29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupBlogger ‘No Money Lah’ kongsi ‘perjuangan’ dialami golongan bawah 30 tahun

Blogger ‘No Money Lah’ kongsi ‘perjuangan’ dialami golongan bawah 30 tahun

Seorang blogger kewangan dan gaya hidup, Yi Xuan baru-baru ini memperincikan ‘perjuangan’ peribadinya yang mungkin turut dihadapi oleh golongan berusia bawah 30 tahun.

Pada 22 November, lelaki berusia 27 tahun itu menyentuh mengenai perjalanan kewangannya dan ia dikongsikan di laman Facebooknya.

“Pada usia sebegini, ibu bapa kita sudah berkahwin dan mendapat anak. Sebaliknya kita pada hari ini masih lagi bergelut untuk menyara diri sendiri”.

“Lupakan niat untuk berkahwin dan membeli rumah sebelum 30 tahun. Saya sudah cukup bersyukur jika saya dapat menyara diri sendiri”.

Yi Xuan kemudian mendedahkan beberapa kesulitan yang dialaminya seiring dengan usianya yang bakal menginjak ke angka 30.

“Untuk sekian lama, saya merasa amat sukar untuk menyatakan ketakutan dan kebimbangan saya dengan kata-kata. Mengapa? Kerana mengikut norma, usia ’30’ adalah satu peristiwa penting dalam kehidupan”.

“Berkahwin. Membeli harta pertama anda. Menjadi stabil dari segi kewangan dan bergaji besar. Mempunyai semua jawapan”.

“Sama ada daripada norma, media sosial atau diri kita sendiri, saya pasti ramai di antara kita yang mempunyai beberapa jangkaan apabila umur beralih ke 30”.

Dia turut mempersoalkan mengapa dirinya masih bujang dan masih ‘tidak memiliki apa-apa pencapaian di dalam hidup sedangkan ramai rakannya sudah berkahwin, membeli rumah dan sebagainya.

“Saya tidak pernah berasa tidak pasti sebelum ini. Bagaimana jika saya memilih laluan kerjaya yang salah? Bagaimana jika saya gagal dalam usaha saya, dan perlu bermula sekali lagi pada atau selepas 30?”.

“Saya berasa marah. Mengapa, selepas meletakkan banyak masa dan usaha dalam kerja saya, saya masih tidak mencapai apa-apa yang signifikan dalam hidup?”.

“Adakah saya kehilangan sesuatu? Berapa banyak lagi yang perlu saya lakukan sebelum keadaan mula memihak kepada saya?”

situasi itu membawa kepada jangkaan bahawa dirinya perlu lakukan lebih lagi untuk mencapai sesuatu namun ia hanya menambahkan kesulitan.

“Keinginan saya untuk melakukan lebih banyak lagi membuatkan saya rasa semakin kurang produktif”.

Kebimbangan ini membuatkan dia berasa seperti dia memerlukan lebih banyak masa dan mempersoalkan bagaimana orang lain mampu menyesuaikan semuanya.

Sesungguhnya, dia menyedari bahawa dia langsung tidak ada jawapan untuk semua persoalan yang bermain di fikirannya dan dia sentiasa mengingatkan diri agar ia berada di bawah kawalannya.

Dalam pada itu, Yi Xuan turut menyenaraikan beberapa tips bagi membolehkan dirinya mengatasi perkara itu, antaranya :

#1 Tentukan maksud ‘menuju 30’ untuk diri sendiri, bukannya untuk ibu bapa, rakan atau orang lain. Hanya diri sendiri. Bagaimana kita melihat diri sendiri di usia 30 tahun.

#2 Kurangkan masa melayari media sosial (kecuali untuk kerja). Cara orang lain menjalani kehidupan mereka tiada kaitannya dengan kita

#3 Berusaha untuk memahami dan mencapai #1

#4 Belajar untuk memaafkan diri. syukuri setiap kemajuan yang dicapai (tidak kira sama ada kecil ataupun besar) dalam ‘perjalanan’ ini.

Yi Xuan kemudian mengakhiri perkongsiannya dengan petikan : “Ingatlah bahawa sebaik sahaja anda memulakan langkah pertama ke dalam kehidupan yang diimpikan, perkara pertama yang menyambut anda adalah ketakutan”.

Pada ketika itu, anda hanya perlu : “Mengangguk dan teruskan berjalan”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI