33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGlobalIsteri berjuang hentikan rawatan hospital demi memastikan suaminya terus hidup, dan menang

Isteri berjuang hentikan rawatan hospital demi memastikan suaminya terus hidup, dan menang

Sentimen yang diluahkan melalui panggilan telefon secara rawak untuk Anne Quiner ketika suaminya Scott berbaring tenat di katil hospital sambil bernafas melalui mesin ventilator antaranya, “Saya harap suami anda pergi ketika mati otak” diikuti dengan mesej sampah yang tidak senonoh, “Dia sepatutnya mengambil vaksin; Saya harap dia mati sahaja,” sebelum meletak telefon.

Walaupun ia bukan ungkapan drama Hallmark tradisional untuk seseorang itu cepat sembuh, Anne Quiner berkata ia adalah perasaan yang dikongsi dalam kalangan beberapa doktor di Hospital Mercy di Coon Rapids, Minnesota, tempat Scott dimasukkan ke hospital kerana komplikasi COVID-19 pada bulan November.

Dalam satu panggilan telefon yang dirakam dengan Dr. Linda Soucie di mana Quiner berjuang untuk mengekalkan Scott pada ventilator, doktor itu memberitahu Quiner, “Malangnya, jika kita boleh kembali ke masa lalu dan dia telah mendapat vaksin, maka dia tidak akan berada di sini.”

Pasangan Anne dan Scott Quiner ketika di Gooseberry Falls State Park pada tahun 2018 ( Gambar oleh Anne Quiner))

Sejurus selepas itu Dr. Soucie memberitahu Quiner, “Selepas tiga tahun, saya rasa kita sudah cukup mahir dalam menentukan siapa yang akan berjaya dan siapa yang tidak, dan malangnya Scott berada dalam lingkungan kumpulan yang tidak akan berjaya.”

Dalam panggilan sidang yang direkodkan, doktor memberitahu Quiner yang mereka akan menanggal keluar ventilator daripada Scott pada 13 Januari kerana dia tidak akan pulih kerana apa yang mereka katakan sebagai “paru-parunya telah musnah akibat radang paru-paru COVID,” dan percubaan mereka untuk mengurangkan ubat penenang sahaja juga menyebabkan dia mengalami kesakitan.

Quiner memberitahu The Epoch Times mengenai petisyennya untuk rawatan alternatif, serta memastikan Scott terus menggunakan ventilator, telah mendapat penghinaan.

Para doktor bertekad untuk mengeluarkan Scott dari ventilator, yang mengakibatkan Quiner mendapatkan nasihat undang-undang.

Memastikan suami terus hidup

Marjorie Holsten, peguam Anne Quiner, memberitahu The Epoch Times beliau memfailkan usul untuk perintah sekatan sementara yang menghalang pihak hospital daripada menanggalkan mesin bantuan pernafasan ventilator daripada Scott.

Hospital Mercy kemudian melantik firma guamannya sendiri untuk membantah perintah sekatan sementara itu atas asas kedudukan peguam Holsten dan Anne Quiner tidak “disokong oleh hujah sains perubatan.”

Atas sebab itu, hospital meminta mahkamah mengeluarkan perintah yang memberi kuasa kepada pihak hospital untuk mengeluarkan Scott daripada ventilator.

Hakim telah berpihak kepada Holsten, yang mengeluarkan perintah itu berdasarkan standard ia akan mendatangkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki sekiranya perintah tidak dikeluarkan, yang Holsten berkata ia hujah mudah untuk dibuktikan kerana jika alat itu ditanggalkan daripada Scott, dia akan meninggal dunia.

Pada 15 Januari, Scott telah dipindahkan dari Hospital Mercy dan dibawa ke hospital yang tidak didedahkan di Texas, di mana Holsten berkata doktor telah melaporkan Scott mengalami kekurangan zat, kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram, dan kekurangan air.

Kedua-dua Holsten dan Quiner berkata doktor di Texas menyatakan perasaan “ngeri” ketika melihat keadaan Scott ketika dia tiba.

“Seorang doktor berkata dia tidak tahu bagaimana Scott berjaya bertahan dan keluar dari hospital itu hidup-hidup,” kata Quiner. “Dia melihat cartanya dan berkata, ‘Saya tidak percaya ubat-ubatan berat dan penenang yang mereka gunakan kepadanya’.”

Hospital itu mengikuti protokol rawatan-lewat COVID-19 yang keras di mana menjadi sebab “kemungkinan besar membunuh ramai orang,” kata Holsten.

Hospital Mercy adalah sebahagian daripada sistem hospital di bawah pengurusan Allina Health.

Apabila dihubungi untuk memberi komen mengenai rawatan Scott, jurucakap Allina Health memberitahu The Epoch Times bahawa Allina Health “mempunyai keyakinan besar terhadap penjagaan luar biasa yang diberikan kepada pesakit kami, yang ditadbir mengikut amalan berasaskan bukti oleh pasukan perubatan yang berbakat dan penuh belas kasihan. Disebabkan privasi pesakit, kami tidak boleh memberi komen tentang penjagaan yang diberikan kepada pesakit tertentu,” dan pihak pengurusan mendoakan “pesakit dan keluarganya sihat”.

Pada masa ini, Holsten berkata Scott “menunjukkan perkembangan yang luar biasa.”

“Semalam, Scott mula mengikuti tangan doktor dengan matanya, dan kini dia berkelip sebagai tindak balas kepada soalan. Dia dapat menganggukkan kepala dan menggerakkan kakinya kepada jururawat,” kata Holsten.

Pengalaman pahit menjadi manifestasi ketakutan terbesar keluarga Quiner untuk membawa Scott ke hospital selepas simptomnya bertambah buruk, kata Anne Quiner.

Sejak dari awal kes COVID-19 dikesan, khabar angin mengenai rawatan yang mengabaikan pesakit COVID-19 di hospital yang didorong oleh insentif kewangan telah tersebar.

‘Ia adalah ganjaran atas kehidupan rakyat’

Dr. Robert Malone, ahli virologi dan imunologi yang telah menyumbang kepada teknologi vaksin mRNA, berkata dalam temu bual The Joe Rogan Experience pada Disember 2021 berkata bahawa insentif kewangan bukanlah khabar angin.

“Jumlahnya agak besar. Ada sesuatu seperti AS$3,000 pada asas faedah kematian kepada hospital jika ia boleh dituntut sebagai COVID. Terdapat insentif kewangan untuk memanggil seseorang positif COVID,” Dr. Malone memberitahu Joe Rogan.

Hospital-hospital itu menerima bonus, tambah Dr. Malone, daripada kerajaan jika seseorang dimasukkan ke hospital dan diisytiharkan positif COVID-19.

“Mereka juga menerima bonus-saya rasa jumlahnya adalah kira-kira AS$30,000 dalam insentif-jika seseorang dimasukkan ke dalam ventilator. Kemudian mereka mendapat bonus, jika seseorang diisytiharkan meninggal dunia kerana COVID,” kata Dr. Malone.

Ia adalah podcaster Stew Peters dalam rancangan The Stew Peters Show, yang mendedahkan pengalaman Quiner dimana kemudian mendapat sokongan penonton lalu memudahkan Scott dikeluarkan dari hospital itu.

Selepas menghantar dua rakaman yang dibuat Anne Quiner mengenai perbualannya dengan doktor kepada peguam pesakitnya dan perwakilan Republikan Minnesota Shane Mekeland, mereka berdua kemudian menghubungi Stew Peters yang menurut Quiner untuk memanggilnya dengan “segera”.

“Dia memberitahu saya, ‘Jika anda tidak melibatkan media sosial dan menjadi tular, mereka akan membunuh suami anda dan anda tidak boleh bersuara sama sekali. Itulah ketikanya Stew membawa saya ke rancangannya dan dalam beberapa saat hospital mendapat kira-kira 300,000 panggilan telefon. Mereka terpaksa menutup talian mereka,” kata Quiner.

Quiner berkata Peters dan penontonnya yang bertanggungjawab “membantu menyelamatkan nyawa suami saya.”

“Tanpa tindakan mereka, Scott mungkin sudah tiada,” kata Quiner.

Pada satu ketika, terdapat begitu banyak panggilan yang Quiner kata hospital itu mula menafikan yang Scott adalah pesakit di sana.

“Penonton kami membanjiri hospital dan firma guaman Frederickson & Byron (yang mewakili Hospital Mercy) dengan panggilan, menjadikan mereka semua sedar bahawa dunia sedang memerhatikan,” kata Peters kepada The Epoch Times.

The Stew Peters Show menyusun satu pasukan merangkumi peguam Thomas Renz dan berkoordinasi dengan doktor untuk mengambil kes Scott dan juga hospital di mana Scott dipindahkan.

Dalam The Stew Peters Show, Dr. Lee Vliet, presiden dan ketua pegawai eksekutif Truth for Health, sebuah organisasi bukan keuntungan yang telah mempromosikan rawatan awal COVID-19 untuk menghalang orang ramai dikeluarkan daripada hospital, berkata Akta CARES telah mendokumenkan pembayaran insentif hospital.

“Pentadbir hospital tahu bahawa mereka akan mendapat tambahan insentif untuk melakukan ujian PCR dan keputusan ujian positif,” kata Dr. Vliet. “Diagnosis COVID bermaksud kemasukan ke hospital. Semasa kemasukan, terdapat bayaran insentif. Penggunaan remdesivir menyediakan bayaran bonus 20 peratus daripada kerajaan kita kepada hospital untuk keseluruhan bil hospital untuk pesakit COVID itu.”

Penggunaan remdesivir memberi hospital bayaran bonus 20 peratus daripada Medicare dan bukannya ubat lain, seperti ivermectin, kata Dr. Vliet.

“Ia adalah ganjaran ke atas kehidupan orang lain, pada dasarnya, untuk menggunakan remdesivir dan menghalang akses kepada ubatan lain seperti hydroxychloroquine dan ivermectin,” kata Dr. Vliet.

Dr. Vliet menyokong kenyataan Dr. Malone mengenai insentif hospital kerana meletakkan pesakit kepada ventilator dan mengisytiharkan pesakit meninggal dunia akibat COVID-19.

Selain itu, beliau berkata koroner mendapat insentif kewangan untuk diagnosis COVID-19.

Dr. Vliet menambah amalan perubatan dibayar lebih di bawah perkhidmatan Medicare dan Medicaid berdasarkan peratusan yang lebih tinggi daripada pesakit mereka yang telah menerima vaksinasi.

Secara purata, katanya, dianggarkan hospital menerima bonus minimum AS$100,000 untuk setiap pesakit COVID yang mempunyai elemen diagnosis COVID dengan rawatan remdesivir dan ventilator sebelum penyebab kematian adalah COVID-19.

Dr. Vliet memetik kajian penyelidikannya dalam editorial Association of American Physicians and Surgeons bertajuk, “Biden’s Bounty on Your Life: Hospitals’ Incentive Payments for COVID-19.”

‘Anne hanya mahu suaminya terus hidup’

Berkahwin selama 35 tahun dengan tiga anak, Anne dan Scott Quiner telah melalui pelbagai perkara bersama, katanya, dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Anne telah menghadapi bahagian yang paling sukar tanpa suaminya.

Anne Quiner terus diserang secara lisan bukan sahaja melalui panggilan telefon tetapi melalui berita dan di media sosial, platform yang diberi amaran oleh anak-anaknya untuk dielakkan.

“Keluarga saya memberitahu untuk tidak melihat Twitter kerana mereka tidak mahu saya membaca apa yang mereka tulis tentang saya,” kata Quiner.

Namun, peguam Marjorie Holsten berkata Anne Quiner terus berjuang.

“Dia seorang pejuang, dan dia tidak mencari apa-apa daripada ini,” kata Holsten. “Dia hanya mahu memastikan suaminya terus hidup.”

Mengenai perpindahannya ke Texas, Anne Quiner berkata dia berasa lega.

“Itulah perkara pertama yang saya rasakan. Lega bahawa dia telah keluar dari hospital itu dan dalam penjagaan yang selamat,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI