Lalisa Manoban atau Lisa yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Blackpink diuji positif COVID-19 pada 24 November, dedah syarikat produksi kumpulan itu, YG Entertainment.
Tambah mereka, hasil ujian saringan terhadap tiga lagi anggota Blackpink iaitu Jisoo, Rose dan Jennie pula menunjukkan ianya negatif.
Ujian saringan Lisa dilakukan pada 24 November lalu berikutan jadual beliau untuk sesi rakaman video.
“Kami segera berkongsi maklumat ini dengan pantas dan tepat kepada wakil dan kakitangan, dan kami mengambil langkah pencegahan yang wajar melepasi garis panduan pihak berkuasa kesihatan”.
“Kami tidak berputus asa dan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap kesihatan artis kami dan kakitangan yang berkaitan sebagai keutamaan”.
“Kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan segera jika terdapat sebarang perubahan”, tulis YG Entertainment dalam satu kenyataan.
8FM881/Facebook
Buat masa ini, keadaan Lisa masih baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Difahamkan bahawa keempat-empat anggota Blackpink sudah divaksin sepenuhnya.
Kes jangkitan COVID019 di Korea Selatan melonjak pada masa kini ke paras yang tertinggi pada 24 November setelah negara itu beralih kepada pelan ‘hidup bersama COVID-19’ awal bulan ini.
Pelan itu direncana untuk menarik balik peraturan sekatan dan membuka semula operasi selepas mencapai matlamat vaksinasi pada bulan Oktober.