30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasi10 perkara positif yang perlu dilakukan untuk diri anda pada tahun baharu

10 perkara positif yang perlu dilakukan untuk diri anda pada tahun baharu

Setiap insan mahukan yang terbaik buat diri masing-masing. Tentunya anda mahu memanfaatkan hidup anda sepenuhnya bukan?

Anda juga mahu menjadi yang terbaik, secara mental dan fizikal untuk individu di sekeliling anda. Jadi, anda perlulah kenalpasti perkara yang memberi kesan positif kepada diri anda.

Walau apa jua azam anda, pastinya keadaan tahun baharu ini bergantung kepada tahap mental anda daripada hari ke hari.

Ini bermakna kita mempunyai kuasa yang besar untuk mengubah hidup menjadi yang lebih baik, dengan hanya membuat pilihan yang bijak untuk kesejahteraan kita sendiri.

Oleh itu, berikut adalah senarai perkara yang mampu membawa positiviti dalam kehidupan kita, yang mungkin kita boleh amalkan :

#1 Mengamalkan kesedaran

Jika kita terlalu banyak menghabiskan masa dengan berfikir dan terkejar-kejar tugasan, maka kehidupan kita akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti pula, semuanya berlalu kerana kurangnya rasa kehadiran.

Kita akan tertanya-tanya ke mana perginya masa dan mengapa kita berasa kurang puas hati dan terputus hubungan. Menurut Richard Paterson, menjadi lebih prihatin terhadap setiap detik baharu adalah kunci kepada kedamaian, keceriaan dan hubungan yang lebih bermakna.

#2 Terima perubahan

Menurut Jess Stuart, hidup bukanlah mengenai apa yang berlaku kepada kita namun cara kita bertindak balas terhadapnya. Beberapa kekecewaan terbesar kita boleh membawa kepada perkara yang lebih baik dalam hidup – membawa kepada permulaan baru jika kita belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima perubahan.

Hidup tidak seperti apa yang kita rancang makanya kita tidak perlulah berasa kecewa. Terima seikhlas hati, cari hikmah di sebaliknya dan sesuaikan diri. teruskan mencari yang baik dalam setiap saat serta belajar daripada setiap kesusahan.

Itulah cara manusia sepatutnya bertahan dan berkembang maju, iaitu dengan menerima apa sahaja rintangan lantas memanfaatkannya sebaik mungkin.

#3 Percaya pada diri

Lori Deschene pula menyarankan kita untuk mempercayai keupayaan diri dalam menangani apa sahaja yang berlaku. Sentiasa percayakan bahawa kita mempunyai kekuatan dan kepintaran yang diperlukan untuk menangani apa jua cabaran yang mendatang.

Ketahuilah juga bahawa anda sentiasa anda sentiasa mempunyai keupayaan untuk membuat yang terbaik. Walaupun rintangan yang datang adalah sukar dan menakutkan, kita sebenarnya boleh mendapatkan sesuatu yang baik daripadanya. Kita boleh belajar, berkembang daripadanya serta membantu orang lain melaluinya.

Walaupun anda tidak mahu atau memintanya, walaupun ia kelihatan menakutkan atau sukar atau tidak adil, anda boleh membuat sesuatu yang baik daripada sebarang kerugian atau kesukaran. Anda boleh belajar daripadanya, berkembang daripadanya, membantu orang lain melaluinya.

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan namun apa yang pasti, apa sahaja yang mendatang, kita mampu menyelesaikannya.

#4 Jangan tergesa-gesa

Bagi Melissa Chu pula, bergerak laju (misalnya seperti sedang berlari) ternyata menjadi satu ‘ketagihan’ buat sesetengah individu. Jantung akan berdegup laju dan semua idea pada masa itu akan hadir!

Anda pula akan mengikut momentum itu dan terus menjayakan idea anda tanpa henti. Namun sebenarnya situasi itu tidak begitu sihat dan mampu menjejas kesihatan dalam jangka masa panjang.

Jika kepala terasa sakit dan tubuh keletihan, berehatlah dahulu. Kita tidak akan menjadi seorang yang malas jika berehat. Ia adalah cara tubuh memberitahu bahawa kita telah ‘bergerak’ pada kelajuan penuh terlalu lama.

#5 Komited memenuhi keperluan peribadi

Kita seringkali meremehkan keperluan diri. Jadi, cuba tanya diri anda, apakah keperluan anda? Apakah prasyarat peribadi untuk kebahagiaan? Tanya diri anda sendiri, bukan dengar daripada iklan ataupun jawapan rakan.

Apa yang jiwa anda beritahu? Adakah anda memerlukan lebih banyak kreativiti, semangat atau keseronokan? Beri perhatian pada suara hati. Menurut Kaylee Rupp, sebaik sahaja anda mula menemui keperluan anda, periksa dengan diri anda selalu. Adakah keperluan anda dipenuhi sekarang? Jika tidak, bagaimana anda boleh melakukannya?

#6 Fokus pada senarai ‘to-be’, bukan hanya pada senarai “to-do”

Nancy Daley menyarankan agar kita menulis senarai ‘to-be’ dan bukannya senarai ‘to-do’. Contohnya, esok saya akan menjadi : prihatin, tenang, individu mencari sebab untuk tersenyum dan ketawa, penyayang, pemaaf, menghargai, bertimbang rasa dan pelbagai lagi.

Kualiti hidup ditentukan oleh siapa anda sebenarnya, bukannya apa yang anda capai. Lagi pula kita semua adalah manusia biasa.

#7 Berehat daripada kesibukan dunia

Manakala Kelly Ramsdell pula berpendapat bahawa kita seharusnya memberi kebenaran untuk diri agar menjauhi ‘kebisingan’ dunia. Ini kerana, kita mempunyai pilihan untuk ‘mematikan’ notifikasi dan kurangkan masa menggunakan media sosial jika ia memberi tekanan buat nada.

Nyahikut akaun di laman media sosial yang membawa unsur negatif. Kurangkan juga hubungan anda dengan individu yang negatif dengan menetapkan sempadan. Utamakan kesihatan mental sendiri, katakana tidak kepada perkara yang anda tidak mahu lakukan.

#8 Terima tahap diri sendiri

Menurut Lindsey Lewis, tidak mengapa jika anda berada di tempat anda sekarang. Ini kerana kita sering mahu membuat kemajuan dan bergerak satu petak ke hadapan tetapi sebenarnya kita memerlukan masa untuk berhenti seketika.

#9 Tidak mengapa jika kita tidak berasa gembira

Menurut Ilene S. Cohen, perkara yang paling penting untuk diingati adalah tidak mengapa jika kita berasa tertekan, berasa kehilangan atau rasa tidak pasti.

Tidak mengapa jika kita tidak tahu melakukan sesuatu perkara. kita sering kali meletakkan banyak tekanan pada diri sendiri sepanjang masa. Jadi akui dan akurlah jika tibanya masa sukar. Tidak mengapa jika berasa cemas, walaupun ia tidak selesa.

#10 Simpan perkara dalam perspektif

Kata Perry Mazano pula, gunakan ujian senario asteroid. Ringkasnya jika asteroid melanda Bumi dan kehidupan, kita akan membuat pilihan, sama anda untuk menghabiskan hari terakhir dengan berasa bimbang tentang sesuatu yang tiada kawalan?

Atau anda akan berasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan insan tersayang di saat-saat terakhir anda hidup? Ini kerana kita perlu membuat keputusan dan bergerak ke hadapan.

Jadi belajarlah cara untuk menerima perkara yang berlaku di luar kawalan kita dan kemudian fokus kepada langkah positif yang boleh anda kawal.

Diharapkan agar kesemua saranan ini membawa kedamaian, kegembiraan dan kesembuhan buat kita semua di tahun 2022 dan berikutnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI