Semua orang pun tahu kek kahwin itu kek tradisi dalam upacara perkahwinan yang menjadi salah satu bab wajib dalam rakaman memori hari bersejarah penyatuan suami dan isteri.
Kek kahwin yang menjadi hiasan utama dalam majlis perkahwinan biasanya menjadi simbol tuah dan keberkatan kepada semua tetamu yang hadir dan sudah semestinya buat pasangan pengantin baru.

Jadi dalam majlis perkahwinan, upacara memotong kek menjadi acara yang dinanti-nantikan.
Agak melucukan dalam majlis perkahwinan pasangan pengantin baru C&R ini, apabila upacara memotong keknya dimulakan dengan ‘upacara pengantin lelaki menyuap kek kahwin ke dalam mulut sendiri’ terlebih dahulu.

Jadi pengantin perempuan pun tergamam, sambil memandang suaminya, “Tak suapkan saya dahulu kah?”

Spontan para tetamu yang menyaksikan upacara memotong kek perkahwinan ini berdekah ketawa.
Termasuk pengantin perempuannya yang tergelak besar melihat pengantin lelaki tak sabar terus makan kek sedap depan mata yang buat diri terliur.

Selepas menyedari dirinya tersilap protokol, si suami pun jadi daku tersipu malu dan terpaksa berhenti makan kek itu.
Lalu menyuapkan kek yang selebih ke dalam mulut isteri tercintanya.

Yang macam ini baru betul aturan majlisnya.

Apa pun keletah suami yang lucu telah menghiburkan para tetamu dan isterinya.
Pasti menjadi momen kekal perkahwinan mereka yang mungkin tidak dapat dilupakan.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: