32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 10, 2026
Utama Blog Laman 232

Peniaga yang guna paku, dawai kokot untuk bungkus makanan boleh didakwa

0

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai penggunaan paku dan dawai kokot pada pembungkusan makanan yang dijual oleh segelintir peniaga.

Penggunaan bahan seperti itu adalah sama sekali tidak sesuai dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius jika termasuk ke dalam makanan, apatah lagi jika ditelan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyedari bahawa penggunaan itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

Ujarnya, Peraturan 37(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan itu.

Menerusi Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan adalah bebas daripada pencemaran termasuklah bahan seperti paku yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

Tambahnya, mana-mana peniaga makanan yang didapati menggunakan paku, dawai kokot atau bahan berbahaya seumpamanya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan itu ditemui dalam makanan”.

Malah katanya lagi, peniaga mempunyai pelbagai kaedah pembungkusan yang terbukti selamat dan berkesan untuk membungkus makanan dengan baik.

Justeru, penggunaan paku, dawai kokot atau bahan berbahaya lain pada pembungkusan makanan menurutnya tidak sepatutnya berlaku.

Dr Noor Hisham juga menasihati ibu bapa untuk memeriksa makanan yang diberikan kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum makan.

“Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat ataupun menerusi :

#1 laman web (http://moh.spab.gov.my) atau

#2 Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

Sekiranya pengguna mendapati ada makanan dibungkus menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot atau bahan lain serta isu-isu lain berkaitan dengan keselamatan makanan.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa pemantauan KKM menerusi BKKM pada tahun 2019 hingga 2021 mendapati bahawa 3.5% daripada 546 sampel makanan yang dianalisis telah dicemari bahan fizikal – merangkumi batu, plastik, pasir, rambut, serangga dan cacing.

Manakala sebanyak 45,361 buah premis makanan telah diperiksa di seluruh negara pada tahun 2021 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.5% (697 buah) premis makanan diarahkan tutup atas pelbagai kesalahan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kembar dilahirkan selang 15 minit. Seorang pada tahun 2021, seorang lagi pada tahun 2022

0

Kembar sering ditakrifkan sebagai dua bayi yang dilahirkan bersama namun ia tidak bermakna bahawa mereka dilahirkan pada tarikh dan waktu yang sama.

Di California, Amerika Syarikat, seorang wanita bernama Fatima Madrigal telah selamat melahirkan bayi kembar mereka pada tahun yang berbeza.

Difahamkan bahawa kedua-dua bayi kembar Fatima dilahirkan dengan jarak masa selama 15 minit. Seorang dilahirkan sekitar jam 11:45 malam pada 31 Disember 2021.

Manakala seorang lagi bayi dilahirkan pada 1 Januari 2022 sekitar jam 12 tengah malam.

Oleh kerana jarak masa dan tarikh kelahiran yang berbeza, makanya kembar itu tentulah akan menyambut hari lahir pada hari dan tahun yang berbeza.

Bayi lelaki diberikan nama Alfredo manakala adik perempuannya diberi nama Aylin, di mana kedua-duanya selamat dilahirkan di Natividad Medical Centre.

Aylin dan abangnya, Alfredo

Menurut doktor yang menyambut kedua-dua kembar terbabit, Ana Abril Arias, kelahiran itu adalah salah satu kelahiran yang sangat bermakna sepanjang dia bergelar doktor di sana.

“Adalah suatu keseronokan untuk saya apabila dapat membantu proses kelahiran si kecil ini secara selamat pada tahun 2021 dan 2022”.

“Ia adalah cara yang menakjubkan untuk memulakan tahun baru”.

Fatima bersama bayi kembarnya..

Menurut laporan, kedua-dua bayi dilahirkan dalam keadaan yang sihat daripada sebarang komplikasi.

Semasa Aylin dilahirkan, tubuhnya seberat kira-kira 2.66 kilogram manakala abangnya, Alfredo pula dilahirkan dengan berat sekitar 2.75 kilogram.

“Agak sukar juga untuk saya percaya bahawa mereka mempunyai hari lahir yang berbeza. Saya sangat terkejut namun gembira apabila Aylin dilahirkan pada tengah malam”, ujar Fatima.

Bayi kembar berkenaan mempunyai 3 lagi adik beradik – 2 orang kakak dan seorang abang. Kesemua mereka sangat teruja untuk menyambut Alfredo dan Aylin pulang ke rumah.

Menurut sumber, terdapat pengecualian terhadap keadaan tertentu yang menetapkan kelahiran kembar pada hari yang sama.

Ia bergantung kepada faktor waktu kelahiran, manakala ada yang mungkin berlanjutan ke selang masa yang lebih lama disebabkan oleh campur tangan perubatan yang melambatkan selang kelahiran.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kes tikaman maut di Penampang, suspek diburu polis

0

Penampang – Seorang lelaki diburu polis selepas dikenalpasti terbabit dalam kejadian tikam seorang mangsa sehingga menyebabkan kematian pada awal pagi 4 Januari.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek berusia 34 tahun dipercayai menikam mangsa di belakang bangunan sebuah pusat hiburan, di Penampang Baru, Sabah.

Bagaimanapun, kejadian itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pusat hiburan berkenaan.

Facebook

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek dikenalpasti sebagai Kaw Yung Chee yang berusia 34 tahun.

“Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk segera berhubung dengan balai polis berhampiran.”

“Bagaimanapun, polis meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini sehingga boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Haris berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan akibat kesan tikaman objek tajam.

Facebook

Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan ditempatkan di Zon Kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8.38 pagi oleh pegawai perubatan bertugas, akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman objek tajam,” kata Mohd Haris.

Mohd Haris berkata, berdasarkan rakaman CCTV, pihak polis berjaya mengenalpasti suspek terbabit yang mencederakan mangsa sehingga meninggal dunia.

Rakaman CCTV di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Salji melitupi Jabal Al-Lawz di Arab Saudi sekali lagi

0

Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal Al-Lawz, wilayah Tabuk telah diseliputi salji sejak awal pagi 1 Januari lalu.

Penduduk Arab Saudi berpusu-pusu menuju ke wilayah barat laut negara itu untuk melihat keindahan salji yang turun di gunung setinggi 2,580 meter, yang dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan lebat.

Keadaan gunung yang bertukar putih dalam fenomena di negara padang pasir beriklim panas yang jarang berlaku telah menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.

Twitter

Beberapa kanak-kanak dilihat bermain dan menikmati salji yang turun, dengan orang ramai mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial.

Sudah tentu, pengguna media sosial berasa terkejut dengan kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.

Banjaran gunung Jabal Al-Lawz biasanya menyaksikan salji yang turun pada ketika keadaan suhu menurun, dan musim sejuk dianggap sebagai masa paling indah dalam setahun di negara itu.

Twitter

Saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya melaporkan, salji terus turun sehingga Ahad di Jabal Al-Lawz dan di dataran tinggi Dhahr dan Alqan, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan ribut petir dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.

Pasukan keselamatan telah menutup jalan ke Jabal Al-Lawz untuk mengelakkan kesesakan akibat pandemik. 

Suhu dijangka turun kepada kosong darjah celsius, lapor Gulf Today.

Twitter

Pegawai Pelancongan Arab Saudi berkata salji yang turun di kawasan granit Jabal Al-Lawz menjadikan gunung itu destinasi musim sejuk yang sempurna.

Wilayah Tabuk pernah mengalami fenomena salji yang turun akibat suhu terlampau sejuk pada tahun 2021 dan 2019.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak Johor berjaya ‘pancing’ Ford Mustang dalam cabutan bertuah pertandingan memancing di Kedah, rezeki pembuka tahun baharu

0

Seorang anak muda dari Johor berusia 24 tahun telah berjaya menangkap ‘ikan paling besar’ di tasik selepas menyertai pertandingan memancing di Jitra, Kedah.

Walau bagaimanapun, dia bukan dapat menangkap raksasa di tasik, sebaliknya ‘hanya membawa pulang’ sebuah Ford Mustang.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Facebook

Pemuda bertuah ini telah memenangi cabutan bertuah berupa sebuah kereta Ford Mustang berwarna kuning yang mana harganya antara RM450,000 dan RM570,000 mengikut varian dan kuasa kudanya, menurut Kosmo!

Cabutan bertuah dalam pertandingan memancing itu diadakan di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Laman Facebook Joran Bukit Merah Laketown, yang menyiarkan secara langsung majlis penyampaian hadiah, dengan mendedahkan kereta mewah itu diserahkan kepada pemenang pada 1 Januari 2022, jam 2.30 petang.

Facebook

Pemenang dipilih daripada kotak akrilik besar yang diisi dengan tiket cabutan bertuah yang diletakkan di hadapan kereta itu di atas pentas.

Pemenang berusia 24 tahun dari Muar, Johor itu tersenyum lebar apabila dihadiahkan kereta Ford Mustang.

Gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan pemuda bertuah ini melambai ke arah orang ramai semasa dirinya sedang duduk di dalam Ford Mustang.

Facebook

Dalam video strim langsung di Facebook, dapat dilihat dia menghidupkan enjin kereta sambil memberi tanda ‘bagus’ kepada para peserta dan pengunjung.

Ribuan netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda itu kerana bertuah memenangi kereta mewah di ruangan komen:

“Rezeki tidak salah alamat. Walaupun jauh.. nun dari selatan, rezeki tetap rezeki kan..”

Facebook

Ada juga netizen turut menasihatkan pemenang supaya menjual kereta tersebut kerana cukai jalan dan insurans akan menelan belanja yang besar:

“Insurans dan roadtax mustang boleh tahan nak bayar setahun sekali dik. Pastikan hang ambil insurance cover bencana alam banjir, tanah runtuh dan windscreen.. Nak bagitau, service dan maintenence mahai woo..”

“Roadtax je 10k dik tak termasuk insurans lagi, pakai dulu dik nanti roadtax nak tamat tu, cepat-cepat jual..”

Ford Mustang itu mesti sudah isi minyak ‘full tank’, terus boleh bawa balik Johor dengan bangganya. Semua orang janganlah iri.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Public Bank keluar amaran waspada apabila pelanggan terima dua jenis SMS mencurigakan elak kecurian deposit

0

Public Bank baru-baru ini sekali lagi telah mengeluarkan notis yang mengingatkan para pelanggannya supaya berhati-hati dengan sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) mencurigakan yang kononnya datang dari pihak bank berkenaan.

Public Bank memberi amaran terdapat pihak ‘scammer’ tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Public Bank untuk menghantar SMS palsu kepada orang ramai terutama para pelanggannya.

Sehubungan itu, Public Bank mengeluarkan amaran terkini supaya orang ramai sentiasa berwaspada.

Public Bank Online Security

SMS palsu itu menyatakan penerimanya telah membelanjakan ribuan ringgit menggunakan akaun Public Bank mereka. Sekiranya penerima tidak pernah melaksanakan transaksi tersebut, mereka perlu menghubungi nombor yang tertera dalam SMS tersebut.

Jika anda menerima SMS yang serupa seperti di atas, sila jangan balas untuk mengelakkan maklumat peribadi dan deposit anda dicuri ‘scammer’ berkenaan.

Jenis penipuan berupa mesej SMS ini cuba mengumpan anda untuk memberikan maklumat sulit dan butiran kewangan yang rahsia.

Public Bank Online Security

Sila jangan membalas atau menghubungi nombor telefon yang diberikan untuk mengelakkan maklumat peribadi dicuri.

Public Bank dalam notis berkenaan menegaskan kepada pelanggan agar tidak berinteraksi dengan mesej-mesej seperti yang tertera kerana ia berisiko untuk mencuri maklumat mengenai akaun bank anda.

Sekiranya mempunyai sebarang keraguan, anda boleh menghubungi nombor telefon di belakang kad bank atau perkhidmatan pelanggan Public Bank atau layari laman web rasmi Public Bank untuk menyemak nombor hubungan rasmi Public Bank.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mengapa ada yang menganggap ‘mata kecil’ tidak cantik, tanya China

0

“Adakah saya tidak layak menjadi Cina hanya kerana saya mempunyai mata yang kecil?”

Itulah yang ditulis oleh model kelahiran China Cai Niangniang dalam hantaran di media sosial baru-baru ini, selepas gambar lamanya menjadi tular atas semua sebab yang salah.

Selama beberapa hari model ini telah diserang dalam talian kerana “sengaja menyinggung perasaan” dan “tidak patriotik”, kerana kemunculannya dalam beberapa siri iklan untuk jenama makanan ringan China, Three Squirrels.

Tangkap Skrin / Weibo

‘Jenayah’ yang dilakukannya? Kerana mempunyai mata yang sepet.

Sesetengah pengguna media sosial menjadi sangat marah sehingga syarikat itu akhirnya mengalih keluar iklan dalam talian, dan menyiarkan permohonan maaf kerana membuat orang ramai “berasa tidak selesa”.

Tetapi Cai berkata dia tidak tahu apa yang telah dilakukannya untuk menjadi mangsa buli siber, sambil menyatakan bahawa dia “hanya menjalankan tugas” sebagai seorang model.

“Wajah dan penampilan saya diberikan oleh ibu bapa,” tulis model berusia 28 tahun itu di platform Weibo.

“Adakah saya menghina China pada hari saya dilahirkan hanya kerana paras rupa saya?” soal Cai.

‘Barat tidak lagi mempunyai hak mutlak untuk berkata’

Iklan itu, yang asalnya dirakam pada tahun 2019, dicari dan dibangkitkan oleh netizen nasionalis di tengah-tengah tempoh sensitiviti yang meningkat dalam talian di China berhubung iklan yang menggambarkan orang Cina.

Pada bulan November, seorang jurugambar fesyen terkenal China memohon maaf atas “kejahilannya” selepas gambar yang diambil untuk jenama mewah Perancis, Dior mencetuskan reaksi balas dan kecaman para netizen. Ia menampilkan model Cina dengan mata yang sepet.

Dalam beberapa hari kebelakangan, terdapat beberapa insiden kemarahan di media sosial berhubung iklan Mercedes-Benz dan Gucci yang memaparkan wanita Cina yang bermata sepet.

Di tengah-tengah rasa nasionalisme dalam talian yang semakin meningkat dan sentimen anti-Barat di China, ada yang menganggap iklan ini sebagai contoh sentimen perkauman terhadap orang Cina. Dengan menampilkan model bermata sepet dengan sengaja, pengkritik berkata syarikat-syarikat ini mengekalkan stereotaip Barat terhadap wajah Cina.

Tangkap Skrin / Weibo

Ramai yang bertanya mengapa iklan ini tidak memaparkan jenis model yang lebih biasa dilihat dalam iklan di China yang mempunyai kulit cerah dan mata bulat yang besar, yang biasanya dianggap sebagai ciri kecantikan yang ideal di China.

China Daily baru-baru ini menekankan bagaimana “telah terlalu lama, kriteria kecantikan Barat dan cita rasa Barat serta suka dan tidak suka mendominasi estetika”. Ini termasuk menggambarkan wanita Asia dalam iklan sebagai mempunyai mata yang sepet, tulis mereka.

“Barat tidak lagi mempunyai hak mutlak atas segala-galanya,” bunyi pendapat itu.

“Orang Cina tidak perlu mengikut piawaian mereka tentang apa yang membentuk kecantikan dan jenis wanita yang dianggap cantik.”

Sebagai jenama China, Three Squirrels “sepatutnya mengetahui tentang sensitiviti pengguna China terhadap cara mereka digambarkan dalam iklan,” tambahnya.

Di tengah-tengah kontroversi itu ialah persepsi gambaran sedemikian menimbulkan stereotaip “mata sempit” orang Asia yang muncul dalam budaya Barat sejak abad ke-19, dan dianggap sangat menyinggung oleh kebanyakan orang Asia pada hari ini.

Di Hollywood, watak penjahat Asia Fu Manchu digambarkan dengan mata yang kecil dan sepet. Watak itu merangkumi dan mengekalkan “Yellow Peril”, idea perkauman bahawa budaya Asia mengancam masyarakat Barat.

“Memang ada sejarah yang panjang dalam penggunaan ‘mata sepet’ untuk mendiskriminasi orang Asia,” kata Dr Liu Wen dari Academia Sinica Taiwan.

Gambar oleh Getty Images

Penolakan pluralisme estetik

Tetapi desakan sebilangan orang Cina mengenai kecantikan ideal tertentu juga sangat berbeza dengan perdebatan global semasa mengenai kepelbagaian dan desakan untuk representasi wajah Asia yang lebih luas dalam media.

Pemerhati berkata walaupun boleh difahami sesetengah pengguna akan tersinggung dengan iklan tersebut, bantahan itu juga terlalu mudah kerana ia menolak idea bahawa sebenarnya terdapat banyak cara berbeza untuk kelihatan berwajah Cina.

“Menolak ‘mata sepet’ adalah fenomena yang sangat berbahaya, kerana ia adalah penolakan pluralisme estetik,” kata Dr Luwei Rose Luqiu dari Universiti Hong Kong Baptist.

“Ia adalah kecantikan yang menyekat yang tidak memenuhi piawaian tertentu,” beliau berpendapat.

Pakar juga menegaskan piawaian kecantikan tradisional di China sebenarnya mengutamakan mata sepet. Sebagai contoh, lukisan daripada apa yang secara meluas dianggap sebagai zaman keemasan China untuk seni dan budaya, iaitu dari zaman Dinasti Tang dari 618 hingga 907 Masihi, menonjolkan wanita dengan mata yang panjang dan sempit.

“Walaupun terdapat beberapa variasi merentas dinasti yang berbeza, mata yang lebih sempit lebih disukai di China purba,” kata Dr Jaehee Jung, pakar tingkah laku pengguna di Universiti Delaware.

Keutamaan semasa untuk mata bulat besar, ironinya, mungkin fenomena baru-baru ini yang dipengaruhi oleh Barat. Sesetengah pakar percaya peralihan terkini dalam piawaian kecantikan bermula sekitar akhir 1970-an, hasil pendedahan kepada pengiklanan dan dunia hiburan Barat ketika China membuka pintunya kepada dunia.

“Wanita di China kontemporari nampaknya menyokong kebanyakan piawaian Barat untuk kecantikan ideal wanita yang meresap dalam imej media,” kata Dr Jung.

Tangkap Skrin / Weibo

Pada masa kini, mata bulat yang besar sangat dihargai sehingga bukan lagi perkara luar biasa apabila wanita muda Cina memakai alat solek atau pun menjalani prosedur pembedahan kosmetik untuk menjadikan mata mereka lebih besar, seperti mencipta lipatan “kelopak mata berganda”.

Tetapi bagi Cai Niangniang, model yang menjadi pusat kontroversi terbaharu, berharap orang ramai boleh menjadi “lebih baik” kepada mereka yang kelihatan berbeza. Cai berkata dalam catatan Weibo miliknya bahawa tidak perlu menyerang walaupun mereka tidak menghargai penampilannya seperti mereka tidak yakin kepada diri sendiri.

“Mata saya memang begini, malah lebih kecil dalam kehidupan sebenar berbanding dalam iklan… Setiap orang ada daya tarikan tersendiri!” tulis Cai.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

KJ : Gelombang Omicron kemungkinan besar akan berlaku di Malaysia

0

Sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa gelombang varian Omicron juga akan berlaku di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, justeru beberapa langkah segera perlu diambil bagi memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) berkenaan.

Katanya, antara langkah yang telah dijalankan untuk memperlahankan penularan itu adalah liputan dos penggalak yang meluas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS (uji, lapor, asing), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata dengan memperlahankan jangkitan Omicron, ia mampu untuk mengelakkan sistem kesihatan awam daripada lumpuh.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Namun begitu, kebolehjangkitan Omicron adalah lebih tinggi daripada Delta”.

“Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat”, ujarnya lagi.

Sementara itu, kadar jangkitan negara adalah 0.99 pada 1 Januari, meningkat daripada 0.98 berbanding hari sebelumnya.

Setakat 2 Januari, jumlah varian itu di Malaysia adalah sebanyak 64 kes secara keseluruhannya.

Ujar beliau, daripada 966 sampel yang diuji, 77.6% melibatkan sampel pelancong yang tiba dari Arab Saudi.

Oleh yang demikian, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan perjalanan umrah berkuat kuasa 8 Januari ini.

“Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah bagi memperlahankan penyebaran varian Omicron”, katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gara-gara motosikal lalu, pemandu lori ini geram kerana terpaksa bayar tol 2 kali

0

Sudah banyak kita lihat insiden di mana segelintir pengguna tol di lebuh raya bertindak mengambil kesempatan untuk meloloskan diri daripada membayar tol.

Itulah yang dialami oleh seorang pengguna ini apabila berdepan dengan sikap seorang penunggang motosikal yang melalui lorong tolnya.

Ia dirakamkan menerusi kamera papan pemuka, menunjukkan kejadian itu berlaku pada 30 Disember lalu, sekitar jam 5:56 petang. Lokasinya pula tidak dapat dipastikan.

Menerusi video tersebut, pengguna itu yang dipercayai memandu lori dilihat memasuki lorong tol paling kiri dan berhenti untuk membayar menggunakan kad Touch’nGo.

Namun secara tiba-tiba, setelah pembayaran dibuat dan palang tol diangkat, sebuah motosikal laju memecut dan melalui lorong tersebut.

Malahan, sensor pada palang tol itu kemudian segera jatuh ke posisi asalnya gara-gara sudah mengesan pergerakan kenderaan melaluinya sejurus pembayaran dibuat.

Insiden itu ternyata membuatkan pemandu lori berkenaan terpinga-pinga dan rasa tidak puas hati. Bukankah lorong motosikal sudah tersedia?

Ringkasnya, penunggang motosikal di Malaysia telah dikecualikan daripada membayar tol dan perlu melalui lorong khas yang disediakan.

Tidak semena-mena pemandu lori itu pula perlu membayar 2 kali gara-gara sikap mementingkan diri sebegini bukan?

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bot karam di perairan Tawau, 3 beradik hilang ditemukan maut

0

Tiga beradik disahkan maut dalam tragedi bot karam yang dinaiki sembilan individu ketika perjalanan berpatah balik dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa ke Kampung Batu Payung di Tawau pada 1 Januari lalu.

Mangsa terakhir bot karam ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam keadaan terapung di perairan Sungai Membalua di Tawau pada pagi 3 Januari, lapor Sinar Harian.

Twitter

Mayat Rahena Muhaimin, 20 tahun yang terakhir ditemui pada jam 8.34 pagi, kira-kira 2.2 batu nautika dari lokasi dua adiknya, Saiful, 15 tahun dan Jaidi, 5 tahun yang lemas dan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, mayat mangsa ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa ketiga adalah kakak kepada dua mangsa yang ditemui meninggal dunia semalam. Operasi ditamatkan pada jam 9.20 pagi selepas ketiga-tiga mangsa telah ditemui,” katanya.

Twitter

Operasi SAR membabitkan APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, RELA, Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama lebih 20 penduduk kampung.

Enam mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala tiga beradik terbabit dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Sebelum ini, dua mangsa, Saiful dan Jaidi ditemui di perairan Tinagat dan pesisir pantai Kampung Batu Payung antara jam 6.30 pagi hingga 9 pagi pada 2 Januari.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: