31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalLelaki ini simpan batu bertahun-tahun dengan harapan berisi emas, tidak menyangka ia...

Lelaki ini simpan batu bertahun-tahun dengan harapan berisi emas, tidak menyangka ia meteoroid lebih bernilai

Pada 2015, David Hole menggunakan alat pengesan logam untuk mencari simpanan mineral di Maryborough Regional Park berhampiran Melbourne, Australia.

David menemui sesuatu yang luar biasa iaitu ketulan batu yang sangat berat dan kemerah-merahan terletak di dalam tanah liat berwarna kuning.

Lelaki ini membawa batu itu pulang dan mencuba pelbagai cara untuk memecahkannya dengan harapan pasti terdapat ketulan emas di dalam batu itu, memandangkan Maryborough berada di wilayah Goldfields, lokasi di mana bermulanya ‘Gold Rush’ Australia yang memuncak pada abad ke-19.

Gambar oleh Melbourne Museum

Untuk memecahkan penemuan itu, David Hole berusaha gigih dengan menggunakan gergaji batu, penggiling sudut batu, gerudi, malahan merendam ‘batu’ itu ke dalam asid. Ketika menggunakan tukul besi, batu itu tidak sedikit pun menjadi retak. Ini kerana apa yang dia berusaha keras untuk membukanya bukanlah untuk menemui ketulan emas. 

Apa yang tidak diketahuinya dalam masa beberapa tahun kemudian, ia rupa-rupanya adalah meteoroid yang jarang ditemui selepas bongkah itu dibawa ke Muzium Melbourne untuk dibuka.

“Ia mempunyai rupa terpahat dan berlesung pipit,” kata ahli geologi Muzium Melbourne Dermot Henry kepada The Sydney Morning Herald.

“Rupa begitu terbentuk apabila ia datang melalui atmosfera, mencair di luar, dan atmosfera mengukirnya,” jelas Dermot Henry.

Selepas 37 tahun bekerja di muzium dan sudah pakar memeriksa beribu-ribu batu, Dermot Henry menjelaskan hanya dua sahaja yang menjadi meteoroid tulen.

Dengan yang ditemui menjadi milik David Hole adalah salah satu daripada yang dua itu.

Gambar oleh Melbourne Museum

“Jika anda melihat batu di Bumi seperti ini, ia tidak sepatutnya seberat itu ketika anda memungutnya,” kata seorang lagi ahli geologi Muzium Melbourne, Bill Birch, kepada The Sydney Morning Herald.

Para penyelidik menerbitkan kertas saintifik yang menerangkan meteoroid berusia 4.6 bilion tahun, yang mereka panggil Maryborough sempena bandar berhampiran lokasi meteoroid yang David temui.

Meteoroid seberat 17 kilogram yang agak besar dan selepas menggunakan gergaji berlian untuk memotongnya menjadi kepingan kecil, mereka mendapati komposisinya mempunyai peratusan besi yang tinggi, menjadikannya konduktor H5 biasa.

Setelah dibuka, kelihatan kilauan kecil mineral metalik yang terhablur seluruhnya, yang dipanggil chondrules.

“Meteoroid menyediakan bentuk penerokaan angkasa lepas yang paling murah. Ia membawa kita kembali ke masa lalu, memberikan petunjuk kepada usia, pembentukan dan kimia Sistem Solar (termasuk Bumi),” jelas Dermot Henry.

Twitter

“Sesetengahnya memberikan gambaran kilas tentang bahagian dalam planet kita. Dalam sesetengah meteoroid, terdapat ‘debu bintang’ yang lebih tua daripada Sistem Solar, yang menunjukkan bagaimana bintang terbentuk dan berkembang untuk mencipta elemen jadual berkala. Meteoroid lain yang jarang ditemui mengandungi molekul organik seperti asid amino, bahan binaan dalam kehidupan,” tambahnya.

Walaupun para penyelidik belum mengetahui dari mana meteoroid itu berasal dan berapa lama ia telah berada di Bumi, mereka membuat beberapa andaian.

“Meteoroid ini berkemungkinan besar keluar dari tali pinggang asteroid antara Marikh dan Musytari, dan ia telah tertolak keluar dari sana oleh beberapa asteroid yang bertembung antara satu sama lain, kemudian suatu hari ia merempuh Bumi,” kata Dermot Henry.

Twitter

Meteoroid telah berada di Bumi antara tempoh 100 dan 1,000 tahun, dan terdapat beberapa penampakan meteor antara tahun 1889 dan 1951 yang mungkin sepadan dengan ketibaannya ke planet ini.

Para penyelidik berpendapat meteoroid Maryborough jauh lebih jarang ditemui berbanding emas, menjadikannya jauh lebih berharga kepada sains. Ia adalah satu daripada hanya 17 meteoroid yang pernah direkodkan di negeri Victoria di Australia, dan ia merupakan jisim ‘chondritic’ kedua terbesar, selepas spesimen 55 kilogram yang dikenal pasti pada tahun 2003.

Kisah penemuan meteoroid ini bukan yang pertama, apabila ia mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke muzium. Dengan cerita yang sangat menakjubkan, ScienceAlert mendedahkan pada tahun 2018, satu batu dari angkasa mengambil masa selama 80 tahun, dengan dua pemilik di Michigan, Amerika Syarikat yang telah menjadikannya sebagai penahan pintu, sebelum akhirnya didedahkan dengan keadaan sebenar dan dinilai dengan harga US$100,000 (RM422,400).

Tonton video di bawah:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI