Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal Al-Lawz, wilayah Tabuk telah diseliputi salji sejak awal pagi 1 Januari lalu.
Penduduk Arab Saudi berpusu-pusu menuju ke wilayah barat laut negara itu untuk melihat keindahan salji yang turun di gunung setinggi 2,580 meter, yang dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan lebat.
Keadaan gunung yang bertukar putih dalam fenomena di negara padang pasir beriklim panas yang jarang berlaku telah menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.
Beberapa kanak-kanak dilihat bermain dan menikmati salji yang turun, dengan orang ramai mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial.
Sudah tentu, pengguna media sosial berasa terkejut dengan kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.
Banjaran gunung Jabal Al-Lawz biasanya menyaksikan salji yang turun pada ketika keadaan suhu menurun, dan musim sejuk dianggap sebagai masa paling indah dalam setahun di negara itu.
Saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya melaporkan, salji terus turun sehingga Ahad di Jabal Al-Lawz dan di dataran tinggi Dhahr dan Alqan, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan ribut petir dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.
Pasukan keselamatan telah menutup jalan ke Jabal Al-Lawz untuk mengelakkan kesesakan akibat pandemik.
Suhu dijangka turun kepada kosong darjah celsius, lapor Gulf Today.
Pegawai Pelancongan Arab Saudi berkata salji yang turun di kawasan granit Jabal Al-Lawz menjadikan gunung itu destinasi musim sejuk yang sempurna.
Wilayah Tabuk pernah mengalami fenomena salji yang turun akibat suhu terlampau sejuk pada tahun 2021 dan 2019.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: