28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 22, 2025
Utama Blog Laman 256

Ini bukan karipap tetapi karanji, snek popular yang dinikmati semasa perayaan Diwali

0


Karanji ialah sejenis ladu yang popular di Maharashtra, India. Makanan ini biasanya digoreng dan boleh diisi dengan inti manis atau berperisa. Karanji biasanya boleh didapati di beberapa tempat di India.

Lazimnya karanji dipanggil dengan nama yang berbeza di setiap tempat. Jika dilihat pada bentuknya, pasti yang menyangka itu adalah karipap kerana bentuknya sama dengan kuih kesukaan rakyat Malaysia itu.

Karanji sebenarnya boleh dimakan pada bila-bila masa, tetapi ianya sangat popular sebagai snek semasa perayaan Diwali.

Diwali berlangsung selama lima hari dan biasanya diraikan antara Oktober dan November. Diwali bermaksud “deretan lampu” dalam bahasa Sanskrit, dan semasa perayaan ini, orang ramai akan menghiasi rumah mereka dengan lampu minyak khas yang dipanggil diyas.

Cara membuat karanji tidaklah sesukar mana. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang biasa digunakan untuk membuat snek popular ini.

Bahan-bahan untuk membuat 10 biji karanji:

  • 1 pakej doh pai yang dibeli di kedai
  • 1 cawan kacang pea beku
  • 2 sudu air
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1/2 sudu teh jintan halus
  • 1/2 sudu teh halia kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran

Cara-caranya ialah:

  1. Laraskan rak ketuhar ke kedudukan tengah atas dan panaskan ketuhar sehingga 450 darjah F. Lapik loyang dengan kertas minyak.
  2. Gunakan pemotong bulat 4 inci untuk memotong 10 doh. Pindahkan bulatan doh ke dalam loyang yang dialas kertas. Tutup dengan bungkus plastik dan sejukkan semasa membuat inti.
  3. Campurkan kacang, air, garam masala, jintan putih, halia, bawang putih, garam dan minyak sayuran ke dalam mangkuk. Panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit. Gunakan penumbuk kentang untuk tumbuk inti sehingga hancur dankacau dengan spatula hingga sebati.
  4. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan buang bungkusan plastik. Gunakan sudu besar untuk meletakkan inti di tengah setiap doh.
  5. Lipat doh untuk membentuk bentuk separuh bulat dan tekan bahagian tepinya.
  6. Gunakan berus pastri untuk menyapu bahagian atas karanji dengan minyak sayuran.
  7. Bakar karanji sehingga perang keemasan selama 12 hingga 14 minit. Biarkan karanji sejuk di atas loyang selama 10 minit.

Facebook tamatkan sistem pengecaman wajah, padam data 1 bilion pengguna

0

Facebook Inc. pada 2 November mengumumkan bahawa ia akan menutup sistem pengecaman wajah – yang mengenal pasti pengguna pada video dan foto, sambil mengatakan mereka akan memadamkan “templat pengecaman muka” lebih daripada 1 bilion orang.

“Pengawal selia masih dalam proses menyediakan satu set peraturan yang jelas yang mengawal penggunaannya,” Jerome Pesenti, naib presiden kecerdasan buatan di Facebook, menulis dalam catatan blog.

“Tatkala ketidakpastian yang berterusan ini, kami percaya bahawa keputusan mengehadkan penggunaan pengecaman muka kepada set kes penggunaan yang lebih kecil adalah sesuai.”

Syarikat itu yang dikendalikan di bawah syarikat induk yang dijenamakan semula kepada Meta Platforms Inc. menambah bahawa kira-kira 1/3 pengguna Facebook telah mendaftar untuk tetapan pengecaman muka.

Sistem ini telah disediakan kira-kira sedekat yang lalu, di mana ia pada mulanya direka bagi memastikan pengguna Facebook terlibat dengan platform berkenaan.

Ciri yang diperkenalkan pada Disember 2010 membolehkan pengguna menjimatkan masa dengan mengenal pasti mereka secara automatik dalam foto. Ia juga secara automatik mengenal pasti individu yang muncul dalam album foto digital orang lain dan membenarkan pengguna untuk “menandai” (tag) mereka, yang akan memautkan akaun Facebook mereka ke sebahagian daripada imej itu.

Tetapi selama bertahun-tahun, sistem itu telah mencetuskan kebimbangan privasi, termasuk kejadian di mana individu telah dikenal pasti secara palsu, serta tindakan undang-undang. Facebook dalam beberapa bulan kebelakangan ini juga telah menghadapi penelitian yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada pelbagai penggubal undang-undang dan pengawal selia ke atas amalannya yang lain.

Di China, Parti Komunis China (PKC) yang memerintah menggunakan rangkaian pengawasan luas yang menggunakan keupayaan pengecaman muka untuk mengesan penentang, termasuk pengamal disiplin kerohanian Falun Gong – yang sering menjadi mangsa kempen keganasan dan penganiayaan selama beberapa dekad oleh PKC.

Di Amerika Syarikat, beberapa majlis perbandaran telah mengharamkan penggunaan perisian pengecaman muka di tengah-tengah kebimbangan mengenai keterlaluan dan penangkapan yang salah. Kumpulan privasi termasuk Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika telah menaikkan bendera merah tentang perisian sebegitu selama bertahun-tahun.

Sementara itu, tuntutan mahkamah tindakan kelas yang difailkan terhadap Facebook pada 2015 membawa kepada salah satu penyelesaian tuntutan privasi terbesar pernah berlaku apabila hakim awal tahun ini berkata Facebook boleh membayar $650 juta kepada pengguna yang mendakwa firma itu mencipta dan menyimpan imbasan muka mereka tanpa persetujuan.

“Perubahan ini akan mewakili salah satu peralihan terbesar dalam penggunaan pengecaman muka dalam sejarah teknologi. Lebih 1/3 pengguna aktif harian Facebook telah mengikut serta dalam tetapan Pengecaman Wajah kami dan dapat dikenali. Pemadaman itu akan mengakibatkan terhapusnya lebih daripada 1 bilion templat pengecaman wajah individu.”

Sistem itu akan dihentikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan langkah itu turut akan memberi kesan terhadap teknologi Teks Alt Automatik Facebook yang digunakan bagi mencipta penerangan imej untuk individu buta.

Setiap teknologi baharu membawa potensi manfaat dan kebimbangan, dan kami mahu mencari keseimbangan yang betul”.

“Dalam kes pengecaman muka, peranan jangka panjangnya dalam masyarakat perlu dibahaskan secara terbuka, melibatkan mereka yang paling terkesan dengannya. Kami akan terus terlibat dalam perbualan itu dan bekerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan pengawal selia yang mengetuai perbincangan ini.”

Yahoo henti operasi ekoran persekitaran yang semakin mencabar di China

0

Yahoo telah menutup semua perkhidmatannya di tanah besar China, menjadiakan ia sebagai syarikat gergasi teknologi Barat kedua yang menghentikan operasi di negara terbabit.

Syarikat tersebut juga telah menghentikan penyediaan kandungan untuk pengguna di sana bermula 1 November. “Produk dan perkhidmatan lain masih tidak terjejas di semua lokasi global yang lain”, menurut kenyataannya.

Jelas Yahoo, keputusan itu dibuat berdasarkan persekitaran dan undang-undang yang semakin mencabar di China.

“Yahoo kekal komited terhadap hak pengguna, selain ianya percuma di dalam pasaran internet yang terbuka”, kelas jurucakap Yahoo kepada The Epoch Times.

Penutupan tersebut menyusuli tindakan platform rangkaian sosial Microsoft LinkedIn yang keluar daripada pasaran China lebih kurang pada 2 minggu lalu, memberikan sebab bahawa persekitaran operasi di sana jauh lebih mencabar selain keperluan pematuhan lebih besar di China.

Tempoh penutupan Yahoo ini juga bertepatan dengan pelaksanaan undang-undang keselamatan data Beijing, yang menetapkan cara syarikat beroperasi di China dalam mengendalikan data peribadi serta menetapkan peraturan mengenai cara maklumat tersebut disimpan. Yahoo bagaimanapun tidak merujuk kepada perkara ini dalam kenyataannya.

Rangkaian blog Yahoo yang memfokuskan kepada teknologi Engadget juga akan menghentikan penerbitan kandungan di laman web China. Pengumuman di halaman utama sebaliknya mengarahkan pengguna ke halaman web bahasa Cina yang berasingan untuk liputan teknologi yang lebih global.

Pengumuman itu menandakan operasi terakhir Yahoo di China berikutan pengecilan saiz yang berterusan di negara itu selama bertahun-tahun.

Yahoo membuka laman web di China pada tahun 1998, dan pada 2005 syarikat itu telah melabur $1 bilion untuk 40 % kepentingan dalam Alibaba, sekaligus menyerahkan operasi di China kepada konglomerat e-dagang China.

Ia secara beransur-ansur menutup perkhidmatan e-mel dan beritanya pada awal 2010-an. Pada 2015, kehadiran terakhirnya di China – pusat penyelidikan dan pembangunan di Beijing telah ditutup.

Yahoo mendapat kritikan lebih sedekad lalu selepas ia mengeluarkan butiran e-mel yang dihantar oleh seorang wartawan China, Shi Tao, atas permintaan pihak berkuasa China.

Shi telah menggunakan perkhidmatan e-mel Yahoo untuk menghantar memo kerajaan China tentang sekatan ke atas liputan media mengenai ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen ke forum hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS).

Oleh itu, dia didapati bersalah kerana mendedahkan rahsia negara dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2005. Dalam perbicaraan kongres di AS pada tahun 2007, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo pada ketika itu, Jerry Yang telah meminta maaf kepada keluarga Shi atas apa yang mereka alami.”

Yahoo kemudiannya menubuhkan dana hak asasi manusia untuk menyediakan sokongan kemanusiaan dan undang-undang kepada golongan penentang dalam talian. Dana itu menyokong Muzium Laogai, yang didedikasikan untuk mendedahkan sistem buruh paksa China, yang dibuka di Washington setahun kemudian.

Pada 2020, aktivis China Ning Xinhua membawa tuntutan mahkamah terhadap beberapa bekas eksekutif Yahoo, termasuk Yang, dengan mendakwa bahawa Yahoo menyerahkan e-melnya kepada pihak berkuasa China, membantu pemenjaraannya dari tahun 2004 hingga 2011.

Verizon Communications Inc. memperoleh Yahoo pada 2017 dan menggabungkannya dengan AOL untuk membentuk entiti baharu yang dipanggil Oath. Firma ekuiti swasta Apollo Global Management yang berpangkalan di New York kemudian membeli kumpulan media itu dengan harga $5 bilion. Peralihan pemilikan selesai pada bulan September.

Habis keretanya kotor kerana mi segera yang dibuang dari tingkat atas, netizen berang dengan sikap penghuni rumah flat

0

Kita sering menginginkan negara yang maju ke hadapan. Kalau boleh semua teknologi dan kemudahan dapat digunakan seiring dengan perkembangan zaman. Namun, apa yang sering menjadi isu ialah apabila masih ada antara kita yang masih memiliki mentaliti kelas ketiga.

Buktinya, masih berlaku pembuangan sampah merata-rata seperti yang diceritakan oleh seorang netizen di laman sosial TikTok miliknya. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila keretanya yang menjadi ‘mangsa’ kepaa perbuatan tidak bertanggungjawab orang.

Apa yang berlaku ialah seseorang daripada penghuni di rumah pangsa di mana dia tinggal telah mencampakkan mi segera sehingga terkena pada keretanya yang diparkir di bawah. Hasilnya, keretanya menjadi sangat kotor dengan mi segera yang dibuang itu.

Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat teruk. Membuang makanan atau apa sahaja sesuka hati dari tingkat atas ke bawah adalah perbuatan yang sangat tidak beradab dan bertanggungjawab. Setiap daripada kita perlu menjadi rakyat yang lebih baik dan berhenti mencemarkan persekitaran.

Wang kertas RM50 edisi khas tahun 2007 terjual dengan harga RM708,000 oleh pembeli misteri

0

Ada antara kita yang gemar mengumpul barang-barang edisi terhad yang di mana pengeluarannya sangat sedikit dan terhad. Mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk memiliki barangan edisi terhad.

Antara barangan edisi terhad yang menjadi perhatian ramai ialah wang lama yang mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri contohnya wang kertas RM50 yang mempunyai nombor siri ‘0000001’ dengan awalan ‘AA’.

Wang edisi khas yang dikeluarkan pada tahun 2007 itu dikatakan telah dilelong dan kemudian dibeli oleh individu yang tidak dikenali dengan harga RM 708,000. Menurut kenyataan Facebook oleh Trigometric Auctions, selain nombor sirinya yang unik, wang kertas tersebut juga dikeluarkan sebagai peringatan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia.

Dalam catatan lain, Trigometric Auctions mendedahkan nota edisi khas bernombor siri ‘7’ itu dijual kepada seseorang di Singapura, manakala nombor siri ‘9’ dimiliki Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam laporan 2007 oleh The Star, difahamkan bahawa gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyampaikan nota bernombor siri AA0000009 kepada perdana menteri kelima.

“Dengan maklumat terkini yang ada, kita tahu sepuluh nombor teratas semuanya diberikan kepada pegawai tinggi negeri, (seperti) Sultan dan Agong,” tulis Trigometric Auctions dalam catatan yang memaparkan wang kertas peringatan RM50 dengan nombor siri 2.

Dikatakan bahawa edisi khas mempunyai tepi berwarna kuning, manakala edisi lain mempunyai tepi berwarna kelabu.

Menurut pengarah Trigometric Auctions, Hann Boom berkata kebanyakan daripada wang kertas edisi khas ini dibeli oleh pakar numismatis, mungkin sebagai pelaburan.

Menurut Hann lagi, kesemua wang kertas ini dibeli mungkin untuk dijadikan sebagai pelaburan. Mereka mungkin menyimpannya seketika dan menjual semula pada harga lebih tinggi.

Pada lelongan lain minggu lepas, wang kertas $25 Sarawak tahun 1929 dilelong pada harga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual pada harga RM188,800, manakala lelongan hujung minggu telah mencatatkan sejumlah RM8 juta, yang melibatkan kira-kira 700 orang pembeli.

Mengulas lanjut mengenai nota Sarawak, Hann berkata terdapat hanya 15 daripada nota sedemikian di dunia, beberapa daripadanya digredkan oleh firma bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan firma China-Malaysia.

“Kami menghantar syiling atau nota kepada syarikat ini yang akan menilai dan menggredkannya dengan sewajarnya,” kongsinya.

“Harganya juga bergantung pada cara pemilik menyimpannya. Ia disimpan dalam sarung untuk memastikan ia tidak terdedah kepada udara atau apa-apa objek lain yang boleh merosakkan wang kertas tersebut.”

Hann berkata hanya terdapat kira-kira 20 pakar numismatis yang serius dan 600 pengumpul kasual di Malaysia. Beliau berkata pengumpul kasual membeli nota dengan harapan dapat menjualnya kemudian.

“Pasaran Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini kerana peningkatan itu berlaku dari semasa ke semasa. Ia boleh menjadi hobi tetapi akhirnya boleh menjadi sesuatu yang boleh digunakan untuk mengaut keuntungan besar,” katanya lagi.

Kucing nakal ‘berbulu’ tunggu anak tuan lambat buka pintu. “Kerja senang pun tak boleh buat..”

0

Keletah kucing sememangnya menyinari kehidupan kita. Tanpa mereka, pastinya kehidupan kita agak suram.

Ini kerana ada sahaja aksi mereka yang membuatkan kita terhibur, seperti apa yang berlaku pada seorang kanak-kanak ini bersama kucingnya.

Video yang tular berkenaan asalnya dimuat naik di laman TikTok, menunjukkan seekor kucing yang tidak sabar menunggu pintu dibuka kanak-kanak berkenaan.

Pada mulanya, kucing montel itu hanya berdiri di sebelah kanak-kanak itu sambil melihatnya cuba membuka tombol.

Pada saat ke-12, kucing tersebut mula berdiri menggunakan dua kaki belakangnya lantas menepis tangan budak terbabit.

Kemudian kelihatan kucing berkenaan menyentuh tombol pintu itu seakan mahu membukanya. Siap guna kedua-dua belah kaki tau!

Namun kucing tersebut masih gagal untuk membuka pintu terbabit. Gagal pula nampaknya, baru mahu ‘berlagak’ pandai buka pintu depan adik..

Menurut kajian, sesetengah kucing berupaya untuk meniru aksi tuannya di bawah keadaan saintifik yang terkawal. Hebat bukan?

 Jadinya, kucing ini tentu kerap kali melihat tuannya membuka pintu dan mungkin juga dirinya sudah berjaya membuka pintu sendiri sebelum ini. Siapa yang tahu bukan?

Lelaki berpakaian Joker serang penumpang dalam tren di Tokyo, cederakan 17 mangsa

0

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang berkostum watak Joker dalam filem Batman telah menyerang para penumpang kereta api di Tokyo, dalam kejadian yang berlaku pada 31 Oktober.

Serangan berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api paling sibuk di dunia, pada kira-kira jam 8 malam.

Serangan lelaki berkaca mata yang memakai kot berwarna ungu berkemeja hijau terang itu telah mencederakan 17 mangsa ketika ramai penumpang menaiki tren menuju ke pusat bandar untuk meraikan perhimpunan Halloween, menurut laporan media tempatan.

Twitter

Pasukan polis telah berjaya menahan suspek di tempat kejadian berhampiran stesen Kokuryo, yang memegang pisau dapur ketika melakukan serangan ke atas para penumpang.

Seorang lelaki warga emas dalam lingkungan 60-an dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam, manakala tiga mangsa yang lain cedera parah. 

Twitter

Seorang saksi berkata suspek telah menyembur cecair di dalam kereta api dan memulakan kebakaran.

Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan orang awam melarikan diri untuk keluar dari kereta api yang beberapa saat kemudian, kelihatan api menyala. 

Twitter

Satu lagi video menunjukkan para penumpang bergegas dengan terjun keluar dari tingkap kereta api dan menuju ke platform sebaik sahaja tren telah diberhentikan secara kecemasan.

“Saya ingat ia adalah aksi lakonan Halloween,” kata seorang saksi kepada akhbar Yomiuri, sambil mengimbau detik cemas itu apabila dia melihat penumpang lain berlari panik ke arah gerabak dia berada. 

Twitter

“Kemudian, saya melihat seorang lelaki berjalan ke arah sini, dengan perlahan-lahan sambil melambai-lambaikan pisau panjang. Terdapat darah pada pisau itu, katanya.

Satu lagi video di Twitter menunjukkan seorang lelaki berkaca mata berpakaian kot ungu dan kemeja hijau terang, seperti yang dipakai oleh Joker, duduk di dalam kereta api yang telah kosong sambil menghisap rokok dengan kakinya bersilang dan kelihatan tenang.

Twitter

Wajah selambanya boleh dilihat melalui tingkap kereta api itu ketika dia telah dikepung oleh sepasukan polis.

Media tempatan melaporkan suspek memberitahu pihak berkuasa yang dia “mahu membunuh orang supaya dia boleh dijatuhkan hukuman mati”.

Twitter

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, namun serangan menggunakan senjata pisau berprofil tinggi telah beberapa kali berlaku sejak kebelakangan ini.

Tonton video di sini.

Pelanggan kedai yang mahir matematik ada 5 saat untuk ambil apa sahaja secara percuma

0

“Jika kamu dapat jawab soalan ini dengan betul, kamu ada masa 5 saat untuk ambil apa sahaja yang kamu mahu. Sudah bersedia?”, kata pemuda bernama Ahmed Alwan.

Ahmed yang berusia 20 tahun merupakan anak kepada pemilik sebuah kedai, Lucky Candy yang terletak di Bronx, kota New York.

Keluarganya merupakan imigran berketurunan Arab dari Yaman dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Sejak berusia 14 tahun, Ahmed sudah membantu bapanya menguruskan kedai berkenaan.

Oleh yang demikian, dia kenal benar dengan komunitinya dan individu yang sedang dalam kesusahan dan berniat untuk bantu sekadar yang mampu.

Ahmad akan bertanya soalan matematik memandangkan dia amat meminati subjek tersebut. 5×5? Atau 10×9? Atau 5×4 merupakan antara contoh soalan yang ditanya Ahmed kepada pelanggan.

“Bapa saya tidak begitu risau pun kerana apa yang diambil pelanggan akan ditolak pada gaji saya. Buat sahaja, katanya”.

Pelanggan boleh mengambil apa sahaja dalam tempoh masa yang diberikan itu, kecuali kucing kesayangannya, Fluffy.

Dalam satu video, Ahmed bertanya, “10×10-50” dan pelanggannya segera menjawab 50. Ahmed kemudiannya mula mengira “Lima, empat, tiga…”.

Pelanggan tersebut pada ketika itu berguran dan mahu mengambil Fluffy. Ahmed segera berkata, “kucing saya tak boleh”. Sempat berjenaka ya!

Menurut Ahmed, dia hanya mahu menghiburkan pelanggannya sambil membantu mereka. “Saya akan terus melakukan ini – bertanyakan soalan matematik”.

Jika kebahagiaan adalah persamaan (equation) untuk kebaikan dan kemurahan hati, Ahmed ternyata sudah menyelesaikannya J

Elak hidupkan lampu kecemasan, PDRM kongsi 4 tips pemanduan selamat ketika hujan

0

Faktor keselamatan adalah amat penting dalam kehidupan seharian, terutamanya jika kita dalam perjalanan menaiki kenderaan di jalan raya.

Apatah lagi jika keadaan cuaca turut memainkan peranan – hujan lebat, angina kuat dan sebagainya ternyata membuatkan pemanduan lebih mencabar.

Susulan itu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada berkongsi tips untuk kita semua memandu secara selamat ketika musim hujan.

Berikut adalah tipsnya :

#1 Pandu perlahan, kelajuan tidak melebihi 80 kilometer/jam

Jika kelajuan melebihi daripada had terbabit, tayar kenderaan gagal mencengkam permukaan jalan raya menyebabkan kenderaan meluncur ke hadapan.

#2 Jangan terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan

Umum mengetahui bahawa permukaan jalan akan menjadi licin ketika hujan. Oleh itu, jika kenderaan di hadapan anda menekan brek secara tiba-tiba, anda mungkin tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan lalu melanggar mereka.

#3 Jangan hidupkan lampu kecemasan

Ramai juga pengguna yang menghidupkan lampu ini ketika hujan lebat. Namun ianya tidak dibolehkan.

Lampu kecemasan hanya boleh dinyalakan sekiranya kereta anda berhenti di atas jalan raya atas sebab-sebab tertentu – bukannya ketika kereta masih lagi bergerak!

#4 Elakkan memandu di lorong kanan

Memandu di lorong kanan membuatkan kemungkinan air lopak yang dilanggar pemandu bertentangan mengenai cermin hadapan kenderaan anda.

Keadaan ini akan menyebabkan pandangan anda terganggu seketika dan cukup berbahaya jika anda memandu dalam keadaan yang laju.

Kongsikan tips ini bersama insan tersayang. Ingat tips-tips ini jika anda memandu ya!

Pemandu ini rasa telah berjaya dalam perebutan lot parkir yang berakhir dengan rempuhan pengadang

0

Tempat letak kereta di kawasan dan premis yang sesak sentiasa menjadi komoditi yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pemandu kenderaan.

Dalam satu insiden yang berlaku di Singapura ini, pertikaian mendapatkan lot parkir antara dua kenderaan tidaklah berakhir dengan kesudahan yang baik.

Kejadian ini yang telah dirakam oleh dashcam kenderaan salah seorang saksi tempat kejadian, berlaku di tempat letak kereta, menyebabkan pelakunya melanggar kenderaan mangsa sebelum merempuh tembok pengadang di hadapan lot parkir.

Facebook

Dalam video itu, jelas kelihatan sebuah kereta sedang berhenti dan cuba memarkir secara mengundur ke dalam lot parkir yang kosong, sebelum sebuah kereta lain tiba-tiba menaiki laluan berdekatan dan ‘merempit’ masuk ke dalam tempat meletak kereta yang dilihatnya sedang kosong itu.

Tanpa menghiraukan kelibat kenderaan di sebelah kanan yang sedang mengundur, yang dia tahu sebenarnya tetapi boleh buat-buat tidak tahu.

Facebook

Seperti keadilan itu menyebelahi dengan sepantas kilat dalam kes ini, kereta pelaku berakhir dengan merempuh pengadang.

Ini adalah contoh kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya seseorang cuba mencuri tempat letak kereta orang lain, tetapi pemandu Nissan Kicks berwarna oren ini menceritakan kisah sebaliknya.

Facebook

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, pemilik kenderaan ini memberi alasan “semasa mendaki cerun, dia tidak menyedari kenderaan itu sedang mengundur ke dalam lot parkir”.

“Setelah terkena impak, naluri pertamanya adalah untuk menekan pedal brek, tetapi dia memandu Nissan Kicks, yang hanya mempunyai satu ciri pedal pemecut, perlahan dan brek”. Mungkin teknologi e-Pedal Nissan yang dia maksudkan, yang kita orang tak canggih tak tahu.

Facebook

“Dia menjadi panik dengan terus menekan pedal minyak (untuk memecut) menyebabkan ‘kereta canggih’ itu meluncur ke hadapan.”

Mungkin teknologi kereta itu terlalu canggih terlepas tercapai zaman pemandu ini, yang sedikit telah mendahului masa orang lain.

Facebook

Pendek kata, pemandu terbabit ingin mengatakan alasannya yang insiden berlaku bukan atas sebab kesilapan atau kecuaian manusia tetapi masalah teknikal oleh kenderaan berteknologi canggih itu.

Tonton video di sini.