27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalIndividu lengkap vaksin lebih mudah pindahkan varian Delta ke dalam isi rumah:...

Individu lengkap vaksin lebih mudah pindahkan varian Delta ke dalam isi rumah: Kajian penyelidik UK

Varian Delta COVID-19 boleh dipindahkan dengan mudah daripada individu yang lengkap divaksin kepada ahli isi rumah mereka, menurut kajian di United Kingdom baru-baru ini, walaupun para penyelidik memberi kesimpulan bahawa vaksinasi dan dos penggalak adalah jalan penyelesaian masa hadapan.

Kajian selama setahun dari Imperial College London yang diterbitkan dalam The Lancet mendapati varian Delta masih sangat mudah disebarkan dalam populasi yang sudah lengkap divaksinasi.

“Dengan mengambil sampel yang kerap dan berulang daripada kontak rapat kes COVID-19, kami mendapati individu yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti dan menularkan jangkitan ke dalam isi rumah, termasuk kepada ahli yang sudah lengkap divaksin,” kata pengarang utama kajian Dr. Anika Singanayagam, dalam satu kenyataan.

Petugas kesihatan sedang menyediakan dos vaksin AstraZeneca di Pusat Vaksinasi COVID-19 di Melbourne, Australia pada 20 Julai 2021. (Gambar oleh Daniel Pockett/Getty Images)

Penemuan itu, tambah Dr. Singanayagam, memberikan sedikit gambaran tentang mengapa varian Delta “terus menyebabkan jumlah kes COVID-19 yang meningkat… walaupun di negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.”

Analisis mendapati ‘viral load’ menurun paling cepat kepada mereka yang telah divaksinasi, dengan varian Delta berbanding mereka yang belum divaksinasi, menurut para penyelidik.

Tetapi tahap kemuncak virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19, ke atas individu yang lengkap divaksinasi adalah sama dengan tahap ke atas individu yang tidak divaksinasi, sambil menambah ia mungkin menjadi penyebab mengapa varian Delta boleh merebak walaupun kadar vaksinasi tinggi, penemuan itu mendapati.

Oleh kerana varian Delta boleh merebak dengan mudah di kalangan individu lengkap vaksin, seorang lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian itu, Dr. Ajit Lalvani, berhujah adalah perlu bagi orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak bagi mengurangkan simptom COVID-19 yang teruk.

“Kami mendapati kerentanan kepada jangkitan meningkat dalam tempoh beberapa bulan selepas dos vaksin kedua … jadi mereka yang ditawarkan dos penggalak perlu mendapatkannya dengan segera,” kata Dr. Lalvani.

Kajian itu dengan tinjauan ke atas 621 peserta, mendapati daripada 205 kontak rapat isi rumah kepada individu yang dijangkiti varian Delta, kira-kira 38 peratus daripada kontak rapat isi rumah yang belum divaksin telah diuji positif, berbanding 25 peratus yang diuji positif di kalangan kontak rapat dalam isi rumah sudah divaksinasi.

Kajian mereka juga mendapati imuniti daripada vaksinasi lengkap juga menurun dalam masa tiga bulan. Mereka tidak menyatakan sama ada adalah perlu untuk memaklumkan polisi pemberian dos penggalak di United Kingdom.

Walau bagaimanapun, di tengah-tengah desakan untuk memastikan sebahagian besar populasi mendapatkan vaksinasi, beberapa pakar imunologi dan doktor berhujah bahawa imuniti semula jadi memerlukan lebih banyak kajian penyelidikan dan perlu diambil kira dalam membuat keputusan menentukan polisi kerajaan.

Ahli imunologi Steve Templeton dari sekolah perubatan Universiti Indiana, menulis “kunci untuk menamatkan pandemik itu adalah sentiasa menekankan sistem imun.”

“Hakikat bahawa ramai yang telah pulih daripada jangkitan dan imuniti yang kukuh, tahan lama, dan melindungi individu terbabit telah membuktikan dengan jelas yang ia perlu dianggap sebagai satu perkara yang baik,” katanya dalam artikel bertarikh 22 Oktober, sambil menambah “nampaknya terdapat dorongan untuk membatalkan istilah ‘imuniti semula jadi,’ satu dalihan bahawa individu lengkap vaksinasi perlu berasa takut kepada individu yang belum divaksinasi, dan keengganan mereka untuk melayan orang ini sebagai orang dewasa yang boleh mengendalikan maklumat berlainan cara dan membuat keputusan mengenai kesihatan mereka.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI