Tempat letak kereta di kawasan dan premis yang sesak sentiasa menjadi komoditi yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pemandu kenderaan.
Dalam satu insiden yang berlaku di Singapura ini, pertikaian mendapatkan lot parkir antara dua kenderaan tidaklah berakhir dengan kesudahan yang baik.
Kejadian ini yang telah dirakam oleh dashcam kenderaan salah seorang saksi tempat kejadian, berlaku di tempat letak kereta, menyebabkan pelakunya melanggar kenderaan mangsa sebelum merempuh tembok pengadang di hadapan lot parkir.
Dalam video itu, jelas kelihatan sebuah kereta sedang berhenti dan cuba memarkir secara mengundur ke dalam lot parkir yang kosong, sebelum sebuah kereta lain tiba-tiba menaiki laluan berdekatan dan ‘merempit’ masuk ke dalam tempat meletak kereta yang dilihatnya sedang kosong itu.
Tanpa menghiraukan kelibat kenderaan di sebelah kanan yang sedang mengundur, yang dia tahu sebenarnya tetapi boleh buat-buat tidak tahu.
Seperti keadilan itu menyebelahi dengan sepantas kilat dalam kes ini, kereta pelaku berakhir dengan merempuh pengadang.
Ini adalah contoh kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya seseorang cuba mencuri tempat letak kereta orang lain, tetapi pemandu Nissan Kicks berwarna oren ini menceritakan kisah sebaliknya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, pemilik kenderaan ini memberi alasan “semasa mendaki cerun, dia tidak menyedari kenderaan itu sedang mengundur ke dalam lot parkir”.
“Setelah terkena impak, naluri pertamanya adalah untuk menekan pedal brek, tetapi dia memandu Nissan Kicks, yang hanya mempunyai satu ciri pedal pemecut, perlahan dan brek”. Mungkin teknologi e-Pedal Nissan yang dia maksudkan, yang kita orang tak canggih tak tahu.
“Dia menjadi panik dengan terus menekan pedal minyak (untuk memecut) menyebabkan ‘kereta canggih’ itu meluncur ke hadapan.”
Mungkin teknologi kereta itu terlalu canggih terlepas tercapai zaman pemandu ini, yang sedikit telah mendahului masa orang lain.
Pendek kata, pemandu terbabit ingin mengatakan alasannya yang insiden berlaku bukan atas sebab kesilapan atau kecuaian manusia tetapi masalah teknikal oleh kenderaan berteknologi canggih itu.
Tonton video di sini.