27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
Utama Blog Laman 225

Sistem e-Testing JPJ: Ujian lesen memandu secara automasi bermula April 2022

0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem e-Testing bermula April 2022 di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, sistem e-Testing yang bakal dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Facebook

Menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan tidak berada bersebelahan dalam kereta, manakala calon ujian memandu berada bersendirian di dalam kenderaan berkenaan.

Selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus pada hari itu juga dan boleh dicetak segera.

Sistem e-Testing masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

Sekadar Gambar Hiasan

“Kebanyakan proses ujian, iaitu bahagian 1,2,3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-Testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh agih petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasaan sebab sistem ini hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja,” kata Datuk Zailani dalam sidang media.

Katanya, setakat ini terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara pembelian menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

Sekadar Gambar Hiasan

“JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke masa, sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen yang ditetapkan oleh JPJ,” tambahnya.

Sistem e-Testing ini sudah lama dipraktikkan di Korea Selatan dan Jepun, sementara Malaysia baru sahaja menuju ke arah teknologi itu bagi meningkatkan kualiti kemudahan kepada orang awam yang menggunakan perkhidmatan JPJ.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ambil sikit makan dulu, upacara potong kek kahwin bertukar lucu bila pengantin lelaki selamba tidak sabar jamah kek sedap depan mata

0

Semua orang pun tahu kek kahwin itu kek tradisi dalam upacara perkahwinan yang menjadi salah satu bab wajib dalam rakaman memori hari bersejarah penyatuan suami dan isteri.

Kek kahwin yang menjadi hiasan utama dalam majlis perkahwinan biasanya menjadi simbol tuah dan keberkatan kepada semua tetamu yang hadir dan sudah semestinya buat pasangan pengantin baru.

Facebook

Jadi dalam majlis perkahwinan, upacara memotong kek menjadi acara yang dinanti-nantikan.

Agak melucukan dalam majlis perkahwinan pasangan pengantin baru C&R ini, apabila upacara memotong keknya dimulakan dengan ‘upacara pengantin lelaki menyuap kek kahwin ke dalam mulut sendiri’ terlebih dahulu.

Facebook

Jadi pengantin perempuan pun tergamam, sambil memandang suaminya, “Tak suapkan saya dahulu kah?”

Facebook

Spontan para tetamu yang menyaksikan upacara memotong kek perkahwinan ini berdekah ketawa.

Termasuk pengantin perempuannya yang tergelak besar melihat pengantin lelaki tak sabar terus makan kek sedap depan mata yang buat diri terliur.

Facebook

Selepas menyedari dirinya tersilap protokol, si suami pun jadi daku tersipu malu dan terpaksa berhenti makan kek itu.

Lalu menyuapkan kek yang selebih ke dalam mulut isteri tercintanya.

Facebook

Yang macam ini baru betul aturan majlisnya.

Facebook

Apa pun keletah suami yang lucu telah menghiburkan para tetamu dan isterinya.

Pasti menjadi momen kekal perkahwinan mereka yang mungkin tidak dapat dilupakan. 

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terkejut tengok murid RMT hanya dapat nasi kosong dan kuah, menteri maklum akan siasat

0

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan peruntukan pemberian makanan tambahan berzat kepada para pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan bagi memperbaiki tahap kesihatan dan amalan pemakanan mereka.

Peruntukan buat seorang pelajar atau penerima RMT di Semenanjung Malaysia ialah RM2.50, sementara di Sabah dan Sarawak serta Labuan adalah RM3.00 seorang bagi tempoh 190 hari, menurut portal KPM.

Entah di mana silapnya apabila gambar yang tular di media sosial ini memaparkan makanan dari program RMT oleh seorang wanita yang mendakwa cucu saudaranya hanya mendapat nasi kosong bersama lauk kuah semata.

Facebook

Dalam perkongsian di Facebook itu, wanita ini mempersoalkan mengenai peruntukan untuk RMT sehingga sanggup dan sampai hati memberikan murid-murid yang terlibat dengan sekadar nasi putih dan kuah.

“Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai nama penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan’ kita,” tulis wanita ini.

Tambahnya, sebelum ini memang ada pelajar yang mengadu makanan tidak sedap. Tetapi mereka hanya diminta menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang ada.

Tetapi kali ini, isu itu agak berlainan sama sekali kerana makanan RMT yang dibekalkan langsung tidak mempunyai lauk.

Wanita ini kemudian memohon kementerian pendidikan untuk melakukan siasatan dan menyemak semula peruntukan untuk RMT, sambil menambah beliau tidak menyalahkan pihak pengusaha kantin dengan sepenuhnya.

Prihatin dengan isu yang menjadi tular itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengarahkan siasatan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti sekolah terbabit.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat. KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam hantaran di Facebook dan Twitter.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita bersalin di luar kuil Batu Caves, dibantu penganut dalam perarakan Thaipusam

0

Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuan dalam pikap di luar Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, pada pagi 18 Januari dengan bantuan penganut Hindu ketika sambutan Thaipusam.

Kejadian berlaku ketika beberapa penganut yang sedang berjalan dalam perarakan ke kuil sempena sambutan Thaipusam mendengar tangisan meminta tolong wanita itu dan bergegas membantunya.

Mereka mendapati wanita itu sedang dalam kesakitan hendak bersalin. Suaminya yang memandu dalam perjalanan bergegas ke hospital terpaksa memberhentikan kenderaan pacuan empat rodanya di tepi jalan berhampiran kuil untuk membantu isterinya bersalin.

LK Savantharaja / Facebook

L.K. Savantharaja, yang berada di tempat kejadian, berkata wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.24 pagi dan paramedik tiba tidak lama kemudian.

Savantharaja dan kumpulan penganut menggunakan sehelai kain untuk menutup tingkap pikap berkenaan yang melindungi pasangan itu sehingga selamat melahirkan bayi mereka serta panas terik matahari.

“Ia adalah satu pengalaman yang cukup mendebarkan macam dalam filem,” kata Savantharaja.

Sambil berkata dia percaya bayi itu adalah satu rahmat kerana dilahirkan betul-betul di luar kuil Lord Muruga.

Savantharaja berkata, suami wanita itu yang masih dalam keadaan terkejut sempat mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu serta Selamat Hari Thaipusam sebelum memandu isteri dan bayi perempuannya ke hospital.

LK Savantharaja / Facebook

“Walaupun kedua-dua ibu dan bayi kelihatan sihat, paramedik menasihatkan mereka mendapatkan rawatan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh,” kata Savantharaja.

LK Savantharaja / Facebook

Hantaran Savantharaja di Facebook tentang pengalaman itu telah mendapat perhatian dan pujian ramai.

“Kita bantu sesama kita kerana kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penuh kelembutan, cara guru ini betulkan sebutan anak murid, ceriakan hari netizen. Comel sangat!

0

Semua orang pastinya tahu bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai ragam tersendiri dan tentulah kita sebagai orang dewasa, agak penat melayan mereka bukan?

Bukan hanya penat daripada segi fizikal sahaja, bahkan jika kita melayan kata-kata mereka pun boleh menguji kesabaran juga.

Namun ada kalanya telatah mereka itu agak menggelikan hati, memandangkan mereka masih lagi naif. Dalam pada masa yang sama, mereka jugalah peneman borak orang dewasa bukan?

Samalah seperti seorang murid lelaki ini, apabila dirakamkan sedang duduk di sebelah gurunya. Video tersebut dikongsikan sendiri oleh guru wanita dari Sarawak itu di laman TikTok.

Video berdurasi 38 saat itu memaparkan murid cikgu bernama Jina itu sedang berbual dengannya mengenai ikan.

“Banyak juga ikan Didi beli tapi jatuh ikan. Macam mana mahu makan? Ada telur ikan macam Upin Ipin tu”, kata murid terbabit.

Walaupun sedang melakukan tugasnya, cikgu Jina sentiasa sabar melayan bualan anak muridnya itu. Sempat juga dia mengukirkan senyuman mendengar celoteh murid terbabit.

Namun selepas itu, budak terbabit mula menyebut ‘tolol’ bagi menggantikan telur. Mungkin budak berkenaan sedikit pelat. Comel betul!

Cikgu Jina segera membetulkan perkataan telur anak muridnya itu, walaupun berkali-kali juga. Anda saksikanlah video mereka di sini.

Lembut sahaja nada suara cikgu Jina, tiada pun rasa mahu marah walau berkali-kali membetulkan kesalahan budak terbabit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

BAM sahkan terima surat peletakan jawatan daripada Lee Zii Jia

0

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.

Berhubungan dengan keputusan itu, pihaknya ada mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Zii Jia bagi memujuknya untuk kekal bersama skuad kebangsaan, memandangkan pemain itu sudah bersama BAM sejak dirinya berusia 13 tahun.

BAM juga difahamkan berhasrat untuk membawa Zii Jia ke peringkat yang lebih tinggi bagi membolehkannya menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei.

“Dia baru saja memenangi satu gelaran Seluruh England pada tahun 2020 dan seharusnya dia kekal fokus dan kekal bersama BAM”.

“Namun dia mengatakan bahawa dirinya bukan Chong Wei dan tidak boleh tahan tekanan”, ulas Norza lanjut.

“Saya memanggil mesyuarat Ahli Majlis BAM pada 17 Januari untuk mendengar permasalahan yang kita hadapi ini kerana dia adalah aset utama kita”.

“Sudah tentu kita tidak mahu lihat masa depan dia dipersia-siakan. Selepas kita mendengar penjelasan semua pihak, majlis sudah berbincang dan mengeluarkan satu keputusan.

Jelasnya lagi, mandat sudah diberikan kepada Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos untuk membuat satu sidang media pada 21 Januari ini.

Lee Zii Jia tidak menyembunyikan bahawa faktor tekanan yang diterimanya sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara agak hebat, lantas membuat keputusan itu.

Mengulas lanjut, pemain badminton nombor tujuh dunia itu turut menafikan dakwaan bahawa dirinya memberontak. Katanya, jika dirinya memberontak, kita semua tidak akan melihatnya berlatih di pusat latihan BAM sebelum ini.

Difahamkan bahawa Zii Jia mahu mencapai apa yang diinginkannya dengan caranya sendiri secara profesional.

Dalam pada itu, Norza turut mengakui secara peribadi bahawa dirinya kecewa dengan keputusan Zii Jia namun BAM pada masa yang sama akan cuba memahami situasi pemain itu tanpa sebarang prejudis.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dikritik kerana hiasan kelihatan seperti ‘Qing Ming’, Suria KLCC lakukan dekorasi semula untuk Tahun Baru Cina

0

Pusat membeli-belah Suria KLCC menerima kritikan netizen internet ekoran dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli-belah tersebut yang kelihatan seperti ‘Qing Ming’.

Qing Ming merupakan “hari membersihkan kubur” atau Cheng Beng oleh etnik Cina dan pada tahun ini ia disambut pada 5 April nanti. Hari tersebut juga merupakan hari peringatan di mana orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka. Ketika perayaan ini beberapa ciptaan yang dibuat menggunakan kertas joss seperti wang kertas, peti harta karun, rumah agam dan kereta mewah akan dibakar untuk dijadikan persembahan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Minggu lalu, laman Facebook Malaysia Shopping Mall menyiarkan beberapa gambar hiasan itu dan menarik perhatian netizen. Struktur hiasan seperti pagoda yang didirikan di luar pusat beli-belah itu dibina tinggi tetapi menurut netizen, ia hampir menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika Qing Ming.

Kedua-dua perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Qing Ming bersifat bertentangan, kerana Tahun Baru Cina adalah perayaan yang bertuah manakala perayaan Qing Ming merupakan perayaan yang suram. Tambahan lagi, memang menjadi pantang orang Cina, jika Tahun Baru mereka dikaitkan dengan kematian.

Sesetengah netizen berasa tersinggung dengan dekorasi tersebut kerana mereka percaya mengaitkan kematian dengan Tahun Baru Cina mungkin membawa nasib malang untuk tahun ini.

Seorang netizen Facebook mengatakan bahawa pihak KLCC seharusnya melakukan rundingan atau perbincangan dengan komuniti Cina atau melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan idea seperti itu.

Ekoran kecaman yang diterima pihak KLCC akhirnya melakukan operasi dekorasi semula. Bumbung pagoda dekorasi itu sudah dicat warna kuning, berbanding warna hijau pada asalnya.

Tidak hanya itu, tanglung merah yang menghiasi struktur itu juga telah diturunkan sebelum mereka mengecat semula bumbung pagoda tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Netizen luah kekesalan, pelekat RFID tak dapat dikesan di plaza tol lantas sebabkan kesesakan

0

Baru-baru ini, berlaku peralihan sistem pembayaran tol kepada penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) yang dilaksanakan secara berperingkat.

Menerusi laporan, transaksi tol RFID dilaksanakan bagi kenderaan ringan dan mula beroperasi di semua 83 buah plaza tol di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru hinggalah ke Skudai pada 15 Januari lalu.

Ringkasnya, penggunaan RFID menggantikan sistem pembayaran tol terdahulu bertujuan untuk membolehkan para pengguna lebuh raya menikmat pengalaman perjalanan yang lebih lancar, seringin dengan perkembangan teknologi terkini.

RFID sememangnya sudah lama digunakan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan ternyata ia memberikan pengguna pengalaman pemanduan yang lancar.

Namun berbeza di Malaysia apabila para netizen meluahkan rasa tidak puas hati pada 17 Januari lalu, di waktu pagi di mana ramai pengguna bergegas ke tempat kerja.

Trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang pada pagi itu berikutan isu dengan lorong RFID.

Beberapa pengguna mendakwa bahawa sistem itu gagal mengesan pelekat RFID pada kenderaan masing-masing.

Di tol Bandar Seri Putra, trafik sesak dilaporkan bermula seawal jam 7 pagi. Sementara itu, di tol Sungai Besi, kesesakan dilaporkan berlaku kira-kira 10 kilometer ke arah Kuala Lumpur.

Di laman Twitter, seorang pengguna @aimanpsikologi berkongsi sekeping foro menunjukkan kesesakan yang berlaku dari arah kediamannya.

Ia didakwa berpunca daripada pertukaran satu-satunya lorong SmartTAG kepada RFID. Perkara itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai.

@AimanPsikologi/Twitter

Tentulah mereka berasa kesal dan tidak puas hati, memandangkan sistem pertukaran tersebut secara langsung membuatkan mereka lambat ke tempat kerja.

Semoga isu ini mendapat perhatian pihak tertentu dan segera diselesaikan hendaknya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dr Say Shazril alami kerosakan buah pinggang tahap 2, kencing berdarah. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”

0

Kesihatan tubuh badan ternyata tiada galang gantinya. Setiap daripada kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup yang berkualiti.

Namun baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita bahawa pengacara dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril yang dikhabarkan mengalami kerosakan buah pinggang.

Menurut sumber, pengacara rancangan My Doctor terbabit berasa terkejut dan terkedu setelah mengetahui berita tersebut.

Berkongsi keputusan ujian kesihatannya baru-baru ini, Dr Say mengakui dirinya terkedu dan bimbang mengenangkan keadaan buah pinggangnya berada dalam keadaan yang kurang baik.

Selain itu, juga, bacaan kolesterolnya juga membimbangkan. “Saya tidak terkejut dengan bacaan kolesterol kerana dalam keluarga, ibu dan bapa saya juga berdepan masalah yang sama”.

“Apa yang mengejutkan adalah keadaan buah pinggang saya. Keadaannya boleh saya katakana serius kerana terdapat darah dalam air kencing”, dedahnya.

Ujarnya lagi, hasil ujian air kencing walau bagaimanapun tidak mengesan sebarang jangkitan. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”.

Dr Say sebelum ini ada berkongsi informasi mengenai keputusan ujian kesihatan menerusi laman Instagramnya, di mana bacaan kolesterol dalam tubuhnya adalah sekitar 7.0, manakala keadaan buah pinggangnya pula disahkan mengalami kerosakan tahap dua.

Dia tidak menolak kemungkinan bahawa pola pemakan, gaya hidup dan stress adalah punca kepada keputusan ujian kesihatannya yang membimbangkan itu.

“Tahun lalu, kita semua jalani hidup yang cukup menekan. Saya pula seorang yang gemar bersenam di gimnasium. Apabila ditutup, saya pun tak banyak bersenam. Mungkin itu juga antara faktornya”.

Katanya, meskipun bacaan kolesterol menurun namun ianya masih tinggi dan belum berada di tahap yang memuaskan.

Dia juga berkata bahawa dirinya perlu melakukan perubahan drastik khususnya daripada aspek gaya hidup dan pemakanan untuk memperbaiki tahap kesihatannya.

“Moga dengan keputusan medical checkup ini buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya”.

“Badan nak guna lama. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang”.

Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai untuk turut membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui status kesihatan diri masing-masing.

“Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya mala mini puasa pukul 12 malam. Esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup”.

The best investment you can make is in your own health”, tulisnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Burung pun sukakan ‘Thermage’ apa?” Kakak tua ‘lovebird’ ini seronok jalani fisioterapi inframerah macam pelanggan wanita cuit hati ramai

0

Burung ‘Lovebird’ ialah spesies kakak tua yang suka hidup berkelompok dan berkelakuan manja. Burung ini memang terkenal dengan sifat penyayangnya. 

Pasangan burung kakak tua ‘lovebird’ tidak boleh dipisahkan daripada pasangan masing-masing, sering berpelukan antara satu sama lain, dan kebanyakannya akan tinggal bersama sepanjang hayat. 

Oleh sebab itu, kebanyakan orang sangat percaya bahawa ‘lovebird’ mesti dipelihara secara berpasangan. Mereka datang dalam pelbagai warna yang sangat menarik.

Gambar oleh dogtime.com

Seorang pemilik haiwan peliharaan memiliki dua ekor burung kakak tua ‘lovebird’ yang cantik di rumah. Salah seekornya telah sakit beberapa hari dan pemilik dengan segera membawanya ke hospital haiwan untuk menjalani rawatan. 

Selepas pemeriksaan, doktor haiwan memberikannya sinaran inframerah, yang boleh membantu membantunya menghadamkan makanan terkumpul di dalam perutnya dengan cepat.

Tidak sangka pula burung kecil ini menunjukkan wajah keseronokan tidak terhingga sepanjang proses fisioterapi yang buat semua orang di hospital haiwan terpegun kerana ekspresi mukanya itu tersangat comel.

Gambar oleh dogtime.com

“Apabila mencapai usia tertentu, anda mesti memulakan program anti-penuaan. Burung pun membuat Thermage hari ini..” kapsyen pemilik yang memuat naik gambar burung itu yang lucu.

Kemudian, pemiliknya meletakkan dua hirisan timun di matanya, dan dia segera terasa seperti seorang wanita, bukan?

“Thermage tidaklah begitu menarik untuk dinikmati,” tulis seorang netizen.

Sambil para netizen yang lain meninggalkan komen satu demi satu: 

“Bulu itu akan menjadi sangat cerah kalau ia dilakukan setahun sekali.” 

“Hahahaha nasib baik burung yang cantik.” 

“Sakit perut tergelak tengok dia tenang dan elegan macam pelanggan wanita sebenar..”

Gambar oleh dogtime.com

“Saya berharap si comel cepat sembuh..” 

“Ekspresinya sungguh menyeronokkan..” 

“Sudah tentu, dia seekor burung yang telah melihat dunia.”

Menurut pemilik ‘lovebird’ peliharaan itu, dia sebenarnya bukan betina tetapi jantan dan sebab itulah ia lebih melucukan apabila dirinya seronok menikmati rawatan itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: