“Jika kamu dapat jawab soalan ini dengan betul, kamu ada masa 5 saat untuk ambil apa sahaja yang kamu mahu. Sudah bersedia?”, kata pemuda bernama Ahmed Alwan.
Ahmed yang berusia 20 tahun merupakan anak kepada pemilik sebuah kedai, Lucky Candy yang terletak di Bronx, kota New York.
@_itsmedyy_/Instagram
Keluarganya merupakan imigran berketurunan Arab dari Yaman dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Sejak berusia 14 tahun, Ahmed sudah membantu bapanya menguruskan kedai berkenaan.
Oleh yang demikian, dia kenal benar dengan komunitinya dan individu yang sedang dalam kesusahan dan berniat untuk bantu sekadar yang mampu.
Ahmad akan bertanya soalan matematik memandangkan dia amat meminati subjek tersebut. 5×5? Atau 10×9? Atau 5×4 merupakan antara contoh soalan yang ditanya Ahmed kepada pelanggan.
@_itsmedyy_/Instagram
“Bapa saya tidak begitu risau pun kerana apa yang diambil pelanggan akan ditolak pada gaji saya. Buat sahaja, katanya”.
Pelanggan boleh mengambil apa sahaja dalam tempoh masa yang diberikan itu, kecuali kucing kesayangannya, Fluffy.
@_itsmedyy_/Instagram
Dalam satu video, Ahmed bertanya, “10×10-50” dan pelanggannya segera menjawab 50. Ahmed kemudiannya mula mengira “Lima, empat, tiga…”.
Pelanggan tersebut pada ketika itu berguran dan mahu mengambil Fluffy. Ahmed segera berkata, “kucing saya tak boleh”. Sempat berjenaka ya!
@_itsmedyy_/Instagram
Menurut Ahmed, dia hanya mahu menghiburkan pelanggannya sambil membantu mereka. “Saya akan terus melakukan ini – bertanyakan soalan matematik”.
Jika kebahagiaan adalah persamaan (equation) untuk kebaikan dan kemurahan hati, Ahmed ternyata sudah menyelesaikannya J