34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki berpakaian Joker serang penumpang dalam tren di Tokyo, cederakan 17 mangsa

Lelaki berpakaian Joker serang penumpang dalam tren di Tokyo, cederakan 17 mangsa

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang berkostum watak Joker dalam filem Batman telah menyerang para penumpang kereta api di Tokyo, dalam kejadian yang berlaku pada 31 Oktober.

Serangan berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api paling sibuk di dunia, pada kira-kira jam 8 malam.

Serangan lelaki berkaca mata yang memakai kot berwarna ungu berkemeja hijau terang itu telah mencederakan 17 mangsa ketika ramai penumpang menaiki tren menuju ke pusat bandar untuk meraikan perhimpunan Halloween, menurut laporan media tempatan.

Twitter

Pasukan polis telah berjaya menahan suspek di tempat kejadian berhampiran stesen Kokuryo, yang memegang pisau dapur ketika melakukan serangan ke atas para penumpang.

Seorang lelaki warga emas dalam lingkungan 60-an dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam, manakala tiga mangsa yang lain cedera parah. 

Twitter

Seorang saksi berkata suspek telah menyembur cecair di dalam kereta api dan memulakan kebakaran.

Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan orang awam melarikan diri untuk keluar dari kereta api yang beberapa saat kemudian, kelihatan api menyala. 

Twitter

Satu lagi video menunjukkan para penumpang bergegas dengan terjun keluar dari tingkap kereta api dan menuju ke platform sebaik sahaja tren telah diberhentikan secara kecemasan.

“Saya ingat ia adalah aksi lakonan Halloween,” kata seorang saksi kepada akhbar Yomiuri, sambil mengimbau detik cemas itu apabila dia melihat penumpang lain berlari panik ke arah gerabak dia berada. 

Twitter

“Kemudian, saya melihat seorang lelaki berjalan ke arah sini, dengan perlahan-lahan sambil melambai-lambaikan pisau panjang. Terdapat darah pada pisau itu, katanya.

Satu lagi video di Twitter menunjukkan seorang lelaki berkaca mata berpakaian kot ungu dan kemeja hijau terang, seperti yang dipakai oleh Joker, duduk di dalam kereta api yang telah kosong sambil menghisap rokok dengan kakinya bersilang dan kelihatan tenang.

Twitter

Wajah selambanya boleh dilihat melalui tingkap kereta api itu ketika dia telah dikepung oleh sepasukan polis.

Media tempatan melaporkan suspek memberitahu pihak berkuasa yang dia “mahu membunuh orang supaya dia boleh dijatuhkan hukuman mati”.

Twitter

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, namun serangan menggunakan senjata pisau berprofil tinggi telah beberapa kali berlaku sejak kebelakangan ini.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI