatakan oleh media. Saya tidak akan mengambil risiko itu ke atas diri saya sendiri,” jelas Zubiate.

‘Data bercakap untuk dirinya sendiri’

Jessica Mosher telah menjadi jururawat berdaftar selama lebih daripada satu dekad. Beliau adalah ibu kepada empat orang anak dan veteran Tentera Laut Amerika Syarikat yang kehilangan pekerjaan kerana menolak untuk disuntik vaksin.

Beliau adalah penyelia kejururawatan, pengurus pemerhati pesakit, dan pengarah program jururawat di Hospital Besar Redington-Fairview.

“Melindungi kesihatan saya dan berpegang teguh kepada pegangan agama akan sentiasa menjadi pilihan saya berbanding pekerjaan. Kitab berkata ‘selagi bumi masih ada, akan terdapat masa menyemai dan menuai’; sisi syurga ini, kami mempunyai banyak pilihan pekerjaan, tetapi hanya ada satu kehidupan,” kata Mosher.

“Saya mempunyai ijazah sarjana dalam kejururawatan dan bekerja sebagai profesor penyelidikan kejururawatan dan mempraktik berasaskan bukti. Saya mahir dalam mengumpul dan menganalisa data sebelum membuat kesimpulan. Saya tidak bergantung kepada media, kerajaan atau gergasi teknologi untuk sebarang keputusan penjagaan kesihatan saya sebelum COVID-19 dan saya tidak bercadang untuk menukar haluan. Data bercakap untuk dirinya sendiri berkaitan dengan bahaya yang disebabkan oleh vaksin eksperimentasi ini dan kekurangan kajian yang telah dijalankan.”

“Apa yang saya lihat sebagai seorang jururawat dan apa yang telah dikongsikan oleh orang lain selepas vaksinasi mengesahkan perjanjian itu. Virus, seperti batuk dan selesema, tidak mempunyai penawar. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kadar kelangsungan hidup hampir 100 peratus. Mereka yang mendesak vaksin mengikut wang. Saya mengikut sains. Petugas penjagaan kesihatan tidak melarikan diri dari minat mereka atau gaji yang stabil untuk menjadi sukar. Jumlah orang yang sanggup dipecat perlu menjadi sebab amaran mencemaskan itu sendiri,” katanya.

‘Petugas penjagaan kesihatan mempunyai imuniti semula jadi’

John Lewis bekerja untuk sebuah hospital besar di selatan Maine.

Beliau cintakan kehidupan dan percaya bahawa semua kehidupan itu adalah berharga.

“Mengetahui ketiga-tiga vaksin yang ada sama ada diuji, dibangunkan, atau dihasilkan menggunakan saluran sel janin daripada pengguguran elektif, saya tidak boleh melanggar kepercayaan yang saya pegang secara mendalam. Menjangkakan saya akan dapat memfailkan pengecualian kerana agama, sukar untuk menerima [bahawa] saya tidak diberikan pengecualian berdasarkan tugas saya selepas menganggap saya petugas kesihatan yang terpencil dan tidak berinteraksi dengan pesakit,” kata Lewis.

“Di luar pengecualian perubatan atau agama, ramai petugas kesihatan mempertimbangkan manfaat risiko mendapatkan vaksinasi. Ia adalah pendekatan yang sama untuk menyediakan penjagaan kepada pesakit, di mana pesakit dibenarkan menyatakan persetujuan dengan makluman. Ramai petugas penjagaan kesihatan mempunyai imuniti semula jadi. Yang lain tidak merasakan terdapat cukup penyelidikan jangka panjang tentang kesan buruk. Selain itu, petugas penjagaan kesihatan ini melihat dengan mata mereka sendiri apa yang berlaku di hospital, yang tidak semestinya selari dengan naratif,” tambah Lewis.

‘Tiada seorang antara kami melihat lonjakan’

Heather Sadler, seorang jururawat berdaftar, juga sukakan kerjaya jururawat, tetapi berkata kesihatannya dan ahli keluarga jauh lebih penting berbanding gaji.

“Ini adalah teknologi vaksin baharu (jika mahu dipanggil begitu) yang TIDAK PERNAH dikerahkan dengan jayanya, dan tiada data mengenai kesan jangka panjang, tidak boleh dikelirukan dengan ‘kesan sampingan’ kerana orang awam seolah-olah disekat. Saya sentiasa menjadi seseorang yang menganalisa pilihan penjagaan kesihatan saya melalui lensa nisbah risiko-manfaat. Mengetahui apa yang saya perlu ketahui tentang COVID-19 (dan saya telah melakukan banyak penyelidikan), saya tidak termasuk dalam mana-mana kategori berisiko tinggi untuk penyakit teruk atau kematian: umur 65 tahun ke atas, obes, penyakit jantung, diabetes, penyakit paru-paru kronik dan imunokompromi. Bagi saya dan keluarga terdekat, terdapat risiko yang lebih besar untuk mendapat kesan sampingan, atau kesan jangka panjang selepas menyuntik bahan yang hampir tidak diketahui ke dalam tubuh badan kita,” kata Sadler.

“Saya seorang jururawat dalam Onkologi/Hematologi, dan saya melihat sendiri kami mengalami peningkatan dalam kemasukan ke hospital/rujukan untuk gangguan pembekuan dan pendarahan. Sebagai contoh, dalam satu minggu, kami mempunyai dua pesakit di hospital yang didiagnos dengan gangguan pembekuan darah yang jarang berlaku … Dan ini berlaku dua kali dalam satu minggu di luar bandar Maine tengah. Satu-satunya faktor biasa, suntikan COVID-19 tiga hari sebelumnya dalam setiap kes. Adakah ini dilaporkan kepada CDC? Saya tidak tahu.”

“Hanya 4 daripada kira-kira 20 hingga 25 individu yang saya kenali secara peribadi yang telah diuji positif untuk COVID-19 baru-baru ini tidak diberi vaksin. Ya, tidak divaksin. Majoriti orang di sekeliling saya yang telah diuji positif dalam tempoh tiga bulan yang lalu telah diberi vaksin lengkap. Mengapa saya ingin mengambil risiko untuk kesan sampingan atau kesan jangka masa panjang daripada suntikan sekiranya saya masih boleh dijangkiti dan menyebarkan virus ini? Ia tidak logik. Kedua-dua contoh itu jelas meniup teori mereka bahawa ‘ia selamat dan berkesan’ keluar dari air,” kata Sadler.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan petugas penjagaan kesihatan lain di negeri Maine dan tiada seorang pun daripada kami yang melihat ‘lonjakan’ yang diberitahu kepada orang awam sedang berlaku.”

“Ini Amerika! Saya mempunyai hak untuk membuat keputusan berilmu mengenai penjagaan kesihatan saya. Tidak kira apa yang anda telah diberitahu, apa yang saya lakukan tidak mempunyai kesan langsung ke atas anda,” kata Sadler.

Gambar Hiasan / Unsplash

‘Kebebasan adalah perkara paling penting’

Sherri Thornton merupakan ahli dan pengerusi Lembaga Penasihat SAFE Maine dan telah menjadi jururawat selama 45 tahun.

Thornton telah merancang untuk bersara tetapi mahu terus bekerja sehingga akhir tahun ini, namun apabila melihat mandat dikuatkuasakan, beliau memutuskan untuk bersara lebih awal.

“Saya percaya bahawa kebebasan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan di luar tugas menyelamat. Tiada siapa yang berhak untuk memberitahu saya apa yang saya boleh atau tidak boleh saya lakukan ke atas tubuh badan saya kecuali Tuhan. Vaksin telah dihasilkan dengan tisu janin, dan saya sangat menentang pengguguran,” kata Thornton.

“Komponen dalam vaksin adalah tidak selamat. Terdapat banyak kesan sampingan yang menyebabkan lebih banyak mudarat daripada coronavirus. Ia tidak melindungi kita daripada varian. … Pemberian vaksin kepada semua orang tidak akan dapat mencapai imuniti kelompok dan akan hanya menyebabkan lebih banyak varian yang mana mereka yang tidak mempunyai imuniti semula jadi akan tunduk,” kata Thornton.

Tiga petugas penjagaan kesihatan yang lain menentang mandat (wajib) vaksin menghubungi The Epoch Times tetapi tidak mahu nama atau majikan mereka didedahkan.

Individu lengkap vaksin lebih mudah pindahkan varian Delta ke dalam isi rumah: Kajian penyelidik UK

0

Varian Delta COVID-19 boleh dipindahkan dengan mudah daripada individu yang lengkap divaksin kepada ahli isi rumah mereka, menurut kajian di United Kingdom baru-baru ini, walaupun para penyelidik memberi kesimpulan bahawa vaksinasi dan dos penggalak adalah jalan penyelesaian masa hadapan.

Kajian selama setahun dari Imperial College London yang diterbitkan dalam The Lancet mendapati varian Delta masih sangat mudah disebarkan dalam populasi yang sudah lengkap divaksinasi.

“Dengan mengambil sampel yang kerap dan berulang daripada kontak rapat kes COVID-19, kami mendapati individu yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti dan menularkan jangkitan ke dalam isi rumah, termasuk kepada ahli yang sudah lengkap divaksin,” kata pengarang utama kajian Dr. Anika Singanayagam, dalam satu kenyataan.

Petugas kesihatan sedang menyediakan dos vaksin AstraZeneca di Pusat Vaksinasi COVID-19 di Melbourne, Australia pada 20 Julai 2021. (Gambar oleh Daniel Pockett/Getty Images)

Penemuan itu, tambah Dr. Singanayagam, memberikan sedikit gambaran tentang mengapa varian Delta “terus menyebabkan jumlah kes COVID-19 yang meningkat… walaupun di negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.”

Analisis mendapati ‘viral load’ menurun paling cepat kepada mereka yang telah divaksinasi, dengan varian Delta berbanding mereka yang belum divaksinasi, menurut para penyelidik.

Tetapi tahap kemuncak virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19, ke atas individu yang lengkap divaksinasi adalah sama dengan tahap ke atas individu yang tidak divaksinasi, sambil menambah ia mungkin menjadi penyebab mengapa varian Delta boleh merebak walaupun kadar vaksinasi tinggi, penemuan itu mendapati.

Oleh kerana varian Delta boleh merebak dengan mudah di kalangan individu lengkap vaksin, seorang lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian itu, Dr. Ajit Lalvani, berhujah adalah perlu bagi orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak bagi mengurangkan simptom COVID-19 yang teruk.

“Kami mendapati kerentanan kepada jangkitan meningkat dalam tempoh beberapa bulan selepas dos vaksin kedua … jadi mereka yang ditawarkan dos penggalak perlu mendapatkannya dengan segera,” kata Dr. Lalvani.

Kajian itu dengan tinjauan ke atas 621 peserta, mendapati daripada 205 kontak rapat isi rumah kepada individu yang dijangkiti varian Delta, kira-kira 38 peratus daripada kontak rapat isi rumah yang belum divaksin telah diuji positif, berbanding 25 peratus yang diuji positif di kalangan kontak rapat dalam isi rumah sudah divaksinasi.

Kajian mereka juga mendapati imuniti daripada vaksinasi lengkap juga menurun dalam masa tiga bulan. Mereka tidak menyatakan sama ada adalah perlu untuk memaklumkan polisi pemberian dos penggalak di United Kingdom.

Walau bagaimanapun, di tengah-tengah desakan untuk memastikan sebahagian besar populasi mendapatkan vaksinasi, beberapa pakar imunologi dan doktor berhujah bahawa imuniti semula jadi memerlukan lebih banyak kajian penyelidikan dan perlu diambil kira dalam membuat keputusan menentukan polisi kerajaan.

Ahli imunologi Steve Templeton dari sekolah perubatan Universiti Indiana, menulis “kunci untuk menamatkan pandemik itu adalah sentiasa menekankan sistem imun.”

“Hakikat bahawa ramai yang telah pulih daripada jangkitan dan imuniti yang kukuh, tahan lama, dan melindungi individu terbabit telah membuktikan dengan jelas yang ia perlu dianggap sebagai satu perkara yang baik,” katanya dalam artikel bertarikh 22 Oktober, sambil menambah “nampaknya terdapat dorongan untuk membatalkan istilah ‘imuniti semula jadi,’ satu dalihan bahawa individu lengkap vaksinasi perlu berasa takut kepada individu yang belum divaksinasi, dan keengganan mereka untuk melayan orang ini sebagai orang dewasa yang boleh mengendalikan maklumat berlainan cara dan membuat keputusan mengenai kesihatan mereka.”

#Bajet2022 : 13 intipati belanjawan dan golongan sasar

0

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan #Bajet2022, yang mana ianya menjadi belanjawan kedua oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Pembentangan belanjawan itu dilakukan di Parlimen, bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dan berteraskan 3 konsep utama, iaitu :

  • Rakyat yang sejahtera
  • Perniagaan yang berdaya tahan
  • Ekonomi yang makmur dan mampan

Keseluruhan jumlah peruntukan untuk Bajet 2022 ini adalah yang terbesar dalam sejarah, melibatkan RM332.1 bilion – 3% lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Berikut adalah 12 intipati utama yang dinyatakan :

#1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sebanyak RM8.2 bilion diperuntukan untuk insentif BKM ini yang menggantikan Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) pada tahun lalu, melibatkan kategori isi keluarga seperti berikut :

B40

  • RM2,000 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM1,500 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak

M40

  • RM800 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM600 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM400 : Tidak mempunyai anak

Bujang

  • RM350 : Bujang berpendapatan RM2,500
  • RM600 : Warga emas bujang berpendapatan kurang RM5,000

#2 Bantuan Awal Persekolahan

Jika sebelum ini, bantuan awal persekolahan untuk tahun 1 hingga Tingkatan 5 hanya sebanyak RM100, namun untuk Bajet2022, nilai itu ditambah menjadi RM150.

#3 PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daripada golongan keluarga B40 akan menerima tablet secara percuma.

Sejumlah RM450 juta diperuntukkan untuk progam ini dan ia akan turut dibantu dengan sumbangan daripada syarikat telekomunikasi.

#4 Pemberian kit kebersihan diri

Insentif ini akan diberikan kepada sejumlah 130,000 orang remaja wanita daripada keluarga B40 secara bulanan.

#5 Subsidi kerusi keselamatan kereta bagi kanak-kanak

Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi golongan B40, yang akan memanfaatkan 188,000 buah keluarga.

#6 Skim transaksi tanpa tunai ‘eStart’

Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa IPT akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet.

#7 Bantuan lesen kenderaan motor golongan OKU

Kerajaan akan menanggung keseluruhan kos lesen kenderaan bermotor (LKM) untuk golongan kelainan upaya (OKU), bertujuan untuk meringankan kos sara hidup golongan ini.

#8 Pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% kepada 9% akan dilanjutkan sehingga Jun 2022, melibatkan anggaran bernilai RM2 bilion.

#9 MyRail 5 –  Pas perjalanan tanpa had pelajar dan OKU

Pas bulanan ini diperkenalkan pada tahun 2021, boleh digunakan di laluan komuter Lembah Klang, komuter sektor utara, kereta api antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan laluan Beaufort-Tenom di Sabah.

#10 Cukai jualan barangan import bernilai rendah

Ia dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga atas-talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara.

Walau bagaimanapun, cukai ini tidak melibatkan makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik.

#11 Bantuan penjawat awam dan pesara kerajaan

Sebanyak RM700 akan diberikan kepada kakitangan awam bergred 56 dan ke bawah, sementara pesara kerajaan pula akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM350.

#12 Diskaun pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  • 15% bagi penyelesaian penuh hutang
  • 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

#13 Program ‘Community Feeding’

Program yang telah dijalankan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta Putrajaya akan dikembangkan ke kawasan lain, dengan peruntukan bernilai RM24 juta disasarkan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Tujuan program ini adaalah untuk membekalkan makanan bernutrisi 5 kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia setahun hingga 6 tahun.

Kucing ‘diambil’ bekerja oleh syarikat Belanda, cetus produktiviti dan inspirasi pekerja agar lebih cekap

0

Lazimnya para pencinta kucing akan melepaskan stress setelah pulang daripada tempat kerja dengan meluangkan masa melayan karenah kucing peliharaan di rumah.

Jika stress di tempat kerja, lazimnya para pencinta kucing akan memperbaiki mood mereka dengan meluangkan masa melayani karenah kucing peliharaan di rumah.

Segala penat dan letih akan ‘hilang’ begitu sahaja tatkala melihat keletah mereka itu bukan? Cuba bayangkan jika di tempat kerja pun ada kucing untuk menemani kita membuat kerja.

Itulah yang diamalkan oleh sebuah pejabat, dipercayai di Belanda. Sumber mengatakan bahawa syarikat itu mahu mengurangkan tekanan dalam kalangan pekerja.

Justeru mereka memutuskan untuk membela beberapa ekor kucing di pejabat. Idea ini tentunya mampu ‘memulihkan’ produktiviti pekerja, malah memberi inspirasi untuk kakitangan bekerja dengan efisien.

Pejabat itu sebenarnya menjadi lokasi pengoperasian untuk syarikat pembekalan barangan keperluan kucing.

Justeru, bagi mengembangkan produk yang bersesuaian dengan kucing, maka kucing-kucing inilah yang mereka ‘kaji’.

Kucing-kucing ini agak nakal juga dan tidak boleh duduk diam – berjalan pada papan kekunci, melompat dan memanjat, menyepahkan sampah dan pelbagai lagi.

Namun kehadiran mereka mampu merangsang imaginasi, selain melatih pekerja untuk menyiapkan tugasan dengan pantas dan tepat.

Ini kerana jika keperluan kucing tidak dipenuhi dalam masa yang singkat, kemungkinan kucing di sana akan berterusan mengganggu kerja kakitangan syarikat.

Setiap pekerja difahamkan berjaya membina tabiat yang baik dalam ‘memproses’ keperluan kucing sepantas mungkin dan ia sekaligus meningkatkan mutu kerja dan misi syarikat.

Satu idea yang bijak bukan? Berikut video gelagat mereka di pejabat :

Isu acrylamide dan glycidol biskut : KKM beri jaminan risiko terhadap kesihatan adalah rendah

0

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bahawa tahap kandungan bahan ‘acrylamide’ dan ‘glycidol’ pada produk biskut yang dijual di Malaysia berada di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission.

Ia sekaligus bermakna bahawa risiko produk itu terhadap kesihatan individu yang memakannya adalah rendah.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (BKKM) juga difahamkan telah melakukan pemantauan terhadap produk biskut di pasaran tempatan sejak tahun 2015 lagi.

Ini termasuklah jenama terkemuka seperti Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di negara ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKM, purata tahap ‘acrylamide’ adalah sebanyak 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) berbanding paras ditetapkan EU Commission Regulation (350 µg/kg).

Penilaian risiko terhadap kandungan itu pada makanan juga turut dijalankan oleh BKKM dan hasilnya, risiko kesihatan terhadap pengambilan biskut tersebut adalah rendah.

Kedua bahan itu – acrylamide dan glycidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kesihatan manusia, menurut International Agency for Research on Cancer (IARC).

Dalam pada itu, Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd ada mengeluarkan jaminan bahawa biskut keluaran mereka yang dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk dimakan.

Malah, produk biskut mereka juga difahamkan telah menepati kawal selia dan standard kualiti serta keselamatan makanan.

Terdahulu, terdapat laporan daripada CHOICE Magazine menyatakan terdapat 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.

Para pengguna juga boleh mendapatkan panduan mengenai pencemaran bahan pada makanan menerusi Facebook rasmi KKM.

Dinafikan hak membuat pesanan di kaunter ‘drive-thru’, wanita ini kecewa restoran makanan segera kegemarannya tidak mesra golongan OKU

0

Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dinafikan akan mengalami sedikit kesukaran dalam melakukan aktiviti seharian masing-masing. Namun begitu, ia bukan satu halangan untuk melakukan perkara yang sukar itu menjadi satu kebiasaan sekiranya orang sekeliling yang lain melayan mereka seperti mana manusia normal.

Umum perlu memahami beberapa kekangan yang golongan OKU perlu hadapi dan mereka sudah pasti meminta pertolongan daripada orang normal yang berada di sekeliling demi memudahkan urusan. 

TikTok

Perkongsian seorang wanita OKU yang pekak dan bisu ini menjadi satu contoh untuk memberi kesedaran kepada kita apabila beliau menyatakan rasa kekecewaannya akibat mengalami kesukaran ketika berada di kaunter ‘drive-thru’ di sebuah restoran makanan segera.

Dalam video yang dimuat naik oleh Aira Meor@aira_meor di TikTok, beliau menzahirkan rasa kecewa itu apabila haknya telah dinafikan ketika mahu membuat pesanan hanya kerana dirinya pekak dan bisu.

TikTok

Menurutnya, dirinya sangat kecewa kerana sebelum ini Aira pernah membuat pesanan di kaunter ‘drive-thru’ restoran berkenaan dan dilayan dengan baik oleh staf yang bertugas.

Tetapi malang buatnya pada hari itu, ketika membuat pesanan pada kali kedua, hal baik yang sama di lokasi yang sama tidak berlaku, sebaliknya staf yang berkenaan tidak langsung membantu dan memberi layanan yang baik walaupun Aira sudah menunjukkan menu yang ingin dipesannya menerusi telefon pintar.

TikTok

Lebih menyedihkan, Aira diarahkan untuk membuat pesanannya di kaunter dalam restoran makanan segera berkenaan. Berasa haknya sebagai pelanggan telah dinafikan, wanita OKU ini berasa sudah tawar hati dan tidak masuk semula ke restoran itu kerana dirinya begitu kecewa.

TikTok

Menerusi rakaman video itu, Aira menyarankan agar restoran makanan segera terbabit menaik taraf perkhidmatannya agar lebih ‘mesra OKU’ kerana ia sangat menyusahkan buat golongan yang pekak dan bisu ketika mahu membuat pesanan di kaunter ‘drive-thru’.

TikTok

Aira dilihat kelihatan sebak ketika menceritakan insiden dilayan secara berat sebelah itu menerusi rakaman videonya yang telah dikongsikan di platform media sosial lain sehingga mendapat perhatian ribuan warganet.

TikTok

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyokong wanita OKU itu dan bersetuju dengan saranan supaya pihak restoran menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan yang lebih mesra golongan OKU.

Dalam perkembangan terbaru, pihak pengurusan restoran makanan segera terbabit telah memohon maaf di atas insiden yang berlaku kepada Aira dan berjanji akan mengambil tindakan segera di atas perkara tersebut.

TikTok

Aira Meor turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan para warganet dan berharap agar asas bahasa isyarat akan dapat diajar secara wajib di sekolah, universiti dan tempat kerja pada masa hadapan demi memudahkan layanan lebih baik untuk golongan pekak dan bisu serta OKU yang lain.

Tonton video di sini.