Kejadian bencana banjir menyaksikan kebanyakan penduduk di kawasan terjejas terkesan namun keprihatinan rakyat Malaysia yang pemurah sedikit sebanyak menceriakan hari mereka.
Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah seorang penjual pau yang pemurah.
Penjual itu menurutnya muncul secara tiba-tiba membawa van dan kemudian meletakkan vannya di sebelah khemah pusat pengumpulan bantuan banjir.
Kuan Chee Heng/Facebook
Individu itu kemudian memanggil semua sukarelawan untuk makan pau secara percuma. “Uncle, you buat saya nangis lah”, tulis Uncle Kentang.
Kata Uncle Kentang, individu terbabit membawa vannya penuh dengan pau untuk menjamu semua makan dan sedekah kepada sesiapa yang lapar.
“Inilah Malaysia. I tak tahu nama dia. Tanya nama dia hanya senyum dan tak kasi. Jadi I namakan dia Uncle Senyum Pau..”, tulis Uncle Kentang di akaun Facebooknya.
“Inilah Malaysia yang hebat dan gagah. Bestnya hidup dalam Malaysia. Kita bersatu padu, yang nak melalak perkauman, kita biar mereka hanyut..”, akhirinya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai komen daripada pengguna, antaranya :
Kuan Chee Heng/Facebook
Semoga kesatupaduan rakyat Malaysia ini berkekalan sehingga bila-bila hendaknya~