26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupOyen jalanan sopan ‘barter barang’ untuk makanan, kekal balas budi tuan lepas...

Oyen jalanan sopan ‘barter barang’ untuk makanan, kekal balas budi tuan lepas jadi haiwan peliharaan dengan ‘ambil barang’ jiran sebagai hadiah

Ada orang berkata, kucing itu memang terkenal sebagai spesies yang tahu ‘membalas budi’. Apabila seekor kucing merasakan sedang menerima nikmat daripada manusia, hatinya akan dipenuhi rasa kesyukuran.

Walaupun kebanyakan kucing itu sedia maklum berpoket kosong, mereka tidak pernah lupa untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada manusia dalam pelbagai cara, dengan tetap bijaksana mencari jalan sebagai luahan rasa kasih dan membalas budi.

Jadi, itu menjadi sebab apabila anda akan melihat ada kucing yang membawa pelbagai objek pelik untuk dipersembahkan di hadapan anda.

Adalah disyorkan agar anda tidak tergesa-gesa untuk menolaknya, kerana ini mungkin hadiah yang dipilih dengan teliti oleh kucing itu untuk anda.

Di Portland, Amerika Syarikat, seorang pemilik kucing bernama Ghendel menjadi popular di platform media sosial selepas dia mengambil kucing jalanan yang berperwatakan sangat menarik.

Ghendel suka dengan rutinnya untuk memberi makan kepada kucing jalanan. Setiap hari dengan kebiasaannya itu, asalkan bertemu dengan mana-mana kucing jalanan yang terbiar, Ghendel akan mengeluarkan makanan untuk menghiburkan hati mereka dan dirinya sendiri.

Seekor kucing oyen jalanan bernama Snorri adalah salah seekor kucing terbiar yang paling kerap diberi makan oleh Ghendel.

Dalam kalangan kucing terbiar itu, Snorri adalah kucing yang istimewa, kerana perwatakannya sangat unik dan berbeza berbanding kucing lain.

Kerana Snorri itu adalah seekor kucing jalanan yang tahu bersyukur. Sejak dia dijaga makan minumnya oleh Ghendel, Snorri akan sentiasa memikirkan cara untuk membalas budi kepada manusia berhati pemurah ini.

Hanya Snorri sahaja kucing yang sopan serta baik budi pekertinya. Setiap kali dia datang ke rumah Ghendel untuk makan, dia tidak pernah datang dengan tangan kosong. Kucing itu sama ada akan membawa sarung tangan atau stokin, atau selipar yang sudah lusuh yang dia temui entah dari mana…

Ada sahaja benda pelik untuk diberikan kepada Ghendel, seperti dalam sistem barter, tukar ‘barang’ lain untuk makanan.

Melihat kucing ini bijak berkomunikasi bersama kesopanannya, Ghendel rasa terkedu. Dia ingin memberitahu kucing ini supaya janganlah terlalu sopan, tetapi malangnya Ghendel tidak memahami bahasa kucing.

Ghendel tahu dalam hatinya, macam mana Snorri boleh mendapatkan begitu banyak produk tempatan untuk ditukarkan dengan makanan, sudah pastilah dia ini selalu melakukan pelbagai aktiviti licik.

Tetapi wanita ini juga sedar tabiat kucing itu yang suka memberi hadiah kepadanya tidak dapat dihentikan secara automatik sama sekali.

Lama-kelamaan, Ghendel secara beransur-ansur sudah menjadi terbiasa untuk menerima pelbagai hadiah daripada Snorri hampir setiap hari.

Kemudian, kucing nakal yang comel itu dibawa berpindah ke rumah Ghendel, dan tidak lagi menganggapnya sebagai kucing jalanan terbiar.

“Saya kini mengakui pemberian hadiah harian Snorri benar-benar langkah yang cemerlang! Kucing itu mungkin berkata, “Makanan di mulut sangat lembut, dan tangan manusia juga sangat lembut,” kata Ghendel.

Perwatakan Snorri yang sopan telah mendorong Ghendel untuk tidak lagi menolak permintaan kucing itu untuk hidup berumah dengan baik, dan dia akhirnya mengadopsi kucing itu sebagai haiwan peliharaannya.

Ghendel pada asalnya menyangka oleh kerana kini dia telah mengambil kucing itu sebagai haiwan peliharaannya, maka Snorri tidak akan keluar untuk mencuri barang lagi.

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku, Snorri masih meneruskan tabiat buruknya, bahkan menjadi bertambah buruk dan teruk, dengan semakin banyak barang-barang yang dia bawa pulang dan dipersembahkan di hadapan rumah setiap hari.

Tidak hairanlah, sebaik sahaja Ghendel mengadopsi kucing itu, jiran-jiran sekeliling bertandang ke rumahnya untuk bertanyakan barangan milik mereka yang hilang.

Ghendel hanya boleh memberi jaminan kepada semua jirannya yang dia akan mengawasi kucing miliknya itu, dan akan memulangkan semua barang yang ‘diambil’ oleh Snorri dengan secepat mungkin.

Demi tujuan ini, Ghendel sanggup membuka akaun di media sosial yang khas memaparkan barang hilang dan ditemui akibat dicuri oleh Snorri. Ghendel memuat naik gambar semua barang yang dicuri oleh Snorri dan akan memulangkannya dengan secepat mungkin kepada jiran yang membuat tuntutan barang hilang pada hampir setiap hari.

Si oyen Snorri memang sangat sopan dan baik budi pekerti kerana suka membalas budi orang lain, tetapi pada masa sama tabiat buruknya yang suka mencuri barang jiran memang semua orang tidak boleh tahan!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI