28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 3, 2025
Utama Blog Laman 235

Ibu dua anak fikir 10 kali beli tepung paling murah, pemuda ini tegur pergi ambil troli dan isi barang diingini untuk dia membayarnya

0

Ketika zaman pandemik dan kemelesetan ekonomi kini, ramai orang yang hidup dalam kesusahan sehingga ada yang terpaksa menahan kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan. 

Bagi sesetengah orang yang memahami, sedikit sumbangan sudah pasti akan memberi kelegaan dan menggembirakan hari golongan yang kurang bernasib baik ini.

Facebook

Seorang ibu bersama dua anaknya berlegar-legar di dalam pasar raya sambil berkira-kira untuk membeli tepung yang paling kecil dan paling murah untuk bekalan makanan mereka di rumah.

Ibu ini tidak membawa troli atau bakul kecil bersamanya kerana rasanya dia hanya mampu untuk membeli tepung yang paling kecil itu.

Facebook

Kebetulan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Kevin memperhatikan ibu bersama dua anaknya ini dan ketika menyapanya, wajah juga mata mereka kelihatan menyedihkan.

“Kenapa puan hanya ambil yang kecil? Kenapa puan tidak membawa troli?” tanya Kevin.

Facebook

“Sebab saya hanya mahu beli yang ini, tidak perlu troli,” jawab ibu ini.

Kevin tahu ibu ini dalam kesusahan dan dia terus berkata kepada anak perempuannya, “Tidak, pergi ambil troli dan isi barang yang puan hendak hari ini, saya bayarkan.”

Facebook

Ibu ini kelihatan terkejut sambil memandang Kevin bagai tidak percaya terdapat orang tidak dikenalli yang mahu membayarkan keperluan asas keluarganya.

“Saya serius, puan isi sahaja troli dan saya bayar semua,” kata Kevin.

Facebook

Kelihatan ibu yang dikenali Leti ini mengesat air mata sambil memegang erat tangan anak lelaki comelnya.

Selepas troli itu tiba bersama anak perempuan Leti, Kevin memasukkan tepung 10 kilogram di dalamnya, daging berkualiti yang mahal, kemudian gula dan susu.

Facebook

“Mana cukup yang kecil, anak-anak puan tidak dapat bertahan kalau ambil yang kecil,” kata Kevin yang pemurah.

Facebook

Tidak cukup dengan itu Kevin menghulurkan sejumlah wang kepada ibu ini untuk dia membelanjakannya membeli barangan keperluan lain.

Facebook

Terpancar wajah kegembiraan ibu ini sambil beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada Kevin.

Facebook

Tuah dan rezeki mereka pada hari itu kerana bertemu pemuda baik hati bernama Kevin. 

Facebook

Tidak rugi melakukan kebaikan kepada orang lain kerana ia sudah pasti menukar hari mereka dan hari anda menjadi lebih baik serta penuh kelapangan di dada. 

Tonton video di sini.

Tular kelibat gajah liar berkeliaran di Kuala Krai, Kelantan

0

Penduduk sekitar Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini digemparkan dengan munculnya gajah liar yang memasuki beberapa perkampungan di sana.

Kelibat seekor gajah liar terbabit kelihatan berkeliaran di Kampung Sungai Sok, Kampung Sungai Sam dan Kampung Laloh dipercayai sejak malam 24 Disember lalu.

Difahamkan bahawa gajah liar berkenaan berkeliaran untuk mencari makan. Menurut seorang penduduk, gajah itu sudah muncul buat 3 malam berturut-turut di kawasan itu pada waktu malam.

Ujarnya, penduduk merasa takut lantas kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk tidak turun menoreh getah.

“Mereka khuatir gajah ada bersembunyi di dalam kebun getah dan terserempak ketika mereka keluar mencari rezeki selepas subuh”, katanya.

Susulan itu, penduduk di perkampungan terbabit juga dilaporkan mula membuat rondaan bagi mengetahui keberadaan gajah itu terutamanya pada waktu malam.

Tambahnya lagi, penduduk sudah pun membuat aduan pada Jabatan Perlindungai Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan dan pihak Perhilitan juga sudah turun ke lokasi.

Walau bagaimanapun, proses menangkap gajah liar terbabit mungkin akan mengambil sedikit masa. “Kami harap tangkapan segera dilakukan demi keselamatan penduduk di sini”, akhirinya.

Tonton video di sini.

‘Youtuber’ cuba uji orang ramai, berlakon buta untuk tahu reaksi bila dirinya terjatuh

0

Pada masa kini, banyak kandungan video berguna disajikan kepada para pengguna media sosial bertujuan untuk memaparkan realiti kehidupan.

Ringkasnya, eksperimen sosial dilakukan bagi mengetahui tingkah laku dan kelakuan individu dalam situasi tertentu serta tindak balas mereka.

Seorang lelaki yang memiliki akaun Youtube, Zfancy ada menghasilkan satu video menunjukkan dirinya berlakon sebagai seorang yang cacat penglihatan.

Di restoran, dia mahu duduk sungguhpun di bawahnya tiada kerusi. Ternyata dia sengaja mahu mengetahui apakah reaksi orang di sekeliling.

Malah dia juga terjatuh menyebabkan beberapa individu di sekitar menghampiri lalu bantu mencapainya untuk bangun.

Individu yang baik hati membantunya turut meletakkan kerusi agar dia dapat benar-benar duduk dengan betul.

Sempat juga dia berlakon seperti mahu meminum peluntur. Tetapi orang di sekelilingnya pantas melarang.

Namun di akhir video kita dapat saksikan lelaki itu akhirnya memberitahu individu-individu yang membantunya itu bahawa dia sebenarnya berlakon sahaja.

Ternyata masih ramai lagi masyarakat yang prihatin di dunia ini. Apa kata kita sama-sama contohi sikap mereka.

Lihatlah video mereka di sini.

Beginilah cara haiwan membuktikan yang mereka sebenarnya kaya dengan cinta dan kasih sayang

0

Ada yang tidak percaya bahawa haiwan juga memiliki hati dan perasaan. Ada yang mengatakan haiwan adalah haiwan, mereka bukan manusia yang dikurniakan akal. Namun, hakikatnya banyak haiwan yang telah membuktikan mereka juga punyai emosi dan perasaan kasih sayang.

Buktinya, ada anjing yang pergi ke kubur tuannya setiap hari kerana rindu. Ada juga kucing yang memeluk telefon bimbit yang ada gambar tuannya yang sudah meninggal dunia. Tidak hanya itu, lihat sahaja ibu-ibu ayam yang memiliki anak kecil, mereka pastinya sangat garang semata-mata mahu melindungi anak-anak mereka.

Haiwan-haiwan di bawah ini turut membuktikan mereka sebenarnya sangat penyayang terhadap sesiapa sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun.

1. Kelsey telah menyelamatkan pemiliknya yang terperangkap dalam angin kuat yang sejuk. Pemiliknya itu telah jatuh tergelincir di atas ais dan lehernya patah. Anjing itu kemudian bersandar padanya, melindunginya daripada terus kedinginan.

2. Burung kakak tua betina kehilangan bulunya, tetapi salah satu burung kakak tua jantan jatuh cinta dengan burung botak ini. Dia melindunginya, memberinya makan, dan bermain dengannya.

3. “Sejak kakak saya mengandung, anjing pit bull miliknya telah menjaganya dengan lebih baik.”

4. “Saya pernah menyelamatkan anak kucing yang menangis di luar, dan kemudian kucing saya memeluknya.”

5. “Anak saya yang berumur 3 tahun menghidap selesema. Dia hanya mahu anjingnya ada bersamanya. Mereka tidur seperti ini selama beberapa jam. Hanmer adalah anjing yang terbaik.”

6. “Siapa kata haiwan itu tiada kasih sayang…”

7. “Ini Daisy dan Luna. Daisy tidak suka menaiki kereta, jadi Luna akan terus menghiburkannya sehingga mereka tertidur. Ia benar-benar menyentuh perasaan.”

8. “Dia fikir kami adalah kawan baik dan dia mengikut saya hampir ke mana-mana sahaja.”

9. Bukti kasih sayang ibu buat anaknya…

10. Tinggal bersama dan terus menjadi kawan baik.

11. Kasih sayang tanpa mengira spesies.

12. Kucing itu mengikut pemiliknya ke gim, kemudian duduk di meja penyambut tetamu dan menunggu pemiliknya selesai bersenaman sebelum membawanya pulang.

13. “Dia akan datang dan memeluk saya pada pukul 5:30 setiap pagi.”

14. “Apabila saya berasa sedih, kucing saya akan memegang tangan saya dan duduk di sisi saya.”

16. Nampaknya mereka sudah berkawan baik sejak kecil lagi…

17. “Anjing saya mula menyusukan anak kucing yang tiada ibu.”

18. Burung ini telah berkawan dengan seekor anjing jalanan yang sering berjalan di jeti. Selepas anjing itu menemui pemilik baru, dia tetap melawat kawan lamanya.

Terima kejutan istimewa daripada anak-anak sempena ulang tahun perkahwinan, pasangan suami isteri ini tidak sangka terima hadiah sebesar itu

0

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Segalanya sanggup dilakukan asalkan anak-anak mendapatkan semua keperluan mereka tanpa kurang sedikit pun.

Sama jugalah dengan anak-anak apabila mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat senyuman pada wajah ibu bapa mereka. Melihat senyum bangga ibu bapa adalah pencapaian paling bernilai buat mereka. Jadi, tidak hairanlah ramai yang cuba sedaya upaya upaya untuk membahagiakan ibu bapa terutama semasa hari tua mereka.

Contoh terbaik seperti yang ditunjukkan oleh anak-anak kepada pasangan suami isteri ini. Pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-37 tahun, anak-anak mereka telah memberikan hadiah yang sangat istimewa iaitu sebuah kereta baharu!

Mereka pastinya tidak sangka akan menerima hadiah semahal itu. Pasangan bertuah itu sangat terkejut dan seolah-olah tidak percaya apabila melihat ada kunci kereta di dalam kotak hadiah. Rupa-rupanya ana-anak mereka sepakat untuk membelikan kereta baharu kerana kereta miliknya si ayah selalu rosak dan memakan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Jadi, sempena ulang tahun perkahwinan itu mereka menghadiahkan sebuah kereta baharu. Air mata bahagia sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila kedua-duanya menangis terharu.

Hadiah tersebut pastinya sangat istimewa bukan kerana harganya tetapi kerana nilainya. Apa yang paling penting ia adalah hadiah ikhlas daripada anak-anak sendiri.

Tonton video di sini.

Anak kecil mengamuk dan sepahkan katil, ibu kucing ini sempat marahkan anak sebelum merapikan semula cadar dan selimut

0

Anak kecil memang banyak ragamnya. Kalau boleh semua kehendak mereka perlu dituruti. Bayangkan kalau mainan atau makanan manis yang mereka mahu tidak dibelikan oleh ibu bapa mereka, pasti sudah berguling-guling di atas lantai kedai.

Nampaknya bukan hanya anak kecil anda yang suka mengamuk dengan tantrum mereka bahkan anak kucing comel ini juga melakukan perkara yang sama. Tidak pasti apa yang dia marahkan, habis selimut dan cadar katil disepahkannya. Sepertinya dia geram dengan sesuatu sehingga dia mengamuk seperti itu.

Tidak lama selepas itu muncul ibunya dan terus memarahinya. Entah apa yang dibebelkan oleh ibunya itu, kelihatan si ibu kucing marah dengan anaknya yang menyepahkan katil tersebut.

Apa yang paling comel ibu kucing pandai pula mengemas katil yang bersepah itu. Lihat sahaja cara profesionalnya mengemas, siap boleh tarik selimut dan cadar untuk dirapikan.

Inilah buktinya semua ibu memang perlu mengemas lebih-lebih lagi jika anak kecil mereka yang membuat huru-hara.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Digelakkan orang ramai kerana bina rumah rakit atas darat, siapa sangka banjir kali ini mereka dapat selamatkan pekakas rumah berharga

0

Jika di bahagian pantai timur mereka mungkin sudah biasa dengan banjir yang berlaku saban tahun. Ramai yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan itu. Namun, tanpa disangka-sangka tahun ini banjir bukan sahaja melanda negeri-negeri di pantai timur malah bencana alam itu terjadi di negeri-negeri lain.

Ramai antara mereka yang berpengalaman berhadapan banjir sudah bersedia untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting. Namun, lain pula bagi sebuah keluarga ini apabila mereka membina rumah rakit untuk persediaan jika banjir berlaku lagi.

Menurut seorang pengguna Facebook, Aziela Baharudin, rumah rakit tersebut telah dibina oleh abangnya. Hal ini kerana mereka pernah dua kali berhadapan dengan banjir sebelum ini dan mereka perlu menyelamatkan pelabagai barangan rumah dan bengkel setiap kali bencana seperti itu berlaku.

Jadi, untuk mengelakkan semua itu berlaku lagi, mereka yang tinggal di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis itu telah memulakan projek membuat rumah rakit sejak Mei lalu. Ramai orang yang melihat usaha itu hanya tergelak tetapi tidak langsung dihiraukan mereka.

Akhirnya, banjir besar berlaku sekali lagi dan kali ini mereka sekeluarga berjaya menyelamatkan barangan rumah. Ketika banjir terjadi mereka meletakkan kesemua barangan rumah di atas rumah rakit dan mereka bersyukur kerana semuanya elok sahaja terapung di atas rumah rakit yang dibina.

Suatu ketika dahulu ada yang hanya gelak menyindir, tetapi kini terbukti usaha mereka bukan sesuatu yang sia-sia dan idea kreatif itu mampu menyelamatkan pekakas rumah yang berharga.

Tidak hanya miliki pokok bunga malah pasangan ini telah tanam lebih daripada 450 jenis tumbuhan di teres rumah

0

Ramai antara kita yang suka berkebun di sekitar rumah. Ada yang menanam pokok bunga, ada yang suka menanam pokok sayur yang renek dan buat mereka yang mempunyai laman yang luas semestinya lebih banyak jenis pokok yang mereka tanam.

Pasangan bahagia, Jayanti Sahu, 53, dan suaminya, Chittaranjan, 60, nampaknya mempunyai semangat berkebun yang luar biasa apabila mereka berjaya menanam sekitar 450 jenis pokok di sekitar rumah mereka. Ya, percaya atau tidak mereka gigih menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan, sayur-sayuran serta ratusan pokok bunga.

Jayanti memberitahu bahawa dia sudah mula bercucuk tanam lebih daripada 25 tahun lalu. Apa yang menariknya, walaupun pokok yang ditanam adalah sangat banyak, dia tetap boleh mengingati setiap pasu dan pokok miliknya. Dia ingat bila dia menanam setiap jenis pokoknya dan dia juga ingat di mana dia mendapatkan pokok tersebut.

Setelah memenangi beberapa anugerah untuk tanamannya selama bertahun-tahun daripada Persatuan Pencinta Tumbuhan, Bhubaneswar dan NALCO, Jayanti memutuskan untuk tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan tumbuhan.

Katanya dia sudah berpuas hati dengan kemenangannya selama ini dan dia mahu memberi peluang kepada penanam lain pula. Kini, apa yang dia mahukan ialah untuk meluangkan masa dengan pokok-pokoknya.

Menurut Jayanti, semangat berkebun diperolehi daripada bapanya sendiri. Menurutnya, bapanya pernah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan buat dinikmati oleh keluarga mereka. “Saya melihat dia menghabiskan masa berjam-jam menjaga pokok. Saya gembira kerana memiliki bakat semula jadi untuk bercucuk tanam daripada bapa saya,” katanya.

Sehingga Mac 2020, teres milik pasangan itu sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan bermusim. Ketika berhadapan dengan ‘lockdown’ akibat Covid-19, Jayanti memutuskan untuk menanam lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Memandangkan mereka sekeluarga terpaksa duduk di rumah dan sukar untuk ke luar dia memutuskan untuk menanam lebih banyak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang digemari oleh keluarganya. Antara pokok yang banyak ditanam ialah bendi, tomato, terung, timun, labu, bayam dan lobak.

Dia juga mengatakan bahawa ketika musim sejuk, bilangan tumbuhan berbunga menjadi semakin banyak. Antara pokok bunga yang ditanam ialah lily, teratai, orkid, bunga markisa, mawar, melati, Brahma Kamal, marigold dan 10 jenis bougainvillea.

Menanam pokok berbuah di teres merupakan satu cabaran pada mulanya, tetapi Chittaranjan menemui cara untuk mengatasinya. Menurut Jayanti mereka bimbang jika lantai teres tidak dapat menampung berat tanaman berbuah.

Jadi, untuk mengatasinya, mereka meletakkan campuran tanah, kompos, sabut kelapa dan daun kering dalam bekas plastik besar dan mula menggunakan bekas tersebut untuk penanaman. Ini mengurangkan berat beban di teres.

Pasangan itu kini menanam jambu, mangga, ciku, limau, dan betik. “Tumbuhan ciku kami menghasilkan buah-buahan yang sangat manis yang dinikmati oleh semua orang di rumah,” kata Jayanti.

Menurutnya lagi, dia biasanya akan menghabiskan hampir dua jam pada setiap pagi, dan hampir satu setengah jam setiap petang di teresnya. Anak-anaknya pula sentiasa faham dan tidak pernah menganggunya.

Dia juga tidak pernah mengupah sesiapa pun untuk membantunya mengurus tanamannya kerana dia mahu melakukan semuanya sendiri. Dia bahkan beraa gembira kerana dapat melihat pokok-pokoknya tumbuh segar di depan mata.

“Bekerja di atas teres juga merupakan cara terbaik untuk saya dan suami mendapatkan senaman yang kami perlukan,” tambahnya lagi.

Terperangkap dalam rumah ketika banjir, mujur ada jiran Myanmar yang sanggup berenang belikan makanan dan pinjamkan dapur

0

Saban hari banyak kisah yang kita dengar daripada mangsa banjir. Ramai yang menceritakan pengalaman berhadapan saat-saat mencemaskan ketika banjir terjadi. Ada juga yang berkongsi cerita diselamatkan dan ramai juga yang menceritakan kisah mereka dibantu oleh orang ramai atau individu yang tidak kenali.

Seorang netizen Twitter bernama Atiqah baru-baru ini turut berkongsi pengalamannya dibantu oleh jiran warga asing ketika terperangkap semasa banjir di Taman Sri Muda.

Menurut Atiqah semua video itu dirakam pada 19 Disember lalu. Ketika kejadian itu, dia dan empat orang rakannya terkandas di tingkat 2 rumah kawannya, Farahin.

Pada masa itu, mereka mula kelaparan, jadi mereka memutuskan untuk mengibarkan bendera putih. Tindakan mereka dilihat oleh jiran hadapan rumah yang berwarganegara Myanmar. Mereka terus berenang dan bertanya sama ada mereka mahukan mi segera dan mereka akan berenang untuk membelinya.

Selepas jiran Myanmar itu pulang dari kedai, dua orang daripada mereka terus berenang ke arah balkoni rumah dan memberi mereka beberapa bungkus roti dan kek.

Walaupun mereka cuba menolak pemberian itu kerana mereka sudah makan tetapi warga asing itu tetap mahu memberikan makanan tersebut supaya mereka yang terperangkap di rumah itu tidak kelaparan.

Bantuan mereka tidak terhenti di situ, jiran Myanmar itu turut meminjamkan dapur supaya mereka boleh memasak. Mujur ketika itu mereka sempat menyelamatkan tong gas dan membawanya naik ke tingkat atas rumah.

Ketika berenang untuk memberikan dapur, ada bahagian dapur yang terjatuh dan salah seorang daripada warga Myanmar itu sanggup berenang semula untuk mencari bahagian dapur yang terjatuh itu.

Mereka terperangkap di situ selama lebih 24 jam dan hanya diselamatkan kira-kira pada jam 11 malam, Ahad, 19 Disember.

Penyelidik Hong Kong: Dos penggalak Pfizer-BioNTech lebih berkesan berbanding Sinovac

0

Penyelidik dari Hong Kong dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa tiga dos vaksin Sinovac CoronaVac COVID-19 tidak menghasilkan tahap antibodi yang mencukupi untuk melawan varian Omicron.

Analisis mereka mendedahkan bahawa vaksin penggalak Pfizer-BioNTech lebih berkesan tidak kira kepada mereka yang menerima vaksin Pfizer mahupun Sinovac sebelum ini. Dos ketiga Pfizer-BioNTech dikatakan mampu memberikan “tahap perlindungan” antibodi malawan varian Omicron.

Pfizer (PFE.N) dan rakan kongsi Jermannya, BioNTech berkata bahawa dos ketiga mereka dapat meneutralkan varian baharu Omicron dalam ujian makmal.

Kajian terbaru itu dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Hong Kong dan Universiti China Hong Kong yang dibiayai oleh Dana Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan dan Kerajaan Hong Kong.

Kenyataan itu tidak mendedahkan jumlah sampel yang digunakan dalam analisis. Pihak Sinovac walau bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai kenyataan tersebut.

Sinovac CoronaVac dan vaksin BBIBP-CorV Sinopharm milik kerajaan China ialah dua vaksin yang paling banyak digunakan di negara itu dan merupakan vaksin COVID-19 terbanyak yang dieksport oleh negara itu. Syarikat Sinopharm pula memiliki vaksin kedua paling banyak digunakan di China.

Hong Kong telah menggunakan kedua-dua jenis vaksin, Sinovac dan Pfizer-BioNTech. Namun, mereka yang berumur antara 12-17 hanya dibenarkan untuk menerima vaksin BioNTech.