Jika di bahagian pantai timur mereka mungkin sudah biasa dengan banjir yang berlaku saban tahun. Ramai yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan itu. Namun, tanpa disangka-sangka tahun ini banjir bukan sahaja melanda negeri-negeri di pantai timur malah bencana alam itu terjadi di negeri-negeri lain.
Ramai antara mereka yang berpengalaman berhadapan banjir sudah bersedia untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting. Namun, lain pula bagi sebuah keluarga ini apabila mereka membina rumah rakit untuk persediaan jika banjir berlaku lagi.
Menurut seorang pengguna Facebook, Aziela Baharudin, rumah rakit tersebut telah dibina oleh abangnya. Hal ini kerana mereka pernah dua kali berhadapan dengan banjir sebelum ini dan mereka perlu menyelamatkan pelabagai barangan rumah dan bengkel setiap kali bencana seperti itu berlaku.
Jadi, untuk mengelakkan semua itu berlaku lagi, mereka yang tinggal di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis itu telah memulakan projek membuat rumah rakit sejak Mei lalu. Ramai orang yang melihat usaha itu hanya tergelak tetapi tidak langsung dihiraukan mereka.
Akhirnya, banjir besar berlaku sekali lagi dan kali ini mereka sekeluarga berjaya menyelamatkan barangan rumah. Ketika banjir terjadi mereka meletakkan kesemua barangan rumah di atas rumah rakit dan mereka bersyukur kerana semuanya elok sahaja terapung di atas rumah rakit yang dibina.
Suatu ketika dahulu ada yang hanya gelak menyindir, tetapi kini terbukti usaha mereka bukan sesuatu yang sia-sia dan idea kreatif itu mampu menyelamatkan pekakas rumah yang berharga.
Ramai antara kita yang suka berkebun di sekitar rumah. Ada yang menanam pokok bunga, ada yang suka menanam pokok sayur yang renek dan buat mereka yang mempunyai laman yang luas semestinya lebih banyak jenis pokok yang mereka tanam.
Pasangan bahagia, Jayanti Sahu, 53, dan suaminya, Chittaranjan, 60, nampaknya mempunyai semangat berkebun yang luar biasa apabila mereka berjaya menanam sekitar 450 jenis pokok di sekitar rumah mereka. Ya, percaya atau tidak mereka gigih menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan, sayur-sayuran serta ratusan pokok bunga.
Jayanti memberitahu bahawa dia sudah mula bercucuk tanam lebih daripada 25 tahun lalu. Apa yang menariknya, walaupun pokok yang ditanam adalah sangat banyak, dia tetap boleh mengingati setiap pasu dan pokok miliknya. Dia ingat bila dia menanam setiap jenis pokoknya dan dia juga ingat di mana dia mendapatkan pokok tersebut.
Setelah memenangi beberapa anugerah untuk tanamannya selama bertahun-tahun daripada Persatuan Pencinta Tumbuhan, Bhubaneswar dan NALCO, Jayanti memutuskan untuk tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan tumbuhan.
Katanya dia sudah berpuas hati dengan kemenangannya selama ini dan dia mahu memberi peluang kepada penanam lain pula. Kini, apa yang dia mahukan ialah untuk meluangkan masa dengan pokok-pokoknya.
Menurut Jayanti, semangat berkebun diperolehi daripada bapanya sendiri. Menurutnya, bapanya pernah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan buat dinikmati oleh keluarga mereka. “Saya melihat dia menghabiskan masa berjam-jam menjaga pokok. Saya gembira kerana memiliki bakat semula jadi untuk bercucuk tanam daripada bapa saya,” katanya.
Sehingga Mac 2020, teres milik pasangan itu sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan bermusim. Ketika berhadapan dengan ‘lockdown’ akibat Covid-19, Jayanti memutuskan untuk menanam lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Memandangkan mereka sekeluarga terpaksa duduk di rumah dan sukar untuk ke luar dia memutuskan untuk menanam lebih banyak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang digemari oleh keluarganya. Antara pokok yang banyak ditanam ialah bendi, tomato, terung, timun, labu, bayam dan lobak.
Dia juga mengatakan bahawa ketika musim sejuk, bilangan tumbuhan berbunga menjadi semakin banyak. Antara pokok bunga yang ditanam ialah lily, teratai, orkid, bunga markisa, mawar, melati, Brahma Kamal, marigold dan 10 jenis bougainvillea.
Menanam pokok berbuah di teres merupakan satu cabaran pada mulanya, tetapi Chittaranjan menemui cara untuk mengatasinya. Menurut Jayanti mereka bimbang jika lantai teres tidak dapat menampung berat tanaman berbuah.
Jadi, untuk mengatasinya, mereka meletakkan campuran tanah, kompos, sabut kelapa dan daun kering dalam bekas plastik besar dan mula menggunakan bekas tersebut untuk penanaman. Ini mengurangkan berat beban di teres.
Pasangan itu kini menanam jambu, mangga, ciku, limau, dan betik. “Tumbuhan ciku kami menghasilkan buah-buahan yang sangat manis yang dinikmati oleh semua orang di rumah,” kata Jayanti.
Menurutnya lagi, dia biasanya akan menghabiskan hampir dua jam pada setiap pagi, dan hampir satu setengah jam setiap petang di teresnya. Anak-anaknya pula sentiasa faham dan tidak pernah menganggunya.
Dia juga tidak pernah mengupah sesiapa pun untuk membantunya mengurus tanamannya kerana dia mahu melakukan semuanya sendiri. Dia bahkan beraa gembira kerana dapat melihat pokok-pokoknya tumbuh segar di depan mata.
“Bekerja di atas teres juga merupakan cara terbaik untuk saya dan suami mendapatkan senaman yang kami perlukan,” tambahnya lagi.
Saban hari banyak kisah yang kita dengar daripada mangsa banjir. Ramai yang menceritakan pengalaman berhadapan saat-saat mencemaskan ketika banjir terjadi. Ada juga yang berkongsi cerita diselamatkan dan ramai juga yang menceritakan kisah mereka dibantu oleh orang ramai atau individu yang tidak kenali.
Seorang netizen Twitter bernama Atiqah baru-baru ini turut berkongsi pengalamannya dibantu oleh jiran warga asing ketika terperangkap semasa banjir di Taman Sri Muda.
Menurut Atiqah semua video itu dirakam pada 19 Disember lalu. Ketika kejadian itu, dia dan empat orang rakannya terkandas di tingkat 2 rumah kawannya, Farahin.
Pada masa itu, mereka mula kelaparan, jadi mereka memutuskan untuk mengibarkan bendera putih. Tindakan mereka dilihat oleh jiran hadapan rumah yang berwarganegara Myanmar. Mereka terus berenang dan bertanya sama ada mereka mahukan mi segera dan mereka akan berenang untuk membelinya.
Selepas jiran Myanmar itu pulang dari kedai, dua orang daripada mereka terus berenang ke arah balkoni rumah dan memberi mereka beberapa bungkus roti dan kek.
Walaupun mereka cuba menolak pemberian itu kerana mereka sudah makan tetapi warga asing itu tetap mahu memberikan makanan tersebut supaya mereka yang terperangkap di rumah itu tidak kelaparan.
Bantuan mereka tidak terhenti di situ, jiran Myanmar itu turut meminjamkan dapur supaya mereka boleh memasak. Mujur ketika itu mereka sempat menyelamatkan tong gas dan membawanya naik ke tingkat atas rumah.
Ketika berenang untuk memberikan dapur, ada bahagian dapur yang terjatuh dan salah seorang daripada warga Myanmar itu sanggup berenang semula untuk mencari bahagian dapur yang terjatuh itu.
Mereka terperangkap di situ selama lebih 24 jam dan hanya diselamatkan kira-kira pada jam 11 malam, Ahad, 19 Disember.
Waktu tersangkut di tingkat 2 ghomah di Sri Muda, kami melangut kelaparan. Bantuan makanan mungkin tak sampei ke kami. Kami putuihkan untuk kibo bendera putih. Jiran warga Myanmar depan kami tanya nak mi segera tak, deme nak beli dengan berenang terus.
Penyelidik dari Hong Kong dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa tiga dos vaksin Sinovac CoronaVac COVID-19 tidak menghasilkan tahap antibodi yang mencukupi untuk melawan varian Omicron.
Analisis mereka mendedahkan bahawa vaksin penggalak Pfizer-BioNTech lebih berkesan tidak kira kepada mereka yang menerima vaksin Pfizer mahupun Sinovac sebelum ini. Dos ketiga Pfizer-BioNTech dikatakan mampu memberikan “tahap perlindungan” antibodi malawan varian Omicron.
Pfizer (PFE.N) dan rakan kongsi Jermannya, BioNTech berkata bahawa dos ketiga mereka dapat meneutralkan varian baharu Omicron dalam ujian makmal.
Kajian terbaru itu dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Hong Kong dan Universiti China Hong Kong yang dibiayai oleh Dana Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan dan Kerajaan Hong Kong.
Kenyataan itu tidak mendedahkan jumlah sampel yang digunakan dalam analisis. Pihak Sinovac walau bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai kenyataan tersebut.
Sinovac CoronaVac dan vaksin BBIBP-CorV Sinopharm milik kerajaan China ialah dua vaksin yang paling banyak digunakan di negara itu dan merupakan vaksin COVID-19 terbanyak yang dieksport oleh negara itu. Syarikat Sinopharm pula memiliki vaksin kedua paling banyak digunakan di China.
Hong Kong telah menggunakan kedua-dua jenis vaksin, Sinovac dan Pfizer-BioNTech. Namun, mereka yang berumur antara 12-17 hanya dibenarkan untuk menerima vaksin BioNTech.
Keluar memancing satu hobi yang memerlukan kemahiran, ilmu dan penuh kesabaran.
Kadangkala duduk termenung menunggu ikan memakan umpan, namun tiada apa pun yang berhasil dan pemancing pulanglah berputih mata dengan tangan kosong.
Bertuah buat si kecil ini ketika sedang bermain-main dengan kailnya di dalam lubang ais, seekor ikan besar telah memakan umpan dan dia sangat terkejut!
Si comel Drayden Nelson berusia enam tahun tidak menyangka mendapat ikan besar ketika keluar memancing bersama keluarganya di tasik beku yang terletak di Kotzebue, Alaska.
Berbekalkan pancing tali ringkas bersama kail dan umpan, Drayden tersentap dan terlopong seketika apabila mendapati seekor ikan telah memakan umpannya.
Drayden tersenyum begitu bangga dan kagum melihat betapa besar ikan putih itu yang sama tinggi dengannya. Berjaya menangkap keluar ‘sheefish’ berukuran 46 inci (117 sentimeter) panjang.
Apabila bencana puting beliung melanda Kentucky, sebuah keluarga amat gembira kerana membuat pelaburan membina tempat perlindungan bawah tanah lebih 10 tahun yang lalu.
Sebuah keluarga di Bremen, Kentucky amat bersyukur dapat membina tempat perlindungan ribut dan puting beliung yang telah menyelamatkan nyawa mereka, walaupun ia tidak pernah digunakan sejak lebih 10 tahun yang lalu.
Ketika puting beliung sedang menuju ke arah kediaman keluarga ini, rumah itu tidak mempunyai ruang bawah tanah atau apa-apa tempat perlindungan di bawah tanah di mana mereka boleh bersembunyi dengan selamat.
Tetapi bersebelahan rumah itu terdapat tempat perlindungan ribut dan puting beliung yang kecil sedalam 10 kaki dan 12 kaki lebar yang mereka bina lebih sedekad lalu.
Ayah tiri Gage, Justin Pointer, mengarahkan kesemua lapan ahli keluarganya bersama dua anjing mereka bergegas ke tempat perlindungan kecil itu sehingga puting beliung selesai melintasi rumah dan kawasan kejiranan mereka.
“Ia mula menggegarkan pintunya dengan kuat dan teruk, sehingga kami terpaksa menahannya,” imbas Justin ketika bencana alam itu berlaku.
Bapa Justin membina tempat perlindungan ribut pasang siap itu kira-kira lebih sedekad yang lalu.
Mereka tidak ingat berapa kos untuk membinanya tetapi yang penting sekarang ialah kesemua ahli keluarga telah terselamat selepas dapat berlindung di dalamnya.
Kentucky mengalami bencana puting beliung terburuk yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa, menyaksikan Mayfield antara bandar yang paling teruk terjejas. Bandar itu kini kelihatan seperti bandar hantu, juga seperti sisa peringatan medan perang.
“Infrastruktur kami rosak teruk. Kami tidak mempunyai air yang mengalir. Menara air kami telah hilang. Pengurusan air sisa kami telah hilang, dan tiada gas asli ke bandar. Jadi kami tiada apa-apa untuk bergantung di sini. Hanya semata-mata untuk kelangsungan hidup pada ketika ini untuk kami,” kata Datuk Bandar Mayfield Kathy Stewart O’Nan.
Mereka boleh dan akan membina semula. Walaupun ia akan mengambil masa dan sentiasa bertabah untuk keseluruhan komuniti kembali.
Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan kejadian bencana banjir yang teruk dalam tempoh beberapa tahun ini.
Menurut laporan, hujan lebat pada 18 Disember lalu di Lembah Klang menyamai dengan jumlah taburan purata hujan untuk tempoh sebulan.
Dan ianya juga diumpamakan sebagai satu fenomena yang hanya berlaku setiap 100 tahun sekali.
Tentunya terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur (JPS KL), antara puncanya adalah tabiat membuang sampah merata-rata.
“Salah satu daripada punca berlaku banjir kilat ialah masalah pencemaran longkang seperti sampah di dalam longkang”.
“Banjir yang berlaku pada 18 Disember menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPS KL”.
Tambah pihak JPS KL lagi, sampah yang dibuang sesuka hati oleh sesetengah individu seterusnya akan memasuki longkang dan sungai, sekaligus menjadi faktor berlakunya banjir kilat.
Hujung minggu lalu merupakan hari yang tersangat mencabar buat kebanyakan rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang terkesan dengan musibah banjir besar yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.
Pada hari Sabtu lalu, banyak jalan telah ditutup di Shah Alam ekoran ditenggelami air bah, mengakibatkan ramai orang awam yang terkandas sama ada untuk berpindah dan bergerak ke lokasi lain selain ketibaan bantuan kecemasan yang amat lewat untuk mereka yang terjejas.
Situasi itu amat mencemaskan dan menjadi trauma buat para mangsa yang berada di lokasi bencana, sekiranya mereka tidak bernasib baik. Namun satu kelegaan buat Andi Harliza apabila suami tercinta telah datang menyelamatkannya untuk pulang ke rumah walaupun dengan terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer.
“Phone tak ada bateri, menangis sorang-sorang di bus stop, tiba-tiba nampak suami datang,” Andi menceritakan detik itu di akaun TikTok miliknya.
Sebelum suaminya datang, Andi Harliza telah terkandas di dalam hujan lebat dan terpaksa berteduh di sebuah perhentian bas di TTDI Seksyen 13, Shah Alam.
Nasib Andi pula kurang baik apabila telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan powerbank tidak dibawa ketika itu.
Semasa sedang menangis, keliru dan panik tidak tahu hendak buat macam mana sambil duduk di hentian bas itu, tiba-tiba suami Andi muncul dengan berjalan kaki ke arahnya.
Rupa-rupanya suami Andi memang telah mula berjalan kaki sejak kali terakhir mereka dapat berhubung dan kemudian terputus hubungan sebab tersangat risau. Pantas sahaja dia telah bergerak mencari dengan berjalan kaki sejauh 20 kilometer.
“Rupanya dia memang jalan kaki 20 km cari saya yang lost contact… I love you suami!” kata Andi.
Selepas semuanya selamat, pasangan ini telah singgah sebentar di stesen minyak di seberang jalan dari hentian bas itu untuk ke tandas dan mengisi perut yang lapar, sebelum berjalan kaki semula sejauh 20 kilometer untuk pulang ke rumah mereka di Seksyen 11, Shah Alam.
Dalam perjalanan pulang itu, mereka turut menyampaikan informasi tentang keadaan jalan yang dinaiki air kepada para pengguna jalan raya lain yang terkandas dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk.
Selain kagum dengan ketabahan dan kesabaran pasangan suami isteri ini yang sanggup berjalan kaki meredah banjir sejauh 20 kilometer pergi dan balik sehingga akhirnya selamat sampai ke rumah.
Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata bahawa pihak kerajaan akan menyumbangkan sebanyak USD60,000 (RM253,000) bagi menyokong Palang Merah Singapura (SRC) dalam usaha bantuan dan menyelamat di Malaysia dan Filipina.
“Banjir di Malaysia dan taufan Rai di Filipina telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda, selain mengakibatkan penderitaan ramai orang”, memetik kenyataan itu.
Menurut laporan media tempatan, sumbangan oleh kerajaan Singapura itu adalah sebagai tambahan kepada USD50,000 (RM211,000) yang disumbangkan SRC kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina.
“Sebagai sahabat dan anggota bersama dalam ASEAN, Singapura bersama-sama dengan Malaysia serta Filipina dalam masa yang sukar ini”.
Wang sumbangan tersebut difahamkan akan digunakan badan-badan pertolongan kecemasan dan untuk agihan barangan seperti khemah, makanan dan selimut di pusat-pusat pemindahan.