26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaKesihatanPeniaga yang guna paku, dawai kokot untuk bungkus makanan boleh didakwa

Peniaga yang guna paku, dawai kokot untuk bungkus makanan boleh didakwa

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai penggunaan paku dan dawai kokot pada pembungkusan makanan yang dijual oleh segelintir peniaga.

Penggunaan bahan seperti itu adalah sama sekali tidak sesuai dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius jika termasuk ke dalam makanan, apatah lagi jika ditelan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyedari bahawa penggunaan itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

Ujarnya, Peraturan 37(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan itu.

Menerusi Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan adalah bebas daripada pencemaran termasuklah bahan seperti paku yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

Tambahnya, mana-mana peniaga makanan yang didapati menggunakan paku, dawai kokot atau bahan berbahaya seumpamanya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan itu ditemui dalam makanan”.

Malah katanya lagi, peniaga mempunyai pelbagai kaedah pembungkusan yang terbukti selamat dan berkesan untuk membungkus makanan dengan baik.

Justeru, penggunaan paku, dawai kokot atau bahan berbahaya lain pada pembungkusan makanan menurutnya tidak sepatutnya berlaku.

Dr Noor Hisham juga menasihati ibu bapa untuk memeriksa makanan yang diberikan kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum makan.

“Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat ataupun menerusi :

#1 laman web (http://moh.spab.gov.my) atau

#2 Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

Sekiranya pengguna mendapati ada makanan dibungkus menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot atau bahan lain serta isu-isu lain berkaitan dengan keselamatan makanan.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa pemantauan KKM menerusi BKKM pada tahun 2019 hingga 2021 mendapati bahawa 3.5% daripada 546 sampel makanan yang dianalisis telah dicemari bahan fizikal – merangkumi batu, plastik, pasir, rambut, serangga dan cacing.

Manakala sebanyak 45,361 buah premis makanan telah diperiksa di seluruh negara pada tahun 2021 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.5% (697 buah) premis makanan diarahkan tutup atas pelbagai kesalahan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI