26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
Utama Blog Laman 220

Ulasan filem: ‘Unsilenced’: filem tentang kempen PKC yang menindas pengamal Falun Gong di China

0

Falun Gong yang juga dikenali sebagai Falun Dafa adalah disiplin kerohanian kuno dari China yang diamalkan oleh sebilangan besar orang yang bukan sahaja orang Cina tetapi di seluruh dunia. Falun Gong mempunyai latihan dan meditasi untuk kesihatan, tetapi tidak seperti tai chi atau bentuk qigong lain, ia mengajar orang bagaimana untuk menjadi lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih mulia.

Sesungguhnya, Falun Gong berusaha untuk memupuk hati pengamalnya mengikut prinsip terasnya iaitu Sejati, Baik, dan Sabar. Sejak pengenalannya pada awal 1990-an oleh seorang lelaki bernama Li Hongzhi, ia sentiasa menjadi gerakan yang aman dan cepat diterima ramai.

Diarahkan oleh pakar hak asasi manusia, Leon Lee (yang juga mengarahkan “Human Harvest” pada 2014 tentang pengambilan organ secara haram), “Unsilenced” ialah sebuah filem yang berdasarkan peristiwa sebenar dua pasangan warga China: Wang (Ting Wu) dan Li ( He Tao), dan Jun (Shih Cheng-Hao) dan Xia (Chen Ying-Yu).

Filem ini bermula pada tahun 1999. Pasangan tersebut merupakan pelajar di Universiti Tsinghua yang merupakan sebuah institusi berprestij di Beijing. Semasa Wang, Li, dan Xia berlatih Falun Gong di sebuah taman, Jun tidak dapat menyertai mereka kerana keluarganya mempunyai sejarah lampau dengan rejim China. Dalam erti kata lain, dia mahu menjauhkan diri daripada masalah. Tetapi Wang percaya bahawa rejim itu baik-baik saja dengan Falun Gong, dan pendedahannya tentang banyak faedah amalan itu meyakinkan Jun untuk menyertainya.

Ketika kumpulan mereka berlatih di taman, sebuah limo yang membawa beberapa ahli Parti Komunis China (PKC) yang terkenal—Pengarah Zhu (James Yi) dan bosnya, Setiausaha Yang (Tzu-Chiang Wang)—berhenti. Kedua-duanya percaya bahawa populariti Falun Gong yang meledak adalah ancaman langsung kepada PKC kerana membuatkan lebih ramai orang yang menyertai Falun Gong.

Rakaman filem orang-orang yang berlatih Falun Gong di taman-taman ditayangkan pada mesyuarat orang-orang atasan PKC, yang menyebabkan Setiausaha Yang ditugaskan untuk turun padang bagi melihat sendiri amalan Falun Gong. Dengan wajah bengis seperti psikopat, Yang terus menjalankan misinya. Dia menggunakan kuasa penuh negara (terutamanya sistem polis dan penjara) dan mula menimbulkan pertelagahan antara satu sama lain dalam kalangan penyokong Falun Gong dan memenjarakan mereka.

Seorang pelajar kejuruteraan yang cemerlang, Wang ialah salah seorang pelajar terbaik Universiti Tsinghua dan seorang pemimpin semula jadi. Apabila Wang, Li, Jun, dan Xia muncul pada sesi latihan Falun Gong seterusnya, mereka mendapati bahawa ia telah diganggu oleh pihak berkuasa. Wang mencadangkan agar mereka membuat aduan di pejabat kerajaan tempatan.

Selepas pelajar-pelajar itu muncul di pejabat dan memfailkan aduan mereka secara aman, mereka membuat kesimpulan bahawa pihak berkuasa telah membuat kesilapan dengan mengganggu sesi latihan Falun Gong. Mereka kemudian menonton siaran berita dan mula menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah masuk ke dalam perangkap rejim. Melalui media massa, mereka digambarkan sebagai kumpulan perusuh ganas yang telah mengancam pihak berkuasa. Dari situ, propaganda PKC yang kejam dan menggerunkan mula bergerak pantas.

Sementara itu, Daniel Davis (Sam Trammell), seorang wartawan akhbar yang sangat berani yang ditempatkan di China telah mendapat berita tentang penindasan rejim terhadap Falun Gong. Sama seperti Wang, dia percaya dalam mencari kebenaran (dalam kesnya melalui kewartawanan) dan mula menggali lebih mendalam mengenai perkara itu. Apabila penyiasatan Daniel mula mendedahkan tentang kemungkinan wujudnya rasuah dalam rejim, pembantu baharunya Min Xu (Anastasia Lin) mula menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan Davis yang mungkin boleh terancam.

Pihak PKC kemudian mula melakukan teknik propaganda yang tidak masuk akal, seperti merakam kehidupan banduan yang tidak berkaitan dengan Falun Gong tetapi menyamar sebagai pengamal, untuk mencemarkan nama baik Falun Gong melalui saluran media. Melalui ketakutan, intimidasi, dan manipulasi media, keadaan mula kelihatan semakin mengerikan bagi pengamal Falun Gong.

Persoalannya, adakah penyiasatan Daniel dan Wang serta kepercayaan rakan-rakannya terhadap Falun Gong sudah cukup untuk melihat mereka melalui semua penganiayaan politik dan rasuah yang berleluasa?

Salah satu perkara yang paling menarik tentang filem ini ialah rentaknya. Filem “Unsilenced” telah menarik perhatian penonton untuk sentiasa menjangkakan adegan seterusnya. Ia juga menggalakkan mereka yang ingin tahu tentang Falun Gong untuk melakukan penyelidikan sendiri terhadap penganiayaan yang dilakukan oleh pihak PKC di China.

‘Unsilenced’
Pengarah: Leon Lee
Pelakon: Sam Trammell, James Yi, Anastasia Lin
Durasi: 1 jam, 48 minit
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2021
‘Rating’: 5 bintang

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Larang anak miliki telefon bimbit, Ronaldo elak anak kecilnya taksub dengan teknologi

0

Cristiano Ronaldo mendedahkan dia masih belum memberikan telefon bimbit kepada anaknya, Cristiano Jr kerana tidak mahu si kecil itu ‘taksub dengan teknologi’ pada usia awal.

Pemain bola sepak yang berusia 36 tahun itu bercakap mengenai kesan teknologi di Plaza Al Wasl di Dubai selepas merangkul anugerah Penjaring Terbanyak Sepanjang Masa Globe Soccer.

Dia berkata: “Sudah tentu ia banyak membantu. Ia membantu saya dan orang di sini, di seluruh dunia, dan saya fikir kita perlu memanfaatkannya tetapi kita tidak seharusnya taksub dengannya.

“Sebagai contoh, saya boleh memberi anda gambaran kecil. Anak sulung saya akan berusia 12 tahun tidak lama lagi dan dia bertanya kepada saya setiap kali, “Ayah, boleh saya dapatkan telefon, boleh saya ada telefon, boleh saya ada telefon.”

“Saya juga tahu bahawa generasi muda ini selangkah di hadapan usia mereka jadi saya bersetuju bahawa kita perlu mengambil kesempatan itu tetapi tidak perlu taksub tentang teknologi”.

Pada 2017, Ronaldo juga menolak permintaan anaknya untuk memiliki telefon, mengatakan dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anaknya yang dia mudah untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan.

Pada masa itu dia berkata: “Junior sangat gembira dan berkata dia mahu lebih ramai adik-beradik, dia mahukan tujuh orang.

“Saya minta dia tunggu. Suatu hari, Junior meminta saya iPhone untuk menghubungi saya tetapi saya memberitahunya tidak. Kalau dia hendak menghubungi saya, dia perlu melakukannya melalui neneknya.

“Saya ingin memberitahu kepada anak saya bahawa bukan mudah untuknya mendapatkan apa-apa yang dia mahu. Pendidikan adalah perkara terbaik yang boleh saya berikan kepadanya.’

Cristiano Jr, yang digelar Cristianinho, berusia 12 tahun pada bulan Jun, dan dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang sebelum bapanya bertemu Georgina Rodriguez.

Georgina kini sedang hamil enam bulan anak kembar dan pasangan itu mendedahkan bahawa kembar mereka dijangkakan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mereka membuat pengumuman itu di media sosial dengan memuat naik video untuk mendedahkan jantina si kembar yang melibatkan keempat-empat anak mereka.

Mereka meminta anak-anak mereka untuk meletupkan belon. Kedua-dua anak lelaki itu kemudian menjerit: ‘Ia lelaki’ dan dua orang anak perempuan berkata: ‘Ia perempuan’. Mereka kemudian bersorak dan ketawa selepas mendedahkan jantina si kembar yang bakal lahir nanti.

Pada bulan November, Georgina mendedahkan bahawa dia hamil anak kembar, dan berkongsi gambar imbasan kandungannya bersama dengan empat orang anak Cristiano di laman Instagram dengan kapsyen: ‘Impacientes ❤️ ❤️’ yang bermaksud ‘tidak sabar’.

Pemain bola sepak profesional itu turut berkongsi berita gembira itu dengan peminat di Instagramnya bulan lalu.

Ronaldo, yang akan mengalu-alukan anak kedua dan ketiganya dengan Georgina menulis: ‘Gembira untuk mengumumkan bahawa kami bakal mendapat anak kembar. Hati kami penuh dengan cinta – kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu.’

Ronaldo sedang menghabiskan percutian antarabangsa di Dubai bersama keluarganya dan dilihat meraikan hari lahir Georgina di bangunan tertinggi di Dunia, Burj Khalifa.

Dia membelanjakan beribu-ribu pound untuk menerangi latar langit Dubai dengan ucapan ‘selamat hari jadi’ kepada pasangannya.

Menara mercu tanda itu bertukar warna sebelum diakhiri dengan mesej ‘Selamat Hari Lahir Gio’ bersama gambar Georgina yang terpapar di menara tinggi tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Long COVID’: Kerosakan paru-paru tersembunyi boleh dikesan melalui imbasan

0

UNITED KINGDOM- Sesetengah orang yang mengalami simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ dikatakan mungkin mengalami kerosakan tersembunyi pada paru-paru mereka. Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian perintis yang dijalankan di United Kingdom.

Para saintis menggunakan kaedah imbasan gas Xenon baru untuk melihat keabnormalan pada paru-paru yang tidak dikesan melalui imbasan rutin.

Mereka memberi tumpuan kepada 11 orang yang tidak memerlukan rawatan hospital ketika pertama kali dijangkiti Covid tetapi mengalami sesak nafas yang berpanjangan selepas jangkitan awal mereka.

Kajian yang lebih besar dan lebih terperinci sedang dijalankan untuk mengesahkan keputusan tersebut.

Penyelidik mengatakan penemuan itu dapat menjelaskan mengapa pesakit ‘Long COVID’ sering mengalami simptom sesak nafas walaupun punca sesak nafas adalah pelbagai dan kompleks.

Long COVID merujuk kepada simptom Covid yang berpanjangan selama beberapa minggu walaupun pesakit sudah pulih daripada jangkitan Covid-19.

Kumpulan saintis dari dari Oxford, Sheffield, Cardiff dan Manchester itu membandingkan imbasan gas Xenon dan ujian fungsi paru-paru lain dalam tiga kumpulan orang.

Kajian ini melibatkan mereka yang menghidap simptom ‘Long COVID’ dan mengalami sesak nafas tetapi tidak dimasukkan ke hospital apabila dijangkiti, 12 orang yang telah dimasukkan ke hospital dengan Covid tetapi tidak mempunyai simptom ‘Long COVID’ dan 13 orang yang sihat sebagai “kawalan”.

Menggunakan pendekatan baru, yang dibangunkan oleh Universiti Sheffield, semua peserta menyedut gas Xenon semasa imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Gas memiliki fungsi yang hampir sama dengan oksigen tetapi boleh dikesan secara visual semasa imbasan, jadi saintis dapat “melihat” sejauh mana ia bergerak dari paru-paru ke dalam aliran darah – satu langkah penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Penyelidik mendapati bahawa pemindahan gas adalah kurang berkesan kepada kebanyakan orang yang menghidap ‘Long COVID’ dan mereka yang pernah dimasukkan ke hospital kerana Covid turut berhadapan dengan situasi yang sama.

Ketua penyelidik dan pakar paru-paru, Dr Emily Fraser berkata ia adalah sesuatu yang mengecewakan apabila orang ramai datang ke klinik dan doktor tidak dapat menjelaskan kepada pesakit mengapa mereka sesak nafas. Selalunya imbasan X-ray dan imbasan CT tidak menunjukkan kelainan.

“Ini adalah penyelidikan penting dan saya benar-benar berharap ini akan memberi lebih banyak pencerahan mengenainya.”

Menurutnya lagi ia adalah penting untuk orang ramai tahu tentang strategi pemulihan dan latihan semula pernafasan kerana ianya sangat membantu.

Seorang lagi pakar dalam kajian tersebut, Prof Fergus Gleeson, berkata: “Kini terdapat soalan penting untuk dijawab, seperti, berapa ramai pesakit ‘Long COVID’ yang akan memperolehi imbasan abnormal, kepentingan keabnormalan yang dikesan, punca keabnormalan, dan akibat jangka panjangnya.

“Sebaik sahaja kami memahami mekanisme yang mendorong gejala ini, kami akan lebih mudah untuk membangunkan rawatan yang lebih berkesan.”

Kertas kajian tesebut walau bagaimanapun masih dalam fasa pracetak dan masih belum melalui proses semakan formal.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

50 perkara perlu segera dibuang sebelum melangkah usia separuh abad, demi kelapangan fikiran

0

Dalam kehidupan, kita tidak boleh melepaskan banyak perkara atau benda atas pelbagai sebab dan faktor, seperti emosi, ia berguna, cantik, serta lain-lain sehingga secara tidak sedar menimbunkan banyak barang. 

Tambahan ketika usia semakin meningkat makin banyaklah perkara nostalgia yang timbul untuk memberi alasan tidak mahu membuang barang.

Gambar Hiasan / Unsplash

Gail Blanke, penulis “Lost Fifty Things, Get Back One Hundred of Your Life” berkata selagi anda boleh membuang dan menghilangkan lima puluh perkara, tenaga kinetik yang indah akan dapat diaktifkan, mengubah kehilangan perkara menjadi kebiasaan. Maka kemudian, kebaikan sebenar dalam pelbagai perkara akan berlaku apabila anda berjaya mengawal kehidupan yang tidak lagi mampu memanipulasi diri.

Lima puluh perkara berikut tidak melibatkan emosi, tidak perlu menangis, dan boleh dibuang terus, jadi mulakan dari dapur:

Dapur

Gambar Hiasan / Pexels

1. Pinggan mangkuk, sudu garpu dan penyepit pakai buang: Yang tidak mesra alam, tidak sihat dan tidak sedap mata memandang. Terus buang!

2. Jika ada penyepit tidak berpasangan: Tidak perlu disimpan kerana ia bukan satu penyeksaan untuk terus membuangnya.

3. Pinggan hidangan yang telah sumbing: Dari sudut kebersihan, tidak perlu bersusah payah menyimpannya.

4. Mangkuk dan pinggan hadiah pemberian kenalan: Simpan yang anda suka dan berguna, dan yang tidak suka itu adalah menjengkelkan.

5. Botol air pemberian hadiah. Ada yang tidak pernah digunakan langsung sudah bertahun, jadi mengapa perlu disimpan?

6. Pisau hadiah: Sentiasa ada pisau di dapur yang biasa dan mudah digunakan. Ucapkan selamat tinggal kepada pisau yang kelihatan cantik tetapi tidak berfungsi dengan sempurna!

7. Makanan kesihatan dan ubatan yang telah tamat tempoh: Wajib dibuang!

8. Sos dan kicap yang tamat tempoh: Juga wajib dibuang.

9. Kuali tidak melekat sudah bercalar: Terdapat fluorida dalam cat, yang merupakan karsinogen, dan terdapat kebimbangan mengenai toksik yang dilepaskan, jadi beli kuali baru sahaja. Satu sudah cukup.

10. Periuk keluli tahan karat yang sudah menampakkan sinar warna-warni. Ini bermakna ia mungkin telah rosak dan anda perlu membuangnya.

Bilik tidur dan almari pakaian

Gambar Hiasan / Pixabay

1. Pakaian yang lama tidak dipakai, tali pinggang, cermin mata hitam lari trend, topi yang lusuh memang tidak lagi boleh digunakan.

2. Pakaian yang tidak disukai sudah pasti anda jarang memakainya, ia hanya mengambil ruang dan membazir.

3. Pakaian dengan kekotoran tidak boleh hilang. Sudah pasti anda tidak mahu keluar dengan memakainya bukan?

4. Pakaian saiz kecil tidak dipakai: Hanya membayangkan suatu hari nanti boleh memakainya apabila turun berat badan, tetapi beli pakaian baru bila berjaya kurus, dan tidak pun memakai pakaian lama itu lagi.

5. Pakaian sendat tidak muat dan tidak sesuai dipakai. Bila masa anda membelinya kerana tidak mahu orang lain mengambilnya semasa jualan murah!

6. Barang kemas perak yang sudah kusam dan anda tiada masa untuk mengilatkannya. Berapa tahun yang lalu adalah kali terakhir anda mempunyai idea ini bukan?

7. Butang ganti yang banyak. Tetapi butang di pakaian itu tidak begitu mudah pula untuk tertanggal.

8. Timbunan pakaian: T-shirt dengan garis leher longgar termasuk dalam kategori ini. Hendak kata sudah menjadi pakaian basahan di rumah, anda sudah tidak mahu memakainya lagi.

9. Pakaian tempatan yang dibeli semasa berjalan dan melancong: Ia mungkin sangat bergaya dipakai sekali dua, yang mana kemudian anda lupakan.

10. Gelang tangan dan beg yang dibeli semasa melancong. Contohnya banyak beg lama akan berkulat dan mereput, dan anda rasa apa yang boleh dibuat dengannya melainkan buang sahaja.

Ruang tamu dan bilik air

Gambar Hiasan / Unsplash

1.Buang segala manual dan kad jaminan perkakas rumah jika sudah lebih lima tahun anda menggunanya.

2. Selipar kotor. Rasa macam boleh mencucinya, tetapi tidak boleh. Buangkan sahaja.

3. Sikat itu perlu satu sahaja untuk satu kepala.

4. Cenderamata pelancongan yang anda tidak suka. Simpan ingatan melancong dalam hati, dan tinggalkan pemandangan barang yang anda beli secara rawak.

5. Kosmetik dan produk penjagaan kulit yang telah tamat tempoh. Yang ini wajib dibuang apabila ia terbukti tamat tempoh.

6. Tuala berlubang dan berbau pelik. Jika mahu berjimat cermat, tuala boleh digunakan sebagai kain buruk sebelum dibuang, tetapi terlalu banyak kain buruk beratur, ia jadi tabiat tidak baik.

7. Sabun jadi minyak maka itu telah tamat tempoh dan perlu dibuang.

8. Tuala diberikan sebagai hadiah. Jika menyakitkan mata dan tidak sesuai dengan gaya anda, buat apa disimpan?

9. Menyimpan botol syampu dan perwarna rambut hampir kosong. Berjimat cermat satu perkara yang baik, tetapi timbunan itu menyebabkan pemandangan bilik mandi menjadi hodoh.

10. Kotak menjahit yang banyak dibeli. Pakaian tidak selalu koyak, anda hanya memerlukan satu kotak jahitan.

Bilik pejabat dan belajar

Gambar Hiasan / Pexels

1. Pen tanpa dakwat. Rasa macam mahu membeli isi semula tetapi rupanya tidak.

2. Kata mahu mengitar semula diari dan organizer itu tetapi simpan selama bertahun-tahun. Tiada guna semula pun.

3. Maklumat yang tidak dibaca selama lebih dari setahun. Anda rasa akan membacanya pada tahun hadapan?

4. Buku yang tidak dibaca selama lebih dari setahun selepas pembelian: Tidak kira sama ada ia salah faham akan membacanya selepas membeli, tetapi telah terbukti anda tidak pernah membacanya selepas bertahun berlalu.

5. Buku praktikal yang anda sudah faham. Sengaja beli buku begini di kedai buku terpakai. Ingat untuk belajar dan mula menjadi kebiasaan baru. Tetapi buku-buku tersebut boleh dikitar semula kepada mereka yang memerlukan selepas selesai anda memahaminya.

6. Membeli sebuah buku selepas menyesal. Ia adalah menyakitkan mata untuk terus meletakkannya di dalam rumah.

7. Buku yang diberikan oleh orang lain tetapi tidak pernah dibaca: Bukti sahih ia tidak diperlukan, maka perlu dibuang.

8. Kertas perlu dipastikan sama ada ia dokumen penting untuk disimpan atau terus sahaja dibuang.

9. Kamus: Kini orang hanya tekan butang untuk mendapatkan terjemahan, tiada sebab untuk menyimpan kamus tebal yang mengambil ruang.

10. Kad perniagaan tidak lagi boleh dihubungi: Ada yang tidak ingat nama mereka lagi dan siapa dia untuk tujuan apa.

Ruang digital

Gambar Hiasan / Unsplash

1. Aplikasi yang tidak digunakan lebih enam bulan: Aplikasi yang tidak lagi digunakan selepas berbulan dan tidak perlu akan mengambil ruang dalam telefon pintar anda. Jadi buangkan!

2. Kelab tanpa mata selama tiga bulan: Menunjukkan bahawa anda tidak memerlukan maklumat yang berkaitan tentang kelab ini.

3. Sentiasa tolak untuk beli kelab beli-belah yang berubah menjadi penyesalan. Jika anda mahu menahan keinginan membeli-belah yang bukan-bukan, tapis maklumat yang anda perolehi dengan teliti.

4. Rakan-rakan yang selalu berkongsi kandungan laman media sosial: Hanya kongsi laman media sosial yang penting, selalunya terdapat gambar dan maklumat yang merangsang anda untuk klik. Tidak perlu membuang masa untuk berbuat begitu.

5. Rakan-rakan yang sudah lebih setahun tidak berinteraksi: Tidak mengapa pun jika mereka sudah lama tidak berinteraksi.

6. Spam yang perlu dihindari dan anda tidak perlu ambil peduli. Padamkan sahaja nombor dan mesej itu.

7. Tangkap skrin yang tidak digunakan lagi, padam!

8. SMS yang sah-sah Spam. Padamkan terus!

9. Kumpulan anda yang tidak lagi aktif di laman media sosial. Malah, orang dalam kumpulan itu juga mengharapkan anda berhenti dan keluar. Jadi, buat apa anda perlu kekal di situ.

10. Gambar bertindan. Tidak perlu membazirkan ruang menyebabkan telefon menjadi sesak dan panas. Buangkan sahaja.

Senarai segera buang ini terpulang kepada anda. Sebelum fikiran menjadi kusut dengan pelbagai benda yang tidak perlu dalam kehidupan menjelang usia tua anda, baik rancang bermula sekarang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kerana terlalu mengantuk ketika kelas, si kecil ini tersengguk-sengguk sehingga akhirnya tertidur

0

Anak kecil memang banyak ragam comel dan lucu. Ada sahaja yang dilakukan mereka saban hari membuatkan orang di sekitar mereka terhibur. Kadangkala mereka tidak perlu membuat apa pun, hanya cukup menjadi diri sendiri sudah boleh membuatkan ramai tertawa.

Misalnya anak kecil bernama Insyirah yang ada di dalam video ini yang nampaknya punya sisi lucu tanpa dia sedari. Apa yang berlaku ialah dia kelihatan sangat mengantuk ketika kelas berjalan. Sepertinya amat sukar untuknya membuka mata kerana terlalu mengantuk.

Tidak hanya itu, si kawan yang berada di sebelah Insyirah cuba menahannya yang sudah tersengguk-sengguk itu. Anak kecil bernama Aishah kelihatan keliru dengan Insyirah tetapi dalam masa yang sama bimbang jika Insyirah terjatuh kerana terlalu mengantuk. Jadi dia cuba menahan kalau-kalau kawannya benar-benar terjatuh ke lantai.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila Insyirah hampir terjatuh ke belakang yang membuatkan dia tersedar seketika. Namun, tidak lama selepas itu dia mula mengantuk semula dengan posisi duduk yang sudah berbeza. Dengan selamba dia melunjur kaki supaya lebih selesa untuk tidur. Kali ini bukan hanya dia yang tertidur, malah kawannya Aishah turut tertidur sama!

Melihat keadaan Insyirah mungkin ramai antara anda yang punya memori seperti ini ketika sekolah dahulu. Lihat si kecil ini dengan rambut yang sudah terkeluar dengan tudung yang sudah ke belakang pastinya membuatkan teringat masa kecil kita dahulu yang lebih kurang sama sahaja!

Dalam video tular yang lain, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki turut mengalami pengalaman yang melucukan hanya kerana terlalu mengantuk di sekolah. Video yang tersebar luas di media sosial itu memaparkan gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah yang tersalah sangka dengan menyangka kerusi adalah beg sekolahnya. Akibatnya ketika hendak pulang dia mengalas kerusi, bukannya beg sekolah!

Insiden yang dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Filipina itu telah menarik perhatian ramai dan mengundang tawa netizen.

Dalam rakaman tersebut dipercayai berlaku semasa murid-murid kelas itu mahu pulang dari sekolah. Ketika kawan-kawan yang lain sudah beratur dan bersedia untuk keluar kelas murid lelaki ini masih tertidur di mejanya. Suasana kelas yang bising ketika itu nampaknya tidak mampu mengejutkannya dari tidur yang lena membuktikan dia memang benar-benar mengantuk ketika itu.

Melihat keadaannya yang masih seperti itu membuatkan salah seorang daripada gurunya datang ke mejanya dan terus membantunya mengemas buku dan alat tulisnya sebelum dimasukkan ke dalam beg. Murid lelaki itu masih sahaja tertidur berbantalkan lengannya seolah-olah tidak sedar langsung yang gurunya sudah ada di situ.

Hanya selepas beberapa kali dikejutkan barulah dia terjaga dan dalam keadaan yang masih separa sedar dia terus mengambil kerusi dan diletakkan di lengannya seperti dia memakai beg sekolahnya. Ketika itu dia masih tidak sedar yang dia sebenarnya sedang membawa kerusi bukan begnya. Dia malah dengan yakinnya terus berjalan sehingga ke luar kelas sebelum dia tersedar semula.

Mungkin kerana ditegur oleh ramai orang di situ barulah membuatkan dia tersedar sepenuhnya. Telatah lucunya tanpa sedar itu pasti membuatkan ramai yang geli hati melihatnya. Oleh kerana terlalu mengantuk dia langsung tidak sedar dengan perbuatannya sendiri!

Kejadian-kejadian lucu seperti inilah yang akan membuatkan sesiapa sahaja rindu akan zaman kecilnya. Walaupun apa yang berlaku agak memalukan tetapi siapa kisah kerana mereka masih terlalu kecil dan ‘innocent’. Suatu saat mereka sendiri pasti akan tergelak besar melihat apa yang berlaku ketika zaman kanak-kanak mereka dan semua ini membuktika bahawa mereka memiliki zaman kanak-kanak yang sangat menyronokkan!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Baru berusia 2 tahun tetapi anak kucing ini sudah melepasi saiz dewasa sehingga ada yang menyangka dia adalah anjing

0

Anjing dan kucing pastinya mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri tetapi tidak sukar untuk dibezakan. Anjing biasanya lebih agresif dan garang manakala kucing lebih lembut dan manja. Segarang mana pun kucing tersebut mereka tidak boleh menakutkan orang kerana raut wajah mereka yang comel sudah boleh buatkan ramai yang cair hati.

Jika dilihat dari segi fizikal tubuh kucing dewasa biasanya ia lebih kecil berbanding anjing. Namun, berbeza pula dengan kucing ini kerana ia mempunyai tubuh yang agak besar berbanding dengan kucing lain. Seekor kucing berbaka Maine coon yang tinggal di Rusia memiliki tubuh yang sangat besar sehingga orang ramai tersalah dengan menganggap sebagai anjing.

Kucing yang diberi nama Kefir ini bukanlah kucing dewasa, malah baru berusia dua tahun. Namun begitu, kini dia mempunyai berat badan seberat 12.5 kilogram. Kucing ini merupakan milik Yulia Minina, yang tinggal di bandar Stary Oskol di Rusia.

Pada usia kurang daripada 2 tahun, Kefir telah melepasi purata berat kucing dewasa yang sama bakanya dan dipercayai dia hanya akan menjadi lebih besar sehingga kira-kira umur 3 hingga 4 tahun nanti.

Menurut Yulia dia membeli anak kucingnya itu kerana jatuh hati dengan bulu Kefir yang putih seperti salji itu. Selepas itu Yulia membawanya pulang dan diberikan nama Kefir sempena nama sejenis minuman bersusu. Apa yang membuatkan Kefir menjadi besar seperti itu mungkin kerana tabiat makannya.

Menurut Yulia, Kefir enggan makan makanan kering jadi Yulia perlu memberikan makanan yang agak berat seperti daging dan makanan semula jadi. Pada mulanya ketika Yulia bertemu Kefir dia tidak sangka kucingnya akan menjadi sebesar itu.

“Dia bukan sahaja membesar dari segi penampilan, dia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang,” kata Yulia mengenai personaliti Kefir. Menurutnya lagi, orang ramai yang melihat Kefir pasti agak gerun dengannya tetapi Kefir sebenarnya merupakan anak kucing yang sangat manja dan penyayang.

Walaupun dia disalah anggap sebagai anjing oleh keluarga, rakan dan netizen, Kefir membuktikan bahawa dia adalah kucing yang manis dan lembut dengan dengkur dan pelukan hangatnya.

Selain itu, Kefir mempunyai satu lagi tabiat iaitu pada waktu malam, dia suka memanjat Yulia dan tidur bersama tuannya itu. Jika dahulu semasa kecil Kefir tidak menimbulkan masalah kerana tubuhnya masih kecil tetapi sekarang semakin tubuhnya membesar Yulia mula mengalami masalah sukar untuk tidur jika Kefir datang kepadanya seperti biasa.

Yulia sangat percaya bahawa Kefir hanya akan bertambah besar pada tahun-tahun akan datang.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa baka spesies Maine Coon merupakan kucing kedua terbesar dunia di antara kucing hutan Norway yang boleh mencecah berat 16 kilogram dan Ragdolls dengan berat yang mencecah 20 kilogram. Berat Maine Coon jantan dikatakan boleh mencecah 13 sehingga 18 kilogram manakala bagi Maine Coon betina pula berat mereka adalah sekitar 8 kilogram sehingga 12 kilogram.

Apa yang menariknya kucing ini mempunyai badan yang agak ‘berotot’, ekornya juga lebih panjang dan corak pada bulunya seringkali menyerupai spesies rakun. Telinga Maine Coon juga dilihat sering menyerupai bentuk telinga Lynx.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Saintis Australia kesan objek misteri yang berputar di Bima Sakti

0

PERTH- Sekumpulan saintis mendakwa mereka menemui sebuah objek berputar di galaksi Bima Sakti, yang tidak pernah dilihat atau direkodkan sebelum ini.

Objek berkenaan, yang kali pertama dikesan oleh seorang penuntut universiti, melihat setiap tenaga radio selama seminit penuh 18 minit, lapor BBC.

Objek yang melepaskan tenaga dalam sistem cakerawala sering didokumentasikan, namun penyelidik berkata, sesuatu yang aktif selama ini jarang berlaku.

Pasukan itu kini sedang berusaha mendapatkan lebih penjelasan mengenainya.

Perkara itu kali pertama diketahui penuntut Universiti Curtin, Tyrone O’Doherty di sebuah wilayah terpencil di Australia Barat, yang dikenali sebagai Murchison Widefield Array. Dia menggunakan teleskop dan teknologi sokongan yang baru dibangunkannya.

O’Doherty merupakan sebahagian daripada pasukan yang diketuai pakar astrofizik, Natasha Hurley-Walker, daripada cabang universiti berkenaan iaitu Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR).

“Objek itu muncul dan hilang selama beberapa jam sepanjang pemantauan. Ia sama sekali tidak diduga. Ia agak menyeramkan bagi seorang ahli astronomi kerana tiada yang seumpamanya di angkasa,” katanya melalui satu kenyataan.

Objek yang muncul kemudian menghilang dalam cakerawala bukan sesuatu yang baharu bagi ahli astronomi. Ia dikenali sebagai ‘transient’.

Namun, bagi onjek yang muncul dan aktif selama seminit penuh adalah ‘aneh’, menurut ahli astrofizik ICRAR-Curtin, Dr Gemma Anderson.

ICRAR menambah, setelah merujuk kepada data yang dihimpunkan selama bertahun-tahun, pasukan itu dapat menyimpulkan bahawa objek tersebut berkedudukan 4,000 tahun cahaya dari Bumi, sangat terang dan mempunyai medan magnet yang amat kuat.

Teori berkisar objek itu termasuk sebuah neuron bintang atau ‘white dwarf’, iaitu istilah bagi sisa bintang yang jatuh.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bekerjasama untuk ‘melarikan’ rantai emas, perlakuan sekumpulan semut terbongkar juga

0

Sebenarnya banyak yang boleh kita pelajari daripada haiwan atau serangga yang ada di sekitar kita. Jika jika punya haiwan peliharaan kita boleh lihat betapa setia dan penyayangnya mereka. Apa yang mereka mahu hanya membuatkan kita senang dan gembira. Mereka tidak perlu melakukan apa pun malah hanya menjadi diri mereka sendiri sahaja sudah boleh memberi pengajaran buat kita.

Pernah anda terfikir apa pelajaran yang boleh kita dapat daripada semut? Sebenarnya banyak yang boleh kita ambil daripada hanya memerhati tingkah serangga ini. Antara perkara yang kita boleh pelajari daripada spesies ini ialah sikap kerjasama mereka yang sangat luar biasa.

Adalah sesuatu yang biasa jika kita melihat semut bekerja dalam kumpulan yang ramai sesama mereka. Ada sahaja yang mereka bawa dan biasanya ia adalah sisa makanan seperti biskut, nasi atau yang paling biasa mestilah gula. Namun, pernahkah anda terfikir untuk melihat sekumpulan semut membawa barang kemas?

Momen yang agak luar biasa ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial TikTok, nayanaya51430, yang memuat naik sebuah video yang menunjukkan sekumpulan sedang bekerjasama membawa seutas rantai emas miliknya.

Tidak mahu dari mana semuat itu mendapatkan rantai tersebut tetapi kelihatannya mereka mahu mengalihkannya ke tempat lain. Walau bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar apabila kejadian itu disedari oleh wanita tersebut. Apa yang lucunya pemilik rantai tersebut sendiri hairan dan keliru bagaimana mereka boleh mengangkut rantai sebesar itu dengan tubuh mereka yang kecil.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu mahu membawa rantai saya.”

Video yang dikongsikan itu telah perhatian netizen TikTok sehingga telah ditonton lebih daripada 1.9 juta kali dan menerima pelabagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan video tersebut.

Tidak hanya itu, video tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen lucu dan ada yang mengakatakan raniat tersebut mahu dijual oleh semua-semut itu supaya mereka membeli gula. Nampaknya, semut pun tahu nilai barang kemas yang sememangnya mempunyai harga yang tinggi!

Semut-semut ini membuktikan bahawa jika mereka bekerjasama kerja yang berat pun boleh menjadi ringan dan tiada yang mustahil untuk dilakukan jika semua berganding bahu melaksanakan sesuatu tugas.

Bayangkan tubuh-tubuh kecil itu mampu melakukan kerja-kerja yang berat yang sememangnya bukan mudah. Betul lah orang kata semut memang spesies yang rajin bekerja dan selalu bekerjasama dalam kumpulan mereka!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Berduka kucing kesayangan pergi selepas 16 tahun menemani, seminggu kemudian kucing pengganti ‘mengetuk’ pintu mengiau: Saya kembali !

0

Jika seseorang bertanyakan soalan kepada pemilik kucing: Bagaimana jika kucing anda mati suatu hari nanti dan diri anda tidak dapat pulih?

Menghadapi perpisahan bersama haiwan peliharaan kesayangan, sukar diluahkan dengan kata-kata.

Masa yang dihabiskan bersama kucing itu, perasaan mendakap dan berpelukan, bukanlah sesuatu yang boleh digambarkan dengan beberapa perkataan. Hanya tuan punya kucing sahaja yang tahu.

Semua pun tahu jangka hayat kucing dalam lingkungan sepuluh tahun, dan bab “perpisahan” adalah topik “pantang larang”. Semua pemilik mungkin akan berkata, kami tidak berani, tidak mahu, dan tidak boleh menghadapinya.

Tetapi ini adalah kisah perpisahan, bersama si kucing peliharaan dan anda tidak akan pernah menyangka apa yang bakal mendatang seterusnya.

Seorang netizen dikenali Dixie menceritakan dia mempunyai dua ekor kucing di rumah, yang salah seekor bernama Nick dan dia telah berusia 16 tahun.

Malangnya, Nick meninggal dunia kerana sakit walaupun Dixie telah menjaganya dengan baik.

Dixie sangat sedih dengan kehilangan ‘ahli keluarga’ yang telah bersamanya selama 16 tahun.

Kerana terlalu sedih, Dixie merenung kosong mangkuk makanan yang Nick gunakan, mangkuk air yang dia minum, dan katil tempat Nick selalu tidur selama 16 tahun.

Sehinggalah beberapa hari kemudian.

Seekor anak kucing berjalan terus ke pintu rumah Dixie, tidak takut langsung dengan kehidupan, dan terus mengiau.

Seolah-olah meminta Dixie membukakan pintu untuknya.

Dixie melihat kucing ini sangat comel, lalu dia membuka pintu untuk membenarkannya masuk, dan menyediakan makanan untuknya.

Tanpa menyangka anak kucing ini langsung tidak menganggap dirinya sebagai kucing luar, dan dia menyombongkan dirinya untuk terus menjamah makanan.

Dixie bimbang anak kucing comel itu akan pergi dan hilang dari pandangannya.

Selepas memberi makan dan minum secukupnya, Dixie memandikannya, dan kemudian membawanya ke hospital haiwan untuk pemeriksaan kesihatan bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecederaan dan penyakit padanya.

Doktor berkata itu anak kucing itu kucing jalanan dan hidup terbiar.

Dixie yang kasihan segera memutuskan untuk mengadopsinya dan menamakan anak kucing itu – Bin!

Oleh kerana dia masih kecil, personaliti Bin sangat ceria dan lincah, yang menukar perasaan keluarga sedang berduka kerana kehilangan Nick itu kembali meriah.

Masa berlalu…

Dixie mendapati terdapat banyak persamaan dan keletah Nick dalam tingkah laku Bin.

Bin dan kucingnya yang lagi satu tidak kekok dan saling menerima antara satu sama lain sejak pertama kali mereka bertemu, dan sering berpelukan bersama.

Bin juga suka duduk di pangkuan Dixie dan menonton TV bersamanya, seperti Nick.

Apa yang lebih menakjubkan ialah Bin mempunyai banyak tabiat tidak ubah seperti Nick. Dia cepat akrab dengan keluarga Dixie, seolah-olah sudah lama tinggal di dalam rumah itu.

Dan, setiap kali Dixie merindui Nick, Bin akan berada di sisinya.

Dixie sering dengan ilusi.

Nampaknya Bin adalah ‘hadiah’ pemberian Nick untuk dirinya sendiri.

Kata Dixie:

“Walaupun saya tidak tahu kenapa, Bin memang kelihatan seperti Nick. Mungkin pengganti sudah diatur sebelum Nick pergi!”

“Dia sangat biasa dengan segala-galanya di dalam rumah, juga memahami tabiat hidup saya, mungkin dia benar-benar hadir pada hari itu untuk menemani saya menggantikan Nick..”

Mungkin di satu tempat, semuanya telah ditakdirkan untuk Dixie.

Kini, dua tahun telah berlalu.

Bin bukan lagi anak kucing kecil yang dulu. Bin membawa begitu banyak kegembiraan kepada keluarga Dixie dan perlahan-lahan mengalihkan kedukaan Dixie kerana kehilangan Nick.

Mungkin seperti yang Dixie katakan, kehadiran Bin telah dirancang dengan takdir sejak awal.

Nick terus hadir dan menjaga tuannya dengan cara yang berbeza.

Jadi jika ada yang bertanya, “Kalau ada kucing, anda tak takutkah suatu hari nanti kucing itu pergi?”

Jawapannya, “Takut! Tetapi dunia ini penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan untuk dinikmati, dan bukankah semua kehidupan akan berakhir juga satu hari nanti. Mana ada yang kekal.”

Lagipun, kenangan manis itu yang memberi anda kehangatan hati dan kekuatan diri untuk terus menikmati kehidupan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Diberi sijil kelayakan udara oleh Slovakia, ‘AirCar’ buka peluang untuk pengeluaran kereta terbang berskala besar

0

Sebuah kereta terbang hibrid yang dikenali sebagai ‘AirCar’ telah diberikan sijil kelayakan udara oleh pihak berkuasa penerbangan awam Slovakia, yang berpotensi membuka peluang buat industri kereta terbang di masa hadapan.

Kereta terbang dwi-mod tersebut kelihatan seperti kereta berprestasi tinggi (sport car), telah dicipta oleh 8 orang pakar berkemahiran tinggi di sebuah syarikat berpangkalan di Slovakia, iaitu Klein Vision yang diasaskan oleh profesor Stefan Klein.

Klein difahamkan sudah menghabiskan selama 20 tahun untuk menjadikan impian kereta terbang itu sebagai realiti.

Ia telah dianugerahkan sijil oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia selepas berjaya menyelesaikan 70 jam ujian penerbangan ketat yang serasi dengan piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)”, kata Klein Vision dalam satu kenyataan.

Ujian penerbangan termasuk lebih 200 kali pelepasan dan pendaratan serta rangkaian penuh pelbagai gerakan penerbangan dan prestasi, yang menurut Klein Vision menunjukkan kestabilan statik dan dinamik menakjubkan dalam mod pesawat.

Prosedur berlepas dan mendarat telah dicapai walaupun tanpa juruterbang perlu menyentuh kawalan penerbangan, kata syarikat itu.

Pasukan pakar mengambil masa lebih 100,000 jam kerja untuk menukar lukisan reka bentuk kenderaan udara itu kepada model matematik, kemudian mencipta kenderaan seberat 1,000 kilogram itu, dengan dua tempat duduk terakhir yang dikuasakan oleh enjin BMW 1.6 liter.

“Pensijilan AirCar membuka ‘jalan’ untuk pengeluaran besar-besaran kereta terbang yang sangat cekap. Ianya rasmi dan mengesahkan keupayaan kami untuk mengubah perjalanan jarak pertengahan selama-lamanya”, kata Klein, yang juga bertanggungjawab ke atas projek penyelidikan dengan kerjasama jenama seperti Audi, Volkswagen dan BMW.

“Pihak Berkuasa Pengangkutan memantau dengan teliti semua peringkat pembangunan AirCar yang unik sejak permulaannya pada 2017. Keselamatan pengangkutan adalah keutamaan tertinggi kami. AirCar menggabungkan inovasi terbaik dengan langkah keselamatan selaras dengan piawaian EASA”.

“Ia mentakrifkan kategori baharu kereta sukan dan pesawat yang boleh dipercayai. Pensijilannya adalah tugas yang mencabar dan menarik”, kata René Molnár, pengarah Bahagian Penerbangan Awam (Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia).

Syarikat itu memberitahu bahawa mereka berharap agar bekalan AirCar tersedia secara komersial dalam tempoh 12 bulan, namun lesen juruterbang diperlukan untuk memandu kenderaan hibrid itu. Ini bermakna mereka tidak akan melihat banyak kereta terbang dalam masa terdekat.

Anton Zajac, pengasas bersama Klein Vision, berkata kenderaan itu boleh terbang pada ketinggian operasi maksimum 18,000 kaki dengan menggunakan bahan api yang dijual di mana-mana stesen minyak.

AirCar berjaya menyelesaikan penerbangan antara bandar selama 35 minit pertama Jun lalu antara lapangan terbang di Nitra dan ibu negara Bratislava di Slovakia.

Selepas mendarat, kereta terbang itu mengambil masa kurang daripada tiga minit untuk berubah semula menjadi kereta berprestasi tinggi, yang boleh mengurangkan masa perjalanan.

Klein Vision juga telah menyelesaikan ujian enjin penerbangan “ADEPT” Airmotive yang berkuasa dan ringan serta lukisan yang dimuktamadkan serta pengiraan teknikal untuk model ‘monocoque’ akan datang – yang boleh mencapai kelajuan melebihi 300 kilometer per jam dan julat sepanjang 1,000 kilometer.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: