Penduduk sekitar Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini digemparkan dengan munculnya gajah liar yang memasuki beberapa perkampungan di sana.
Kelibat seekor gajah liar terbabit kelihatan berkeliaran di Kampung Sungai Sok, Kampung Sungai Sam dan Kampung Laloh dipercayai sejak malam 24 Disember lalu.
Rantau Panjang Post/Facebook
Difahamkan bahawa gajah liar berkenaan berkeliaran untuk mencari makan. Menurut seorang penduduk, gajah itu sudah muncul buat 3 malam berturut-turut di kawasan itu pada waktu malam.
Ujarnya, penduduk merasa takut lantas kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk tidak turun menoreh getah.
Rantau Panjang Post/Facebook
“Mereka khuatir gajah ada bersembunyi di dalam kebun getah dan terserempak ketika mereka keluar mencari rezeki selepas subuh”, katanya.
Susulan itu, penduduk di perkampungan terbabit juga dilaporkan mula membuat rondaan bagi mengetahui keberadaan gajah itu terutamanya pada waktu malam.
Tambahnya lagi, penduduk sudah pun membuat aduan pada Jabatan Perlindungai Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan dan pihak Perhilitan juga sudah turun ke lokasi.
Walau bagaimanapun, proses menangkap gajah liar terbabit mungkin akan mengambil sedikit masa. “Kami harap tangkapan segera dilakukan demi keselamatan penduduk di sini”, akhirinya.
Tonton video di sini.